Followers

Thursday, July 29, 2010

INSHA ALLAH - Malay Subtitle


Jom hayati bait-bait lirik. (MALAY subtitle ;)


Read More :D

Sunday, July 25, 2010

Ramadhanul Kareem :)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


14 Sya'aban 1431 Hijrah

Semakin hampir umat islam diseantero dunia untuk mengecapi nikmat Ramadhanul Kareem. Tidak sabar rasanya untuk bertemu dengan bulan yang penuh barakah ini. Bagaimana yer rasanya menyambut bulan itu tika diri ini bergelar seorang pendidik? Tentu ada sedikit berbeza dengan tahun sudah :)

Ok, disini saya ingin berkongsi sedikit tips bagaimana untuk menyambut Ramadhan hasil dari pembacaan saya yang lepas.

1- Berdoa kepada Allah swt agar kita didalam keadaan sihat. Dengan keadaan sihat, kita boleh melaksanakan ibadah secara maksimal: puasa, shalat, tilawah & lain-lain.

2- Pujilah Allah swt.

3- Bergembira dengan datangannya bulan Ramadhan.

4- Rancangkan agenda kegiatan harian untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat, oleh itu isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga.

5- Kuatkan azam, bulatkan tekad untuk mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan.

6- Fahami fiqh Ramadhan. Setiap mukmin wajib hukumnya beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar amaliyah Ramadhan kita benar dan diterima oleh Allah swt. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahu.” Al-Anbiyaa’ ayat 7.

7- Buatlah persediaan untuk qalbu dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs (pembersihan jiwa). Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa.

8- Tinggalkan dosa dan maksiat. Isi Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih.

Akhir kalam, saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhanul Kareem kepada pengunjung setia bingkisaNurani.blogspot (perasan sungguh ^^!)

Semoga Allah swt memanjangkan umur kita sehingga berjumpa dengan Ramadhan. Dan selamat meraih kebaikan-kebaikannya. Amin ya Rabbana. Wallahu a’lam.

***اللهم بارك لنافى شعبان وبلغنا رمضان***

Read More :D

Thursday, July 01, 2010

= Guru Sebulan =


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sedikit bingkisan kisah suka dan duka saya bergelar seorang pendidik dalam tempoh sebulan ini.

Sekolah Islam Al-Farabi Meru

Walaupun sekolahnya tidaklah se'gah' dan ternama seperti sekolah dibawah pantaun Kementerian Pelajaran Malaysia, tetapi bi'ahnya, para guru dan murid-muridnya, cukup menenangkan saya :)

Kendatipun begitu, terkadang diri ini mengalirkan air mata juga. Tidak mudah untuk mendidik. Lagi-lagi anak-anak kecik tahap 1. Terkadang, saya terguris dengan kata-kata mereka. Pun begitu, adakalanya diri ini tersenyum melihat gelagat comel dan lincah si kecil. Sungguh menghiburkan hati :)

Saya memulakan tugasan seawal 0715 pagi dan habis pada jam 1430 petang. Setiap pagi kecuali hari isnin, saya akan menyemak bacaan anak-anak murid dan hafazdan mereka. Sungguh mengkagumkan, anak-anak kecil seawal umur 7 tahun mampu menghafal bait-bait ayat dalam surah al-baqaran dan ali-imran dengan baik. Inilah permata-permata yang kita nak lahirkan isyaallah :)

Di Al-Farabi ini, saya ditaklifkan untuk memikul amanah sebagai guru kelas darjah 4 pandai dan guru nasyid. Kita secara normalnya akan menjadi sayang kepada kelas dibawah jagaan kita walau senakal mana mereka itu. Dipendekkan cerita, terdapat seorang murid yang sangat kritikal prestasi akademiknya. Setelah banyak kali saya 'membebel', alhamdulillah, kini setiap kali saya mengajar, dia akan belajar disebelah saya di meja guru. Dia juga akan sedih bilamana saya tidak masuk mengajar..



"ala, esok tak mengajar, tak best la cikgu tak ada"



Sungguh terharu rasanya.

Semasa hari penyampaian buku rekod pula,



"Cikgu tolong lah saya, saya risau tengok tingkah laku dia.."


Begitulah luahan rasa yang terpancar pada hampir setiap ibu bapa yang datang. Saya sehabis mungkin akan berusaha untuk mendidik mereka, kerana tugas mendidik adalah tugas yang sangat mulia. Saya juga mulai sayang pada setiap anak murid yang saya ajar :)

Menjadi guru nasyid pula sememangnya menggembirakan saya. Sungguh terkejut apabila tugas ini digalaskan kepada saya. "Nadirah & Nasyeed" memang tak boleh dipisahkan bagaikan irama dan lagu ;p cukup terhibur melihat anak-anak kecil bernasyeed dan mengendalikan alat perkusi (cikgu nya pun tak reti nak main..he2 ;p)

Saya mengajar subjek matematik iaitu subjek kegemaran saya! (sebab tu ambil sarjana muda dalam sains matematik =) Tetapi ia menjadi teramat susah apabila murid-murid tidak faham dengan apa yang kita ajar. Kita terpaksa ulang, ulang dan ulang apa yang kita ajarin sampai berpuluh-puluh kali. Sobaaaaaar :) Selain itu, saya juga mengajar sains dan kajian tempatan~ Setiap kali habis mengajar, pasti suara saya akan menjadi 'serak-serak' (lepas ni kena minum banyak air asam jawa *_*)

