Followers

Showing posts with label Dari Dapur. Show all posts
Showing posts with label Dari Dapur. Show all posts

Friday, June 29, 2012

Zikir & Doa Memasak ;)

Salam wbt.

Seronoknya bersantai hujung minggu! santai la sangat -_-

Saya tengah fikir nak masak apa tengahari jakgi, tiba-tiba terjumpa satu artikel yang sangat menarik tentang petua memasak. Apa lagi, j0m cuba!

~~~alamak, kuatnya Al-Hafiz gerak dalam perut ummi dia, ummi bangun, dia pun bangun, aktifnya ;)



Doa dan zikir apabila memasak.

Doa masuk dapur

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]

Doa Waktu Sukat Beras

الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا مِنْ جُوعٍ

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.

Doa Buka Periuk

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ

Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.) p/s : sunnahnya buka tudung periuk hanya separuh sahaja, insyaALLAH ada keberkatan.

Zikir Waktu Masak

لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ

Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58] (Kacau lawan jam)

Doa Potong Sayur & Buah

فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ

Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]

Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur

فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]

Doa Simpan Beras

وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ

Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]

Doa Untuk Sedapkan Makanan

Selawat Nabi 3x, Istighfar 3x

*********PETUA LAIN:

1) Mulakan dengan bacaan basmalah. Dan setiap kali nak masukkan bahan dalam periuk / kuali, dahulukan dengan ucap basmalah. InsyaAllah berkat nanti.

2) Waktu nak mengacau tu, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Baginda SAW.

3) Semasa proses kacau mengacau tu, baca Surah Al-Kauthar kerana hikmahnya surah tu berkaitan dengan buah kauthar iaitu buah dari Syurga. Dah nama buah syurga, insyaallah memang sedap.

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. (Surah Adz-Dzaariyaat, Ayat 55)*********

Ha, apalagi, jom memasak! Bismillah :)

Read More :D

Wednesday, October 12, 2011

Makaroni Bakar Roos



Salam wbt. Lama benar tak update blog. Sibuk dengan sekolah ---> alasan ;)

Kalini nak menyentuh topik ::dari dapur::

Sejak kebelakangan ni, famili saya rajin pula masak makaroni bakar. Bahannya mudah, memasaknya lagi mudah tetapi ongkosnya mahal bah ;D Jadi, saya namakan resepi kalini Makaroni Bakar Roos (bonda - ROOSmawaty)

Bahan-bahan:

1) 400 gram makaroni
2) 1 labu bawang putih
3) 2 labu bawang besar
4) 10 ekor udang/sotong
5) 250 gram daging cincang
6) Cili benggala berwarna warni
7) Cendawan (lagi banyak lagi so0dap)
8) 4 biji telur (dipukul kembang)
9) Keju parut (mozarella)
10)Minyak, marjerin & garam

*bagi yang suka pedas, boleh lah menambah serbuk kari.
bagi yang suka rasa lemak-lemak sikit, boleh lah menambah susu cair ;)

Cara-cara:

1. Rebus makaroni dengan sedikit minyak sehingga empuk & toskan.

2. Tumis bawang putih dan bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.

3. Kemudian masukan daging cincang. Kacau rata sehingga daging setengah masak.

4. Masukkan udang, sotong, cili benggala dan cendawan.

5. Masukkan susu cair dan garam. (nak sedap lagi, tambah 'secukup rasa')

6. Masukan makaroni dan kacau sehingga mendidih.

7. Tutup api. Tuangkan telur keatas makaroni.

7. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu marjerin.

8. Taburkan keju. Bakar selama 180 C (30 minit}

9. Selepas siap dibakar, tuangkan sos cili dan mayonis, pasti soooodap ;)

selamat mencuba!!! ^_~


Read More :D

Tuesday, August 23, 2011

Kuih Mazola Teacher

Salam wbt. Menjangkau 24 Ramadhan.

Disebabkan adik beradik saya rajin buat kuih, saya pun tiba-tiba je ;p

Kakak sulung buat Almond London, kakak kedua pula Tat Nenas dan adik saya Cornflakes, coklat dan lain2 :D

Alhamdulillah, harini saya telah selamat menghasilkan 'teeettt...'

Ini diinspirasikan oleh Cikgu Norhazila a.k.a jiran satu taman. Sedang borak-borak nak Lai Cik balik dari sekolah, saya saja tanya kuih raya yang dia buat sendiri. Kuih Mazola!

Air tangan ini saya namakan sebagai Kuih Mazola Teacher (wink wink ^_~). Dulu saya cipta resepi Ayam Halia Cikgu, disebabkan anak-anak saya selalu panggil saya teacher, jadi resepi kalini guna nama teacher pun boleh :D

Bahan-bahan cik jah :p


1- 400gm tepung gandum
2- 220gm gula pasir (dikisar kering)
3- 400gm kacang tanah
(digoreng tanpa minyak,dibuang kulit dan dikisar kering)
4- 3/4 botol minyak mazola/minyak jagung yang kecil
5- 1 biji kuning telur (disapu pada biskut)
6- Kacang(hiasan)
7- Mentega

Cara-cara mak tam ;p





1- Gaul sebati tepung, gula dah kacang.
2- Tuangkan minyak mazola sedikit demi sedikit.
3- Uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.
4- Bentukkan doh mengikut citarasa.
Susun didalam loyang yangg telah di lengser dengan mentega.
4- Sapukan diatasnya kuning telur dan bakar didalam oven (180 celcius, 15-20minit).



WOW, siap dah, alhamdulillah :D

Read More :D

Monday, August 30, 2010

AYAM HALIA CIKGU ;)

Ramadhan Kareem. Selamat menunaikan ibadah di 10 malam terakhir ramadhan~

Haritu bonda tersayang minta anak bertuahnya ni masak ayam masak merah untuk ifthar. Bila difikirkan balik, rasa nak buat resepi sendiri. (Resepi ni diilhamkan oleh K.Aini - isteri A.Amin Inteam). Jadi, dicampakkan saja segala resipi sendiri tersebut ke dalam kuali, maka terjadilah AYAM HALIA CIKGU! :)

Bismillah

Sangatlah banyak ayam. Untuk dimakan dalam 20 orang.

Gorengkan ayam-ayam tersebut dan letak ditepi :)

Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia yang telah dimesin halus :)

Masukkan cili yang telah dimesin, beberapa batang serai dan gula merah.
[Petua: Cili kering tersebut hendaklah digunting dan dibuang bijinya. Rebus cili tersebut sehingga lembut. Kemudian, cili tersebut dimesin bersama minyak masak].
Masukkan ayam goreng, gaul sehingga rata.
[Petua: Jika ayam tersebut nampak kurang menarik, tambahkan sedikit minyak lagi untuk menaikkan lagi mutu keunggulan ayam tersebut ;p] :)

AYAM HALIA CIKGU Nadirah dah siap! :)
Selamat mencuba resipi saya yang tak berapa nak menarik ni~
Ramadhan Kareem :)

Read More :D

Wednesday, November 25, 2009

Raya Istimewa (^_~)


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, kita makin menghampiri satu lagi perayaan besar bagi umat islam seantero dunia, 'eidul adha yang jatuh pada zulhijjah, 10.

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?” . Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”.
Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
Jadi ana menyeru pada diri sendiri dan sahabat diluar sana, jom kita perbanyakkan ibadah deh :) Ana dan keluarga insyaallah akan pulang ke halaman kampung esok ^^ Setelah 'menemuramah' bonda tercinta, ana nak kongsi la beberapa "resepi keluarga" yang akan 'dibawa' ke kampung ^^

1- SAMBAL GORENG PENGANTIN

Sambal goreng pengantin ^_^


'Gunting khas la konon' ngeh3

(A) Digoreng

- Tauhu, tempe, udang, paru dan hati dipotong kecil-kecil.
- Cili kering digunting nipis [sila guna 'gunting' yang betul, bukan 'gunting kain' yer :p]. Cili tersebut dibasuh dan ditoskan.
- Bahan-bahan diatas digoreng. [pesanan bonda, jangan guna minyak dengan banyak]

(B) Rebus

- Santan pekat, gula kabung yang telah dicairkan, air asam, lengkuas dan garam direbus.

(C) Memasak

- Masukkan bahan (B) ke dalam periuk. Bila bahan-bahan tersebut sudah menggelegak, masukkan bahan (A) [macam senang kan bunyinye, campak-campak je. Tapi kalau tersalah masak ^^?]
- Masak sehingga 'masakan' tersebut nampak kering. Dah siap ^^!

2- KARI DAGING

Daging yang tak nampak. ngeh3


Pastikan 'api' atau 'kuasa watt' atau 'suhu' anda tidak terlalu kuat untuk memastikan daging tersebut masak dengan sekata

(A) Dimesin

- Bawang merah segenggam
- Bawang putih empat ulas
- Halia

(B) Bahan lain

- Bawang putih
- Bawang merah
- Daging
- Serbuk kari daging
- Asam jawa satu genggam
- Daun kari
- Halba campur
- Kulit kayu manis

Cara memasak:

- Campurkan rempah kari dengan bahan (A) yang telah dimesin kedalam bekas. Masukkan sedikit air asam jawa.
- Tumis bawang putih dan bawang merah.
- Masukkan daun kari, halba campur dan sedikit kulit kayu manis.
- Masukkan kembali bahan yang telah dicampur tadi kedalam masakan.
- Biarkan ia mendidih. Masukkan daging.
- Biarkan ia lama sedikit diatas api. Kemudian masukkan santan.
- Biarkan ia masak. Dah siap ^^!!

3- RENDANG AYAM

Rendang yang masih berkuah (macam nak buat kenduri ^^!)


Rendang ayam yang sudah kering

(A) Dimesin

- Halia seinci
- Kunyit seinci
- Lengkuas seinci
- 4 batang serai dipotong kecil
- Cili kering yang dibuang bijinya/cili boh 4 sudu
- 2 biji bawang besar
- 7 ulas bawang putih

Cara-cara:

- Bahan (A) dimesin kemudian ditumis.
- Selepas itu, masukkan ayam.
- Masukkan daun kunyit (dipotong panjang) dan daun limau purut.
- Santan jangan dilupai ^^
- Masukkan kerisik 2 peket, gula dan garam.
- Tunggu sehingga kering. Siap dah ^^!!!


3 resepi 'mudah' telah siap. Sampai gas pun bertukar ganti. Gas habis! ngeh3

********************************************************************

Dan yang terakhir, sedikit bingkisan, alhamdulillah, komuniti kesayangan ana dan sahabat lain terus mengorak langkah lagi. Alhamdulillah, selepas 2 kali masuk Sinar Harian, kali ini KTI (Komuniti Teman Inteam) masuk pula dalam Harian Metro. KTI bukanlah peminat Inteam sahaja, TETAPI, kami adalah PENYOKONG nasyeed keseluruhannya ^^

Wallahu'alam :)



bingkisaNurani:
Salam 'eid adha. Maaf zahir batin ^^
Jom puasa esok! 9 Zulhijjah :)


Read More :D

Sunday, November 22, 2009

Mee Bandung 'saya' v(^_^!)v


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ha, rajin pula ana update blog, cuti kata kan :p. Jadi, entri kalini kita main masak-masak :p Ok, haritu ana masak Mee Bandung, saja nak cuba sebab ni first time. Masakan ni mudah sikit berbanding Mee Kuah. Bezanya, Mee Bandung kita tak letak segala ubi tu. Kuah untuk Mee Bandung semata udang kering :)

Jom masak! Ini resepi kat internet, tapi ana telah mengolah sendiri bahan & cara mengikut sendiri punya hati. Yeah ^^! Hasilnya:

Bahan-Bahan: (Untuk 4 orang ^^)

(A) Untuk blend

• 200g udang kering segar (ikut anggaran sendiri)
• 2 genggam cili kering
• 10 biji bawang merah
• 3 biji bawang putih

(B) Untuk Menumis

• 10 biji bawang merah
• 3 biji bawang putih

Bahan-Bahan lain :)

• 1 bungkus mee kuning
• Daging
• Sotong/udang
• 4 biji telur ayam
• 2 ikat sayur sawi
• 5 keping tauhu goreng
• Air rebusan daging
• Minyak
• Bawang goreng
• Garam & gula secukup rasa

Cara memasak ^^

1. Bahan (A) di blend

2. Potong kecil sotong/udang/daging

3. Hiris tauhu goreng nipis-nipis

4. Cuci mee kuning dan toskan

5. Potong sayur sawi dan tomato

6. Untuk memasak perencah mee bandung:
-Tumis bahan yang telah diblend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak)
-Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak
-Masukkan garam dan gula secukup rasa

7. Untuk memasak mee bandung:
-Panaskan kuali dan masukkan minyak
-Tumiskan bahan (B) sehingga garing
-Masukkan air rebusan daging tadi mengikut berapa ramai yang hendak makan
-Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah tadi (nak kuah pekat, masukkan perencah lebih)
-Kacau kuah supaya tidak berkerak
-Masukkan sotong/udang/daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian, angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur.
-Kemudian masukkan sawi. Tutup api bila semua bahan sudah masak.
-Tauhu goreng, bawang goreng, tomato dan telur boleh hidangkan bersama mee yang telah dicelur.

Bahan-Bahan ^^


Mee Bandung 'budak baru belajar'

Ha, kan dah siap ^^ Selain mee kuning, kita juga menggunakan mee hoon. Tetapi kuahnya tak perlu terlalu pekat deh :) Tapi kalau perasan, mee yang ana masak ni, kuahnya nampak kurang sangat. Jadi, maksudnya, kita kena banyakkan air dan kurangkan perencah. 'Saya budak baru belajar'. Practise make perfect. Kesimpulannya, kena rajin memasak yer (pesanan untuk diri ^^!) Ngeh3 v(^_^)v

Selepas habis main masak-masak, ana terus bersiap untuk ke rumah kakak ana di Ampang. Sebab keesokannya, nak pergi program Kau Dihatiku 2, satu program amal KTI (Komuniti Teman Inteam) dengan anak yatim Baitu Saidati Khadijah.

Baby Irin yang tersangatlah comel, permata kakak ana ^^


bingkisaNurani:
Tadi adik bongsu baru balik exam spm subjek matematik. Dia bagi soalan spm nye, suruh ana jawab. Kira nye suh check kan la, dia dapat bape. Ngeh3 ^_^ (macam la 'saya' ingat sgt matematik spm ^^!)

Read More :D

Sunday, June 28, 2009

MEE KUAH NENDA :)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Gamba2 didalam posting ni ditujukan khas buat A.Hanief, K.Malini, K.Syida, A.Wan, A.Mukhlis n Jiah yg x balik uma :p ni mak, k.dayah, wadah n I masak. Wafa' pun sebok nak masak :)


Actually ni resepi nendaku, tok ani. Beliau telau menurunkan ilmunya pada cucu2nya. Time tu kt Yan, Kedah n ana jadi ketua chef la, ha3. Resepi yg bawah ni, ana tulis sendiri, coz bile cari kat buku resepi nenda, xde plak. So, ingat2 lupa camtu la, tapi ingat insyaallah. Then, dinner smalam, kami ramai2 masak la. Tapi rasanya, tok punye la lagi sedap. Susah nak lawan toke..hu3

MEE KUAH (MASAKAN UNTUK 40 ORANG)

BAHAN-BAHAN (A):

1- 4 SUDU KACANG TAUCU
2- 20 BIJI CILI
3- 20-25 UDANG SEGAR
4- 1 CAWAN KECIL UDANG KERING
5- 10 BIJI UBI KELEDEK
6- 10 BIJI KENTANG

BAHAN-BAHAN (B):

1- SUP TULANG (beli tulang kat kedai daging na)
2- 5 ASAM KEPING
3- AJINAMOTO (x baik utk kesihatan :p)
3- GARAM DAN (secukup rasa)
4- AIR (pandai2 la bajet ^^)

BAHAN-BAHAN (C): (Orang kedah panggil, PERKAKAS MEE)

1- BAWANG GORENG (pastikan masak sendiri, lg sedap! n minyak bawang tu simpan)
2- CILI (potong kecil n serong)
3- DAUN SUP (potong kecil2)
4- DAUN BAWANG (potong kecil2)
5- TAUHU (potong kecil)
6- TELUR REBUS (belah 4)
7- DAGING (dari sup tulang tadi)
8- LIMAU NIPIS (belah 4)
9- KENTANG REBUS (potong kecil)
10- CUCUR GORENG (potong sederhana)
11- TAUGEH (digoreng tanpa minyak, jangan lama sangat)

CARA MEMASAK:

1- BLENDER SATU PERSATU BAHAN-BAHAN A SEHINGGA LUMAT
2- ASUKKAN BAHAN-BAHAN TERSEBUT KEDALAM PERIUK
3- BUKA API DAN MASUKKAN PULA BAHAN-BAHAN B
4- BIARKAN SEHINGGA MENDIDIH
5- UNTUK HIDANGAN, MASUKKAN SEKALI BAHAN-BAHAN (C)

Sedikit petua, letakkan minyak bawang keatas mee. Tok kata nanti wangi sket. Hu3.. Yg lelaki pun leh masak. Mesti mak korang terkejut nanti. Selamat mencuba semua (^_~)









bingkisaNurani:
I sorang jer makan sket, he3. Wadah makan......... :p



Read More :D

Wednesday, January 21, 2009

Paprik Terbaik :)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Posting kali ni kite cita pasal masak2 :) Ada sahabat ana suh posting pasal resipi, jadi ana terpikir PAPRIK :) Insyaallah nnti ble ana lek uma diz raye cina, ana akan masak. Actually paprik ni senang jer, die mcm tom yam..juz campak2 je..he3.. :)
k, b4 that, diz is the recipe:


Bahan-bahan

* ½ ekor ayam - dipotong kecil2
* 4 ulas bwg merah - ditumbuk
* 2 ulas bwg putih - ditumbuk
* 1 labu bwg besar - dimayang
* 2 btg serai - dititik
* 2 biji buah tomato - dipotong 4
* 5 biji cili padi - ditumbuk
* bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
* sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
* bahan2 perasa

Cara-cara

1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

bingkisaNurani:
just try it !



Read More :D

Saturday, November 22, 2008

ToM Y@M SoDAP PUNYER :)


Try Laa.. Senang jer insyaallah ^^




Bahan-bahan:

::Air
::Garam & Gula
::2 biji tomato
::1 asam keping
::Sedikit air asam limau
::Sedikit daun limau purut
::2 kiub tomyam (maggi punye)
::1 biji bawang besar (dipotong bulat)
::Cili padi ( ikut suka, lg byk lg mengancam!)
::Ayam, udang, sotong & daging yang telah dihiris
::Sayuran ( kobis, celeri, carrot, cauliflower, cendawan n etc)


Ayam, Udang, Sotong etc

Pelbagai Sayuran


Caranya:

^^Mula rebus air dulu dalam periuk anggaran setengah periuk.
^^Bila didih, masukkan asam keping, ayam, udang, sotong dan daging.
^^Biar dulu agak2 dah agak masak, masukkan serai, bawang, segala sayuran, kiub tomyam, garam dan cili padi .
^^Biar didih kejap. Then, masukkan sedikit air asam limau dan tomato.
^^Last sekali bila nak angkat , barulah masukkan daun limau purut.

bingkisaNurani:
Sonang jerk..cuba jangan x cuba..pastinye menjilat ibu jari :) hu...



Read More :D

Wednesday, June 25, 2008

:: Nasi Lemak ::


Bahan-bahan
3 cawan beras [basuh n toskan]
2 paket santan [300ml]
3 helai daun pandan [simpulkan]
3 keping hirisan halia
3 ulas bawang merah [mayangkan]
Garam secukupnya

Cara
1. Masukan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
2. Bila nampak nasi kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.
3. Bila telah masak hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng, ulam timun.

SAMBAL TUMIS
1 senduk cili kering [dimesin]
3 labu bawang besar [dimesin halus dgn sdikit belacan]
2 labu bawang besar [ditumis]
Air asam jawa secukup rasa
Gula merah [resepi k.aini!]
Serai [dititik dalam masakan]

Cara
1. Tumiskan bawang besar sehingga agak2 garing.
2. Masukkan bahan yg dimesin halus sehingga wangi.

2. Masukkan air asam, garam dan gula merah.
3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendiieh dan pekat dengan api perlahan.
4. Bila dah naik minyak baru angkat.


### Selamat Mencuba ###


Read More :D
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails