Followers

Monday, May 30, 2011

Hari Guru Volume 2 ;D


Salam sahabat semua, sebenarnya topik kalini kesinambungan dari topik sebelum ni [Happy Teacher's Day 2011 (dijemput klik sini)], haih dah hampir basi pun..

Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk menjejakkan sekali lagi kaki ke Al-Farabi terchenta ;D tujuannya adalah untuk menziarahi rakan-rakan seperjuangan 'dihari bahagia' mereka disamping bertemu dengan anak murid yang sangatlah dirindui. Sangat-sangat.

Langkah kanan rupanya, mereka sedang 'makang-makang' setelah sukaneka tamat, jadi saya pun dijemput. Belum sempat menjamah makananggg,
" cikgu, ini hadiah dari saya :) "
Wah, sungguh terharu! walaupun genap 6 bulan saya tidak lagi bergelar ustazah disana, jiwa ini masih tersimpan kemas dalam lipatan ingatan mereka. Terima kasih Afiqah, Aiman & Ustazah Salasiah :)








selamat..selamat..selamat sejahtera :)


Read More :D

Tuesday, May 17, 2011

Happy Teacher's Day 2011

Salam kepada pembaca setia blog saya.


Alhamdulillah, tarikh keramat 25 Mei 2011 akan tiba beberapa hari lagi. Genap la setahun Puan Nadirah yang sorang ni bergelar pendidik (muridku selalu menggelarkanku 'puan' walaupun terang lagi bersuluh saya ni 'cik' ..haha, abaikan ^^!)

Kronologi perjalanan seorang guru baru:
25/5/2010-03/01/2011: Guru di Sekolah Islam Al-Farabi Meru
03/01/2011- sekarang: Guru di SMK Sungai Kapar Indah

Semalam, 16 Mei 2011, satu hari yang cukup bersejarah. Kurang dari setahun, diriku sudah 2 kali menyambut hari guru :D kenapa begitu? (sila lihat pada kronologi untuk pemahaman)

Apa yang boleh saya simpulkan, Hari Guru ini adalah untuk menghargai segala penat lelah, jerih perih (betul ker ayat ni) dan jasa guru-guru yang telah mendidik anak bangsa. Sewaktu saya bergelar pelajar sekolah menengah, saya akan berasa teruja kerana pada hari guru kebanyakan pelajar akan memberi hadiah sebagai tanda terima kasih mereka. Pada ketika itu, saya akan meminta duit dari arwah ayah dan akan membeli bunga plastik yang harganya lebih kurang RM2 setangkai... kantoi!

Bila kita pula bergelar guru, perasaan itu akan bercampur baur, teringat zaman kita bagi hadiah pada guru dan sekarang kita pula menerimanya, alhamdulillah :D hadiah itu bukanlah perkara utama, yang paling bermakna apabila kita menjadi pelajar yang cemerlang dengan akhlak yang terbilang disisi guru-guru terchenta kita :)

Dikesempatan ini juga saya ingin ucapkan Selamat Hari Guru buat semua pendidik saya dari Tadika ABIM Meru, Sekolah Rendah Islam Hira', Sekolah Menengah Islam Hira', Matrikulasi Negeri Sembilan sehinggalah ke Universiti Putra Malaysia, juga teristimewa buat pendidik terhebat, bonda & arwah ayanhda terchenta:D











~to those my students who are reading my blog, thank you very much for such wonderful presents for teacher's day, i'm very appreciate it, may god bless all of you and very good luck for your exam tomorrow, aja2 fighting! (until now, I don't look through out the gift because it very meaningful for me ;p )

Read More :D
Related Posts with Thumbnails