Followers

Tuesday, August 23, 2011

Kuih Mazola Teacher

Salam wbt. Menjangkau 24 Ramadhan.

Disebabkan adik beradik saya rajin buat kuih, saya pun tiba-tiba je ;p

Kakak sulung buat Almond London, kakak kedua pula Tat Nenas dan adik saya Cornflakes, coklat dan lain2 :D

Alhamdulillah, harini saya telah selamat menghasilkan 'teeettt...'

Ini diinspirasikan oleh Cikgu Norhazila a.k.a jiran satu taman. Sedang borak-borak nak Lai Cik balik dari sekolah, saya saja tanya kuih raya yang dia buat sendiri. Kuih Mazola!

Air tangan ini saya namakan sebagai Kuih Mazola Teacher (wink wink ^_~). Dulu saya cipta resepi Ayam Halia Cikgu, disebabkan anak-anak saya selalu panggil saya teacher, jadi resepi kalini guna nama teacher pun boleh :D

Bahan-bahan cik jah :p


1- 400gm tepung gandum
2- 220gm gula pasir (dikisar kering)
3- 400gm kacang tanah
(digoreng tanpa minyak,dibuang kulit dan dikisar kering)
4- 3/4 botol minyak mazola/minyak jagung yang kecil
5- 1 biji kuning telur (disapu pada biskut)
6- Kacang(hiasan)
7- Mentega

Cara-cara mak tam ;p





1- Gaul sebati tepung, gula dah kacang.
2- Tuangkan minyak mazola sedikit demi sedikit.
3- Uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.
4- Bentukkan doh mengikut citarasa.
Susun didalam loyang yangg telah di lengser dengan mentega.
4- Sapukan diatasnya kuning telur dan bakar didalam oven (180 celcius, 15-20minit).



WOW, siap dah, alhamdulillah :D

8 comments:

  1. buat 1 round lg nk bwk balik kedah, rmh tok ramai org, xcukup klu sikit je...

    ReplyDelete
  2. kakcik dah buat chocolate chips, tengok la. rasa macam nak buat kuih lain plak.. insyaallah

    ReplyDelete
  3. wah rajin adik-adik buat kuih, Alhamdulillah... kakak ipar sulung ni ha yang tak buat apa-apa, buat kuih tunjuk je hehe ;p

    ReplyDelete
  4. xpe kak, tadi wadah buat kuih manggis pulak..hu3

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah ira, remember me?intan farhana..ade datang mase iftar kti dengan fadilah (ila). Salam ukhuwafillah! sedapnye biskut mazola ni..nak sikit? (^_^)

    ReplyDelete
  6. salam intan, rasa macam kenal, nak biskut yer, meh datang rumah ;)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails