Followers

Showing posts with label Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts

Thursday, January 29, 2009

< Ismail Haniyeh - Obama >

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Surat Ismail Haniyeh HAMAS kpd Obama US
Sumber: http://inijalanku.wordpress.com/

Presiden Amerika, Barack Obama (kiri) dari Parti Democrat
dan PM Palestin, Ismail Haniyeh (kanan) dari HAMAS.


Setelah Israel dan Pentadbiran Bush gagal menawan Gaza, ke arah menghukum pemimpin HAMAS seperti Saddam Hussein dan menjajah kembali umat Gaza, Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh (HAMAS) mengutus surat kepada Presiden Amerika, Barack Obama, orang kulit hitam pertama memimpin Amerika dan dunia, setelah berdekad umat kulit hitam berjuang menuntut keadilan di bumi Amerika.

“Sungguh kamu telah berjaya melangkah jauh, bermula dari hari dimana manusia memperhambakan manusia lain, hari-hari dimana rantai apartheid di Amerika membelenggu manusia, sedang fitrah manusia mendambakan kemuliaan dan kesejahteraan. Umat yang bangkit ialah umat yang tidak mahu menyerah kepada Syaitan. Perjuangan Kebebasan dan mencari Keadilan bermula di detik dimana Kejahatan mehu memaksa kemahuan jahat mereka …”.

“Martin Luther, Malcom X dll menolak kepercayaan bahawa bank Keadilan telah bengkrap. Masih ada di sana harapan. Selepas berdekad berlalunya perjalanan menuju Keadilan yang didamba semua pihak, sebelumnya hak mengundi adalah mimpi disiang hari bagi orang kulit hitam di Amerika, kini kita menyaksikan zaman dimana seorang rakyat Amerika dari asal usul Afrika, penuh dengan semangat dan cita-cita, dipilih rakyat menjawat jawatan tertinggi di muka bumi. Ini bukan sahaja mencetus ilham bagi masyarakat kulit hitam semata-mata, bahkan bagi kesemua masyarakat di dunia yang masih mengimpikan kenikmatan Kebebasan dari taasub membabi buta disuatu hari nanti”.


Didalam surat tersebut, Haniyeh mengucapkan tahniah atas jawatan baru yang dipegang Obama dan menyatakan bahawa Palestin adalah satu-satunya pintu masuk ke Dunia Islam dan kunci kepada pintu Palestin ialah Keadilan dan Kebebasan bagi umat Palestin. “Kami menunggu dan mengalu-alukan semua orang yang mahu melalui Pintu tersebut. Kami juga berharap ianya tidak mengambil masa yang lama dari sekarang”. “Kejayaan di Amerika ini bukan satu-satunya di dunia, bahkan di sana contoh-contoh lain yang banyak yang akhirnya mencapai apa yang kita sama-sama cita-citakan seperti halnya di Afrika Selatan (sistem Apartheid berjaya dibenteras). Dalam masa yang sama sebahagian umat lain masih bertarung seperti halnya di Palestin”.

Haniyeh juga menambah, “Tidak mungkin kami akan redha kepada kezaliman selagi mana kami terus menjadi mangsa kekejaman yang dilakukan oleh tentera Penjajah. Seramai 1330 yang terbunuh dan 5500 yang cedera di Gaza bukan disebabkan pegangan politik tertentu mereka, sebaliknya ia adalah disebabkan umat Palestin mencari Kebebasan”. Haniyeh berharap Obama berusaha membaiki kesilapan-kesilapan pentadbiran Bush, dimana masyarakat antarabangsa sedang memerhati dan meletakkan pengharapan kepada beliau, agar jangan menghampakan harapan mereka.


Di depan Barack Obama mengenai isu Palestin adalah seperti berikut :

1. Adakah Amerika akan mengadakan hubungan dengan HAMAS ? Ini pernah berlaku setelah 13 tahun Amerika memutus hubungan dengan PLO, akhirnya berhubung juga.
2. Adakah Obama akan meneruskan strategi memusnahkan atau melemahkan HAMAS, seperti yang dilakukan oleh presiden-presiden Amerika yang lalu ?
3. Adakah Obama, seorang berkulit hitam di Amerika yang Apartheid berjaya ditamatkan, akan berpegang dengan prinsip yang sama menghapuskan atau sekurang-kurangnya meredakan sokongan terhadap Apartheid yang diamalkan oleh Yahudi di Palestin ?
4. Adakah Amerika akan menaja atau mendokong perang Israel - Palestin lagi sekali selama 4 -5 tahun beliau memerintah ?
5. Adakah HAMAS boleh diubah Fikrahnya dari membebaskan Palestin dengan Jihad kepada mengiktiraf “Israel” dan melucutkan senjata mereka dengan rela, seperti yang akhirnya berjaya dilakukan terhadap FATAH/PLO dengan tawaran pakej ekonomi yang menarik ? Presiden Bush pernah membuat tawaran tersebut tetapi tidak disambut oleh HAMAS, wakil rakyat Palestin yang sah.



bingkisaNurani:
Israel, Amerika, Eropah, Kuasa-kuasa Besar dan sebahagian pemimpin umat Islam merancang jahat terhadap Palestin, tetapi Allah swt juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang. SAVE PALESTINE! ALLAH AKBAR !!!



Read More :D

Saturday, January 03, 2009

** PEDULI PALESTINE **

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ya Allah, moga kami tidak cuai dalam menunaikan hak ukhuwwah terhadap saudara kami di Gaza.


Seruan ini ana petik dari laman web IkhwanOnline.com. Ianya berkenaan seruan HAMAS agar seluruh muslimin di seluruh dunia BERPUASA pada 9 dan 10 Muharram sebagai menyahut seruan Rasulullah s.a.w. dan memberikan sokongan kepada penduduk Gaza yang sedang berjuang dengan kelaparan dalam suasana ketakutan dan tekanan yang amat dahsyat.
(Ataupun berpuasa 10 n 11 Muharam)

** Klik Doa Qunut Untuk Gambaran Yang Lebih Besar **



Khaibar...Khaibar... Ya Yahud.

Jaisy Muhammad... Saufa Ya'ud

Hancur..Hancur Wahai Yahudi...

Tentera Muhammad.. Akan kembali...

Kepada Umat Islam,

Janganlah kamu diperolok & diperdayakan oleh kempen hitam dan media yang punah diperlakukan sekehendak Syaitan. Mereka memerangi tanpa henti brsama dlm barisan musuh-musuh umat Islam. Dengarlah suara hati nurani kamu yg tidak boleh menerima tindakan berdiam diri tanpa menolong pihak yang benar, saudara mara kamu didalam kemanusiaan, agama dan Arab. Mereka dikepung oleh semua pihak agar memaksa mrk utk tunduk menyerah diri kpd ketamakan musuh dan perancangan Zionis.

Boikot Barangan Israel!


Bismillahirrahmanirrahim..
"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

- Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)






bingkisaNurani:
Insyaallah, bermula dari saat ini, diriku berjanji untuk tidak lagi membeli barangan kafir zionis. ALLAH AKBAR!!!



Read More :D
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails