Salam wbt. 18 Rejab 1433. 8 Jun 2012
Pos terakhir bertarikh 25 Rabiul akhir 1433. Masa tu Al-Hafiz (AH) baru menginjak ke angka 3. Sekarang AH sudah matang ke angka 22. Ini bermakna, tautan kasih sayang saya bersama Encik R dan AH sudah sebati selama 5 bulan 2 minggu ;) Alhamdulillah.
Al-kisahnya pada 17/4/2012, saya telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang disebabkan bacaan ketone sudah4+. Apa itu ketone? Meh nak terang. 2 hari sebelum kejadian iaitu hari ahad, saya bersama Encik R dating di PAS, Shah Alam. Kami makang-makang cendol dan mee kari setelah penat berpusing.
Pagi esoknya, saya cirit-birit dan muntah-muntah. Muntah hampir 5 kali dan cirit 4 kali.Tak tahu kenapa, segala yang disumbat ke dalam mulut semuanya diluahkan kembali. Langsung tak dapat terima walau setitik sekalipun. Badan saya sangat kekurangan air. Encik R nasihatkan supaya ke klinik. Saya ni memang 'rajin' sangat nak ke klinik. Jadi, saya tangguh ke hari berikutnya.
Maka pada 17/4/2012, doktor menyuruh saya untuk membuat ujian urin dan hasilnya saya terpaksa ditahan wad! Oh, bergugurlah air mata seketika. Rasanya saya telah mengalami keracunan makanan. Alhamdulillah, setelah badan diuliti dengan berbotol-botol air, akhirnya hotel HTAR hanya saya duduki selama 2 hari 1 malam. Peritnya rasa tidur atas katil hospital tanpa Encik R disisi. Akhirnya, bacaan ketone saya menunjukkan angka NIL! Alhamdulillah. Boleh pulang ke rumah.
Iklan jap. Selamat Hari Guru kepada semua murabbi seantero dunia! Maaflah ucapan dah basi (sepatutnya 16 Mei lepas!). Terima kasih daun emas dihamparkan kepada semua yang memberi ucapan dan hadiah kepada saya. Tahun ni genap 3 tahun saya bergelar pendidik ;) Pahni didik anak sendiri pulop yer~~~
Iklan nombor 2. Terima kasih daun keladi juga kepada kak Ida (isteri A.Syah Inteam) kerana memberi cadangan kepada saya untuk membaca buku Amalan ketika Mengandung karya Abu Afiqah. Didalamnya juga terdapat doa bagaimana mahu mendapat anak lelaki.
Maksudnya:
"Ya Allah, sesungguhnya kami akan memberi nama anak yg berada di dalam perut isteri kami dengan nama Muhammad maka jadikanlah dia untuk kami seoang anak lelaki dengan hak orang yg mempunyai nama yg mulia ini yakni Nabi Muhammad"Sekian, doakan kesihatan saya dan AH ;)
ni marah niii... iklan lebih, citer pasal AH ciputt.... Ira byk-kn rehat... awak tuu bukan satu bdn jerrr skrng niii...! Nnt AH ngamuk kat dlm tuu.. baru tahuuuu.... Ya, ALLAH rehat-rehatkan la.. Ira niii....
ReplyDeleteYer la makcik anonymous, siapakah anda? ustazah dayah ker?
Deletemasalahnya saya sekarang ni terlebih rehat, x larat nak rehat dah ;p
anyway, syukran kathir dear!
cik nad...baby da scan mmg laki ea?? hehehe
DeleteCik Ct Hafsah, sy scan kat hospital kerajaan je, so x dapat tau L/P lagi, cuma kami mengidam anak L :)
Deletesyafakillah..apepown alhamdulillah akk dh ok skrg..jge kesihatan tu..jgn main pulun je makan akk tercinta.....
ReplyDeletesyafakillah kak....apepown alhamdulillah dh sembuh.....jge kesihatan baik2...jgn main pulun je mkn ape....akk2...akk tercinta.jge diri n bby.... =)miss u....
ReplyDeletetq dik, doakan yg terbaik utk akk yer..adik bisikan nurani :)
Deletemiss u to dear ;)