Pengalaman mendidik cukup mengajar saya. Disamping kita mengajar, kita juga belajar sebenarnya. Ilmu duniawi dan ukhrawi~













Read More :D

Wednesday, June 16, 2010

REHLAH KTI ;)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Syukran kathira buat sahabat2 yang sudi singgah di blog ana walaupun seketika. Alhamdulillah, walaupun blog ana ni kurang informasinya, terharu seketika bilamana setiap hari ada saja pengunjungnya. Alhamdulillah

Disini, ana nak promosi satu program menarik! insyaallah :)

REHLAH KTI (Komuniti Teman Inteam) 2010

Tarikh: 3 & 4 julai 2010

Tempat: Cameron Highland

Bayaran: RM 50 (Makanan + Penginapan 2 Hari 1 Malam)

Boleh bank in pada akaun Maybank Mazri:

1627 3102 5613 (MUHAMMAD MAZRI BIN NOR HAZNAM)

Tarikh akhir: 28 JUN 2010 (Isnin)

Tentatif Program:

3 Julai 2010

7.30am: Berkumpul
8.00am: Bertolak ke CH
12.00pm: Check In, makan
1.15pm: Zohor, Rehat
3.00pm: Ke Ladang Strawbery & Pasar Malam Brinchang
7.30pm: Maghrib, Isya’
9.00pm: BBQ, Anugerah Khas KTI, Cabutan bertuah
10.30pm: Show KTI , Inteam
11.00pm: Tidur Dalam Iman...

4 Julai 2010

6.00am : Subuh, Khidmat Diri
8.00am: Sarapan pagi
9.00 am: Check out
9.30am: Ke Ladang Teh, Taman Rama-rama, sesi bergambar, bersurai n aktiviti bebas

Jadi, kepada yang berminat, boleh terus hubungi ana ataupun mendaftar di link ni yer.

Wallahu'alam


Read More :D

Sunday, June 06, 2010

SIF Meru :)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah, minggu ni genap lebih kurang 2 minggu ana bertugas secara rasmi sebagai pendidik di Sekolah Islam Al-Farabi (SIF) Meru, Klang. Rancangan asal nak mengajar di sekolah lama iaitu Hira', tapi kita merancang dan Allah jualah penentunya.

23 Mei - Dilamar oleh kawan untuk bekerja di SIF Meru.

24 Mei - Ana bersetuju.

25 Mei - Temuduga.

26 Mei - Hari pertama menjadi guru!

27 Mei - Hari Guru (baru sehari jadi guru ^^!)

28 Mei - Cuti Hari Wesak

29 & 30 Mei - Kursus Guru (sangat berguna untuk ana yang 'baru' ni)

Begitulah sedikit perjalanan sepanjang seminggu yang lepas menjadi pendidik.

Ana ditaklifkan menjadi guru matematik darjah 2, 4 & 5, sains darjah 1 & 3 dan kajian tempatan darjah 4. Juga ditaklifkan sebagai guru kelas 4 pandai dan guru nasyeed ^^,

Walaupun agak sibuk dan penat sedikit, ia sebenarnya sebagai pengalaman yang sangat berharga~ nak mengajar darjah 1 memang dugaan, tapi kita kena pandai 'berkawan' dengan mereka ^^, insyaallah, terbaik!

Nampaknya, diri ini makin menyintai dan selesa menjadi guru di SIF Meru ni. Alhamdulillah~


SIF Meru


Hadiah Hari Guru (baru sehari mengajar ^^,)

Tahap 1 yang comel belaka ^^,

Perkhemahan ^^,

Explorace ^^,

-------------------------------------------------------------------------


Read More :D

Wednesday, May 26, 2010

:: Tempahan Uniform KTI ::

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Insyaallah Saf Kepimpinan KTI akan meneruskan usaha untuk uniform muslimat KTI.

Ini adalah saiz terkini bagi uniform muslimat :

saiz ukuran bahu ukuran labuh
M 16 inch 32 inch
L 17 inch 32 inch
XL 18inch 32 inch
XXL 19 inch 33 inch
XXXL 20 inch 33 inch

Harga: RM 50

Cara Bayaran: 13026020360081 atas nama Nurhuda Fatinah (Bank Islam)


Untuk makluman, baju ni agak shape sedikit tapi tak banyak, antunna boleh la memilih saiz yang sesuai kalau tak nak nampak shape.

Ana buka balik tempahan. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menanti uniform muslimat untuk direalisasikan. Maaf kepada yang dah tempah di KTI. Ana bukak balik tempahan. Jazakillah khukhairan kathira ^^,

Boleh rujuk link ni. Syukran ^^,


Read More :D

Wednesday, May 19, 2010

A'Farmosa Animal World Safari

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Location Map

Hello!!! ^^,

Wild Wild West Show

Elephant show

Multi-animal Show

Monkey Island

Safari Park

Oh tiger.......

Alhamdulillah, semalam ana dan keluarga sempat menjejakkan kaki di A'Farmosa Animal World Safari, Melaki. Banyak ilmu yang diperolehi! Pengalaman yang paling tak boleh dilupakan >>>

...semasa menaiki trak menuju ke Safari Park, apabila tiba di kandang harimau...

harimau tu telah pancut ke arah ana! Nasib baik najis mutawassitah. Kalau kucing ok lagi, ni harimau! Memang menguji kesabaran ^^,

Berbaloi-baloi >RM 45 (+ termasuk makan) ~~~


Read More :D
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails