Followers

Thursday, September 16, 2010

Pak Lebai Pergi Ke Kedai


Pak Lebai oh............. Pak Lebai ;)

Kisah ini dah lama dah, 5/6/2010 - Perkhemahan Tahun 4 & 5 SIF Meru.

Nak dijadikan cerita, mereka kena hafal 5 rangkap ayat yang sedikit mengelirukan. Orang kata telefon berkarat :) Jadi, saya ni seperti biasa cikgu yang dipertanggungjawabkan sebagai camerawoman ;)


2 rangkap je ker?

sikat? hi3

Seronok beramai-ramai??

terjumpa kedai atau keldai? ikat apa pula ni? ha3
lepai? yang tak tahan tu, bermesyuarat beramai-ramai. haih~
Ok, kita tengok 5 rangkap yang sebenar nya.
Jeng...
Jeng...
Jeng...



Sangat berbeza dengan yang asal bukan?

Banyak pengajaran yang kita boleh ambil. Antaranya;

Satu, jangan mudah percaya dengan apa yang orang kata.
Dua, selidiki betul-betul dari sumber mana yang kamu dapat berita.
Tiga, jangan sebarkan berita yang anda tidak pasti kesahihannya.
Empat, renung-renungkanlah wahai sahabat2 ;)

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Jemput datang rumah di Meru, Klang :)

One two three,

Selamat hari raya aidilfitri,

Eight nine ten,

Maaf zahir & batin :)


Read More :D

Monday, September 06, 2010

Saling sayang-menyayangi




Perbezaannya Antara Lelaki Dan Perempuan


1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.


7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, pampers anak dan macam-macam lagi.

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.
Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.
Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

Read More :D

Saturday, September 04, 2010

[SIF MERU] Merdeka + Khatam Al-Quran

Ramadhan Kareem~

Alhamdulillah, usai sudah 2 majlis besar di Sekolah Islam Al-Farabi Meru (SIF Meru). Sambutan Hari Kemerdekaan & Majlis Khatam Al-Quran.

Pertama kali menjadi pendidik, ke'teruja'annya memang berbeza. Tahun ni adalah tahun yang paling banyak dapat kad raya. Dari anak murid, dah 20 lebih kad raya. Itu tak termasuk kawan-kawan yang lain. Ditambah lagi dengan dapat kuih raya, fuhhhh!

Ditaklifkan sebagai guru nasyeed, memberi kepuasan kepada saya. Sungguh tak sangka, anak-anak muridku mempunyai bakat yang besar. Baru-baru ini dapat jemputan untuk menyampaikan lagu raya di rumah YB Dr. Rani, ADUN Meru :)

Ok, biarkan gambar dibawah bercerita ^^,


MERDEKA!

Kelas ku, 4 pandai :)

Salam Kemerdekaan dari kami, warga SIF Meru :)


Majlis Khatam Al-Quran

Diserikan lagi dengan bunga jeli (bukan bunga telur yer ;)

Arfah, anak muridku yang solehah :)

Anak-anak SIF Meru yang sentiasa menghiburkanku walaupun terlebih 'aktif'..haih~~ [Kumpulan nasyid Firdaus]

Sebahagian dari kad raya yang anak-anak murid bagi ;)


Kuih raya pun dapat ;)
........................................................................

TERIMA KASIH semua;
yang benar:

Cikgu Nadirah ^^,

Read More :D
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails