Followers

Wednesday, October 12, 2011

Makaroni Bakar Roos



Salam wbt. Lama benar tak update blog. Sibuk dengan sekolah ---> alasan ;)

Kalini nak menyentuh topik ::dari dapur::

Sejak kebelakangan ni, famili saya rajin pula masak makaroni bakar. Bahannya mudah, memasaknya lagi mudah tetapi ongkosnya mahal bah ;D Jadi, saya namakan resepi kalini Makaroni Bakar Roos (bonda - ROOSmawaty)

Bahan-bahan:

1) 400 gram makaroni
2) 1 labu bawang putih
3) 2 labu bawang besar
4) 10 ekor udang/sotong
5) 250 gram daging cincang
6) Cili benggala berwarna warni
7) Cendawan (lagi banyak lagi so0dap)
8) 4 biji telur (dipukul kembang)
9) Keju parut (mozarella)
10)Minyak, marjerin & garam

*bagi yang suka pedas, boleh lah menambah serbuk kari.
bagi yang suka rasa lemak-lemak sikit, boleh lah menambah susu cair ;)

Cara-cara:

1. Rebus makaroni dengan sedikit minyak sehingga empuk & toskan.

2. Tumis bawang putih dan bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.

3. Kemudian masukan daging cincang. Kacau rata sehingga daging setengah masak.

4. Masukkan udang, sotong, cili benggala dan cendawan.

5. Masukkan susu cair dan garam. (nak sedap lagi, tambah 'secukup rasa')

6. Masukan makaroni dan kacau sehingga mendidih.

7. Tutup api. Tuangkan telur keatas makaroni.

7. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu marjerin.

8. Taburkan keju. Bakar selama 180 C (30 minit}

9. Selepas siap dibakar, tuangkan sos cili dan mayonis, pasti soooodap ;)

selamat mencuba!!! ^_~

2 comments:

  1. assalam...salam kenal.amik order tak makaroni bakar ni?duk kat meru,klang kan.

    ReplyDelete
  2. salam wbt, saya tak amek order, tapi kalau nak saya buat, boleh insyaallah :) sy duduk di taman seri meru (dekat dgn klinik kesihatan meru)

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails