Followers

Thursday, September 24, 2009

.: Salam Lebaran :.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam 'Eid Mubarak



Alhamdulillah, harini merupakan hari kelima umat islam seantero dunia menyambut bulan kemenangan yakni Syawal yang penuh kegembiraan. Dalam kemeriahan meraikannya, berpada-padalahlah wahai sahabat-sahabatku. Sentiasa bersederhana dalam melakukan apa jua tindakan. Pesanan untuk diri juga :)

Sebenarnya baru balik raya dari Kedah. Adik-beradik bonda semua balik. Hampir 40 orang menghuni rumah nenda di Sg Limau Dalam, Yan. Tema kali ini adalah hijau. Tahun ni dapat banyak sangat kad raya. Dari merata tempat. Syukran semua! Ha, lebih kurang 10 kad dari sahabat Komuniti Teman Inteam (KTI). Video takbir kat atas tu, gabungan IRSB, artis, para jemputan dan yang istimewanya, sahabat-sahabat KTI ana :)

In the morning of syawal, we celebrate Wafa's birthday..

Lets go to the mosque, said Wafa'..

RM 1, RM 2, RM 10, RM 50 ......

Munief and Afiefah with their mom :)

Baby Irin in Tok Nek Bedah's house

Kenapa blog ana banyak gambar budak-budak? He3.. Sebenarnya nak letak satu dua sahaja gambar anak sedara dalam posting kali ni. Tapi memandangkan, miqdad 'ayyash (anak sedara yang ke-4) yang baru berusia 2 tahun lebih kata, kenapa gambar dia tiada? Jadi, kena adil la. Ana letak kelima-lima anak sedara. Adoi, macam-macam -_-

Erm, blog ana tukar lagi templatenya. Kali ini ana tampilkan tema coklat-ungu-oren. Sangatlah minat dengan warna ungu, dua warna yang lain itu hanyalah menemani blog ini sahaja :) Yang penting, isinya. Walaupun blog ana ni tidaklah manthop kupasannya, itulah yang terdaya ana beri. Dan, jika anda rasa blog ni perlukan perubahan disudut mana-mana, bagitahu yer :) Syukran buat semua bingkisan's friends yang tidak jemu-jemu menyokong ana. Taqaballahuminni waminkum~

Jom puasa 6! :) Boleh kurus balik :p

Read More :D

Wednesday, September 16, 2009

= Laporan Ifthar KTI & TAG No. 7 =

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ramadhan Kareem



Lama sudah ana tidak berposting. Bukan tiada masa. Cuma tidak cukup bekalan internet. ha3 :p Harini genap 26 hari umat islam berpuasa. Sangat sedih untuk meninggalkan bulan yang mempunyai malam lebih baik dari 100 malam, yakni malam al-Qadr.

Alhamdulillah, ifthar KTI pun sudah selesai. Ana sangatlah gembira dan berpuas hati. Ukhwah antara kami sangat rapat. Bak kata musaza (presiden KTI yang pertama), saya sayang KTI ^^

Ni laporan dari ana :)

Pada 12/09/09 (22 Ramadhan 1430 Hijrah) bersamaan dengan hari sabtu, program tahunan KTI (Komuniti Teman Inteam) iaitu Ifthar KTI 09/10 dengan kerjasama IRSB (Inteam Records Sdn Bhd) telah berlangsung dengan jayanya. Bertempat di Anjung Rahmat, Gombak, Ifthar KTI kali ke-4 ini menemukan ahli seramai 20 orang muslimin dan 10 orang muslimat. Majlis tambah berseri dengan kehadiran Inteam beserta warga kerja IRSB, Caremore (ex-PR Inteam) dan beberapa jemputan yang lain. Kemunculan munsyeed terkenal tanahair, kumpulan UNIC yang telah melancarkan album terbaru mereka berjudul Langkah Tercipta, telah menggamatkan lagi ifthar pada kali ini.

Majlis bermula seawal jam 4.00 petang iaitu sesi pendaftaran yang diketuai oleh saudara Mazri. Peserta diberi tentatif majlis dan kad berwarna-warni iaitu kad cabutan bertuah. Pada jam 4.30 petang, kami semua menunaikan solat asar di surau yang disediakan. Seusai menunaikan solat, kami berta'aruf ringkas diikuti dengan bacaan Tahlil khusus untuk Allahyarham Ustaz Asri Rabbani yang telah kembali ke rahmatullah. Ucapan presiden KTI merangkap AJK Teknikal Iftar, saudara Husaini (abuafham), menyusuli selepas itu. Tidak ketinggalan, kata-kata keramat Presiden pertama KTI, saudara Muhd Safuan (musaza) yang dibaca oleh presiden menerusi e-mel yang dikirimkan kepada Akh Hazamin mengundang rasa sayu dihati kami semua. Kata-kata beliau akan sentiasa tersemat dijiwa kami insyaallah.

Tepat jam 6.30 petang, kami semua bersiap sedia untuk turun ke meja hidangan bagi persiapan ifthar. Kami telah menolong dan menyiapkan beberapa hidangan yang masih belum tersedia. Kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli KTI ketika itu menunjukkan betapa kukuhnya ikatan ukhwah kami. Selang beberapa minit selepas itu, Akh Rahim telah sampai ke tempat majlis kerana sebelum itu beliau ada sedikit urusan di Johor.

Akh Hazamin mengalunkan azan sebaik sahaja waktu maghrib tiba. Kami memulakan ifthar dengan juadah ringan yang dibeli khas oleh Akh Syahril. Selepas itu, kami solat maghrib secara berjemaah dan meneruskan dengan makanan berat. Majlis cabutan bertuah menghiasi slot ketika itu. 5 cabutan bertuah berupa hadiah CD ekslusif dari pihak IRSB diberi kepada ahli KTI. Kami meneruskan majlis dengan terawikh 8 rakaat diikuti dengan witir 3 rakat. Seusai bersalaman dengan para jemaah, kami dihidangkan dengan bubur lambuk, puding karamel dan juga teh panas sebagai juadah moreh pada malam itu. 5 cabutan bertuah menghidangi kami lagi untuk sesi kedua. Tidak ketinggalan persembahan ringkas Inteam menyempurnakan lagi majlis ini. Majlis ditutup dengan sesi bergambar ahli KTI bersama Inteam dan UNIC. Hadirin yang datang pada majlis tersebut berkerjasama membersihkan kawasan majlis.

Dengan berakhirnya sesi tersebut, maka berakhirlah ifthar KTI 09/10. Moga ukhwah yang terjalin antara kita semua tidak pernah surut walau dilanda badai dan ombak sekalipun. Segala yang baik datangnya dari Allah swt dan yang buruk dari kelemahan kita sebagai insan biasa. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Berjumpa lagi di Ifthar KTI kali ke-5!!! :)

Nadirah Ahmad Azam
Setiausaha Ifthar KTI 2009

*******************************************************************************************************************
Ok, ana telah di TAG oleh sahabat senaqibah ana, ukhtie Amirah Ahmad :)

1) Nama Timangan

bingkisaNurani :)
Kawan2 panggil ira, dirah, nad, nadirah
Dirumah 'kakchik' :)

2) Anda seorang yang...

Agak sensitif (T_T)

3) Insan Teristimewa

Al-Walidain

4) Lagu Kesukaan

Banyak. Semua nasyeed :)
Yang terbaru, Jalan Kupulang by UNIC

5) Makanan Kesukaan


Masakan sendiri..oppss..

6) Sikap yang membuatkan anda stress


Hipokrit

7) Warna kegemaran

Unggu + Biru

8) Benda yang ada dalam beg

Kalkulator (budak matematik, biasa la.. :p)

9) Bila kali terakhir menangis

Rahsia *_*

10 ) Tag untuk rakan anda.

Semua yang dah baca topik ni. Ha, jangan tak jawab yer. Siapa suruh baca topik ni :p

Sehingga berjumpa lagi.

Ramadhan Kareem :)


bingkisanku,
Nadirah Ahmad Azam
http://bingkisanurani.blogspot.com/

Read More :D

Wednesday, September 09, 2009

Khas Untuk Para Penulis/Blogger

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ramadhan Kareem

:: TIPS MENULIS: Khas Untuk Para Penulis & Bloggers ::



Tulisan yang berwarna merah : English Version
(penulis sebenarnya cuba mengelakkan percampuran bahasa ^^!)

