Salam wbt.
Memang sifar idea nak update blog. Hati kosong. Terasa lapang.
Jalan2 dengan famili mertua di Melaka
Terima kasih kepada sahabat yang memberi galakan. Kata mereka suka membaca blog saya. Rasa seronok pula (mula perasan dah) walaupun hakikatnya ntah apa2 yang diomonginnya, haih~
Encik R awal-awal lagi sudah pergi kerja. Abehtu, Puan N goyang kaki? Terus terang saya katakan, saya masih menunggu pinangan dari KPM, untuk rayuan KPLI bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ambilan Januari/Februari 2012. Untuk makluman, GSTT sudah dimansuhkan bagi pengambilan tahun 2012.
Pengalaman GSTT baru setahun, jadi permohonan saya ditolak. Sayarat untuk KPLI ambilan Disember 2011 mestilah melebihi setahun. Setelah dikecewakan, serasa macam tidak ada perasaan untuk menunggu keputusan akhir bulan ini pula. Kalau dapat alhamdulillah, kalau tak dapat, saya akan cuba pula CFS (Contract For Servive) /Guru Ganti SMKSKI/Ustazah di Al-Farabi/Muallimah di HIRA'/termenung je la cik jah....
"Sayang jadi suri rumah sepenuh masa boleh abang?" Encik R menjawab persoalanku dengan seukir senyuman.
"Setelah berusaha, kita serah pada Allah sahaja", Encik R mententeramkanku.
Jadi, disepanjang seminggu lebih saya menganggur dirumah, saya isikan dengan segala ilmu rumah tangga yang diperoleh dari pelbagai sudut. Perbaiki yang kurang, kukuhkan yang telah manthop.
Masih ingatkah anda dengan Ayam Halia Cikgu, Makaroni Bakar Roos, Kuih Mazola Teacher dan Mee Kuah Nenda? Takkan nak masak benda sama je kan.
Saya gatal2 cuba resepi baru. Sebilangan hidangan saya masak untuk suami adakalanya pertama kali. Rendang ayam, maggi goreng, pengat pisang, bubur, sambal petai dan lain-lain dibedal sahaja dalam kuali. Janji sedap dan berkhasiat (khasiat ker ^^!). Elok juga sambil cik jah, cik bedah, cik senah masak, kita amalkan surah al-kauthar, insyaallah apa yang dimasak tu akan menjadi. Entri selepas ini saya akan kongsikan resepi terbaru yang saya dapat di timeline bingkisaNurani.
Doakan yang terbaik untuk saya yer kawan-kawan, moga ada rezeki KPLI untuk Puan Nadirah Ahmad Azam :) maciiih semua ♥♥♥
Tahniah2.Barakallah.
ReplyDeleteAntara idea yg hoyyeah, kerja sendiri @ usahawan.
syukran encik, suami sy pun cita2 sbnrnya nak berniaga, nanti sy jadi penolong pengurus dia lah..hu3
ReplyDelete