Followers

Saturday, August 02, 2014

Buffet Ramadhan 2014 di SACC

Assalamualaikum wbt, Selamat Hari Raya 'Eidulfitri, Maaf Zahir Batin.
"Taqabbalallahu Minna wa Minkum"

Nampaknya jari-jemariku beralun semula setelah sekian lama menyepi selama setahun! Allah Akbar.

Tujuan utama posting kalini ialah mengenai Buffet Ramadhan yang telah dianjurkan oleh Pusat Konvensyen Shah Alam atau lebih popular dikenali sebagai Shah Alam Convention Cente (SACC).

(sumber gambar: Munsyeed.com)

Alhamdulillah, pada 23 Julai 2014 yang lepas iaitu bersamaan 25 Ramadhan 1435 Hijrah, sahabat lamaku yang merupakan pengasas website hebat iaitu Munsyeed.com, saudara Husaini Bin Hussein telah memperlawa untuk menyertai buffet ramadhan di SACC.

Kebetulan tarikh itu tiada kekangan lantas terus berbincang dengan suamiku. Encik R mengizinkan. Alhamdulillah.

Pada hari yang dijanjikan, kami sekeluarga yang sedondon ungu bertolak ke SACC seawal jam 6.15 petang. Sebelum sampai ke destinasi, Encik R mengajakku ke PKNS dan PAS, tapi apakan daya, kami hanya mampu ke PKNS kerana kesuntukan masa. (Ini kes diriku nak cari hadiah untuk aktiviti sekolah 《--- sempat lagi tu, haih.. )

Setibanya di SACC, saya diperkenalkan dengan Encik Halim bin Razak, PR Executive SACC. Jadi, selepas ifthar ringkas dan solat maghrib, sambil berbuka puasa dengan juadah yang pelbagai dan lazat, kami berbual sedikit mengenai SACC dan dunia penulisan era kini di website dan blog. Disebabkan meja yang saya duduk kebanyakkan para blogger, jadi topik perbincangannya lebih terjurus ke arah itu.

Berbicara tentang juadah berbuka puasa, keunikan dan keunggulan Buffet Ramadhan yang ditawarkan di SACC memang mengujakan. Sampai suamiku, Encik R sukar membuat pilihan juadah mana yang akan dimakan terlebih dahulu. Alhamdulillah, ini dinamakan rezeki. Rezeki Allah itu cukup luas. Syukur ya Allah.

Antara juadah yang tiada tolok bandingnya sudah pasti Kambing Kebuli dan Sup Periuk yang dimasak sendiri oleh Chef SACC. Tapi nak dijadikan cerita, kedua-dua hidangan utama ini saya tak sempat makan. Saya juga rambang mata untuk memilih makanan, akhirnya yang saya makan dahulu ialah nasi berlaukkan udang, ayam, daging dan sayur. Kemudian barulah yong tau fu, strawbery chocolate dan air pelbagai rasa. Alhamdulillah, itu sudah lebih dari cukup.

Hidangan istimewa lain ialah roti john, kuew teow goreng, cendol, abc, bubur, lauk-pauk, ulam-ulaman, jeruk, kurma, pelbagai jenis kek, buah, kuih dan bermacam-macam lagi. Terdapat lebih kurang 120 juadah yang dihidangkan dimana pasti menambat hati pengunjung yang datang. Ada lagi yang istimewa, para petugas yang melayan kami berbuka puasa sangat ramah dan mesra. Ada seorang pelayan wanita tiba-tiba datang pada saya dan menawarkan untuk membawa makananku ke meja tempat berbuka puasa. Anakku Insyirah berada dalam dokonganku, jadi agak sukar untuk membawa pelbagai juadah. Mungkin itu yang bermain difikirannya. Terima kasih daun keladi. Sungguh terharu saya :)

Saya juga difahamkan oleh Encik Halim antara lain tujuan utama buffet ramadhan ini diadakan adalah untuk mengutip dana bagi penghasilan Al-Quran Braille di Malaysia. Satu usaha yang cukup murni. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha mulia yang sudah semestinya mendapat ganjaran disisi Allah SWT.

Harga bagi seorang dewasa ialah RM88.00 dan kanak-kanak pula RM 44.00. Bagi kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah, hidangan adalah percuma.

Itu sahaja coretan saya untuk edisi kalini, kullu 'am wa antum bikhoir ;)

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails