Salam semua =)
Sila jangan bosan untuk membaca kisah guru & anak muridnya, sebab penulis blog merupakan seorang cikgu, ehehe =)
Kita bersambung di episod dua yer (padahal idea sifar -_-').
Bagi yang tertinggal episod satu, sila jenguk di = SMK SKI: episod satu =
Dalam melayari kehidupan sehari-hari sebagai pendidik, memang penuh onak. Nama pun 'didik', memang amanahnya tersangatlah berat. Walaupun bagi saya untuk mengawal pelajar sekolah menengah mungkin lebih mudah, tetapi untuk mendidik mereka ia mungkin lebih sukar. Kenapa begitu?
Semalam, tercatat satu lagi sejarah dalam hidupku. Air Mata. Wah, malunya depan anak murid! Tak terdaya rasanya badan ini untuk menanggung sorang-sorang, akhirnya air mata datang menemani. Mula-mula, boleh selindung lagi, terus cepat melangkah ke tandas. Pelajar kehairanan . Kali kedua, air mata datang lagi, kali ini tidak sempat ke tandas, terus tertumpah dihadapan pelajar-pelajarku. Kelas ini memang terlalu istimewa. Mungkin mereka tidak memahami isi hati ini. Atau mungkin saya sendiri yang tidak mengerti isi hati mereka?
Sains, matapelajaran yang agak sukar ditambah lagi apabila kerajaan menetapkannya untuk dipelajari dalam bahasa inggeris. Kasihan kepada pelajarku terutama yang duduk di kelas hujung, mereka memang tidak faham. Tapi saya senang untuk menjawab persoalan mereka, ya, saya suka sebenarnya apabila mereka bertanya. Yang saya geram, sudah la tak berapa nak pandai, buat kerja sendiri, tak bawak buku pulak tu, apabila saya cakap buat tak tahu. Takkan nak jadi bodoh sombong? Kita sudah sehabis baik mahu menolong mereka, tapi inikah balasannya? Sedih memikirkan masa depan mereka. Lagi sedih bila pelajar perempuan yang kurang adab berbanding lelaki. Kalau berperang mulut lelaki perempuan, boleh pulak tolak meja, nasib baik tak jatuh. Memalukan kaum hawa!
Sungguh tak sangka, saya kalah juga di minggu ke-3. Dulu saya pernah terasa hati dengan murid tahun 1, tapi itu tak kesah sangat sebab mereka berumur 7 tahun. Tapi kali ini, 14 tahun!
Ku meluahkan pada bonda, seorang guru senior yang telah mengajar 25 tahun!
"Mak dan mengajar berpuluh-puluh ribu pelajar. Macam-macam perangai. Yang laki jadi perempuan, yang perempuan macam lelaki, yang penagih, yang gila bayang, yang terlibat dengan seks dan 1001 ragam lain yang 'pelik-pelik'. Biasalah tu, kita kena didik mereka dengan sabar, berjumpa denga mereka diluar kelas, face to face.
Hari-hari diri ini memikirkan, bagaimanakah daku dapat menjadi pendidik yang terbaik? InsyaAllah pasti terungkai suatu hari nanti. InsyaAllah!
Followers
Wednesday, January 19, 2011
= SMK SKI: episod dua =
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
i don't think i have the patience to be a teacher kot.. moga tabah dan terus berjuang! akak memang respect betul dengan guru-guru yang ikhlas dan bersungguh-sungguh nak mendidik! :)
ReplyDeleteSelamat berjuang anakku. Mak tak pernah menyesal jd seorang pendidik. Niat ikhlas saja dah dpt ganjaran dari Allah swt.. belum buat lagi. Kalau diusahakan bersungguh-sungguh dengan penuh keikhlasan, ganjarannya hanya Allah yang beri. Mak sedarkan diri mak jika mak dapat mendidik anak-anak murid, insyallah Allah akan bantu mak didik anak-anak mak. Alhamdulillah ank-ank mak ok kan! Walaupun masih lagi ada ruang untuk memperbaiki diri..Teruskan usaha..Jangan sekali mengaku kalah.
