Followers

Sunday, March 13, 2011

= SMK SKI: episod empat =

Ni kes mengada, ada episod la konon, macam la ada orang baca ;p

Episod 1 (klik disini)

Episod 2 (klik disini)

Episod 3 (klik disini)

Alhamdulillah, الحمد لله, all praises to Allah, kini telah genap 2 purnama penuh saya menjadi sebahagian warga SMK SKI. Makin serasi <--- perasan nampaknya :)

Sewaktu mula melangkah ke sini, tahap kepercayaan kepada diri-sendiri adalah zero.

Mampukah aku mengajar sains?

Kena mengajar budak india sekali ker?

Kalau mengajar sekolah menengah, depa buli cikgu tak?

Aku cikgu baru, perempuan, kalau pelajar lelaki nak tunjuk samseng camne?

dan, banyak lagi persoalan yang menghantui diri -_-!

Tapi, itu dulu. Alhamdulillah, kini tahap kepercayaan diri sendiri naik kepada 30% (sikit nya ^^!). Saya masih merangkak. Perlukan bimbingan untuk bertatih, berjalan, berlari seterusnya terbang untuk menggapai misi saya. Impian saya disini kini untuk menjadi guru sains yang cemerlang. Insyaallah. Saya yakin, dimana ada kemahuan, disitu ada highway. Highway? Ni kes anak murid yang ajar kat "cikgu dia". Ish3

Sebelum memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran (P&P), saya akan pastikan terlebih dahulu mereka membaca du'a. Saya mahu mereka biasa membasahi lidah dengan mengingati Allah. Kerana majlis ilmu dipenuhi dengan para malaikat, jadi saya mahu kelas saya diberkati, mudah-mudahan anak murid senang memahami apa yang dipelajari. Allahumma amen.

Sains. Subjek yang saya takuti dolu-dolu. Alhamdulillah, kini saya semakin yakin mengajarnya. Penggunaan LCD, OHP, microphone dan barang-barang eksperimen menjadi kekuatan pengajaran saya. Cuma perlu manthopkan ilmu, saya masih baru dalam bidang ini.

Bercerita tentang ujian 1 baru-baru ini, waktu ulangkaji iaitu lebih kurang satu jam sebelum ujian, saya mengingatkan anak murid untuk menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Masa inilah kamu nak buat latihan dan ingat kembali apa yang yang telah dipelajari.

"Masa itu emas" sampuk seorang anak muridku.

"Bukan, masa itu pedang!" tegasku.

Anak muridku ternganga kehairanan.

"Masa itu pedang, jika kamu tidak memotongnya, pedang itu yang akan memotong kamu!" terangku memberi penjelasan.

"Wah, pandailah cikgu buat pantun" sambut anak muridku.

Kasihan mereka, mereka masih tidak mengerti maksud sebenar pepatah arab tersebut, MASA ITU PEDANG! kalau masa itu emas, kita masih boleh beli masa, tapi masa tidak boleh dibeli! fikir-fikirlah :)

Setibanya ujian, antara salah satu soalan yang saya lontarkan:
What is the purpose of the saliva in the mouth?
Apakah kegunaan air liur didalam mulut?
Macam-macam jawapan! Antara yang saya ingat, ada yang jawab:
1- Untuk pernafasan
2- Untuk memudahkan kita bercakap
3- Untuk merasa samada masam, masin dan manis
4- Untuk menghilangkan bau busuk mulut
5- Untuk keluarkan asid
6- Untuk membasuh mulut
7- Untuk mencuci lidah
8- Supaya tekak tak kering
7- Air liur adalah masin, manis, masam
8- yang jawab I DON'T KNOW pun ada!
Mak aiii, saya tak pernah ajar air liur ada rasa. Yang saya ajar, lidah mempunyai tunas rasa yang berlainan. Sejak bila pula air liur untuk bercakap dan bernafas? Kalau tiada air liur agak-agaknya mulut kita busuk ker?

Ha, saya bagi para pembaca blog untuk menjawab soalan ujian tersebut, senang bangat, ni soalan sains tingkatan 2, ingat lagi tak kita belajar zaman dolu-dolu? hohoho..


Read More :D
Related Posts with Thumbnails