Followers

Thursday, October 18, 2012

Anis Al-insyirah (Part 2)

Salam wbt. Bagi yang terlepas teksi, boleh klik sini ni yer -----> Anis Al-Insyirah (Part 1)
Setibanya di Aras 5, saya menunggu giliran untuk pemeriksaan doktor. Encik R dikehendaki tunggu diluar. Bila kontraksi datang, saya pegang kerusi kuat2. Rasa nak terangkat kerusi tu. Dengan sakit perutnya lagi. Allah sedang menguji saya. Dengan tidak disangka-sangka, selepas hampir tak tahu berapa kali saya ulang alik tandas disebabkan sakit perut yang melampau (salah makan kot?), saya termuntah pula dikaki lima. 2 kali! Allah akbar, peritnya....!

Setelah menunggu beberapa ketika, doktor mengesahkan bukaan sudah 5cm! Terkejut den. Dah boleh hantar ke bilik bersalin. Ha, kat sini nak kongsi sikit bagi kawan2 yang tak pernah bersalin. Barangan yang perlu dibawa ke bilik bersalin seperti lampin pakai buang, baju bayi sahaja tanpa seluar, tuala dan bedung.

Berdebar jugalah otw ke bilik bersalin. Jam menunjukkan 0345. Nurse tak tahu berapa kali asyik periksa denyutan jantung bayi je. Bosan juga saya tunggu waktu tu, "bila la nak bersalin ni..." <--- ish3, sempat lagi bosan walaupun kontraksi makin kerap, macam2 la ummi insyirah ni. Alhamdulillah, suami perawat duka waktu itu.

Encik R dibenarkan menemani saya. Setelah sekian lama, apabila kontraksi mencecah seminit sekali, nurse dan doktor 'mengerumuniku'. Serasa bayi macam nak keluar, tapi argghhh, susahnya. Teran lagi, teran lagi! Masing-masing memberikanku semangat, Encik R menjadi kaptennya ;) Sakitnya nak teran, Allah sahaja yang tahu. Sebab tu orang selalu dok sebut, syurga dibawah telapak kaki bonda, jangan pernah sakiti ibu. Sakit mengandung, sakit bersalin memang tiada taranya. Bak bertarung nyawa!

“Kalau baby tak berjaya keluar, kena vakum ni. Tak pun pembedahan…” Nurse seakan-akan memberi peringatan. Dengan ‘amaran’ itu, saya kuatkan lagi semangat! Teran sekuaaaaaaat yang mampu. Alhamdulillah, dan akhirnya!

“Terima kasih sayang….” Encik R menghargai usaha saya yang sangat kuat. Dia memelukku. Tepat jam 0720, lahirkan generasi pengembali umah, penyejuk dimata, penawar dihati. Rasa nak menangis seketika, bayi suci yang baru lahir diberikan kepadaku. Alhamdulillah, kini saya dah jadi ummi!!! Sakit bersalin seakan-akan tidak pernah melewatiku.



Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur padamu ya Allah kerana mengurniakanku suami yang soleh dan anak yang solehah.

Setelah segalanya selesai, Encik R membawaku masuk ke wad.

Setibanya di wad, jeng2! (hihihi...)

2 be continued! Part 3 insyaallah!


Read More :D

Tuesday, October 16, 2012

Anis Al-Insyirah (Part 1)

Menjadi seorang ibu membuatkan kita lebih menghargai seorang ibu!

'Alhamdulillah, tanggal keramat oktober 7, tahun 2012, lahirlah penyejuk dimata penawar dihati kami suami isteri, Anis Al-Insyirah Bt Mohd Rodzi <3 Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya setelah sah bergelar seorang ummi. Perasaan ini seakan sama seperti saya sah bergelar isteri kepada cinta hatiku, Encik R. Susah digambarkan dengan kata-kata apatah lagi dengan aksara.'
*******************************************************************************************

Salam wbt.

Syukur Alhamdulillah, saya selamat melahirkan Insyirah tepat jam 0720 di Hospital Selayang secara normal. Sebenarnya cik jah sekelian, sehari sebelum Insyirah lahir iaitu petang oktober 6, saya bersama Encik R sempat lagi makan kenduri sahabat kami, Nazri & Adila di Hulu Selangor! Sejam lebih juga perjalanan. Alhamdulillah la tak bersalin tengah jalan. Kalau ikutkan hati, berbelah bahagi juga kaki nak melangkah. Masa tu, kandungan sudah masuk 39 minggu 3 hari. Tapi dek undangan penyatuan dua jiwa satu hati ditambah dengan pasangan mempelai merupakan sahabat baik , saya gagahkan jua :) Dalam fikiran saya, ‘takpe, due Al-hafizah 10/10/12, ada 4 hari lagi… ’ Tup2, malam tu terus pergi hospital!

Saya mula merasakan contraction (kontraksi) ataupun istilah lainnya, pengecutan, 2 hari sebelum Insyirah lahir. Malam oktober 5, saya merasa pelik. ‘Apesal asik sakit selang 40minit ni..’ Malam tu memang tak boleh tidur. Pusing kanan, pusing kiri, telentang. Meniarap je tak. Senang cerita memang tak tidur la. Asyik nak pergi tandas, pastu rasa sakit sangat. Makin lama makin kerap rasa sakit tu. Disebabkan saya ni tak pernah mengandung apatah lagi bersalin, jadi tak tahulah apa itu kontraksi. Tu yang selamba je pergi kenduri keesokan harinya. Pastu, lusa bersalin. Hu3…

Malam oktober 6, Bila tanya bonda, kontraksi tu macam rasa kecut kat bahagian rahim, macam rasa anak nak keluar. Ha, betul la! Rasa sakit malam tadi tu agaknya kontraksi kot ^^! Lepastu, bonda tanya selang sakit dah berapa minit. Saya dengan selambanya kata, 15minit. La, kalau 15minit, dah boleh pergi hospital, nasihat bonda. Mataku waktu itu terkebil-kebil. Encik R baru saja keluar mencari rezeki, dia mengajar malam di Pusat Tuisyen.

Dalam fikiranku, esok saja pergi hospital. Ingatkan selang sakit 15minit tu akan berlanjutan sampai esok, rupanya hujan ditengah malam! Tiba2 sakit semakin kerap. Malam tu memang tak lalu nak makan. Seusai saja Encik R habis mengajar, makan dan solat, kami bergegas ke Hospital Selayang. Kenapa tak pergi Hospital Klang? Anda sendiri tahu jawapannya ;p Lebih kurang jam 12.00 malam, kami sampai. Otw nak ke Aras 5 (tempat daftar nak bersalin), saya macam tak boleh nak jalan. Kontraksi hampir 5minit sekali. Bila kontaksi datang, nak buat apa pun tak boleh. Encik R terus ambil kerusi roda dan bawa saya naik ke atas.

Setibanya sampai di aras 5, jeng2….

Apa yang berlaku? 2 be continued !!! ;p <---- Mengada betul ummi Insyirah ni kan..

***Mana pergi Al-Hafizah? Al-Hafizah ni Insyirah la :) Kami suami isteri memanggilnya Al-Hafizah tika didalam kandungan supaya Insyirah menjadi seorang penghafaz Al-Quran yang baik, insyaallah. Amen ya allah amen :)

Read More :D
Related Posts with Thumbnails