Followers

Thursday, November 13, 2008

:: EKSPLORASI ::

EKSPLORASI

Album : Koleksi 16 Lagu Nasyid Terbaik Far East
Munsyid : Far East feat. Inteam
Lagu: Fadzli Far East
Lirik : Ito Lara

Telusuri maknawi menjejak hakiki
Amanah suci khalifah di bumi
Jelajahi duniawi menuju ukhrawi
Amalan murni mengadap Ilahi

Eksplorasi diri membaca zahiri
Menyingkap realiti yang tersembunyi
Eksplorasi hati mengungkai nubari
Cerminan peribadi bias tulus budi

bertemu berpadu dalam di dalam restu
Berkias bermadah dalam santun ilmu
Berpautkan iman tenteram aman
Bersandarkan rahmat sentosa selamat

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi
Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari
Yang mengiringi

Bukan mudah memiliki mutiara kasih
Tanpa diselami lubuk hati nurani
Ke dasar rasa yang paling dalam


HARGA SEKUNTUM CINTA

Album : Koleksi 16 Lagu Nasyid Terbaik Far East
Munsyid : Far East

Pada redup renungan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai

Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi

Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya

Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cinta-NYA


bingkisaNurani:
2 lagu yg mmg manth0p.. Lirik2 nye sungguh puitis
m0ge diambil iktibar n pngajaran k :)



Read More :D

Tuesday, November 11, 2008

Salam sume ^^

Bismillahirrahmanirrahim




Salam wbt ila semua..lama sudah x update blog(ayat sama jerk..hu3) ..kebiziyan yg melanda x mengizinkan diriku utk ngadap laptop..bulan exam katakan..tapi kan, yg best nye, ana dah abes exam 310ct aritu..itulah istimewanya UPM..ha3..


n 1 prasaan yg x dpt digambarkan, ana brasa tenang skali mnjawab soklan n peluru2 bepandu yg dilontarkan..mmg killer question la..tapi, segala pnyakit ada ubatnye begitu juga soklan2 itu..he3.. alhamdullillah..trima kasih ya allah :)

buat sahabat2 yg lum abes paper, dekatkan lah diri antum dengan sang pencipta, RABBUL 'IZZATI..jgn lupa solat hajat, dhuha, mathurat, qiam n amalan2 sunat y lain..lagi kita dekat dengan DIA, lagi mudah urusan kita insyaallah.. soklan exam pun insyaallah dibantuNYA.. disamping usaha2 kearah najjah nya imtihan antum..

erm..after je abes exam aritu, malam tu jugak ana btolak ke perak..nak p pkampungan orang asli di KUALA MU seperti besa..windu nye pada anak2 itu..dengan izin allah, kalimah syahadah dapat judak disampaikan kpd mereka..moge yg belum islam akn terbukak hati mereka untuk menerima ajaran yang cukup syumul ini..amen..

balik je dari perak, trus siap2 untuk balik Klang..lame sudah tidak ku temu IBUNDA ku yang sangat ku cintai.. then, daku mnjalankn tanggungjawab sebagai seorang isteri..oppsss, silap..ha3..seorang anak..ibuku sgt gembira, aku juga turut gembira..

baru 2 hari diriku mnjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak, malam kamis dh de program sampai la 12 nov..then, continue 16nov till 19nov.. n ade program2 len yg bakal mnyusul..adoi, baru jer lek umah, ni dah mrayau balik..ish3..rase bsalah plak pd bondaku yg ku sgt sayangi..tapi bondaku mengizinkan diriku pergi..thanx mom!

erm..hurm..mmm...arini ni baru lah menjelajah ke sluruh plusuk tenet yg ade..tgk fs, KTI, blog ni, email yg inbox nye nak dkt sribu n len2 laman web..jenuh gak.. tapi ad 1 yg ana cukup ttarik..kat fs.. syukran ilaik wat kawanku merangkap adikku yg sgt ku kasihi, Dalilah..she give me s0me word that I can't forget it..windu nak jumpe die..bile kite nak jumpe ni..insyaallah 1 hari nnti..amen.

ni 1 lagi nak habaQ, aritu kan men netball..alhamdulillah overall dpt naib johan..tapi mmg dugaan tul, JARI MANIS ku bengkak sket cz men dgn sedikit ganas..adoi..nak sarung cincin pun x muat taw.. alamak..macam2..mohon sahabat2 d0akan ana agar pulih sprti sedia kala :) k lah, nnti kiter sambung..banyak lagi nak cita..sabau jer la..sampai ketemu..permisi..

Salam Perjuangan,
Nadirah Ahmad Azam (",)


bingkisaNurani:
bz tol makcik ira sorang ni..sabau jerk la..


Read More :D

:: Kisah Raja Afrika ::


Bismillahirrahmanirrahim. Salam wbt smua. Jom denga kisah ni. Pada zaman dahulu kala di negeri Afrika, terdapat seorang raja yang memerintah dengan adil dan saksama. Raja Afrika tersebut mempunyai seorang sahabat rapat bernama Koami. Koami mempunyai satu sifat yang sungguh unik iaitu Koami suka melihat setiap perkara yang berlaku (positif mahupun negatif) dalam hidupnya sebagai sesuatu yang baik dengan mengucapkan, “Ini sungguh bagus”.


Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari Raja Afrika mengajak Koami pergi memburu di dalam hutan. Sepertimana kebiasaan, Koami menyediakan peralatan untuk memburu seperti senapang, peluru, makanan dan lain-lain. Entah bagaimana, Koami terlupa untuk memeriksa senapang tersebut samada masih elok atau tidak.

Ketika di dalam hutan, Raja Afrika melihat kelibat seekor rusa jantan di celah-celah semak, dengan pantas Raja Afrika menembak menggunakan senapang yang dibawa oleh Koami. “Pom!!”, senapang tersebut meletup dengan sangat kuat apabila picunya ditekan. Akibatnya Raja Afrika kehilangan ibu jari kanan kerana letupan senapang tersebut dan menjerit-jerit menahan kesakitan. Tiba-tiba terkeluar daripada mulut Koami, “Ini sungguh bagus”. Bagaikan terbakar telinga Raja Afrika apabila mendengar kata-kata Koami itu dan berkata dengan marahnya, “Bodoh!!!, Ini tidak bagus. Pengawal!, kurung Koami di dalam penjara seumur hidup…”.

Setelah setahun berlalu, pada suatu hari Raja Afrika bersama beberapa orang pengawal keluar memburu di dalam hutan. Alangkah malangnya nasib Raja Afrika tersebut kerana terserempak dengan Puak Madura yang suka memakan daging manusia. Raja Afrika dan pengawal-pengawal ditangkap dan diperiksa seorang demi seorang bagi memastikan manusia buruannya sempurna tubuh badan.

Apabila melihat Raja Afrika tidak memiliki ibu jari kanan, Puak Madura tersebut melepaskan Raja Afrika tersebut kerana pada kepercayaan Puak Madura, manusia yang tidak sempurna tubuh badan akan menjadi sumpahan jika dimakan. Betapa bersyukurnya Raja Afrika tersebut kerana selamat daripada dimakan oleh Puak Madura itu.

Barulah Raja Afrika sedar bahawa benarlah kata-kata sahabat rapatnya Koami, “Ini sungguh bagus”, ketika peristiwa Raja Afrika kehilangan ibu jarinya setahun yang dulu. Raja Afrika memerintahkan supaya Koami dilepaskan dan Raja Afrika dengan rendah diri memohon maat diatas tindakannya mengurungkan Koami di dalam penjara. Tetapi Koami tiba-tiba berkata, “Ini sungguh bagus”. Terkejutnya Raja Afrika mendengar kata-kata itu dan bertanya, “Mengapa pula sungguh bagus?”. Dengan selamba Koami menjawab, “Jika Tuanku tidak mengurung patik, sudah tentu patik bersama-sama Tuanku pergi memburu dan bertemu dengan Puak Madura itu dan akhirnya patik akan mati di makan Puak Madura itu”. Raja Afrika hanya duduk terpaku memikirkan kebenaran kata-kata Koami tersebut. Tamat.

Sahabat-sahabatku sekalian, terlalu banyak perkara yang baik mahupun buruk berlaku dalam hidup kita selama ini. Terpulanglah kepada kita bagaimana kita melihat perkara tersebut. Bukan semua perkara yang baik itu nikmat dan bukan semua perkara yang buruk itu bala. Yang pasti, di sebalik setiap perkara yang berlaku terkandung seribu hikmah yang perlu dicungkil dan difikirkan. Betul tak?

bingkisaNurani:
na'am, tepat sekali..SETIAP YG BERLAKU, smua ade HIKMAH yang tersembunyi.. ALLAH itu MAHA ADIL..be p0sitive k ^^



Read More :D

Thursday, October 23, 2008

Usiaku meningkat...


Bismillahirrahmanirrahim

Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,

Dedaun berguguran,
Membuktikan kedewasaan,
Walau tanpa madah dan hadiah,
Namun cukup untukmu sekadar ucapan...

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia,

Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,

Usiamu ibarat mutiara,
Tiada berganti lagi,
Hiaskan iman bersulam taqwa,
Agar sempat menuju haruman syurgawi,

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia.



Hari ni, 24 OKTOBER 2008, genap usia ku 20.. alhamdulillah, diriku masih dikurniakan ruang dan peluang untuk meneruskan hidup sebagai hamba ALLAH swt.. moge dengan bertambahnye umur ni, meningkat lah jua keimanan seiring dengan bertambahnya amal ibadat.. syukran ala kulli hal kpd yg wish n doakan ana :)


bingkisaNurani: d0akan diriku ^^


Read More :D

Saturday, October 04, 2008

Kalimah ALLAH dilangit 20 Ramadhan


Firman Allah swt. bermaksud
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda & keterangan Kami di ufuk sana, dan dalam diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa sesungguhnya Dia adalah benar. Adakah tidak cukup sesungguhnya Tuhanmu amat menyaksikan tiap sesuatu. Sesungguhnya mereka dalam keraguan terhadap pertemuan dengan Tuhan mereka (di Hari Pembalasan). Sesungguhnya Dia Maha Menggarap tiap sesuatu” (Fussilat:52-54).]


::Kalimat “Allah” dilangit seperti yang dirakamkan oleh Feeda, Brunei. ::

Sumber: http://inijalanku.wordpress.com/


Read More :D

Monday, September 22, 2008

IFTAR KTI ^^




IFTAR KTI KALI KE-3
Laporan kat bawah ni ana amik dari Marwah..


Masa : 5.30 petang - 9.30 malam
Tempat : Restoran Puteri
Tarikh : 21 September 2008
Hari : Ahad يوم الأحد


الحمد الله kerana program berjaya dilaksanakan dengan grand bak kata Amin, super-meriah.. kehadiran terawal pastinya musaza & nazzabi.. kesemua peserta yang telah mendaftarkan diri kecuali 3 di atas menunjukkan sokongan padu terhadap program disamping berpeluang mengenali ahli-ahli KTI yang selama ini dikenali dalam alam maya sahaja.


Jurugambar-jurugambar KTI; yeopmi, silantra, musaza, nazzabi, zhafran, ikmal dll rancak mengambil gambar sepanjang program. Ini tidak termasuk jurugambar media massa yang hadir selaku jemputan tambahan oleh pemilik Restoran Puteri..

Aspek logistik yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan baik, sekalung tahniah buat el-hijrah & abuafham kerana membantu ana dalam bab ini.. mohon maaf atas kekurangan bagi sapa-sapa yang merasai pengalaman logistik versi ana & el-hijrah ni.. kita boleh cuba cara lain lak lepas ni.. mana tau, naik kapal terbang ke, bot, helikopter atau sebagainya..bila KTI dah jadi 1 organisasi besar satu hari kelak.. إن شاء الله

tentatif program berubah sedikit seusai ketibaan.. solat maghrib diadakan selepas berbuka puasa.. solat tarawih yang dirancang tidak dapat dijalankan atas perubahan saat akhir yang memang tak boleh nak elak.. penambahbaikan akan diadakan untuk program sebegini pada masa depan.. sokongan KTI amat dialu-alukan khasnya untuk penggerak-penggerak barunya tahun depan..

komen makanan? memang marvellous, الحمد الله terima kasih kepada Restoran Puteri atas hidangan enak lagi lazat.. kepada yang tidak berkesempatan merasai sebahagian menu utama, mohon maaf diajukan.. ini memandangkan, program ini bersatu tenaga dengan artis-artis luar seperti Deja Moss, Dafi, Adam, Erra dll dari kalangan wartawan & jurugambar media massa tanahair. tidak lupa, warga rumah anak yatim..

Program bersama anak yatim kali ini, lebih bersifat biasa tanpa ada aktiviti khusus memandangkan tunjang program berasaskan aturcara IRSB.. jika diizinkan, program follow up untuk anak-anak yatim akan diselia pada masa hadapan.. terima kasih atas kehadiran Ustaz Nordin Jaafar selaku penyampai tazkirah & penghibur dengan lagu Doa Makan..

Program sebegini benar-benar merapatkan jalinan ukhwah antara ahli-ahli KTI & teman-teman yang diajak bersama khasnya kawan-kawan suRita & faeyzall.. kehadiran kalian sememangnya memeriahkan program ini.. selain peluang beramah mesra dengan Inteam & staff IRSB..

Memori program Iftar kali ini, akan terpahat segar dalam benak fikiran & perasaan semua yang menjayakannya.. sekian dahulu pada masa ini.


oleh:
almarwah_madinah











Read More :D

Monday, September 15, 2008

Cerpen dis m0nth :)


Bismillahirrahmanirrahim..
kaifa imanuka/i?
lama dah ana x update blog nih..
jom baca cerpen kat bawah...baca sampai habis taw..
same2 kongsikan segala yg bermanfaat..

Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya. Ditakdirkan Allah, assignments di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana discussion di sana sini. MP3 player berisi bacaan ayat-ayat Al Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong.


“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan barakah ini..” Najwa mengeluh sendirian.Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al Anfal ayat 2:“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal”. Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulallah SAW.“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain engkau)” Riwayat Abu Dawud, Ahmad.

Najwa singgah duduk di satu “bench” di bawah pokok. Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya.“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan”. Dalam Najwa mengulangi doanya itu, tiba-tiba terdetik di dalam hatinya: Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan? Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya. Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa juniornya untuk mengikuti halaqah mingguan. Dia terasa sangat “excited” kerana nampak wajah-wajah baru yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah. Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang juniornya berkata kepadanya, “Best la tazkirah kak Najwa…”Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan.

Najwa tersentak… Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin.“Oh.. di situlah silapnya… Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak…. Ya Allah, benar-benar kali ini… Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan… Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku” Najwa mengenangkan rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar. Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelematkan Najwa dari ikhtilat (percampuran bebas lelaki dan perempuann), lalu dengan perasaan malu itu, pakaiannya semakin sopan menepati ciri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh.
Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan program-program islami semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah. Tapi, dia kelam kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan “dakwah”nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al Qurannya. Dia tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya. Tiba-tiba Najwa tersentak lagi..“Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedang kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?” Najwa teringat Surah Al Baqarah ayat 44, ya benar… Dia telah melupakan dirinya sendiri. “Ya Allah, benar-benar kali ini.. aku mengharapkan Mu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku.. walau pada kadar sekelip mata,” Najwa berharap.Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia zalim terhadap dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri.


Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak perlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk mengendalikan urusan hariannya. Tetapi, manusia lupa.. Di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan.Najwa terkedu.“Hah! Termenung apa tu!” Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati.“Awak ni, terkejut saya tau!” Najwa mencebik.“Alah.. maaflah.. Assalamualaikum” Hayati tersengih sambil beri salam.“Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu kembara angan-angan awak” Hayati memang terkenal dengan sifat suka menyakat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya.Najwa sengih sahaja. Najwa bertanya kepada Hayati, “Kaifa imanuki? (Apa khabar iman kamu?).Hayati senyum, “Alhamdulillah.. Alhamdulillah… I hope to stay in Ramadhan all the time!”Najwa sambung lagi..

“Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan!”Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. “Err… Saya tak pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi, saya nak share something. Tazkirah yang saya dengar from Sheikh masa solat tarawikh kat musollah”“Surah Al Ma’un ayat 4-5.”“Dalam ayat 4.. Allah cela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita. Awak rasa-rasanya kenapa, Najwa?” Hayati buat soalan KBKK pula.“Alah, mana la saya tau… Awak citer je la” Najwa malas nak fikir.“Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap “iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka”.. “Kalau tengok perkataan Arab ‘an solaatihim, bukannay fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Bukan referring to orang yang lalai within his/her solat. As if, orang tu dah defeat the purpose of solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada berbuat maksiat apabila dia selesai solatnya. Itu sebab Allah cela”. Macam kita lah, kalau dok dalam halaqah, kita asyik cerita pasal kena amar ma’ruf nahi mungkar… Tapi kalau di luar halaqah, kita tak buat pun apa yang kita perkatakan tu.. What is the purpose of the halaqah to begin with?” Hayati berkata.Najwa tertunduk. “Jazakillah ukhti…”Hayati berkata, “Awak ni cam ade problem je……”Najwa melarikan pandangannya, “Hmm.. Biasalah, hati kurang sihat.”Hayati berkata lagi, “Alhamdulillah.. Awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak. Rasulallah pernah cakap, sapa yang dalam saat imannya rendah, tapi masih berpegang kepad Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”. Iman kita memang ada up-s and –down-s. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa sebenarnya seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya....Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu” You know what, Najwa…Asalnya , kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat.. Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah” Hayati mengusap-usap kepala Najwa.

Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya! Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa terasa qalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan, diterima oleh Allah..

wallhu'alam..allahu akbar :)
ramaddan kareem ~


Read More :D
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails