Salam wbt. Terima kasih kerana membuat pilihan untuk membaca blog saya.
Sungguh ku cemburu engkau bakal melangkah
ke alam perkahwinan...
bukan cemburu kerana engkau menemui cinta
terlebih dahulu...
tetapi,,
cemburu kerana kau bakal menyempurnakan separuh dari agamamu...
cemburu kerana setiap tindak baikmu terhadap pasanganmu bernilai ibadah..
cemburu kerana engkau berjaya menyempurnakan sunnah Nabi kita..
cemburu kerana engkau bakal menjadi penyambung umat Nabi Muhammad...
sesungguhnya aku cemburu namun turut berbahagia kerana
syaitan bakal menangis melihat satu lagi pasangan dari kalangan
hamba-Mu mendirikan rumahtangga demi menggapai redha-Mu....
Sesungguhnya hanya pada-Mu aku berdoa dan berharap..
janji-Mu itu pasti...
akan ku sabar menanti....~_~ ♥
sumber puisi: facebook
Mutakhir ini, saya mendapat kekuatan untuk menulis blog kerana galakan dari Encik R. Rupanya dalam diam blog saya ni mempunyai peminat fanatik dan misteri! sungguh tak sangka encik suami selalu meng'usha' dan membuat jelingan ke arah blog saya dari sebelum kami nikah sehinggalah ke saat ni, dari sebelum saya jatuh chenta hinggalah chenta yang meluap-luap.. **wink-wink**
"sayang bila nak update blog?"
Waduh2, soalan cepu yang tersangatlah cemas. Bila yer agak-agaknya cik jah?
Entri kalini berkisar tentang tanggungjawab dan pengorbanan. Waduh2, sekali lagi saya bukanlah orang yang layak untuk berbicara topik yang saya rasa sangat berat ni. Cuma saya ada pandangan tersendiri yang ingin dikongsi bersama anda.
Ikuti perbualan santai saya dan sahabat dunia akhirat saya, ustaZAH hidayah :)
Madu Utama:
bahaya bace blog awak, dah sangat menjiwa2..
uhuhuhuhuuu~~
buat i rasa x sabar nak kawen u..
hahahahahaha.
8 hours ago · Unlike · 1
Nadirah Ahmad Azam:
jiwang karat sangat kerrr? i x penah tulis cintan cintun tau, ni first time, khas untuk suami i (:
8 hours ago · Like · 1
Madu Utama:
beselah tu..
kan u baru nak rase bercinta..
mcm nih laa...
belum i lagi.. kot ado yg muntah "HIJAU" nnt..
ekekekekekeke...
8 hours ago · Unlike · 1
Nadirah Ahmad Azam:
♥ u target kawen bila zah?
8 hours ago · Like
Madu Utama:
hik hik hik...
hujung 20-an, awal 30an..
hehehehe....
x sedia nk pgang komitmen..
hahahahahahaha...
8 hours ago · Unlike · 1
Nadirah Ahmad Azam:
lewat nye zah, serius sy cakap zah, mmg la tanggungjawab sbgai isteri tu berat, tapi allah seimbangkan dgn kenikmatan n kebahagiaan rumah tangga ♥ percayalah u :)
8 hours ago · Like · 1
Madu Utama:
uhuhuhuhuhuhuuu~
i x sedia lagi la u...
takut kot...
amanah berat tu.. i sendiri tunggang langgang..
jodoh pon sangkut kat mana tah x jelma lagi..
hehehehe....
8 hours ago · Unlike · 1
Nadirah Ahmad Azam:
u jangan cakap camtu, i pun rasa x layak nak kawen, tapi bila dah kawen, automatically tanggungjawab tu macam tangan ketiga kita..
8 hours ago · Like · 1
Madu Utama:
u memang da layak...
u besa jd kakak, i nih....
ngan anak buah pon i x leh mengalah..
aritu anak buah amik subang i.. i nak nanges tau...
pastu i merajuk ngan mak coz bg dia amik..
uwaaaaaaaaaa......
i x sedia lagi loh...
muahahahahahahaha....
8 hours ago · Unlike . 1
Nadirah Ahmad Azam:
subang? zah2... u mmg klakar la, xpe zah..slow2..insyaallah, boleh punya..
8 hours ago · Like · 1
Madu Utama:
insya-Allah....
huhuhuuu.... u doakan i tau...
huhuhuhu....
8 hours ago · Unlike . 1
MUNGKIN ramai dari anda yang belum berkahwin dan teringin berkahwin tetapi belum bersedia untuk berkahwin, siapa setuju sila LIKE entri ini. Tapi kalau dah kahwin, lagi digalakkan LIKE (promote nampak -_-')
Maksud bersedia tu banyak. Kewangan, keluarga, komitmen, tanggungjawab dan lain-lain yang difikirkan patut. Mari kita kupas isu tanggungjawab.
Tidak dinafikan, apabila anda berkahwin, maka tanggungjawab melebihi segalanya. Tidak kira samada tanggungjawab isteri kepada suami dan begitu juga sebaliknya. Suami wajib memberi nafkah kepada isteri dan isteri pula wajib taat kepada suami selagi tidak melanggar syara'.
Sebelum kahwin, saya sendiri rasa tak mampu, layakkah aku kahwin, diri sendiri pun tak terurus, ni nak urus orang lain? oh dunia, mampukah aku? mampu ker cik jah? sehingga ke saat lafaz sakinah, diri ini masih tidak percaya, beberapa minit ketika itu aku akan bergelar isteri dan mampukah aku?
Wahai cik Nadirah, (puan la..), awak mampu! tiba-tiba kata keramat tu lahir dari hati yang percaya bahawa saya mampu. Dan alhamdulillah, selepas sah diijabkabulkan dengan Encik R, saya cuba menjalankan amanah ni dengan sebaiknya. Kendatipun terdapat kekurangan, saya akan baiki dan mengambil ibrah dari yang lepas. Encik R menerima segala kekurangan saya dan saya juga begitu menerimanya seadanya.
Memasak, membasuh, melipat, menyapu, menyusun, mengelap, menggosok dan segala mak nenek kerja rumah akan terasa ringan apabila kita merasai kenikmatan alam rumah tangga. Memasak pun boleh tersenyum. Sebelum ni agak tidak rajin memasak (kantoi cik jah!), tetapi selepas bergelar isteri, secara automatiknya segalanya berlaku diminda separa sedar. Eh, senang pulak mengemas dan memasak, selalunya malas je. Sebab apa? T.A.N.G.G.U.N.G.J.A.W.A.B (:
Tetapi jangan risau sahabat2ku, bukanlah bermakna anda akan menjadi kuli kepada suamimu, tetapi sedarlah, bahawa segala kebaikan yang kamu laksanakan kepada suamimu sangat bernilai disisi Allah, dikira sebagai ibadah dan diganjari syurgaNya insyaallah. Tambahan itu, Allah swt akan seimbangkan kepayahan kita dalam melaksanakan tanggungjawab dengan kenikmatan dan kebahagiaan yang tiada tara. Apalah sangat melakukan rencah kerja rumah jika dibandingkan dengan dikurniakan suami yang sangat memahami dan sebagai pelindung menjadikan kita cukup selamat dibawah jagaannya. Percayalah u ollss (:
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:“Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Memang mudahkan kaum hawa ni nak masuk syurga, tetapi kenapa yang mudah itu kenkadang susah untuk kita buat? tepuk dada tanya iman. Yang lagi menakutkan apabila ianya telah dimudahkan, tetapi ramai pula wanita yang terjunam ke neraka. Nauzubillah.
Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Oklah, sebenarnya jari-jemari ni serasa nak menari dan bermai-main lagi atas keyboard ni, tetapi cukuplah setakat ni dahulu, insyaallah lain waktu, saya sambung (:
pssst: abang, sayang dah update blog ni, jangan lupa yer, janji kita nak naik XD Theater - cosmic coaster kat library shah alam yang baru tu, hihi ♥♥♥
Followers
Wednesday, January 04, 2012
Nadirah♥Rodzi ~tanggungjawab suami isteri
********************************************
********************************************
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment