Salam wbt.
Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.
Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang
- Ustaz Pahrol Mat Juoi
Wah, takutnya topik kalini. Sedang saya melayari encik google harini, saya tertarik dengan satu sifat para wanita. SENSITIF! Sensitif ni kawan-kawannya termasuklah air mata dan merajuk. Macam mengada je kan wanita ni, sikit-sikit nak nangis, nak merajuk bagai, masalahnya sebesar kuman tapi macam sekecil gajah! Pening cik jah memikirkannya.
Contoh Situasi: (Puan Supinah & Encik Suparman):
"hubby, tolong manja angkat jemuran jap, bunyi guruh tu..." Puan S meminta tolong suaminya sementara dia sibuk memandikan boboiboy.
"jap2, tengah tengok LCW vc LD ni, huiyyo...cantik betul smash Chong Wei ni... "
Maka, berderailah permata jernih dari bibir mata Puan S. Huh! gampangnya wanita menangis bukan?
Mengikut kajian, 70 % tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti ketika dia berehat. Sedangkan otak wanita, 90 % tenaganya akan tetap berkerja. Ia membuatkan wanita cepat sensitif dan mudah terasa.
Tambahan itu, sifat wanita ini sentiasa ingin dikasihi sokmo. Bila sesiapa sahaja terutama orang yang disayanginya seakan tidak mengambil berat tentang dirinya, mulalah drama air mata wanita terebut. Perkara ini nampak kecil tetapi amat terkesan dijiwa cik peah.
Wanita ni memang diciptakan oleh Allah swt dengan sifat lemah lembut dimana dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal. Akal yang satu itu sajalah digunakan untuk mengawal sembilan nafsunya yang lain.
Jadi, wahai kaum adam, bimbinglah hawa dengan sebijaknya kerana kau dikurniakan 9 akal yang mampu memandu arah 1 nafsumu. Sesungguhnya wanita diciptakan dengan (sifat seperti tulang rusuk yang bengkok) dari antara tulang rusuk ialah yang paling atas. Bila kamu cuba-cuba meluruskannya, boleh memecahkannya dan bila dibiarkan akan tetap bengkok. Kerananya peliharalah wanita dengan baik ♥♥♥
No comments:
Post a Comment