Followers

Thursday, July 17, 2008

Misi Dakwah ^^


Salam wbt wat sume pengunjung blog ni..pe habaq?

erm, actually dah lama ana nak kongsi pengalaman menyertai program dakwah orang asli anjuran Ummah 'Aid, iaitu satu pertubuhan NGO yang mempunyai misi untuk menyerbarkan dakwah.
Pendek kata, Ummah 'Aid diterajui oleh aktivis dalam pelbagai lapangan, pergerak dalam pelbagai kaedah demi menyebarkan syiar ISLAM insyaallah..
Disini, ade coretan untuk tatapan sahabat2 smua..
selamat membaca ^^

Pada 2-4 Mei 2008, sekali lagi Madrasah Kuala Mu menjadi saksi kehadiran 31 peserta yang terdiri dari 7 orang muslimat dan 24 muslimin. Dengan berbekalkan 4 buah land rover, kami akhirnya sampai di perkampungan Kuala Mu lebih kurang pukul 8.30 pagi pada 3 Mei 2008. Kami bertolak lebih kurang pada jam 5.00 pagi. Kami berhenti solat subuh di Perjet, iaitu salah sebuah perkampungan orang asli disitu. Sesi tazkirah dan taaruf dijalankan setelah selesai kami menunaikan solat subuh secara berjemaah.


Sesampainya disana, ‘amir mengarahkan kami untuk bermesyuarat. ‘Amir pada kali ini ialah saudara Muhammad Fuad. Setelah selesai bermesyuarat,‘amir memutuskan muslimin untuk memasak dan muslimat untuk bersama anak-anak orang asli di kampung itu. Pada pagi itu juga, kami mengadakan ‘cak raya’. Muslimin telah memasak sup ayam bersama telur dadar. Para muslimat pula mengajar anak-anak orang asli syahadah, membacakan buku dan mengagihkan gula-gula kepada mereka. Pada petang itu pula kami melawat ke kampung-kampung yang berdekatan. Pada petang itu juga, insiden yang tidak dijangka telah berlaku. Ketika pulang dari ziarah ke kampung orang asli, land rover Kementerian Kesihatan yang ana naiki bersama sahabat-sahabat lain terlanggar pokok kelapa. Tiada kemalangan jiwa yang berlaku cuma cermin mata salah seorang muslimat iaitu k.amy telah pecah dan land rover kami mengalami kerosakan dibahagian hadapan. Kami diuji lagi apabila makanan petang kami iaitu ayam goreng telah dimakan oleh anjing. Setelah berbincang, kami telah memutuskan untuk mengagihkan ayam goreng tersebut kepada orang asli. Pada sebelah malam, penghulu Hadu telah mengajak kami ke ‘parti ubi kayu’ yang diadakan di rumah beliau. Kami disajikan dengan ubi kayu goreng, ayam kampong goreng dan buah pisang. Beliau dan keluarganya sangat ramah melayan kami. Kami juga ada berbalas pantun dengan beliau. Kami sangat senang dan selesa dengan keramahan Penghulu Hadu dan keluarganya.

Pada keesokan harinya, setelah kami selesai solat subuh berjemaah dan membersihkan diri, para muslimin meneruskan tugas mereka dengan memasak. Ada juga yang pergi memancing dan tidak kurang juga meneruskan lawatan untuk ziarah ke kampung orang asli yang berdekatan. Hampir pukul 12.00 tengah hari, kami bersiap sedia mengemas barang-barang untuk pulang. Setelah semuanya siap mengemas, kami bertolak pulang dalam pukul 2.00 petang. Kami menggunakan 3 land rover sahaja kerana land rover kementerian kesihatan tidak dapat digunakan. Land rover tersebut ditinggalkan di kampung Penghulu Hadu. Dalam perjalanana pulang, salah satu dari land rover kami tiba-tiba berasap dibahagian depan. Kami berehat sebentar sambil memulihkan land rover tersebut. Setelah semuanya selesai,kami meneruskan perjalanan. Kami memutuskan untuk berhenti solat jamak takhir apabila hari sudah lewat petang. Kami solat di "R&R" beralaskan tanah dan berbumbungkan langit. Ustaz Wahab menyarankan kepada kami supaya tidak menanggalkan kasut kerana dengan memakai kasut, ia lebih afdal tetapi kasut tersebut mestilah suci dari najis. Kami meneruskan perjalanan pulang dan lebih kurang pada jam 7.30 malam akhirnya kami sampai di jalan yang bertar. Kami berharap dapat meneruskan lagi misi dakwah pada bulan hadapan. Walaupun terhadap banyak dugaan dan cabaran, ia langsung tidak mematahkan semangat kami untuk terus berjuang malah kami lebih berkobar-kobar untuk datang ke perkampungan orang asli di masa yang akan datang.Moga dengan usaha kita untuk menyampaikan seruan suci kepada mereka, sentiasa diredhai dan dilindugiNya. Allah Akbar! Allah Akbar! Allah Akbar!

Salam Mujahadah,
Nadirah Ahmad Azam,
UPM Serdang, Selangor..



http://ummahaid.blogspot.com/



Read More :D

Wednesday, July 09, 2008

..........diriku kembali.......


salam'alaik smua..

sudah lame rasenye x update blog nih..
bz sket je coz pindah umah..
umah nak di 'upgrade'..
and aritu sempat lagi p pkampungan o.asli di pos kuala mu, sg. siput perak..
erm, pengalaman yang cukup berharga sepanjang berada disana..
bile nak p lagi nih?? rindunye kat kuala mu..

after that,trus lek UPM..
erm, agak sedih sket la coz ade sket masalah utk pndaftaran and masalah kecik2 yg lain..

tapi......

ana anggap smua tu UJIAN ALLAH..
ya ALLAH, kuatkan hati hambaMu ini..
permudahkan lah urusanku..
amen..allahumma amen..

sesungguhya dengan mengingati ALLAH hatikan tenang :)




Read More :D
Related Posts with Thumbnails