Followers

Saturday, August 02, 2014

Buffet Ramadhan 2014 di SACC

Assalamualaikum wbt, Selamat Hari Raya 'Eidulfitri, Maaf Zahir Batin.
"Taqabbalallahu Minna wa Minkum"

Nampaknya jari-jemariku beralun semula setelah sekian lama menyepi selama setahun! Allah Akbar.

Tujuan utama posting kalini ialah mengenai Buffet Ramadhan yang telah dianjurkan oleh Pusat Konvensyen Shah Alam atau lebih popular dikenali sebagai Shah Alam Convention Cente (SACC).

(sumber gambar: Munsyeed.com)

Alhamdulillah, pada 23 Julai 2014 yang lepas iaitu bersamaan 25 Ramadhan 1435 Hijrah, sahabat lamaku yang merupakan pengasas website hebat iaitu Munsyeed.com, saudara Husaini Bin Hussein telah memperlawa untuk menyertai buffet ramadhan di SACC.

Kebetulan tarikh itu tiada kekangan lantas terus berbincang dengan suamiku. Encik R mengizinkan. Alhamdulillah.

Pada hari yang dijanjikan, kami sekeluarga yang sedondon ungu bertolak ke SACC seawal jam 6.15 petang. Sebelum sampai ke destinasi, Encik R mengajakku ke PKNS dan PAS, tapi apakan daya, kami hanya mampu ke PKNS kerana kesuntukan masa. (Ini kes diriku nak cari hadiah untuk aktiviti sekolah 《--- sempat lagi tu, haih.. )

Setibanya di SACC, saya diperkenalkan dengan Encik Halim bin Razak, PR Executive SACC. Jadi, selepas ifthar ringkas dan solat maghrib, sambil berbuka puasa dengan juadah yang pelbagai dan lazat, kami berbual sedikit mengenai SACC dan dunia penulisan era kini di website dan blog. Disebabkan meja yang saya duduk kebanyakkan para blogger, jadi topik perbincangannya lebih terjurus ke arah itu.

Berbicara tentang juadah berbuka puasa, keunikan dan keunggulan Buffet Ramadhan yang ditawarkan di SACC memang mengujakan. Sampai suamiku, Encik R sukar membuat pilihan juadah mana yang akan dimakan terlebih dahulu. Alhamdulillah, ini dinamakan rezeki. Rezeki Allah itu cukup luas. Syukur ya Allah.

Antara juadah yang tiada tolok bandingnya sudah pasti Kambing Kebuli dan Sup Periuk yang dimasak sendiri oleh Chef SACC. Tapi nak dijadikan cerita, kedua-dua hidangan utama ini saya tak sempat makan. Saya juga rambang mata untuk memilih makanan, akhirnya yang saya makan dahulu ialah nasi berlaukkan udang, ayam, daging dan sayur. Kemudian barulah yong tau fu, strawbery chocolate dan air pelbagai rasa. Alhamdulillah, itu sudah lebih dari cukup.

Hidangan istimewa lain ialah roti john, kuew teow goreng, cendol, abc, bubur, lauk-pauk, ulam-ulaman, jeruk, kurma, pelbagai jenis kek, buah, kuih dan bermacam-macam lagi. Terdapat lebih kurang 120 juadah yang dihidangkan dimana pasti menambat hati pengunjung yang datang. Ada lagi yang istimewa, para petugas yang melayan kami berbuka puasa sangat ramah dan mesra. Ada seorang pelayan wanita tiba-tiba datang pada saya dan menawarkan untuk membawa makananku ke meja tempat berbuka puasa. Anakku Insyirah berada dalam dokonganku, jadi agak sukar untuk membawa pelbagai juadah. Mungkin itu yang bermain difikirannya. Terima kasih daun keladi. Sungguh terharu saya :)

Saya juga difahamkan oleh Encik Halim antara lain tujuan utama buffet ramadhan ini diadakan adalah untuk mengutip dana bagi penghasilan Al-Quran Braille di Malaysia. Satu usaha yang cukup murni. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha mulia yang sudah semestinya mendapat ganjaran disisi Allah SWT.

Harga bagi seorang dewasa ialah RM88.00 dan kanak-kanak pula RM 44.00. Bagi kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah, hidangan adalah percuma.

Itu sahaja coretan saya untuk edisi kalini, kullu 'am wa antum bikhoir ;)

Read More :D

Thursday, November 01, 2012

Anis Al-Insyirah (Part 3)

Salam wbt..

Lamanya la nak tunggu Anis Al-Insyirah (Part 3) ni kan.. Nak kata sibuk sangat, anak baru sorang, tak gitu Insyirah <3? Bagi mereka yang baru disini, sila lah jeling-menjeling link ni:

Anis Al-Insyirah (Part 1)
Anis Al-Insyirah (Part 2)
.

Bersambung kisah seterusnya...

Sesampainya di wad 5A, saya ditempatkan dikatil 22. Dalam benak fikiran, takutnya la kalau takde katil kan. Sebab di Hospital Klang, dengar cerita kelahiran setiap hari boleh mencecah angka 60! <--- tapi ni sumber tak sahih. Biasa la hospital kerajaan....

Alhamdulillah, di Hospital Selayang, masih banyak katil yang kosong. Katilnya pun besar, selesa dan kemas. Bilik air pun bersih dan terdapat pelbagai kemudahan :) Disebelah katilku, ada seorang wanita yang bersalin untuk anak yang ke-6. Rezeki dia..

Kalau diikutkan saya duduk di sini 2 hari 1 malam je. Asbab Insyirah dilahirkan bersaiz kecil dan gula sangat kurang dalam badan dia, kami ditahan. Misi suruh bagi susu banyak supaya gula naik. Jadi malam tu ummi tak tidur, bersungguh-sungguh supaya Insyirah sihat dan dapat keluar dari hospital cepat. Tak tahu la kenapa saya ni tak suka dok hospital lama2, rasanya bukan saya sorang kot camtu? eheh! Tapi dok hospital ni bagus gak, ada misi jaga, makanan on time, bayi dimandikan, cara penjagaan bayi diajar dan lain2. Negatifnya, agak bosan tak tahu nak buat apa! huhu <--- alasan tak kukuh langsung..

Alhamdulillah, akhirnya gula Insyirah naik! Jadi, duduk 3 hari 2 malam je. Setibanya dirumah, kami terus ke klinik Meru untuk beritahu yang saya dah bersalin. Keesokan harinya, misi datang rumah. Insyirah disahkan kuning pula! Misi suruh bagi susu banyak-banyak lagi. Alhamdulillah, anak ummi kuning tak lama. Abang ipaq pula bagi saranan supaya cari sengkuang cina dan amik air dia. Setelah 2 kali berturut diperiksa, kuning Insyirah dah normal. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

Sekarang Insyirah dah masuk 25 hari <3 Makin aktif dan cergas dia. Nak2 waktu malam kan. Memamng ummi tak dapat tidur. Nak kata penat, memang la kita sebagai ibu penat. Semua ibu memang tak dapat lari dari penat apabila mendapat cahaya mata baru. Sebab tu kita sebagai anak, kena hargai ibu kita. Bila dah jadi ibu ni, baru la kita rasa bagaimana susahnya ibu kita dulu. Dan sebab itu jugalah keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa. Peringatan untuk saya dan anda semua :).

'Terima kasih mak!, I Love U! <3 <3 <3 '.


Read More :D

Thursday, October 18, 2012

Anis Al-insyirah (Part 2)

Salam wbt. Bagi yang terlepas teksi, boleh klik sini ni yer -----> Anis Al-Insyirah (Part 1)
Setibanya di Aras 5, saya menunggu giliran untuk pemeriksaan doktor. Encik R dikehendaki tunggu diluar. Bila kontraksi datang, saya pegang kerusi kuat2. Rasa nak terangkat kerusi tu. Dengan sakit perutnya lagi. Allah sedang menguji saya. Dengan tidak disangka-sangka, selepas hampir tak tahu berapa kali saya ulang alik tandas disebabkan sakit perut yang melampau (salah makan kot?), saya termuntah pula dikaki lima. 2 kali! Allah akbar, peritnya....!

Setelah menunggu beberapa ketika, doktor mengesahkan bukaan sudah 5cm! Terkejut den. Dah boleh hantar ke bilik bersalin. Ha, kat sini nak kongsi sikit bagi kawan2 yang tak pernah bersalin. Barangan yang perlu dibawa ke bilik bersalin seperti lampin pakai buang, baju bayi sahaja tanpa seluar, tuala dan bedung.

Berdebar jugalah otw ke bilik bersalin. Jam menunjukkan 0345. Nurse tak tahu berapa kali asyik periksa denyutan jantung bayi je. Bosan juga saya tunggu waktu tu, "bila la nak bersalin ni..." <--- ish3, sempat lagi bosan walaupun kontraksi makin kerap, macam2 la ummi insyirah ni. Alhamdulillah, suami perawat duka waktu itu.

Encik R dibenarkan menemani saya. Setelah sekian lama, apabila kontraksi mencecah seminit sekali, nurse dan doktor 'mengerumuniku'. Serasa bayi macam nak keluar, tapi argghhh, susahnya. Teran lagi, teran lagi! Masing-masing memberikanku semangat, Encik R menjadi kaptennya ;) Sakitnya nak teran, Allah sahaja yang tahu. Sebab tu orang selalu dok sebut, syurga dibawah telapak kaki bonda, jangan pernah sakiti ibu. Sakit mengandung, sakit bersalin memang tiada taranya. Bak bertarung nyawa!

“Kalau baby tak berjaya keluar, kena vakum ni. Tak pun pembedahan…” Nurse seakan-akan memberi peringatan. Dengan ‘amaran’ itu, saya kuatkan lagi semangat! Teran sekuaaaaaaat yang mampu. Alhamdulillah, dan akhirnya!

“Terima kasih sayang….” Encik R menghargai usaha saya yang sangat kuat. Dia memelukku. Tepat jam 0720, lahirkan generasi pengembali umah, penyejuk dimata, penawar dihati. Rasa nak menangis seketika, bayi suci yang baru lahir diberikan kepadaku. Alhamdulillah, kini saya dah jadi ummi!!! Sakit bersalin seakan-akan tidak pernah melewatiku.



Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur padamu ya Allah kerana mengurniakanku suami yang soleh dan anak yang solehah.

Setelah segalanya selesai, Encik R membawaku masuk ke wad.

Setibanya di wad, jeng2! (hihihi...)

2 be continued! Part 3 insyaallah!


Read More :D

Tuesday, October 16, 2012

Anis Al-Insyirah (Part 1)

Menjadi seorang ibu membuatkan kita lebih menghargai seorang ibu!

'Alhamdulillah, tanggal keramat oktober 7, tahun 2012, lahirlah penyejuk dimata penawar dihati kami suami isteri, Anis Al-Insyirah Bt Mohd Rodzi <3 Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya setelah sah bergelar seorang ummi. Perasaan ini seakan sama seperti saya sah bergelar isteri kepada cinta hatiku, Encik R. Susah digambarkan dengan kata-kata apatah lagi dengan aksara.'
*******************************************************************************************

Salam wbt.

Syukur Alhamdulillah, saya selamat melahirkan Insyirah tepat jam 0720 di Hospital Selayang secara normal. Sebenarnya cik jah sekelian, sehari sebelum Insyirah lahir iaitu petang oktober 6, saya bersama Encik R sempat lagi makan kenduri sahabat kami, Nazri & Adila di Hulu Selangor! Sejam lebih juga perjalanan. Alhamdulillah la tak bersalin tengah jalan. Kalau ikutkan hati, berbelah bahagi juga kaki nak melangkah. Masa tu, kandungan sudah masuk 39 minggu 3 hari. Tapi dek undangan penyatuan dua jiwa satu hati ditambah dengan pasangan mempelai merupakan sahabat baik , saya gagahkan jua :) Dalam fikiran saya, ‘takpe, due Al-hafizah 10/10/12, ada 4 hari lagi… ’ Tup2, malam tu terus pergi hospital!

Saya mula merasakan contraction (kontraksi) ataupun istilah lainnya, pengecutan, 2 hari sebelum Insyirah lahir. Malam oktober 5, saya merasa pelik. ‘Apesal asik sakit selang 40minit ni..’ Malam tu memang tak boleh tidur. Pusing kanan, pusing kiri, telentang. Meniarap je tak. Senang cerita memang tak tidur la. Asyik nak pergi tandas, pastu rasa sakit sangat. Makin lama makin kerap rasa sakit tu. Disebabkan saya ni tak pernah mengandung apatah lagi bersalin, jadi tak tahulah apa itu kontraksi. Tu yang selamba je pergi kenduri keesokan harinya. Pastu, lusa bersalin. Hu3…

Malam oktober 6, Bila tanya bonda, kontraksi tu macam rasa kecut kat bahagian rahim, macam rasa anak nak keluar. Ha, betul la! Rasa sakit malam tadi tu agaknya kontraksi kot ^^! Lepastu, bonda tanya selang sakit dah berapa minit. Saya dengan selambanya kata, 15minit. La, kalau 15minit, dah boleh pergi hospital, nasihat bonda. Mataku waktu itu terkebil-kebil. Encik R baru saja keluar mencari rezeki, dia mengajar malam di Pusat Tuisyen.

Dalam fikiranku, esok saja pergi hospital. Ingatkan selang sakit 15minit tu akan berlanjutan sampai esok, rupanya hujan ditengah malam! Tiba2 sakit semakin kerap. Malam tu memang tak lalu nak makan. Seusai saja Encik R habis mengajar, makan dan solat, kami bergegas ke Hospital Selayang. Kenapa tak pergi Hospital Klang? Anda sendiri tahu jawapannya ;p Lebih kurang jam 12.00 malam, kami sampai. Otw nak ke Aras 5 (tempat daftar nak bersalin), saya macam tak boleh nak jalan. Kontraksi hampir 5minit sekali. Bila kontaksi datang, nak buat apa pun tak boleh. Encik R terus ambil kerusi roda dan bawa saya naik ke atas.

Setibanya sampai di aras 5, jeng2….

Apa yang berlaku? 2 be continued !!! ;p <---- Mengada betul ummi Insyirah ni kan..

***Mana pergi Al-Hafizah? Al-Hafizah ni Insyirah la :) Kami suami isteri memanggilnya Al-Hafizah tika didalam kandungan supaya Insyirah menjadi seorang penghafaz Al-Quran yang baik, insyaallah. Amen ya allah amen :)

Read More :D

Thursday, September 27, 2012

Saya Dan Nasyid ;)

Salam wbt.

Pos kalini agak berbeda dengan yang terdahulu. Sejak kebelakangan ini, saya lebih suka menyentuh kisah al-hafizah dan ‘umminya’. Jadi, untuk menyahut seruan sahabat saya yang merupakan Pelopor Munsyeed.com iaitu sebuah ejen media nasyid, saya akan lakarkan sedikit perihal Saya Dan Nasyid.



Info tentang Peraduan Saya Dan Nasyid < klik...

Seingat saya, saya mula minat nasyid sekitar tahun 2000. Ketika itu umur saya 12 tahun.

Kau tahu ku merinduimu,
Ku tahu kau mencintaiku…

Lagu yang berkumandang di corong radio menarik perhatianku. Wah, jiwangnya lirik lagu ni!

Bermula dari itu, saya mula mengenali nasyid dengan lebih mendalam. Antara lagu awal yang saya minat sudah semestinya Puji-pujian dendangan kumpulan yang cukup disegani iaitu Raihan. Sewaktu itu kaset masih digunakan. Arwah ayah saya selalu pasang lagu Raihan dan Brothers didalam van. Sangat nostalgia bila diingatkan kembali. Sekolah rendah ketika itu.

Tahun 2004. Inteam merupakan kumpulan nasyid pertama yang saya jumpa yang dulunya dikenali sebagai In-Team. Wah, sangat teruja ketika itu apabila artis yang kita minat tak sampai sedepa berada didepan mata kita.

Tahun 2006. Apabila saya meningkat dewasa sikit (dewasa la sangat ;), saya membeli walkman. Keghairahan saya membeli kaset nasyid pula mula menebal apabila memasuki Matrikulasi. Penuh pelbagai jenis kaset diatas meja belajar saya. Teman sebilik sudah faham sangat dengan perangai saya.

Teringin mengenali kumpulan nasyid dengan lebih dekat, saya mula mencari info didalam internet. Semenjak dari itu, saya mula aktif sebagai ahli Komuniti Teman Inteam (KTI) dan beberapa lagi komuniti seperti Far East Zone (FEZ), Famili UNIC (FU), Kelab Sahabat Hijjaz (KSH), Kerabat Devotees (KD), Saujana dan lain-lain. Saya telah menjadi penggerak KTI, moderator beberapa komuniti nasyid dan menjadi sahabat radio IKIM sehingga diberi kepercayaan menjadi AJK. Nickname yang sering saya gunakan ketika berinteraksi dialam maya bersama komuniti nasyid adalah bingkisaNurani. Haih, kenangan sungguh ^^!

Paling yang saya tak boleh lupa, slot carta IKIM setiap malam jumaat jam 10.00. Kami warga KTI akan sepakat mengundi lagu Inteam sehingga menjadi juara. Kami menelefon DJ Erwan dan menghantar email. Sungguh semangat ketika itu :)

Tahun 2012. Kini saya sudah berkahwin dan bakal menimang cahaya mata beberapa hari lagi. Kerterujaan saya pada nasyid sama seperti dulu cuma tidaklah sehangat tika zaman saya bujang. Kendatipun begitu, saya sangat berharap nasyid di Malaysia dan diseantero dunia terus bertapak kukuh dalam menyampaikan medium dakwah kepada masyarakat. Insyaallah. Takbir!

Bersama kumpula NICE

Bersama Devotees & Far East


Bersama Inteam & UNIC

Bersama Keluarga A.Amin Inteam


KTI di surat khabar Sinar Harian

Buletin KTI


Keluarga A.Amin Inteam dihari bersejarahku

Alhamdulillah, dianugerahkan Ahli KTI Paling Berjasa 2010 - kenangan terindah! :) :) :)

********************************************************************************

Sekian dari saya,
bingkisaNurani ;)

Read More :D

Friday, September 07, 2012

Senarai Keperluan Ibu Bersalin ;)

Salam wbt.

Barang keperluan baby Al-Hafizah dah siap!

:: Keperluan Baby Al-Hafizah::



Sekarang kita senaraikan barang ummi Al-Hafizah pula yer untuk ke hospital ;)

1) Kad Pengenalan
2) Handphone & Charger
3) Buku merah
4) Buku diari hamil + amalan ibu mengandung
5) Sepasang baju lengan panjang + jubah
6) Kain longgar + kain batik
7) Tuala mandi
8) Baju sejuk
9) Stokin tebal - 2pasang
10) Maternity pad
11) Nursing pad
12) Selipar jepun
13) Beg plastik
14) Snek - roti, biskut, 3 in 1
15) Set bersalin (jika perlu)
16) Kebersihan (syampu, sabun badan, berus gigi, ubat gigi, pencuci muka, sikat, bedak & deodorant

Ada lagi tak yang kurang puan-puan sekelian? Terima kasih atas bantuan ;)


Read More :D

Wednesday, September 05, 2012

Senarai Keperluan baby Al-Hafizah :)

Salam wbt.

Al-Hafizah (AH) kini dah masuk 33 minggu dengan kata lain 35minggu. Haha, macamana ada dua umur ni. Al-kisahnya, klinik kerajaan kata 35minggu, maksudnya dijangka bersalin 10/10. Klinik pakar pula kata 33 minggu dan dijangka 24/10.

Hati kuat mengatakan Klinik pakar yang betul sebab diskrin ultrasound dia canggih, berwarna-warni siap keluar tarikh dijangka bersalin. Mungkin saya tersilap bagi tarikh yang penting pada klinik kerajaan kot?

Apepun, 'ummi' tak kisah. Yang penting, Al-Hafizah selamat, sihat dan normal apabila bersalin nanti. Yang kedua penting, Al-Hafizah cute (uwekkks) macam ummi dia & bijak macam abi dia ;p

Persiapan setakat ni alhamdulillah. Kami suami isteri ambil yang wajib dulu, sunat2 muakad insyaallah bila Al-Hafizah dah melihat dunia nanti k :)



Senarai barang Al-Hafizah:

1- Baju berlengan panjang
2- Baju berlengan pendek
3- Stokin/sarung tangan/topi
4- Lampin biasa/kain
5- Lampin pakai buang/drypers
6- Selimut/bedung
7- Barut
8- Tuala besar
9- Tuala kecil
10- Sapu tangan
11- Baby bip (alas baju)
12- Tisu lembap/wipes
13- Pelapik getah (untuk tukar lampin)
14- Mosquito net
15- Set tilam+bantal
16- Bakul baju kotor
17- Bakul sampah kecil
18- Besen mandi
19- Set mandi (syampu, sabun badan, losyen, bedak)
20- Pam susu, bekas simpanan susu, beg pendingin, pek ais, botol susu & berus botol
21- Kebersihan & kesihatan (minyak telon, krim ruam lampin, putik kapas, tisu, sikat, pemotong kuku, termometer)

Kebanyakkan barang kat atas ni, saya dan Encik R beli di AEON Bukit Raja. Yerla, kedai depan mata (waktu berniaga masa ramadhan) ditambah promosi yang dibuat, masakan kami tak nak ambil peluang kan :)

Ni nak cerita sket pasal persiapan keseluruhan:

1- Persiapan barang Al-Hafizah yang nak bawa ke hospital dah siap 100%. Sebab kita tak bawa semua senarai kat atas, bawa yang penting untuk 2/3 hari je.

2- Persiapan ummi dia ni leceh sikit, hampir siap 70%, sebab lagi 30% tu banyak yang kita tengah guna, jadi tak boleh nak simpan siap2 dalam beg.

3- Set bersalin alhamdulillah dah tempah.

Guna produk shaklee. Dalam set bersalin tu ada Vitamin B, Vitamin C, Multivitamin & Zink. Kiranya pil ni untuk penyembuhan luka, pengecutan rahim & sewaktu dengannya.

Untuk tungku, saya juga tempah diinternet. Saya pilih bantal panas dari Kedai bestari.

Untuk bengkung, mandian herba dan minyak urut pula, insyaallah sepupu saya sangat bermurah hati nak bagi yang dia punya.

Kepada para ibu sekalian, ada lagi tak barang-barang wajib yang saya tertinggal??? PLEASE HELP ME, saya budak baru belajar, sangat memerlukan bantuan pakar dari puan-puan sekelian. Sekian :)

**Insyaallah, gambar-gambar persiapan keseluruhan saya akan upload bila barang online semua dah sampai, wink-wink ;)**

-------------------------------

komen dari fb&blog setakat jam 8:54pm, 5/9/12

1)Kak raja - buah tamar & air zam-zam
2)Asma' - breast pump & milk storage
3)K.Syidah - baby bip, bakul sampah kecil, tisu, termometer, botol susu & berus botol.

Read More :D
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails