Followers

Thursday, June 12, 2008

Siapa bingkisaNurani (^^ ?


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dilahirkan pada 24 Oktober 1988 jam 3.02 pagi, Hospital Sungai Petani, Kedah menjadi saksi lahirnya seorang hamba Allah yang diberi nama Nadirah (sebetulnya Nadhirah) yakni bermakna 'berseri-seri' (tapi tak tahu la berseri ke idok :p). Anak kepada pasangan hebat, Ahmad Azam Bin Mohamed Salleh & Roosmawaty Binti Ibrahim ini, telah dibesarkan dari kecil sehingga kini di Meru, Klang, Selangor. Alhamdulillah, pada tanggal keramat 2/12/2011, penulis kini telah selamat bergelar suri dihati Encik Mohd Rodzi Bin Ghazuli

Mendapat pendidikan awal di Tadika ABIM, Meru, penulis melanjutkan pelajaran ke Sekolah Rendah Islam Hira', Batu Belah, Sekolah Menengah Islam Hira', Jeram, Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah dan Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Bacelor Sains (Kepujian) - Matematik. Pernah menjadi pendidik di Sekolah Islam Al-Farabi Meru, kini penulis pula merupakan pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah (SMK SKI) dan mengajar subjek Sains dan Pendidikan Sivik. Penulis memasang niat untuk meneruskan pengajian ke tahap yang lebih tinggi insyaallah.
"Kita adalah pelajar sepanjang hayat :)"


Mempunyai 7 orang adik beradik, 5 perempuan dan 2 lelaki dimana 3 darinya telah berkahwin. Penulis yang menjadikan keluarga sebagai inspirasi, kini telah mempunyai 7 orang anak saudara yang comel + nakal :p

Penulis yang sangat meminati bidang nasyeed kini bergiat aktif di Komuniti Teman Inteam (KTI) dan komuniti nasyeed lain. Mencintai sukan bola jaring dan badminton, penulis suka melibatkan diri dalam sebarang aktiviti masyarakat khususan dalam bidang dakwah kaum minoriti orang asli :)

Rahsia bingkisaNurani:
bisikan nurani (Inteam) + bingkisan rindu (Fareast). Kan dah terbongkar!

.: Nadirah Ahmad Azam :.

عيش عزيزا اومت شهيدا
Hidup Mulia Atau Mati Syahid

2 comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails