Followers

Friday, April 29, 2011

IniAnwarHadi & matluthfi90

Salam kepada peminat (perasan sangat ni) dan pembaca blog saya :)

Saya kagum dan tertarik dengan 2 insan yang cukup kreatif ni, sambil berkongsi cerita dengan penonton di Youtube, mereka juga menyelitkan unsur dakwah yang secara tidak langsung membuat kita terfikir sejenak. Mereka telah banyak menghasilkan video dan dimuat naik dalam Youtube. Antara video yang saya rasa ingin dikongsikan bersama anda semua:

*sila tekan butang pause pada mixpod diatas sebelum menonton video ini*

1) 27 Kali Ganda - Solat berjemaah, cara berdakwah yang memang kreatif :)



2) Beruang Duit- anda rasa, duit anda banyak dilaburkan ke mana? fikirkan lah..



3) Selamat Hari Ibu - syurga terletak dibawah kaki ibu ;)



4) Nama pun sampah - bumi kita, tanggungjawab bersama ^^



5) Mari merungut Malayisa - kejayaan tidak datang bergolek, ingat tu :)



komen anda? memang menarik bukan... :)


Read More :D

Tuesday, April 26, 2011

2 Cekap 2011 ;)


Buat pertama kalinya saya berceloteh tentang kelas sendiri :)

Kelas ini sungguh unik, susah untuk dimetaforakan. Mungkin kerana saya cikgu baru. Pabila saya ditugaskan menjadi guru kelas, hati bagai beretak-retak. Fuh! Sangat mencabar kelas ni berbanding 4 Pandai (sekolah lama).

Berdasarkan pengalaman cikgu lain, jadi guru kelas memang banyak kerja, dari sekecil-kecil fungi (cikgu sains la konon) sampailah sebesar-besar gajah. Dengan karenah 40 orang pelajar yang diluar jangkaan, ditambah pula dengan masalah akademik dan pengurusan yang pelbagai, meningkatkan lagi ke'stress'an saya. Pernah dan selalu juga saya makan hati dengan mereka. Alkisahnya sekumpulan pelajar yang agak nakal ini telah membuat onar dengan seorang kawan india. Antaranya, mereka pernah membaling beg budak tu ke dalam kolam ikan. Kolam ikan? Bila disoal siasat, sukar untuk saya mengesyaki pelajar mana yang terlibat. Yang paling saya terasa hati sekali, mereka menconteng meja kawan india ni menggunakan liquid paper dan benda yang ditulis tersebut *saya tak boleh terima*.

Nampak macam remeh kan, tapi *saya memang tak boleh terima*. Bukan apa, sehari sebelum berlaku kejadiaan, saya nasihatkan mereka supaya jangan beza-bezakan kaum, hidup kena saling hormat-menghormati, bla bla bla.... pot pet pot pet (habis masa kat bebel je), punyalah bagai nak rak, keesokan harinya, inikah hasilnya? Gugur air mata saya ketika itu. Langsung terus ke tandas. Nak tengok muka mereka pun dah tak sanggup.

"Aku gagal mendidik mereka"

keluh hatiku. Argghhhh...

Tapi bukan itu yang saya nak kongsikan. Untuk coretan kalini, saya percaya segala kepahitan itu pasti ada madunya. Alhamdulillah, kelas saya sudah 2 kali berturut-turut menjadi johan kebersihan & keceriaan kelas. Anak-anak saya dalam kelas ini juga semakin mesra dengan saya. Bila terserempak dengan saya, senyum akan mendahului sapaan kami. Kadang-kadang mereka belanja makan dan sebagainya (yang paling syok budak india belanja putu mayam ;). Baru-baru ini juga, mereka telah mewujudkan akaun kelas dalam facebook, jadi senang segala perkara berbangkit boleh kami berbincang disitu (yoyo ooo je :p). Sekarang ini dalam proses mewujudkan blogspot 2 Cekap pula. Mereka juga sedikit demi sedikit mula memahami saya. Hati sedikit berbunga riang.

Tuhan itu Maha Adil. Tuhan mahu uji terlebih dahulu, adakah saya cepat melatah atau bertindak rasional dengan sebarang kemungkinan? Saya percaya, segala kesulitan dan kesengsaraan itu ada hikmahnya. Mematangkan kan kan kan :)

Buat anak muridku, jika kamu sedang membaca blog cikgu ini, percayalah bahawa cikgu sayangkan kamu semua, terimalah pesanan dari cikgu dengan menghayati dendangan lagu dibawah ni yer:



Wahai anak muridku sayang
Dengarkanlah lagu ini
Yang sedang cikgu dendangkan
Moga menjadi nasihat untukmu

Di dalam kau meniti
Kehidupan ini
Yang penuh
Dengan pancaroba

Wahai anak muridku sayang
Patuhlah pada ibu ayahmu
Hormatilah gurumu
Janganlah melukai hati mereka

Kerana restu mereka
Penentu kejayaanmu
Di waktu kau mengejar
Cita-citamu

Bersopan-santunlah berbudi bahasalah
Kepada semua
Jujur dan amanah jangan berdusta
Apa saja dilakukan
Berhati-hatilah jika memilih
Siapa sahabatmu

Jagalah pergaulanmu
Jagalah maruah dirimu
Agar kau selamat
Dari godaan dunia

Belajar bersungguh sepenuh hati
Agar kejayaan milikmu
Tabahkan hatimu menghadapi
Semua cabaran

Bersifat pemurah tolong-menolong
Pada yang memerlukan
Jangan sesekali melupakan perintah-Nya
Agar kau selamat dunia akhirat

Proses mengecat kelas

Masing-masing bertungkus lumus termasuk pakcik jaga :)

cikgunya yang konon-konon sebok ;)


sampai jumpa! :)


Read More :D

Monday, April 04, 2011

Hadramawt Restaurant & Catering

Alhamdulillah, saya telah mencuba makanan Yemeni yang sedap lagi lazat :)

Al-kisahnya bermulalah pada tanggal 25 & 26 Februari 2011. Saya diberi kepercayaan untuk menjaga bahagian VIP untuk Konsert Maher Zain Live In Concert(MZLIC).

Saya juga berkesempatan menjamah makanan yang dihidangkan untuk MZ, Mesut Kurtis & Irfan Makki yang sememangnya menarik dan tertarik. Jadi, saya nak promosi kepada sahabat yang ingin mencuba dan tercari-cari nasi ala-ala arab gitu, terimalah:

Hadramawt Restaurant & Catering (click here)




nasi dia panjang-panjang! best :)

Read More :D

Friday, April 01, 2011

Lirik Freedom - Maher Zain


Terimalah, Freedom - Maher Zain...


Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, women or man
We're here for the same reason
we want to take back our land


Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we're not backing of
Oh God we know you hear our call

And we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us


Read More :D

Sunday, March 13, 2011

= SMK SKI: episod empat =

Ni kes mengada, ada episod la konon, macam la ada orang baca ;p

Episod 1 (klik disini)

Episod 2 (klik disini)

Episod 3 (klik disini)

Alhamdulillah, الحمد لله, all praises to Allah, kini telah genap 2 purnama penuh saya menjadi sebahagian warga SMK SKI. Makin serasi <--- perasan nampaknya :)

Sewaktu mula melangkah ke sini, tahap kepercayaan kepada diri-sendiri adalah zero.

Mampukah aku mengajar sains?

Kena mengajar budak india sekali ker?

Kalau mengajar sekolah menengah, depa buli cikgu tak?

Aku cikgu baru, perempuan, kalau pelajar lelaki nak tunjuk samseng camne?

dan, banyak lagi persoalan yang menghantui diri -_-!

Tapi, itu dulu. Alhamdulillah, kini tahap kepercayaan diri sendiri naik kepada 30% (sikit nya ^^!). Saya masih merangkak. Perlukan bimbingan untuk bertatih, berjalan, berlari seterusnya terbang untuk menggapai misi saya. Impian saya disini kini untuk menjadi guru sains yang cemerlang. Insyaallah. Saya yakin, dimana ada kemahuan, disitu ada highway. Highway? Ni kes anak murid yang ajar kat "cikgu dia". Ish3

Sebelum memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran (P&P), saya akan pastikan terlebih dahulu mereka membaca du'a. Saya mahu mereka biasa membasahi lidah dengan mengingati Allah. Kerana majlis ilmu dipenuhi dengan para malaikat, jadi saya mahu kelas saya diberkati, mudah-mudahan anak murid senang memahami apa yang dipelajari. Allahumma amen.

Sains. Subjek yang saya takuti dolu-dolu. Alhamdulillah, kini saya semakin yakin mengajarnya. Penggunaan LCD, OHP, microphone dan barang-barang eksperimen menjadi kekuatan pengajaran saya. Cuma perlu manthopkan ilmu, saya masih baru dalam bidang ini.

Bercerita tentang ujian 1 baru-baru ini, waktu ulangkaji iaitu lebih kurang satu jam sebelum ujian, saya mengingatkan anak murid untuk menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Masa inilah kamu nak buat latihan dan ingat kembali apa yang yang telah dipelajari.

"Masa itu emas" sampuk seorang anak muridku.

"Bukan, masa itu pedang!" tegasku.

Anak muridku ternganga kehairanan.

"Masa itu pedang, jika kamu tidak memotongnya, pedang itu yang akan memotong kamu!" terangku memberi penjelasan.

"Wah, pandailah cikgu buat pantun" sambut anak muridku.

Kasihan mereka, mereka masih tidak mengerti maksud sebenar pepatah arab tersebut, MASA ITU PEDANG! kalau masa itu emas, kita masih boleh beli masa, tapi masa tidak boleh dibeli! fikir-fikirlah :)

Setibanya ujian, antara salah satu soalan yang saya lontarkan:
What is the purpose of the saliva in the mouth?
Apakah kegunaan air liur didalam mulut?
Macam-macam jawapan! Antara yang saya ingat, ada yang jawab:
1- Untuk pernafasan
2- Untuk memudahkan kita bercakap
3- Untuk merasa samada masam, masin dan manis
4- Untuk menghilangkan bau busuk mulut
5- Untuk keluarkan asid
6- Untuk membasuh mulut
7- Untuk mencuci lidah
8- Supaya tekak tak kering
7- Air liur adalah masin, manis, masam
8- yang jawab I DON'T KNOW pun ada!
Mak aiii, saya tak pernah ajar air liur ada rasa. Yang saya ajar, lidah mempunyai tunas rasa yang berlainan. Sejak bila pula air liur untuk bercakap dan bernafas? Kalau tiada air liur agak-agaknya mulut kita busuk ker?

Ha, saya bagi para pembaca blog untuk menjawab soalan ujian tersebut, senang bangat, ni soalan sains tingkatan 2, ingat lagi tak kita belajar zaman dolu-dolu? hohoho..


Read More :D

Tuesday, February 22, 2011

.: PRK 2011 :.

Senyap tidak beerti menyepi, sudah seminggu tanpa coretan :)



Alhamdulillah, sempat juga saya 'conteng menconteng' disini ;p

Diseluruh Malaysia kini gempar dengan Pilihan Raya Kampus. Kendatipun saya sudah bergelar alumni universiti, hati saya masih semangat bersama roh perjuangan di bumi UPM terchinta~ Ya, terus tetap segar bersemangat insyaallah :)

Rindu perjuangan itu. Rindu mereka. Sangat rindu. Rindu sangat-sangat ~~~

Saya pernah menjadi pencadang bagi sahabat yang bertanding pada tahun lepas. Saat itu dikenang. Sahabat-sahabat saya juga mencadangkan saya menjadi calon, tetapi sudah terlambat, kerana pada waktu itu saya merupakan mahasiswa tahun akhir :)

.: Pilihan Raya Kampus 2011 :.
Keputusan Pro Mahasiswa :
UM : MENANG [Menang 23 dari 41 kerusi]
UKM : MENANG [Menang 22 dari 37 kerusi]
UMK : MENANG [Menang 8 dari 12]
UPSI: MENANG [Menang 11 dari 18 kerusi]
USIM: MENANG [Menang bersih]
UMS : MENANG
UPM : KALAH [Menang 11 dari 43 kerusi]
UTM: KALAH [Menang 11 dari 57 kerusi]

Pro-M MENANG majoriti 6 dari 8 IPTA



Read More :D

Saturday, February 12, 2011

Pertandingan Puteri Solehah :)

Kehadapan semua pembaca dan followers blog saya :)



Sila CLICK disini dan disini, seterusnya LIKE gambar tersebut.

Cuba bayangkan, followers blog saya hampir 500 orang, jika semua LIKE gambar tersebut, maka menanglah anak saudara saya yang solehah lagi bijak, Nafeesah Al-Wafa' & Khairin Madihah~ hihihi :)

Read More :D
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails