Followers

Monday, August 30, 2010

AYAM HALIA CIKGU ;)

Ramadhan Kareem. Selamat menunaikan ibadah di 10 malam terakhir ramadhan~

Haritu bonda tersayang minta anak bertuahnya ni masak ayam masak merah untuk ifthar. Bila difikirkan balik, rasa nak buat resepi sendiri. (Resepi ni diilhamkan oleh K.Aini - isteri A.Amin Inteam). Jadi, dicampakkan saja segala resipi sendiri tersebut ke dalam kuali, maka terjadilah AYAM HALIA CIKGU! :)

Bismillah

Sangatlah banyak ayam. Untuk dimakan dalam 20 orang.

Gorengkan ayam-ayam tersebut dan letak ditepi :)

Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia yang telah dimesin halus :)

Masukkan cili yang telah dimesin, beberapa batang serai dan gula merah.
[Petua: Cili kering tersebut hendaklah digunting dan dibuang bijinya. Rebus cili tersebut sehingga lembut. Kemudian, cili tersebut dimesin bersama minyak masak].
Masukkan ayam goreng, gaul sehingga rata.
[Petua: Jika ayam tersebut nampak kurang menarik, tambahkan sedikit minyak lagi untuk menaikkan lagi mutu keunggulan ayam tersebut ;p] :)

AYAM HALIA CIKGU Nadirah dah siap! :)
Selamat mencuba resipi saya yang tak berapa nak menarik ni~
Ramadhan Kareem :)

4 comments:

  1. wah enaknya lezatnya, betul,betul,betul.......

    ReplyDelete
  2. syukran singgah blog saya~

    try la buat yer :)

    ReplyDelete
  3. menarik...setakat ni blum pernah masak lauk lg.masak sayur sudey~ insyaAllah akan dicuba...

    ReplyDelete
  4. salam nisa', kaifahal? lama tak dengar khabar~

    oo, sila-silalah cuba, resepi ni senang je, campak-campak je, janji cukup bahan dan rasa ;)

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails