Followers

Showing posts with label Malaysia Kini. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Kini. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

MAS vs HONG KONG


"Fakri cuba membantu.

Takpe dia kata..

aku nak cuba sendiri.

Dan akhirnyaaa..!!"


Tahniah MALAYSIA!

Walaupun saya tak tengok perlawanan ni, saya yakin MALAYSIA menang! Kalau perasan, cara Safiq menggelecek macam Norshahrul Idlan Talaha semasa dipiala suzuki AFF :)
Read More :D

Wednesday, December 29, 2010

Coretan Piala Suzuki AFF 2010 :)

Alhamdulillah, Harimau Malaya terus mencipta kecemerlangan di Piala Suzuki AFF 2010 selepas melakar kejayaan pada bola sepak Sukan Sea Laos 2009 :) Syabas!


Secara jujurnya, saya tidaklah fanatik bola sepak.

Piala Malaysia, Liga Inggeris hatta World Cup sekalipun saya tidak minat. Kendatipun begitu, saya akan sedikit teruja apabila MALAYSIA layak untuk bertanding dalam apa jua arena sukan terutama badminton. Kini, saya mula minat bola sepak Malaysia. Tetapi lagi manis, jikalau mereka memakai seluar panjang sekaligus menutup aurat :)

Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada barisan anak didik K.Rajagopal terutama penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat. Pada pengamatan saya, beliau sangat berdisiplin dalam menjaga benteng negara dari dibolosi pihak lawan. Keupayaan Safee Sali yang menjadi penjaring gol terbanyak juga wajar diberikan pujian.

Selain itu, kekuatan barisan pertahanan seperti Muslim Ahmad yang kerap menanduk bola untuk keluar dari kawasan bahaya juga memberi impak yang besar kepada kemenangan negara. Tapi sayang, beliau tertanduk pula bola ke dalam gawang sendiri pada minit-minit akhir pusingan kedua tadi. Mungkin beliau tertekan ketika itu, tetapi bagi saya beliau sudah berikan yang terbaik.

Kekuatan barisan lawan juga tidak boleh dipandang enteng. Pemain terbaik Piala Suzuki AFF kali ini, Firman membuktikan beliau mampu bermain secara profesional walaupun didalam keadaan tertekan untuk memburu gol. Kesungguhan Irfan dan kelincahan Nasuha juga mampu menggusarkan hati penyokong Malaysia setiap kali mereka berada didepan pintu gol Malaysia.

Waimma begitu, teruskanlah usaha kita semua kearah kecemerlangan bukan sahaja didunia bahkan diakhirat sana. Janganlah disebabkan 'nasionalisme bola', persaudaraan kita berpecah-belah. Majulah sukan untuk semua.

Akhir kalam, saya sertakan bingkisan sahabat-sahabat yang sempat saya baca di facebook dan coretkan kembali disini :)

Suraya Firdaus "hari ni tengok bola jgn gaduh2 ek... peace no war! (^_^)v"

Nur Fatinah Mohlis "YAHOOOO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
malaysia menag !!!!!!!"

Azwan Fareast "Yeaaayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy
yyyyyyy.... 4-2 .................. :)))))))))))))))
yahooooooooooooooooooo..."

Narissa Slumber "Malaysia Menang ! Hip2 ! Hooraaay ! Wahahaha"

Intan Martina M G "yeahhhh..MALAYSIA MENANG..4-2.."

Siti Aishah Mohd Fuad "go go go MALAYSIA!!!"

Ida Munif "tahniah3x................................tahniah fahmi !!!!!!!!"

Nik Barakah Nik Aznan "Alhamdulillah..tahniah Harimau Malaya Aumm =D"

Izhan Iz "Tahniah dan syukur pada Allah SWT atas kemenangan bersejarah buat negara kita Malaysia..Tahniah khas untuk wira-wira kita,coach dan seluruh rakyat Malaysia!! Ini lah yang kita mahukan.Ayuh bangkit pahlawan! Berpegang dgn kata2 " Tanah Tumpahnya Darahku"!!!!!"

Salman Siddiqiy "Hadi : betapa sygnya ukhuwah islamiyah antara kita m'sia & indonesia tercalar akibat 'nasionalisme bola'"

Nadiah Yusof "Usah dicalar jiwa-jiwa yang bersaudara hanya kerana sebuah benda bernama bola...peace!"

Izzul Shuhada' "Piala suzuki Aff:sejarahnya..thailand menang 3x,sgapore,3x jugak,vietnam 1 x..Indonesia 4 kali ke final..tp masih x dapat2 jugak piala...dan malam ini sejarah terukir..MALAYSIA...yg sekian lama menanti dgn pnuh kesabaran bertahun2 akhirnya bergelar juara utk pertama kalinya..tepat 9.53 minit mlm,29/12/2010^^.. MALAYSIA oh tanah air ku..!!!"

E-Day Siron "tahniah team Malaysia...atas kejayaan memenangi piala AFF suzuki...mmg terbaik la...keeper m'sia, lu mmg hebat...syabas safee sali, dpt anugerah penjaring terbanyak...pape pn, team malaysia mmg de best...:-)"


شهريل عبد قاسم "Latest tweet by Man Utd star Rio Ferdinand @ rioferdy5 Rio Ferdinand: Congratulations 2 Malaysia who beat Indonesia in the Suzuki cup final. I played against Malaysian u23 team 18months ago, quite a good team. *Dunia mula mengenali MALAYSIA, tidak banggakah kita? :)"

dan komen yang terbaik dari Mustaqim Mustafa:

"Khairul Fahmi ke Manchester United
Safee Sali ke Arsenal
K. Rajagopal ke Liverpool"


sekian melaporkan dari saya, sampai jumpa!



Read More :D

Thursday, May 13, 2010

PIALA THOMAS & UBER 2010

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Walaupun sekarang ramai yang dilanda demam Piala Dunia Afrika Selatan, ana tak berminat pun -_-' Ana lebih terdorong pada bola jaring dan badminton ^^,

Malaysia kini hangat dilanda Piala Thomas & Uber 2010 yang diadakan di Stadium Bukit Jalil. Apa yang menariknya, keluarga ana kebanyakkan memang sedikit teruja setiap kali perlawanan yang melibatkan pemain Malaysia. Sampai mak ana pun tidak berganjak menyaksikannya ^^,



:: Jadual Separuh Akhir Piala Thomas ::

2.30 petang : JAPAN vs INA

7.30 PETANG : MAS vs CHINA

Sama-sama kita nantikan debarannya jumaat ni iaitu esok di TV1 @ TV9 ^^,

Piala Uber pula menyaksikan Malaysia tewas di suku akhir, mungkin kerana ketiadaan pemain seperti Lydia Cheah dan Julia Wong. Apapun, terus bersemangat untuk perlawanan setrusnya. Keputusan memihak kepada Korea yang akan menentang China pada peringkat akhir Piala Uber.

Jangan terlepas menyaksikan saingan getir esok menentang China ^^,


Read More :D

Monday, August 24, 2009

= Bahtera Kemerdekaan =

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ramadhan Kareem

Salam Perjuangan untuk semua :)

Alhamdulillah, tanggal 31 Ogos 2009 yang lebih kurang seminggu sahaja lagi, genaplah usia 52 tahun negara kita merdeka. Tika dan saat ini kita dapat hidup dalam keadaan aman damai tanpa keganasan mahupun peperangan seperti yang melanda beberapa negara diseantero dunia. Suatu persoalan yang sering bermain dikotak fikiran , apakah yang difahami tentang erti kemerdekaan yang sebenar?

Merdeka memberi makna yang abstrak. Pelajar yang telah habis menjawab peperiksaan seringkali menyebut perkataan 'merdeka! :)'. Bebas dari penjara pun dikira merdeka. Hamba abdi yang tidak lagi bekerja untuk tuannya juga merdeka dan berbagai lagi makna 'kemerdekaan' yang dapat kita lihat.

Kita juga sering mengaitkan makna kemerdekaan dengan kebebasan. Kemerdekaan yang selalu kita laungkan untuk negara membawa maksud bebas dari penjajah atau kuasa asing yang menakluk sesebuah kawasan.

Memetik makna kemerdekaan dalam alquran dari kisah Nabi Ibrahim a.s

Maka ketika dia berada pada waktu malam yang gelap, dia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Kemudian apabila bintang itu terbenam, dia berkata pula: “Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”. Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: “Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat”. Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar”. Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: Wahai kaumku! Sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya). Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). (Surah al-An’am: 76-79)

Dari ayat tersebut, apa yang dapat kita fahami adalah pencarian spritual dan usaha Nabi Ibrahim a.s dalam membebaskan diri daripada kehidupan yang diyakininya keliru. Moga kita juga dapat membebaskan diri dari pelbagai ancaman yang bertulangkan pendustaan dan kehancuran seterusnya bangkit dari kelekaan tersebut.

Bersempena dibulan yang penuh barakah ini, marilah sama-sama kita merdekakan diri dari sifat jahiliyah dan nafsu yang sentiasa membelenggu diri. Kemerdekaan tersebutlah yang sebenarnya hendak kita genggami. Berbekalkan keazaman yang jitu dengan niat yang ikhlas, insyaallah akan lahirkan kemerdekaan yang hakiki dari hati suci. Insyaallah. Allahumma amen~

bingkisanku,
Nadirah Ahmad Azam

http://bingkisanurani.blogspot.com/

****************************************************************************************************************

Bonda senyum riang
Menerima bahtera merdeka

Putra putri sayang

Putra putri sayang

Sedang berjuang

Fajar telah tiba

Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung

Permata nilam


Jiwa dan raga

Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji


Read More :D

Wednesday, August 05, 2009

H1N1 & KAD 09'

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam Nisfu Sya'aban. Salam Ramadhan Kareem. Tinggal beberapa lagi sahaja sebelum melangkah ke bulan itu insyaallah. Beberapa hari yang lalu, ana telah menukar template blog ni kepada yang lebih bersahaja. Nampak macam gaya majalah :) Tapi, jika terkeluar 'gambar yang kurang sopan', maafkan ana. Mungkin itu virus dan sebagainya. Minta dijauhkan. Allahumma amen.

Alhamdulillah, diri ini masih berupaya untuk berblogging. Dikurniakan kesihatan tubuh badan dan kewarasan aQal fikiran. Ramai juga sahabat-sahabat diluar sana yang demam, batuk, selsema dan sebagainya. Di UPM sahaja, lebih 1000 mungkin. Bahkan lebih. Mereka yang pergi ke PK (Pusat Kesihatan) UPM tidak berpusu-pusu. Doktor dan jururawat masing-masing sibuk melayan pesakit.

Di kolej 12, edaran mask dan sabun pencuci tangan sebagai salah satu langkah keselamatan yang diambil. Dengar cerita, harini UPM mewajibkan pemaikan mask. Ohh, "adakah aku akan memakainya" ^^? Semalam kawanku digelakkan oleh beberapa lelaki kerana memakai 'alat tersebut'. Kenapa, teruk sangat ker? Dalam fikiranku, nak buruk ker, nak sakit? Baik buruk dari terus dijangkiti dan kemudian meninggal. Na'uzubillah min zalik.

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Sedang melayari internet, ternampak satu isu menarik. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkiaskan, virus H1N1 yang semakin serius melanda negara hari ini adalah satu bala atas kemungkaran yang berlaku.

Beliau menambah, bala ini katanya akan datang tidak mengira samada di kawasan itu ada golongan agama atau sebaliknya, semuanya akan ditimpa. Lebih-lebih lagi apabila ada golongan agama yang 'membisu' yang tidak mahu menegur atau menasihati kemungkaran yang berlaku, ujarnya sinis.

Pagi tadi roomate ana kata, sudah 12 kematian dicatatkan di Malaysia. Semakin serius isu ini ^^' Mengikut laporan Malaysiakini.com, seorang lagi kanak-kanak, berusia 6 tahun, meninggal dunia 2.30 pagi ini di Hospital Batu Pahat akibat wabak selesema babi A (H1N1), menjadikan jumlah seluruhnya 12 orang meninggal dunia di seluruh negara sejak dua minggu lalu. Setakat ini, 1,476 kes selesema A (H1N1) dilaporkan di seluruh negara, termasuk 16 kes terbaru termasuk kematian tersebut.

Hurm, nak pergi mana-mana, rasa takut menyelubungi. Jakgi nak keluar mengajar dan esok ada kerja disana sini. Moga Allah swt ,melindungi dan merahmati semua. Alalhumma amen.

Sebenarnya, nikmat kesihatan juga ujian dari tuhan. Samada kita bersyukur atau sebaliknya. Firman Allah swt, "Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu kufur maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)

MOga segala yang berlaku ini dijadikan iktibar dan sebagai peringatan bersama. Allah swt tidak menurunkan bala pada kaum kuffar sahaja, tetapi kaum muslimin yang membiarkan kemungkaran dan maksiat berlaku. Renung-renungkan. Wallahu'alam

Nadirah Ahmad Azam
http://bingkisanurani.blogspot.com/

***************************************************************************************
Selesai sudah KAD 09'. Ada permintaan supaya diletakkan gambar.
Sumber gambar: firdausmahadi (firdausmahadi.com)

Presiden GAMIS, Saudara Dzulkhairi Mohd Noor


Ustaz Asri Rabbani


Perasmian dari Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nit Mat


Camera action..


Kumpulan Nibras dari Tanah Arab, Mesir


Kumpulan Rabbani


Kumpulan Hijjaz


Kumpulan Raihan


Kumpulan Shoutul Harakah dari Indonesia (saya sangat33 suka!)


Pentomen yang menginsafkan..


Sangat terhibur..


bingkisaNurani:
tidak sabar menantikan Ramadhan Kareem ^_^

Read More :D

Sunday, August 17, 2008

:: Badmint0n Beijing ::





mampukan LEE CHONG WEI merangkul kejuaraan menewaskan keangkuhan pemain no 1 dunia ??
saksikan pada jam 2040 mlm ini ekslusif di RTM



Read More :D

Saturday, June 14, 2008

:: AKADEMI AL-QURAN & AKADEMI NASYID ::


Final AQ3, 19 jun 08 pkol 2030..
Insyaallah mlm ni ana p
PICC, Putrajaya..
live at tv9, dekat di hati..he3..

sambungan:

alhamdulillah, smalam sempak gak 'memanjat' PICC..ade Inteam, Far East..Hijjaz wat psembahan..alih2, dh terserempak ngan depa, ana dok la sblh kak cik (wife ustaz nabil) & k.linda (wife a.fazli)..apepun, majlis smalam mmg rase tenang tul..ngan alunan2 ayat quran yg merdu..sampai juri sendiri hampir menitiskan air mata..pepun, tahniah wat FAKRUL RADHI yg menjadi johan..

Jangan lupe ek..start 21 JUN 2008..
stiap ari sabtu kol 8.30pm..
besh2..x sabar nak tgk ^^



Read More :D

Badmit0n super seris !!



Salam wbt..

skrang ni super series utk badminton rancak berjalan..after singapore open, super series akn menjelajah ke indonesia n thailand.then, rehat jap sambil menunggu
su
kan olimpik kat beijing ogos nanti..

tadi sempat gak tgk badminton..Ch0ng Wei dapat tewaskan Peter Gade..21-18 n 21-13..same2, kite tgk final nye esok, 15 june 08..tapi sayang, Mew Choo tewas kat Tine dari denmark..takpe, truskan usaha..hu3..

erm, Gan Tek Chai-Lin Wun Fooi pun dpt g final..skrang ni plawann antara Zakry-Fairuz vs beregu korea yg makin mningkat prestasinyer..x taw la ape resultnyer..kalo pasangan MAS menang, means..final nanti..MAS vs MAS..wow..best tuh..

lagi..

erm, tadi tgk brita..wah, bestnyer.. Zakry-Fairuz dpt kalahkan pasangan korea tu..means, MAS vs MAS sok...x sabar plak nk tgk match nyer esok..tringat dulu, Koo-Tan vs Tan Fook-Wan Wah pun dapat jumpe time final..mmg hebat la depa nih..ehehe..



dan lagi...

tahniah diucakpan wat LEE CHONG WEI n pasangan beregu ZAKRY-FAIRUZ !! akhirnye MAS bjaya merangkul 2 juara dari 5 kejuaraan yang dipertandingkan dalam singapore open..apepun, x dilupakan..tahniah gak wat GAN-LIN yg hanya tewas tipis kpd zakry-fairuz..18-21 n 17-21..caiyok2 untuk next super series ^^

continue:

congratulation wat pasangan muda negara, ZAKRY ABDUL LATIF n FAIRUZIZUAN MOHD TAZARI kerana sekali lagi melakar kejayaan kedua bertuut-turut..mereka bjaya dalam DJARUM OPEN (INDONESIA OPEN) untuk men double menewaskan pasangan Chandra Wijaya-Tony Gunawan dari Indonesia-USA..keep working utk Thailand Open lak..








Read More :D
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails