Niat dihati untuk menukilkan pengalaman disini dipendam sahaja. Akhirnya termakbul jua. Sibuk. Saya yang mencemburui masa bukan masa mencemburui saya, ehehe..
Jam 12.30 tengahari-6.40 petang, itulah waktu keramat diriku wajib disekolah. Alhamdulillah, kini telah genap 2 minggu saya bergelar pendidik di Sekolah Menengah Kebanggsaan Sungai Kapar Indah (SMK SKI), bukan kebetulan tetapi inilah fakta, saya satu bumbung dengan bonda terchenta.
Entah bagaimana, berita saya yang merupakan anak Puan Ros telah tersebar satu sekolah, tak pasal-pasal ‘fofular’ sebentar, anak PK HEM katakan, tapi macam-macam perasaan ada, takkan la saya nak bergantung kepada kepopularitian bonda sendiri, perlu ada jati diri yang sebenar!
Syukur pada Yang Esa, antara beribu yang memohon, saya salah seorang yang terpilih sebagai Guru Sandaran Tidah Terlatih (GSTT). Kasihan pada kawan berbangsa india saya, Amanda, beliau tidak berjaya dalam temuduga tersebut. Kendatipun begitu, saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua sahabat saya diseantero dunia. 3/1/2011 - itulah tarikh yang saya tidak boleh lupa. Hari isnin.
“Kakcik pergi SMK SKI ke harini?” bonda bertanya.
“Harini kakcik pergi Sekolah Al-Farabi” balas diriku.
Bondaku kehairanan. Kenapa diriku masih ke Al-Farabi sedangkan SMK SKI bakal menanti. Sebenarnya begini, selagi tidak terima panggilan mahupun surat dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ataupun SMK SKI, saya tidak mahu terlalu yakin akan mendapat tawaran tersebut, lagipun saya terlalu sayang untuk melepaskan gelaran saya sebagai murabbi di Al-Farabi.
Sedang saya sibuk bersuai kenal di hari pertama persekolahan, tiba-tiba..
“Cik diterima sebagai guru di SMK SKI, sila lapor diri pada 12.30 tengahari” kata suara seorang perempuan dicorong telefon.
Alhamdulillah, akhirnya dapat jadi GSTT! Saya melihat jam. Sekarang jam sudah melepasi 12.30 tengahari!
‘Mak aiii, takkan nak lapor diri harini juga, dah la ada kelas lagi ni..’ diriku bermonolog sepi. Pantas diriku menelefon bonda terchenta, bonda menasihatkan untuk melapor diri segera. Dengan diri yang masih kepenatan, diriku terus berkejar ke SMK SKI. Air mata menemani sepanjang perjalanan ke ‘sekolah baruku’. Menangis kerana sangat sayangkan Al-Farabi, tetapi diriku perlu kuat! Tekad dihati untuk menambahkan lagi pengalaman yang ada dan menjadi pendidik yang versatile, cemerlang dunia akhirat, allahumma amen =)
Kakiku melangkah ke kelas waktu pertama, 2L, fuhhh memang mencabar! Diriku berlagak tenang walau dihati berkalang gundah. Cuba bayangkan, baru sahaja sampai disekolah, tidak lama selepas itu saya terus kena mengajar. Dengan baru nak kenal persekitaran sekolah, guru-guru dan anak murid, perasaan dihati bercampur baur. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya mengharungi hari pertama yang sedikit mencabar. Mungkin pengalaman selama 6 bulan di Al-Farabi, menjadi kekuatan saya disini. Saya dapat mengawal pelajar walaupun tidak kesemuanya, kerana bagi saya jika nak kawal sekolah rendah dua kali ganda susahnya. Cuma disiplin sekolah rendah tidaklah seteruk menengah. Hurm, baru perasan, untuk hari pertama saya berkerja dari 7 pagi – 7 malam di 2 buah sekolah! =)
Saya telah diberi kepercayaan untuk mengajar subjek sains tingkatan 2KRK 2, 2D, 2F, 2J dan 2L. 2KRK 2 merupakan kelas kedua yang terpandai manakala 2L merupakan kelas kedua tercorot untuk keseluruhan tingkatan 2. Jadi, cara penyampaian saya berbeza untuk setiap kelas bergantung kepada kebolehan mereka. Saya akan menggunakan kedua-dua bahasa, iaitu bahasa inggeris dan bahasa melayu bagi memudahkan teknik mengajar. Ha, selain dapat subjek sains, saya juga dipertanggungjawabkan untuk mengajar sejarah tingkatan 1! Rasa macam kelakar, sejarah pun sejarah la.. heeee =)
Pada asalnya, saya sepatutnya menjadi guru Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Tetapi saya lebih berminat untuk menjadi guru Kelab Bola Jaring. Kecintaan saya pada bola jarring memang tak boleh disangkal lagi, mungkin kerana keturunan famili saya yang aktif dengan sukan ini. Bonda saya pula pernah menjadi pemain Selangor pada zaman dolu-dolu kala =)
Oklah, sampai disini sahaja celoteh saya, nak seterika baju, esok dah sekolah, minggu ke-3 bakal bermula, sampai ketemu episod yang seterusnya (padahal dah takde idea nak tulis) -_-'
Followers
Sunday, January 16, 2011
= SMK SKI: episod satu =
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
=') air mata seorang murobiyah ..
ReplyDeleteAkak amat-amat mengerti perasaan ira ketika itu..
Kerana akak juga ketika dapat panggilan tel untul lapor diri dan ketika itu akak dalam perjalanan untuk ke kelas - hanya ALLAH yang tahu bagaimana nak menanggung air mata.
Masuk ke kelas melihat wajah-wajah mereka, ketika itu waktu peperiksaan- memang ambil masa sehabis mungkin menatap dan mengingati segala kenangan dengan mereka.. satu2 di hadam di telan dan air mata macam tak sabar-sabar nak menitis...
Ketika itu ibu pula tel dengan suara yang memgembirakan.. Akak hanya jawab dengan hati yang di gagahkan. =')
Dan di akhir waktu - akak ke pejabat dan berjumpa dengan GB - air mata bagai menuntut haknya. Akak senyum sambil menahan air mata. GB pun menangis ketika itu. Hanya ALLAH yang tahu - kemanisan iman dan kemanisan ukhwah yang tejalin walaupun sebntar dan susah payah bersama untuk membantu barisan guru2 di sana.. Tidak terbayar dan sangat mahal di mata akak..
Alhamdulillah.. 3x
Dan kedatangan ira yang mengantikan akak sangat2 akak syukur kerana bidang ira dan semangat yang terbias di wajah ira sangat menyakinkan. Akak tahu, ALLAH ingin mengantikan yang lebih baik dan lebih layak dari akak.
Dan sekarang giliran ira pula.. =')
Nikmat terasa kan.. walaupun tidaklah semewah mana kita tapi kebahagiaan itu milik kita. =)
Hanya ALLAH yang tahu dan megerti =)
Hehe..maaf macam terlebih komen pula.. Hihi, Xpi alhamdulillah dan terima kasih ira kerana ukhwah ini. Alhamdulillah..
:)
syukran pada k.fairuz yang sangat memahami saya, kita memang sehati n sejiwa =)
ReplyDeletesaya bukanlah insan yang selayaknya menggantikan tempat akak, saya pun baru belajar kak.
sangat sedih ketika melangkah kaki pergi, sebelum ira tinggalkan farabi, ira jumpa sorang2 guru, tak tertanggung rasanya, akhirnya kalah juga pada air mata yang lemah ni, depan anak murid pun ira mengalah juga, tak mampu nak menatap wajah suci mereka :'(
hampir setiap hari di fb, ada saja anak murid yang minta ira jenguk mereka di farabi, lagi bertambah sebak diri ini..
farabi memang anugerah tuhan yang tiada tolok bandingnya..
ukhwah fillah abadan abadaa kak =)
assalamualaikum nadirah.
ReplyDeleteenti dah stay kat klang ke?
blh la tlg ana untuk program remaja...
enti masih isma ke?
krim klang cadang nak buat kejohanan bola jaring...
bila2 enti senang, contact no ana ye! masih sama mcm dulu...ana jarang online...
rindu enti...
salam wbt, yup ana dok klang.
ReplyDeleteana sangat berminat ngan netball, hu3..
k, I will contact u later, tq 4 the info :)
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSaya terharu ketika membaca tulisan ini, hampir menitiskan air mata. Saya membayangkan betapa gembiranya kita apabila menerima sesuatu berita yang baik...walaupun hanya sekadar jawatan sementara. Yang membuat saya sedih ialah bagi sebahagian kita yang telah diberikan jawatan tetap....tetapi banyak rungutannya, banyak keluh kesahnya, membantah, protes dan sebagainya. saya terfikir.....tidak bersyukurkah mereka dengan rezeki yang Allah telah kurniakan...berbanding orang lain yang sekadar diberikan rezeki untuk sementara, atau mereka yang masih belum dikurniakan rezeki yang diimpikan....Wallahuaklam.
wa'alaikumussalam wbt :)
Deleteterima kasih diatas respon saudara/i...
sy teringat sepotong ayat quran, mafhum nye lbh kurang gini..
"jika kamu bersyukur, allah akan tambah nikmat, jika kufur, tunggulah azab allah.."
sy yakin dengan qada' qadarNya..
wallahu'alam
Assalamu'alaikum..
ReplyDeleteMohon diberikan kredit kepada pemilik asal gambar SMKSKI tersebut:
http://icemanzwalking.blogspot.com
entry: http://icemanzwalking.blogspot.com/2009/06/kenangan-ke-udara.html