ReplyDeleteteruskan perjuanganmu di medan pendidikan, huhu...good luck! Tabah & cekalkan hati. Don't cry2, huhu....
ReplyDeleteto kak malini:
ReplyDeletebut I think you already have the patience to be good mother, munief n afiefah are so lucky =) pray for me to be a good teacher =)
to my beloved mom:
tq for your support, caring and kind, I'll try to be just like you, pray for us to be a good daughter and son, insyaallah I'll never give up!
to k.syida:
actually I dont want to cry, but...
also please pray for me to be a strong teacher, fighting aja2!
huhu astaqfirullah....very tough to educate student nowdays....be strong ira....maybe pendekatan pendidikan,orang yang kak aishah nak didik tidak sama dengan ira...tapi percayalah,kaedah psikologi sesuai untuk semua lapisan umur....mungkin ira perlu mendekati mereka & kenali diri mereka untuk mendapatkan punca mengapa mereka berkelakuan begitu...banyakkan bahan bacaan tentang mereka...insya allah dipermudahkan... :)
ReplyDeletehuhu astaqfirullah....very tough to educate student nowdays....be strong ira....maybe pendekatan pendidikan,orang yang kak aishah nak didik tidak sama dengan ira...tapi percayalah,kaedah psikologi sesuai untuk semua lapisan umur....mungkin ira perlu mendekati mereka & kenali diri mereka untuk mendapatkan punca mengapa mereka berkelakuan begitu...banyakkan bahan bacaan tentang mereka...insya allah dipermudahkan... :)
ReplyDeletegiler ar zah...
ReplyDeletesy mst xpat tanggung,
tah2 kalo sy melayang da kapur or duster..
xpon dush2!!
huhu..
geram lak sy bace dak2 tu wat gitu kat awak...
(tp teringat gak zaman dulu2 mase 1 kelas wat cgu nanges, tp kelas dak2 pandai, bkan x dnga ckp,tp ramai lak yg tunjuk pndai smpai cgu kecik ati... trus cgu tu nanges g blik guru... huhu...)
to k.ecah:
ReplyDeleteyup, totally different than past student~
to be honest, I already use a smooth way to teach them, also pyschology, maybe my method not enough good, tq for your support, pray for me!
to ustazah hidayah:
Patience is the best policy, I'm not willing to hurt them although my heart full of resentful.
alhamdulillah, although I teach an excellent students, they always listen and pay attention to me, but my big problem in the last class. hoho..
(asal cikgu ni speaking2 lak ni.. ;p)
:) Semangat guru muda.. kerana ALLAH ia berbakti.
ReplyDeleteKata Imam ghazali
" Seorang guru yang hanya memikirkan mengajar saja, tanpa memikirkan masa depan muridnya, lebih baik jangan menjadi GURU"
to kak fairuz a.k.a my senior:
ReplyDeletetq for your spirit!
'young teacher spirit!'
"dont just think about teach, but your students is the big matter that you must always care =)"
Di batu pahat khususnya uthm, ana ditugaskan untuk menjadi naqib, membawa usrah tamhidi yang bermaslah.
ReplyDeletepada awalnya, mereka nampak macam nak lari dpd usrah. Bermacam keluhan yg ana luahkan pd naqib ana.in the end, solution nyer cuma perlu ber"muayasyah" dgn mereka.
Dan terbukti berkesan, hubungan antara ana dgn mereka makin akrab.
children are cute, but difficult to teach...teenagers are beautiful, but stubborn sometimes...adult are matured, but hard to understand... Just understand the situation of what u're going to teach, u can handle it no matter what comes... IKHLASKAN NIAT MENJADI MURABBI KERANA ALLAH... sama2 kita berjuang!
ReplyDeleteto luqman:
ReplyDeleteyup,I agree with you, alhamdulillah my students also become closer to me, (insyaallah tak sampai pijak kepala la, sebab kalau rapat sangat, tak boleh gak)
to nisa:
tq for your quote, much meanigful, I like it! fighting2, caiyok!