Followers

Friday, June 29, 2012

Zikir & Doa Memasak ;)

Salam wbt.

Seronoknya bersantai hujung minggu! santai la sangat -_-

Saya tengah fikir nak masak apa tengahari jakgi, tiba-tiba terjumpa satu artikel yang sangat menarik tentang petua memasak. Apa lagi, j0m cuba!

~~~alamak, kuatnya Al-Hafiz gerak dalam perut ummi dia, ummi bangun, dia pun bangun, aktifnya ;)



Doa dan zikir apabila memasak.

Doa masuk dapur

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]

Doa Waktu Sukat Beras

الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا مِنْ جُوعٍ

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.

Doa Buka Periuk

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ

Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.) p/s : sunnahnya buka tudung periuk hanya separuh sahaja, insyaALLAH ada keberkatan.

Zikir Waktu Masak

لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ

Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58] (Kacau lawan jam)

Doa Potong Sayur & Buah

فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ

Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]

Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur

فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]

Doa Simpan Beras

وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ

Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]

Doa Untuk Sedapkan Makanan

Selawat Nabi 3x, Istighfar 3x

*********PETUA LAIN:

1) Mulakan dengan bacaan basmalah. Dan setiap kali nak masukkan bahan dalam periuk / kuali, dahulukan dengan ucap basmalah. InsyaAllah berkat nanti.

2) Waktu nak mengacau tu, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Baginda SAW.

3) Semasa proses kacau mengacau tu, baca Surah Al-Kauthar kerana hikmahnya surah tu berkaitan dengan buah kauthar iaitu buah dari Syurga. Dah nama buah syurga, insyaallah memang sedap.

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. (Surah Adz-Dzaariyaat, Ayat 55)*********

Ha, apalagi, jom memasak! Bismillah :)

Read More :D

Thursday, June 07, 2012

AH di Hospital~

Salam wbt. 18 Rejab 1433. 8 Jun 2012

Pos terakhir bertarikh 25 Rabiul akhir 1433. Masa tu Al-Hafiz (AH) baru menginjak ke angka 3. Sekarang AH sudah matang ke angka 22. Ini bermakna, tautan kasih sayang saya bersama Encik R dan AH sudah sebati selama 5 bulan 2 minggu ;) Alhamdulillah.



Al-kisahnya pada 17/4/2012, saya telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang disebabkan bacaan ketone sudah4+. Apa itu ketone? Meh nak terang. 2 hari sebelum kejadian iaitu hari ahad, saya bersama Encik R dating di PAS, Shah Alam. Kami makang-makang cendol dan mee kari setelah penat berpusing.

Pagi esoknya, saya cirit-birit dan muntah-muntah. Muntah hampir 5 kali dan cirit 4 kali.Tak tahu kenapa, segala yang disumbat ke dalam mulut semuanya diluahkan kembali. Langsung tak dapat terima walau setitik sekalipun. Badan saya sangat kekurangan air. Encik R nasihatkan supaya ke klinik. Saya ni memang 'rajin' sangat nak ke klinik. Jadi, saya tangguh ke hari berikutnya.

Maka pada 17/4/2012, doktor menyuruh saya untuk membuat ujian urin dan hasilnya saya terpaksa ditahan wad! Oh, bergugurlah air mata seketika. Rasanya saya telah mengalami keracunan makanan. Alhamdulillah, setelah badan diuliti dengan berbotol-botol air, akhirnya hotel HTAR hanya saya duduki selama 2 hari 1 malam. Peritnya rasa tidur atas katil hospital tanpa Encik R disisi. Akhirnya, bacaan ketone saya menunjukkan angka NIL! Alhamdulillah. Boleh pulang ke rumah.



Iklan jap. Selamat Hari Guru kepada semua murabbi seantero dunia! Maaflah ucapan dah basi (sepatutnya 16 Mei lepas!). Terima kasih daun emas dihamparkan kepada semua yang memberi ucapan dan hadiah kepada saya. Tahun ni genap 3 tahun saya bergelar pendidik ;) Pahni didik anak sendiri pulop yer~~~

Iklan nombor 2. Terima kasih daun keladi juga kepada kak Ida (isteri A.Syah Inteam) kerana memberi cadangan kepada saya untuk membaca buku Amalan ketika Mengandung karya Abu Afiqah. Didalamnya juga terdapat doa bagaimana mahu mendapat anak lelaki.



Maksudnya:

"Ya Allah, sesungguhnya kami akan memberi nama anak yg berada di dalam perut isteri kami dengan nama Muhammad maka jadikanlah dia untuk kami seoang anak lelaki dengan hak orang yg mempunyai nama yg mulia ini yakni Nabi Muhammad"
Sekian, doakan kesihatan saya dan AH ;)
Read More :D
Related Posts with Thumbnails