Harini genap 20 hari umat islam seantero dunia berpuasa. Moga hati dan nafsu kita juga 'turut berlapar' dari sebarang sifat jahiliyah yang sentiasa mengintai untuk 'mencucuk jarum' tidak kira masa dan ketika. Pada malam ini, kita bakal melangkah ke fasa ketiga Ramadhan iaitu pelepasan dari api neraka. Syukur alhamdulillah atas kurniaNya yang tidak terkira. Mari perbanyakkan amal di 10 malam terakhir. Allah Akbar!

Sebenarnya ana tidak bercadang untuk publish new post. Tapi memandangan wireless Uspot harini 'sedikit baik', ana pun ambil peluang. [Boleh lah tengok Nur Kasih :p]

Ana baru balik dari Bengkel Media Nasional. Jadi, topik pada kali ini, ana nak berkongsi sedikit tips untuk penulisan esei, karangan, berita ataupun yang seangkatan dengannya. Sebenarnya tersangatlah banyak tips tapi ana ambil mana yang sempat dicoretkan saja.
[Para blogger kena ambil perhatian ni ^^]

1- Sebelum menulis sesuatu berita, kita mestilah mempunyai Tajuk, Tema, Designer dan Tarikan.

2- Kembangkan sesuatu isu dengan sistematik.

3- Gunakan simbol, gambar, perilaku dan sebagainya.

4- Gunakan 4W1H.

5- Penulisan yang baik ialah gaya penulisan mengikut bahasa rakyat.
Contoh: Kalau kita admin untuk sesuatu blog yang melibatkan mahasiswa, kita mestilah menggunakan ayat yang mengikut minda mahasiswa. Jangan mencampurkan bahasa, sekejap bahasa kampung, kemudian tahap budak-budak sekolah rendah, kemudian minda profesional dan lain-lain.

6- Untuk menulis jawatan dan nama, dahulukan jawatan dulu disusuli dengan nama. Contoh: Penulis blog terkenal, saudari Nadirah berkata.... bukan, Nadirah yang juga merupakan penulis blog terkenal.... (perasan sungguh pemilik blog ni. ish2 -_-)
Contoh lain: Presiden PSSG, Saudara Ahmad.... bukan, Ahmad yang merupakan Presiden PSSG....

7- Background. Cuba sedaya untuk menghubungkan kaitkan sesuatu isu dengan latar belakangnya.

8- Name Calling. Gunakan 'panggilan nama' yang sesuai dengan seseorang itu.
Contoh: 'Mawi Raja SMS, Abdullah Fahmi AQ, Faizal AF dan sebagainya.

9- Transfer. Kaitkan dengan orang yang berwibawa.
Contoh: Ahmad yang juga merupakan cucu kepada Raja Kedah...

10- Cut. Pilih isu-isu yang penting sahaja. Isu yang remeh hendaklah dielakkan.

11- Straight Forward. Sampaikan sesuatu berita dengan betul tanpa berselindung kekanan kiri yang akan memeningkan pembaca.
Contoh: Harga minyak kini sudah melampau!

12- Selitkan testimonial :)

bingkisanku,
Nadirah Ahmad Azam

http://bingkisanurani.blogspot.com/


**********************************************************************************************************************************

Ok, disini juga ana ingin berkongsi suasana rai Ramadhan 700 tahun dahulu..

Pada 10 malam ganjil (witir) yang terakhir Ramadan, penduduk Makkah akan mengkhatamkan bacaan al-Quran. Kadi, fuqaha dan pembesar turut menghadiri majlis berkhatam ini. Orang yang membaca bahagian yang terakhir al-Quran ialah anak kepada seorang pembesar Makkah. Apabila ia selesai mengkhatamkan bacaan al-Quran, sebuah mimbar yang dihiasi sutera dibawa untuknya dan lilin pun dinyalakan. Kemudian ia menyampaikan khutbah. Apabila selesai khutbah, bapanya akan menjemput orang ramai datang ke rumah dan menjamu mereka dengan makanan yang banyak serta pelbagai kuih-muih.

Begitulah amalan penduduk Makkah pada setiap malam witir. Bagaimanapun, malam yang paling mulia di sisi mereka ialah malam ke-27. Sambutan mereka untuk malam ini adalah lebih hebat daripada sambutan yang dibuat terhadap malam yang lain. Pada malam ini, al-Quran dikhatamkan di belakang Maqam Nabi Ibrahim. Bertentang dengan Hatim Mazhab Syafie, sebuah pentas didirikan. Pentas ini diperbuat daripada alang kayu yang bersambung dengan Hatim itu. Di antara kedua-duanya pula dilintang papan yang panjang. Pentas ini dibina sebanyak tiga tingkat dan di puncaknya diletakkan lilin serta lentera kaca. Sinaran cahaya menyilaukan mata memandang. Kemudian imam datang dan menunaikan solat Isyak. Kemudian beliau mula membaca surah al-Qadr. Imam pada malam sebelumnya akan menghentikan bacaan sebelum Surah al-Qadr.

Semua imam berhenti menunaikan solat Tarawih untuk memberikan penghormatan kepada majlis berkhatam al-Quran di Maqam Nabi Ibrahim dan mereka sendiri datang menghadiri majlis berkhatam al-Quran ini untuk mengambil berkat. Imam menamatkan bacaan dengan membaca surah terakhir dalam dua salam iaitu empat rakaat. Kemudian beliau akan bangun berkhutbah dengan menghadap Maqam. Selesai berkhutbah, imam akan mendirikan solat semula dan orang ramai pun bersurai. Majlis berkhatam al-Quran pada malam yang ke-29 pula diadakan di Maqam Mazhab Maliki. Sepanjang malam itu, khutbah akan disampaikan dan tiada upacara kemegahan lain yang diadakan selainnya."

Dipetik daripada buku Pengembaraan Ibn Batttutah, karya terjemahan IKIM, terbitan MPH Group Printing (M) Sdn Bhd

Read More :D

Saturday, September 05, 2009

Dilamar?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ramadhan Kareem



Sedar tidak sedar, kita bakal melepasi 15 Ramadhan yang pertama. Sungguh cepat masa berputar. Adakah ibadah kita berputar kepada tingkatan yang lebih tinggi seiring dengan putaran masa? Atau mungkin ditakuk lama? Peringatan buat diri yang sering alpa..

Sebenarnya ana kini 'sedikit' sibuk dengan subjek MTH 4999A iaitu PROPOSAL yang wajib dihantar sebelum tamat semester 5 ini. Sepanjang masa kena baca jurnal yang pada mulanya sangatlah susah untuk difahami. Kalau setakat ayat-ayat sahaja mungkin boleh diterima, ini ditambah ramuan penggunaan bahasa inggeris yang sukar difahami + 'bahasa matematik' yang sangat rumit, menyebabkan jurnal ini menjadi 'novel cinta' ana sepanjang masa. Ha3 :p sebelum tidur mengadap jurnal, bangun tidur kaji jurnal, lepas terawikh tengok jurnal, tapi sempat pula update blog..hu3. Erm, apa nak jadi pun tak tahu la..jadi MUSLIMAH POWER la.. :)

Ha! berkenaan dengan tajuk kali ni, Dilamar? sebenarnya ana dilamar oleh seorang sahabat untuk menjadi juri tilawah AQ esok. Macam mimpi pula. 'Siapalah saya untuk menjadi juri tilawah'. Tapi dah dapat peluang macamni, bila lagikan? Dulu pernah juga menjadi juri. Tapi juri pertandingan nasyeed di UniKL GMI berdekatan dengan UIA Gombak. Tapi yang ana jadi juri sana sini, pertandingan ini semua muslimat la. No muslimin! he3..

Dan ana ditanya sama ada pandai bertarannum ataupun tidak. Wah2, 'terasa kecil diri ini', 'siapalah saya'.. Tapi ana memang ada sahabat yang pandai bertarannum, jadi ana minta tolong dia. Berkobar-kobar juga untuk menjadi juri ni. Tidak lama selepas itu, ana dapat mesej dari seorang sahabat.

"Antum mewakili UPM untuk ke Bengkel Media Nasional"

Wah, terdiam ana sebentar. Ini bermakna ana kena hadir ke bengkel tersebut. Sahabat ana kata, awak generasi pertama yang pergi ke bengkel tersebut. Susah betul nak pilih antara dua. Tapi ana dahulukan yang lebih aula :) Insyaallah, banyak manfaatnya ^^

Tiba-tiba teringat program tv9. Mari bertarannum! :)

Ok lah, nak sambung baca 'novel cinta'.

Ws wbt :)

bingkisanku,
Nadirah Ahmad Azam

http://bingkisanurani.blogspot.com/


Read More :D
Related Posts with Thumbnails