Followers

Tuesday, August 14, 2012

1433H Ramadhan Kareem, Ramadhan Mubarak!

Salam wbt.

Masih tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Kareem, Ramadhan Mubarak kepada mereka yang sudi singgah blog saya yang mutakhir ini sangat malas nak update. Penyakit betul ummi ‘AL-Hafizah (AH)’ ni kan.

Upps! Al-Hafizah? Minggu lepas saya ditemani Encik R pergi scan di Klinik Pakar Wanita & Keluarga. Sedikit terkejut apabila khalifah yang dikandungkan ini rupa-rupanya seorang serikandi. Ingatkan hero! Alhamdulillah, AH normal dan tiada sebarang masalah . Sangatlah teruja apabila nampak AH menghisap jarinya. Ala tomei-tomei anak ummi :) Lagi teruja apabila doktor pakar memberitahu tarikh dijangka bersalin pada 2012-10-24. Upss sekali lagi! Sama tarikh lahir ngan ummi dia la, ummi dia 1988-10-24. Sweet je kan (uwekks ;p)

Bercerita mengenai sekolah pula, secara rasminya tanggal 1 Ogos 2012 yang lepas, saya tidak lagi bergelar pendidik kepada anak-anak di SMK Sungai Kapar Indah. Selamat tinggal 2 Cekap! Kendatipun begitu saya masih mengajar di Pusat Tuisyen Eko Pintar, Meru. Darah pendidik memang tak boleh dipisahkan dengan saya. Mungkin kerana ibu dan ayah saya merupakan seorang guru. Encik R juga seorang guru, kebetulan atau suratan? Sudah jodoh, memang tidak boleh disangkal :)

Kenapa saya berhenti mengajar disekolah? Biarlah rahsia ;)

Disamping Encik R sibuk mengajar, kekasih hati saya juga berniaga. 9/10 pintu rezeki datangnya dari alam perniagaan. Betul idok? Sekarang saya agak sibuk membantu suami terchenta berniaga di Pusat membeli belah Aeon Bukit Raja. Berniaga apa tu? Berniaga sempena Karnival Riuh Rendah AIdilfitri. Pelbagai jenis beg tangan, beg kait, tali pinggang, purse dan wallet. Mari-mari beli sampai sehari sebelum raya sahaja! (sempat promosi nampak ^^!) Riuh-riuh juga, ibadah jangan dilupakan, pahala berganda tu!!

Ramadhan Kareem, Ramadhan Mubarak! Minal Aidil Wal Fai’zin. Salam ‘Eid Fitri. Maaf Zahir Batin.

6:34PM

14/8/2012

26 Ramadhan 1433H

Pusat membeli belah AEON

Read More :D
Related Posts with Thumbnails