Salam wbt.
Barang keperluan baby Al-Hafizah dah siap!
:: Keperluan Baby Al-Hafizah::
Sekarang kita senaraikan barang ummi Al-Hafizah pula yer untuk ke hospital ;)
1) Kad Pengenalan
2) Handphone & Charger
3) Buku merah
4) Buku diari hamil + amalan ibu mengandung
5) Sepasang baju lengan panjang + jubah
6) Kain longgar + kain batik
7) Tuala mandi
8) Baju sejuk
9) Stokin tebal - 2pasang
10) Maternity pad
11) Nursing pad
12) Selipar jepun
13) Beg plastik
14) Snek - roti, biskut, 3 in 1
15) Set bersalin (jika perlu)
16) Kebersihan (syampu, sabun badan, berus gigi, ubat gigi, pencuci muka, sikat, bedak & deodorant
Ada lagi tak yang kurang puan-puan sekelian? Terima kasih atas bantuan ;)
Read More :D
Followers
Showing posts with label Nadirah♥Rodzi♥AH. Show all posts
Showing posts with label Nadirah♥Rodzi♥AH. Show all posts
Friday, September 07, 2012
Wednesday, September 05, 2012
Senarai Keperluan baby Al-Hafizah :)
Salam wbt.
Al-Hafizah (AH) kini dah masuk 33 minggu dengan kata lain 35minggu. Haha, macamana ada dua umur ni. Al-kisahnya, klinik kerajaan kata 35minggu, maksudnya dijangka bersalin 10/10. Klinik pakar pula kata 33 minggu dan dijangka 24/10.
Hati kuat mengatakan Klinik pakar yang betul sebab diskrin ultrasound dia canggih, berwarna-warni siap keluar tarikh dijangka bersalin. Mungkin saya tersilap bagi tarikh yang penting pada klinik kerajaankot?
Apepun, 'ummi' tak kisah. Yang penting, Al-Hafizah selamat, sihat dan normal apabila bersalin nanti. Yang kedua penting, Al-Hafizahcute (uwekkks) macam ummi dia & bijak macam abi dia ;p
Persiapan setakat ni alhamdulillah. Kami suami isteri ambil yang wajib dulu, sunat2 muakad insyaallah bila Al-Hafizah dah melihat dunia nanti k :)
Senarai barang Al-Hafizah:
1- Baju berlengan panjang
2- Baju berlengan pendek
3- Stokin/sarung tangan/topi
4- Lampin biasa/kain
5- Lampin pakai buang/drypers
6- Selimut/bedung
7- Barut
8- Tuala besar
9- Tuala kecil
10- Sapu tangan
11- Baby bip (alas baju)
12- Tisu lembap/wipes
13- Pelapik getah (untuk tukar lampin)
14- Mosquito net
15- Set tilam+bantal
16- Bakul baju kotor
17- Bakul sampah kecil
18- Besen mandi
19- Set mandi (syampu, sabun badan, losyen, bedak)
20- Pam susu, bekas simpanan susu, beg pendingin, pek ais, botol susu & berus botol
21- Kebersihan & kesihatan (minyak telon, krim ruam lampin, putik kapas, tisu, sikat, pemotong kuku, termometer)
Kebanyakkan barang kat atas ni, saya dan Encik R beli di AEON Bukit Raja. Yerla, kedai depan mata (waktu berniaga masa ramadhan) ditambah promosi yang dibuat, masakan kami tak nak ambil peluang kan :)
Ni nak cerita sket pasal persiapan keseluruhan:
1- Persiapan barang Al-Hafizah yang nak bawa ke hospital dah siap 100%. Sebab kita tak bawa semua senarai kat atas, bawa yang penting untuk 2/3 hari je.
2- Persiapan ummi dia ni leceh sikit, hampir siap 70%, sebab lagi 30% tu banyak yang kita tengah guna, jadi tak boleh nak simpan siap2 dalam beg.
3- Set bersalin alhamdulillah dah tempah.
Guna produk shaklee. Dalam set bersalin tu ada Vitamin B, Vitamin C, Multivitamin & Zink. Kiranya pil ni untuk penyembuhan luka, pengecutan rahim & sewaktu dengannya.
Untuk tungku, saya juga tempah diinternet. Saya pilih bantal panas dari Kedai bestari.
Untuk bengkung, mandian herba dan minyak urut pula, insyaallah sepupu saya sangat bermurah hati nak bagi yang dia punya.
Kepada para ibu sekalian, ada lagi tak barang-barang wajib yang saya tertinggal??? PLEASE HELP ME, saya budak baru belajar, sangat memerlukan bantuan pakar dari puan-puan sekelian. Sekian :)
**Insyaallah, gambar-gambar persiapan keseluruhan saya akan upload bila barang online semua dah sampai, wink-wink ;)**
-------------------------------
komen dari fb&blog setakat jam 8:54pm, 5/9/12
1)Kak raja - buah tamar & air zam-zam
2)Asma' - breast pump & milk storage
3)K.Syidah - baby bip, bakul sampah kecil, tisu, termometer, botol susu & berus botol.
Read More :D
Al-Hafizah (AH) kini dah masuk 33 minggu dengan kata lain 35minggu. Haha, macamana ada dua umur ni. Al-kisahnya, klinik kerajaan kata 35minggu, maksudnya dijangka bersalin 10/10. Klinik pakar pula kata 33 minggu dan dijangka 24/10.
Hati kuat mengatakan Klinik pakar yang betul sebab diskrin ultrasound dia canggih, berwarna-warni siap keluar tarikh dijangka bersalin. Mungkin saya tersilap bagi tarikh yang penting pada klinik kerajaan
Apepun, 'ummi' tak kisah. Yang penting, Al-Hafizah selamat, sihat dan normal apabila bersalin nanti. Yang kedua penting, Al-Hafizah
Persiapan setakat ni alhamdulillah. Kami suami isteri ambil yang wajib dulu, sunat2 muakad insyaallah bila Al-Hafizah dah melihat dunia nanti k :)
Senarai barang Al-Hafizah:
1- Baju berlengan panjang
2- Baju berlengan pendek
3- Stokin/sarung tangan/topi
4- Lampin biasa/kain
5- Lampin pakai buang/drypers
6- Selimut/bedung
7- Barut
8- Tuala besar
9- Tuala kecil
10- Sapu tangan
11- Baby bip (alas baju)
12- Tisu lembap/wipes
13- Pelapik getah (untuk tukar lampin)
14- Mosquito net
15- Set tilam+bantal
16- Bakul baju kotor
17- Bakul sampah kecil
18- Besen mandi
19- Set mandi (syampu, sabun badan, losyen, bedak)
20- Pam susu, bekas simpanan susu, beg pendingin, pek ais, botol susu & berus botol
21- Kebersihan & kesihatan (minyak telon, krim ruam lampin, putik kapas, tisu, sikat, pemotong kuku, termometer)
Kebanyakkan barang kat atas ni, saya dan Encik R beli di AEON Bukit Raja. Yerla, kedai depan mata (waktu berniaga masa ramadhan) ditambah promosi yang dibuat, masakan kami tak nak ambil peluang kan :)
Ni nak cerita sket pasal persiapan keseluruhan:
1- Persiapan barang Al-Hafizah yang nak bawa ke hospital dah siap 100%. Sebab kita tak bawa semua senarai kat atas, bawa yang penting untuk 2/3 hari je.
2- Persiapan ummi dia ni leceh sikit, hampir siap 70%, sebab lagi 30% tu banyak yang kita tengah guna, jadi tak boleh nak simpan siap2 dalam beg.
3- Set bersalin alhamdulillah dah tempah.
Guna produk shaklee. Dalam set bersalin tu ada Vitamin B, Vitamin C, Multivitamin & Zink. Kiranya pil ni untuk penyembuhan luka, pengecutan rahim & sewaktu dengannya.
Untuk tungku, saya juga tempah diinternet. Saya pilih bantal panas dari Kedai bestari.
Untuk bengkung, mandian herba dan minyak urut pula, insyaallah sepupu saya sangat bermurah hati nak bagi yang dia punya.
Kepada para ibu sekalian, ada lagi tak barang-barang wajib yang saya tertinggal??? PLEASE HELP ME, saya budak baru belajar, sangat memerlukan bantuan pakar dari puan-puan sekelian. Sekian :)
**Insyaallah, gambar-gambar persiapan keseluruhan saya akan upload bila barang online semua dah sampai, wink-wink ;)**
-------------------------------
komen dari fb&blog setakat jam 8:54pm, 5/9/12
1)Kak raja - buah tamar & air zam-zam
2)Asma' - breast pump & milk storage
3)K.Syidah - baby bip, bakul sampah kecil, tisu, termometer, botol susu & berus botol.
Read More :D
Tuesday, August 14, 2012
1433H Ramadhan Kareem, Ramadhan Mubarak!
Salam wbt.
Masih tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Kareem, Ramadhan Mubarak kepada mereka yang sudi singgah blog saya yang mutakhir ini sangat malas nak update. Penyakit betul ummi ‘AL-Hafizah (AH)’ ni kan.
Upps! Al-Hafizah? Minggu lepas saya ditemani Encik R pergi scan di Klinik Pakar Wanita & Keluarga. Sedikit terkejut apabila khalifah yang dikandungkan ini rupa-rupanya seorang serikandi. Ingatkan hero! Alhamdulillah, AH normal dan tiada sebarang masalah . Sangatlah teruja apabila nampak AH menghisap jarinya. Ala tomei-tomei anak ummi :) Lagi teruja apabila doktor pakar memberitahu tarikh dijangka bersalin pada 2012-10-24. Upss sekali lagi! Sama tarikh lahir ngan ummi dia la, ummi dia 1988-10-24.Sweet je kan (uwekks ;p)
Bercerita mengenai sekolah pula, secara rasminya tanggal 1 Ogos 2012 yang lepas, saya tidak lagi bergelar pendidik kepada anak-anak di SMK Sungai Kapar Indah. Selamat tinggal 2 Cekap! Kendatipun begitu saya masih mengajar di Pusat Tuisyen Eko Pintar, Meru. Darah pendidik memang tak boleh dipisahkan dengan saya. Mungkin kerana ibu dan ayah saya merupakan seorang guru. Encik R juga seorang guru, kebetulan atau suratan? Sudah jodoh, memang tidak boleh disangkal :)
Kenapa saya berhenti mengajar disekolah? Biarlah rahsia ;)
Disamping Encik R sibuk mengajar, kekasih hati saya juga berniaga. 9/10 pintu rezeki datangnya dari alam perniagaan. Betul idok? Sekarang saya agak sibuk membantu suami terchenta berniaga di Pusat membeli belah Aeon Bukit Raja. Berniaga apa tu? Berniaga sempena Karnival Riuh Rendah AIdilfitri. Pelbagai jenis beg tangan, beg kait, tali pinggang, purse dan wallet. Mari-mari beli sampai sehari sebelum raya sahaja!(sempat promosi nampak ^^!) Riuh-riuh juga, ibadah jangan dilupakan, pahala berganda tu!!
Ramadhan Kareem, Ramadhan Mubarak! Minal Aidil Wal Fai’zin. Salam ‘Eid Fitri. Maaf Zahir Batin.
6:34PM
14/8/2012
26 Ramadhan 1433H
Pusat membeli belah AEON
Read More :D
Masih tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Kareem, Ramadhan Mubarak kepada mereka yang sudi singgah blog saya yang mutakhir ini sangat malas nak update. Penyakit betul ummi ‘AL-Hafizah (AH)’ ni kan.
Upps! Al-Hafizah? Minggu lepas saya ditemani Encik R pergi scan di Klinik Pakar Wanita & Keluarga. Sedikit terkejut apabila khalifah yang dikandungkan ini rupa-rupanya seorang serikandi. Ingatkan hero! Alhamdulillah, AH normal dan tiada sebarang masalah . Sangatlah teruja apabila nampak AH menghisap jarinya. Ala tomei-tomei anak ummi :) Lagi teruja apabila doktor pakar memberitahu tarikh dijangka bersalin pada 2012-10-24. Upss sekali lagi! Sama tarikh lahir ngan ummi dia la, ummi dia 1988-10-24.
Bercerita mengenai sekolah pula, secara rasminya tanggal 1 Ogos 2012 yang lepas, saya tidak lagi bergelar pendidik kepada anak-anak di SMK Sungai Kapar Indah. Selamat tinggal 2 Cekap! Kendatipun begitu saya masih mengajar di Pusat Tuisyen Eko Pintar, Meru. Darah pendidik memang tak boleh dipisahkan dengan saya. Mungkin kerana ibu dan ayah saya merupakan seorang guru. Encik R juga seorang guru, kebetulan atau suratan? Sudah jodoh, memang tidak boleh disangkal :)
Kenapa saya berhenti mengajar disekolah? Biarlah rahsia ;)
Disamping Encik R sibuk mengajar, kekasih hati saya juga berniaga. 9/10 pintu rezeki datangnya dari alam perniagaan. Betul idok? Sekarang saya agak sibuk membantu suami terchenta berniaga di Pusat membeli belah Aeon Bukit Raja. Berniaga apa tu? Berniaga sempena Karnival Riuh Rendah AIdilfitri. Pelbagai jenis beg tangan, beg kait, tali pinggang, purse dan wallet. Mari-mari beli sampai sehari sebelum raya sahaja!
Ramadhan Kareem, Ramadhan Mubarak! Minal Aidil Wal Fai’zin. Salam ‘Eid Fitri. Maaf Zahir Batin.
6:34PM
14/8/2012
26 Ramadhan 1433H
Pusat membeli belah AEON
Read More :D
Thursday, June 07, 2012
AH di Hospital~
Salam wbt. 18 Rejab 1433. 8 Jun 2012
Pos terakhir bertarikh 25 Rabiul akhir 1433. Masa tu Al-Hafiz (AH) baru menginjak ke angka 3. Sekarang AH sudah matang ke angka 22. Ini bermakna, tautan kasih sayang saya bersama Encik R dan AH sudah sebati selama 5 bulan 2 minggu ;) Alhamdulillah.

Al-kisahnya pada 17/4/2012, saya telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang disebabkan bacaan ketone sudah4+. Apa itu ketone? Meh nak terang. 2 hari sebelum kejadian iaitu hari ahad, saya bersama Encik R dating di PAS, Shah Alam. Kami makang-makang cendol dan mee kari setelah penat berpusing.
Pagi esoknya, saya cirit-birit dan muntah-muntah. Muntah hampir 5 kali dan cirit 4 kali.Tak tahu kenapa, segala yang disumbat ke dalam mulut semuanya diluahkan kembali. Langsung tak dapat terima walau setitik sekalipun. Badan saya sangat kekurangan air. Encik R nasihatkan supaya ke klinik. Saya ni memang 'rajin' sangat nak ke klinik. Jadi, saya tangguh ke hari berikutnya.
Maka pada 17/4/2012, doktor menyuruh saya untuk membuat ujian urin dan hasilnya saya terpaksa ditahan wad! Oh, bergugurlah air mata seketika. Rasanya saya telah mengalami keracunan makanan. Alhamdulillah, setelah badan diuliti dengan berbotol-botol air, akhirnya hotel HTAR hanya saya duduki selama 2 hari 1 malam. Peritnya rasa tidur atas katil hospital tanpa Encik R disisi. Akhirnya, bacaan ketone saya menunjukkan angka NIL! Alhamdulillah. Boleh pulang ke rumah.
Iklan jap. Selamat Hari Guru kepada semua murabbi seantero dunia! Maaflah ucapan dah basi (sepatutnya 16 Mei lepas!). Terima kasih daun emas dihamparkan kepada semua yang memberi ucapan dan hadiah kepada saya. Tahun ni genap 3 tahun saya bergelar pendidik ;) Pahni didik anak sendiri pulop yer~~~
Iklan nombor 2. Terima kasih daun keladi juga kepada kak Ida (isteri A.Syah Inteam) kerana memberi cadangan kepada saya untuk membaca buku Amalan ketika Mengandung karya Abu Afiqah. Didalamnya juga terdapat doa bagaimana mahu mendapat anak lelaki.
Maksudnya:

"Ya Allah, sesungguhnya kami akan memberi nama anak yg berada di dalam perut isteri kami dengan nama Muhammad maka jadikanlah dia untuk kami seoang anak lelaki dengan hak orang yg mempunyai nama yg mulia ini yakni Nabi Muhammad"Sekian, doakan kesihatan saya dan AH ;)
Read More :D
Sunday, March 18, 2012
Nadirah♥Rodzi ~Al-Hafiz

Salam wbt.
Saat ini saya sedang berjauhan dengan encik suami. Hampir 48jam.
Sebulan yang lepas, bonda saya ditimpa kemalangan disekolah. Kedua tangannya patah. Alhamdulillah semakin hari semakin pulih cuma darah tingginya sahaja turun naik. Keluar masuk hospital sudah tiga kali. Mohon jasa baik kalian untuk mendoakan kesihatan bonda kesayangan saya. Allahumma amen~
Rancangan asal pada musim cuti sekolah bulan 3 ni, saya, Encik R dan bonda mahu pulang ke kampung. Namun, hanya Encik R sahaja berkesempatan pulang ke teratak bondanya di Baling. Saya dan adik-beradik saya yang lain menjaga bonda di rumah.
Rindu terhadap Encik R bagai ditahan-tahan setinggi gunung yang tak berapa nak tahan;p Bukan tidak pernah berpisah beberapa hari, tapi ni kes 'mengada' punya pasal.. Biasa la, pengantin baru katakan. Eeee, dah tiga bulan lebih kahwin pun pengantin baru ker? Yer, kami pengantin baru sepanjang masa, itulah rahsia kebahagiaan Nadirah♥Rodzi ;)
Berbalik pada tajuk asal pos kalini, ia berkisar tentang al-hafiz. Al-hafiz? Siapakah dia? Kekasih gelapkah? Kekasih cerahkah? Atau kekasih barukah? Yer, kekasih baru saya dan Encik R ♥
Sungguh tak sangka. Masa begitu pantas sekali meninggalkan kita. Ya, masa itu ibarat pedang! Rasa macam saya baru je dilahirkan bonda, alam kanak2, alam sekolah, alam universiti, masuk ke alam pekerjaan, kini sudah berkahwin dah bakal mempunyai zuriat sendiri :):):):):):):):):)
Ceritanya bermula begini. Saya ni agak degil sikit (rasanya degil banyak), punyalah pemalas nak pergi klinik. Akhirnya setelah demam seminggu ditambah dengan ajakan Encik R, saya mengalah dan terus ke klinik ditemani encik suami.
Disebabkan demam dah melarat sehingga angka 7, doktor menyuruh saya untuk mengambil ujian urin dan darah. Saya mula rasa tidak sedap hati. Kenapa nak kena amik semua ujian ni. Demam je kot. Mungkin doktor fikir darah saya dijangkiti kuman.
Usai ujian urin, saya belek-belek keputusannya. Berdebar-debar jantung. Perkataan Positif dibulatkan! Apakah ini? Saya menunjukkan kertas tersebut pada suami. Senyumannya membahagiakan saya. Sungguh tak sangka. Allahmdulillah.Doktor lantas menemui Encik R dah mengucapkan "tahniah awak bakal jadi bapa". Terpinga-pinga kami dibuatnya. Dalam benak saya ketika itu, tujuan asal kami ke klinik untuk merawat demam saya. Bukan untuk buat ujian mengandung. Kendatipun begitu, ini adalah teristimewa, alhamdulillah, syukur ya Allah, rezeki yang tidak disangka-sangka. Usia al-hafiz ketika itu baru menginjak 3 minggu ;)
Sebenarnya beberapa hari sebelum pergi klinik, saya memang mengalami sakit-sakit perut. Rasa lain macam sokmo. Jadi, sajalah kami beli alat pregnancy test, manalah tahu mengandung kot. Encik R kata, nampaknya kita guna pregnancy test tu untuk anak kedua la, tak sempat nak guna sebab sayang dah sah mengandung ;)

Kami menggunakan gelaran 'al-hafiz' kerana saya dan Encik R bercita-cita untuk menjadikan anak kami seorang huffaz al-quran, insyaallah, amen.
Usia al-hafiz kini sudah mencecah 11 minggu. Doakan terbaik untuk kami bertiga! Saya, Encik R & AH (al-hafiz ;)
Read More :D
Subscribe to:
Posts (Atom)