Followers

Saturday, December 26, 2009

Rabbani, Mirwana & Saujana


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Walaupun ekonomi negara kita sedikit 'pening', ia tidak mematahkan munsyeed kita untuk terus tetap berjuang. Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, banyak munsyeed yang menghasilkan album sekarang, antaranya Rabbani, Mirwana dan Saujana. Rasa macam nak beli je album depa ni. Siapa nak belanja ^^?


Rabbani - Mahabbah



Mirwana - Bumi Akhir Usia



Saujana - Nota Cinta


Nampak sangat menarik kan? pakat-pakat beli deh ;p

Disamping hiburan yang mendidik jiwa, sokong sekali industri nasyeed kita yer ^^

(Bila Nowseeheart nak keluarkan album ni, vokal depa manthop belaka ^^)

*************************************************************************

Bulan disember yang istimewa~

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat keluargaku yang cukup dicintai
(jiwang la pula ;p)

24/12 - Bonda. Genap 51 (beza ana & bonda = 30 tahun ^^)
24/12 - A.Sani. Genap 26
26/12 - Jiah. Genap 20
27/12 - K.Dayah. Genap 28

Moga mereka semua menjadi penyejuk dimata & penawar dihati.
Kullu 'am wa antum bikhoir insyaallah. Barakallahufikum ^^


bingkisaNurani:
Lusa (28/12), insyaallah bermulanya pengajian di semester terakhir. Doakan ana deh ^^, juga ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharam atau 10 dan 11 Muharam atau 9,10 dan 11 Muharam =D

Read More :D

Friday, December 25, 2009

Hijrah Ke Arah Kebaikan ^^,

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tinggal beberapa hari lagi sebelum tahun baru. Salam 2010 ^^! Jom berhijrah kearah yang lebih baik. Ha, lusa dah naik UPM = sem akhir. Dengar cerita, bilik yang bakal ana menginap sem depan, wireless tak dapat (maksudnya nak suruh tumpu study). Fokus, fokus dan fokus. Doakan ana deh~

Entri kali ni 'sedikit' berbeza. Semenjak dua menjak (sebenarnya dop tahu 'dah berapa menjak' ;p), suka pula ana tengok video. Banyak sebenarnya yang menarik, tapi kita tengok apa yang ada yer.

Pilihan yang ada:

1- Download terus ATAU
2- Biar sampai habis, kemudian replay. (Biarkan dalam keadaan senyap, bila nak replay, baru 'buka balik suara'. Sambil-sambil tu, dengar lagu lain dulu deh ;p)

.: Solatlah Walau Dimana Anda Berada :.
(...prayed yet?)




.: Amazing Quran Recitation :.
(Bagus sangat kalau hayati ayat quran tersebut)



.: Petua Mendapat Pasangan :.
(Kat UPM tapi time tu den dop masuk UPM lagi ^^! Ada 14 siri)



.: Lawak Selamba UNIC & Pelajar SMIH :.
(Adoiiiii3 la ^^!)



.: Hang Tuah Gagal SPM? :.
(Video yang diolah. Sabar je la ^^!)



.: Maher Zain - Thank You Allah :.
(Ana rasa semua orang suka lagu dia ^^)



.: Cinta Pertama - Far East :.
(Ni antara video yang paling ana suka, manthop benar vokal Naim)



.: Takhta Bonda - Arebuddy :.
(Kawan suka lagu ni, jadi letak je kat entri kali ni ;p)



************************************************************************

Video bawah ni pula antara beberapa aktiviti yang ana sertai untuk tahun 09'

.: Program Kau Dihatiku 2, KTI di BSK (Baitu Saidati Khadijah) :.
(Inteam menghiburkan adik-adik)



.: Bakat terpendam :.
(Adik Yop vs Adik Razlan, adik-adik BSK ni semua hebat belaka ^^)



.: Konsert Antara Dunia :.
(Shoutul Harakah memang manthop!)



.: Konsert Manis V UKM :.
(Unik bangat persembahan Far East ^^)



***********************************************************************************

Hijrah
Album : Berjalan Melihat Mentafsir
Munsyid : NowSeeHeart
http://liriknasyid.com

Dingin malam
Menusuk tulang insan
Nan kesejukan dan ketakutan
Resah yang dibalut kegelisahan
Mengiringi suatu perjalanan
Meninggalkan kota penuh kegelapan
Menuju ke kota cahaya Kebenaran

Bermulalah hijrah yang agung
Pengorbanan insan tak ternilai
Harga kepayahan kesusahan
Menempuh dugaan dan rintangan
Dalam kehidupan

Mereka tak punya apa
Harta sanak saudara
Tetapi mereka percaya
Hanya janji Rasulnya
Suraqah mengejar
Ingin merebut dinar yang dijanjikan
Allah melindungi
Perjalanan kekasihnya yang tercinta

Inilah sebuah hijrah yang agung

Debaran, debaran, debaran
Hijrah ke Kota Cahaya...

Gua Thur menjadi saksi
Hijrah kekasih Allah
Merpati menjadi saksi
Hijrah kekasih Allah
Lelabah menjadi saksi
Hijrah kekasih Allah

Lagu: Mujahid Abdul Wahab
Lirik: Jeff Hazimin Jaafar
Hakcipta Lagu & Lirik: Gurindam Cipta
Album : Berjalan Melihat Mentafsir


bingkisaNurani:
Alfatihah diucapkan kepada adik Muhammad Hazmirul Hasrul (AEMAN) diatas pemergiannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Allahumma amen.

Read More :D

Sunday, December 20, 2009

Saya & Bola Jaring

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Daripada Abu hurairah R.A, Bahawa Rasulullah S.A.W Bersabda:
“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata : ” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ”
(Riwayat Muslim)
Alhamdulillah, semalam (19/12) telah berlangsungnya Karnival Sukan Belia Islam (KASBI) anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA). Bila sebut 'bola jaring', ana pasti teruja ^^, mesti hendak ambil bahagian.

Mewakili Daerah Hulu Langat (DHL) menentang pasukan Melaka, kami dapat Naib Johan. Sebelum ke final, kami terpaksa menggempur Nilai, Johor, Penang dan Gombak. Untuk bola jaring, sebanyak 9 pasukan mengambil bahagian termasuklah DHL 2, Shah Alam-Klang, Kedah dan Perak.

Lawan pasukan kakak sendiri, memang sedikit 'psiko'. Tahniah Melaka! (ayat kecewa sebenarnya ni ;p). Kesakitan + kecederaan + kesengalan semalam, masih lagi terasa
(la ba'sa, boleh kurus sikit, turun 0.01kg pun jadilah ;p)

Keseluruhan, memang seronok dan terhibur walaupun bermandi hujan lebat! Nak shoot bola pun rasa kelakar, dok nampak sangat sebab kita kan pakai 'spek mata'. Peserta pula dari darjah 6 hingga yang sudah mempunyai anak 6! Harapnya ana terus aktif bersukan walaupun sudah veteren nanti (tak nak guna ayat 'tua' ^^!)

** Al 'aqlu salim, fi jasadi salim **

Tahniah DHL! ^^

3 beradik

Nadirah - Bola Jaring (Keluarga Cikgu Ros & Bola Jaring memang tak boleh dipisahkan ;p)
Wajihah - Bola Tampar (sampai lebam tangan, tapi dia tetap cool ;p)
Mawaddah - Bola Keranjang (reserve je pun ;p)

-الحمد لله-


Read More :D

Sunday, December 13, 2009

MENCARI MARWAN SYAHEED


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ana sedikit 'teruja' dengan cerpen ni. Sungguh tak sangka, pandai juga kakak 'saya' merekanya (sudah 6 cerpen dihasilkan). Wataknya memang cukup dikenali tapi hanya rekaan semata-mata. Baca sampai habis! Kemudian, tengok pula video selingan.
Moga menjadi panduan buat kita semua insyaallah ^^

*********************************************************************************

MENCARI MARWAN SYAHEED
(rindu pada dia..moga dia menjadi saham ummi dan abi ke syurga)

hasil nukilan,
Hidayah Ahmad Azam (http://istisyhad.blogspot.com/)

Langkahnya diatur satu persatu, lemah dan tidak berdaya sambil mata menerjah ruang cafe, mencari kerusi untuk melepaskan lelah. Mushaf peneman setia masih belum disentuh.entah kenapa, fikirannya jauh melayang akan peristiwa semalam.

'Enti setuju? Sudah bersediakah?' lembut Wafa' bertanya. Wajah Syifa yang tersipu malu ditatapnya sungguh-sungguh.

'Betul ni?', tanya Wafa' lagi, sekadar mendapat kepastian.

'Kenapa ukhti? Kan enti juga yang sampaikan lamarannya?', Syifa sedikit kaget melihat wajah Wafa' yang sedikit berkerut.

'ya benar, cuma ana sampaikan amanah akh miqdad. Katanya dia sudah bersedia untuk mendirikan baitul muslim...dan dia memang menginginkan enti sebagai suri hidup...cuma...

'Cuma apa, ukhti Wafa'?'

'Tak mengapalah kalo enti sudah mantap keputusan setelah istikharah. Terserahlah pada ukhti...', kata Wafa' sedikit mengeluh. Dia pasrah.

.....................


Paaap!

'Aduh!', sakit bahunya ditepuk.

'Mengelamun ye kakak kita!'

Balqis tiba-tiba muncul di sebelahnya. Tersengih macam kerang busuk.

'Eh, ni kenapa tak minum lagi jus epal ni...fikir apa?', tanya Balqis kehairanan.
Wafa' melepaskan satu keluhan berat. Entah mengapa berat hatinya untuk menerima keputusan Syifa dan Miqdad. Sungguh, bukan dia cemburu. Cuma, sedikit kecewa.

'Kakak mengeluh ni kenapa...tak baik tau mengeluh...ceritalah pada Balqis, mana tahu Balqis boleh tolong', Balqis menasihatinya.

'takdalah..akh miqdad.....' Wafa' mematikan kalamnya, tidak berniat memanjangkan cerita.

'Kenapa akh miqdad?' perasaan ingin tahu Balqis memuncak

'erm...tak pelah..jom balik!'

'alaaaaa..kakak ni cakap tak habis...jus pon tak minum lagi' balas Balqis, agak kecewa dengan jawapan Wafa'.

'Dah minum sikit tadi...'

'Ala ceritalah…' pinta Balqis, benar-benar ingin tahu apa yang bermain di hati rafiq akrabnya..

'Ok lah..jom pergi kat sana..privacy sikit' Wafa' mengalah, terus menghabiskan minumannya. Sedikit gelojoh.

'Eh ..bayar dulu cik akak!' pesan Balqis
'Alamak..lupa! Terima kasih tolong ingatkan, 'jawab Wafa' sambil tersenyum


Mereka berpimpin jalan menuju sebuah gazebo di tepi café. Telah lama mereka bersahabat sejak hari pertama Wafa' mengajar di situ, Sekolah Bukit Serindit.
Disinilah dia mula mengenali Balqis, mula mengenali tarbiyyah, mula bersama dalam program-program peningkatan diri. Dengan izin-Nya jua, Wafa’ bertemu jodoh dengan akh Fateh dan mula terlibat dalam usaha mencari jodoh untuk adik-adik didalam tarbiyahnya... dan akhirnya membawanya ke dalam masalah yang acapkali bermain di fikirannya akhir-akhir ini.


Pada Balqis, Wafa' sering berkongsi cerita dan perihal adik-adik ini. Balqis dan Wafa' sama-sama di dalam Lujnah Bait Muslim dan Wafa' sedar, masalah Baitul Muslim merupakan soal yang cukup berat dan boleh menjadi fitnah sekiranya tidak kena waktunya.


'Ok, boleh mula cerita', pinta Balqis bersungguh. Tidak sabar kawannya nan seorang itu.

'Erm akh Miqdad melamar ukht syifa...' perlahan Wafa' memulakan cerita..

'Ok, jadi.....kenapa dengan mereka?' pintas Balqis, masih tidak faham akan isu sebenar yg memberatkan kepala sahabatnya.


'Bukankah lebih baik akh miqdad memilih ukt yg lebih membutuhkan pernikahan dan sudah sabar menanti begitu lama..'

'Seperti?'

'Fidaa' misalnya...usia Fidaa' kan sebaya dengan kita , 27 tahun atau Kak Widad misalnya, telah memcecah 30-an Januari lepas. Cuba lah enti bayangkan, kalau lah semua ikhwah kita berkira soal umur, inginkan ukht yang 'nasyat' tetapi 5 tahun lebih muda, siapakah yang akan meminang ukht yang telah berumur, kurang dari segi fiziknya tetapi sangat mantap akhlak dan agamanya....Siapakah nanti yang akan menyelamatkan mereka?' Wafa' mula mengeraskan suaranya tanda kurang berpuas hati.

Balqis mengangguk, tanda mengiyakan temannya itu


'eh, Syifa' umur berapa ye?' soal Balqis lagi.

'baru 19....' nada Wafa' berbaur kecewa

'Owh, mudanya!' Balqis sedikit terperanjat. 'Sudah bersediakah? Parents Syifa' tidak ada halangan ke dengan keputusan dia?'

'Syifa' baru nak masuk second year ambil qiraat..semester 3..ada lagi 5 semester... tapi katanya dah bersedia untuk menerima akh Miqdad.

'Bila akh miqdad bagitahu dia mahu melamar ukt syifa?'

'Semalam..'

Serta merta Wafa' teringat perbualan akh Miqdad bersama zaujnya semalam. cukup menjengkelkan...

Astaghfirullah... moga dia tidak terus tenggelam dalam emosinya.
Setahunya akh Miqdad berkunjung ke teratak mereka semalam hanya untuk menyampaikan hasratnya yang satu itu. Menurut zaujnya, akh Miqdad yang berusia 25 tahun baru tamat pengajiannya di Universiti Multimedia.


'Enta biar benar syeikh..muda sangat lagi dia..baru sahaja berjinak-jinak dengan tarbiyah. Masa enta nampak dia tue lah program pertama dia hadir..sebelum ni tak pernah lagi..enta kena ingat menikah ni bukan sekadar memenuhi keperluan kita sebagai seorang lelaki...', bersungguh akh Fateh mengingatkan.


'Afwan syeikh..ana ingat prinsip tu...Perkahwinan merupakan perkara cukup besar dalam rangka ibadah kita kepada Allah dan perhitungan kekuatan dakwah..insyaAllah dengan memilih Syifa' ..ana akan lebih tenang beribadah dan lebih mantap pergerakan dalam dakwah..daripada nikah dgn org lain..tp asyik teringatkan dia, nanti susah pula...' akh Miqdad mempertahankankan keputusannya. Nekad.

'Dia juga cerdas..memenuhi kriteria yg ana inginkan...' tambah akh Miqdad lagi.

'Bukan ke kerana dia cantik?' akh Fateh cuba menduga.

'Ala..itu normallah... kita kan lelaki... rasionallah sikit syeikh'

Ingatan Wafa' pada peristiwa semalam terlerai apabila Balqis menyiku lengannya. Wafa' melepaskan keluhan berat.

'Tidaklah''mengecewakan betul, ikhwah seperti Miqdad ternyata masih mengutamakan fizik...Miqdad kan dah lama dalam tarbiyyah.'

Sejujurnya, Wafa' benar-benar kecewa. Bukankah seharusnya ikhwah seperti miqdad adalah mereka yg memilih isteri berdasarkan kualiti agama, bukan fizik semata- mata... mengapa?

'Syifa' kan baik juga' Balqis cuba meredakan kemarahan ukhtinya.

'Tapi kan ada yang lebih baik, lebih perlu, lebih beragama, lebih mantap dakwahnya, takkan di tolak hanya kerana dia berusia dan kurang dari segi rupa dan lanjut usia..2 tahun saja? 'Tegas Wafa' masih tidak bersetuju.

'Soal hati Wafa', manakan boleh dipaksa...' ujar Balqis lambat – lambat.

'Alasan. Huh!' Wafa' masih dengan pendiriannya

'alamak dah dekat pukul 3..janji pukul 2.30 depan gate sekolah. Ya Allah!', Wafa' bingkas bangun terburu – buru sambil mengucap salam pada Balqis dan terus berlari – lari anak menuju ke pagar sekolah. Dia sempat mengerling pada skirn handphonenya. 5 miss calls. Sering telefon tersebut di vibrate hanya kerana tidak mahu kedua orang anaknya terkejut di tengah malam akibat deringan telefon. Ternyata kadang-kadang ia memakan dirinya. Akibatnya, Wafa' selalu terlepas panggilan-panggilan penting.



Dari jauh kelibat kereta zaujnya jelas kelihatan, mana tidaknya kereta hijau zaujnya cukup dikenali. Kereta itulah yang membawa mereka kehulu kehilir mengemudi dan menyertai pelbagai program sejak 8 tahun lalu. Sikit waktu lagi, mungkin tak mampu lagi untuk berjalan jauh. Manakan tidak, sejak 3 bulan kebelakangan ini sudah berapa kali mereka terpaksa berjimat cermat akibat mebayar kos untuk membaiki kereta kesayangan mereka.


'Ah, buruk pon banyak berjasa!' ujar Wafa' dalam hati. Bangga.


Wafa' memperlahankan langkah apabila ternampak kelibat seorang ikhwah berhampiran dengan suaminya. Agak rancak mereka berbual. Wafa' membatu kira-kira 3 meter dari mereka. Sama sekali tidak mahu mengganggu mereka.

'Bila enta nak nikah syeikh..dah habis study dah..sudah punya 'ma'isyah'..kasihan akhawat menunggu...'

sering Wafa' terdengar zaujnya mencucuk ikhwah agar lekas menikah. Bukankah menikah itu jalan terbaik untuk mengelakkan maksiat malah memudahkan perjalanan dakwah.


'Biar dululah, kemampuannya belum ada. Takda puluhan ribu..jangan berangan lah! selamba sahaja akh Zaid membalas.

'uish banyak tu! Enta nak akhawat macam mana?' duga zaujnya

'Iyalah..kalau boleh nak kriteria yg macam aisyah...cantik dan cerdas', jawab akh Zaid

'Tambah macam Khadijah, ada bisnes... bolehlah sara ana sambung belajar lagi... haha! Canda akh Umar

'Iyalah tu. Dua-dua terus lah akh...'tambah akh Fateh menghangatkan suasana.
Mereka tertawa.

'jgn terlalu bnyk kriteria akh...' serius nada akh tariq. Mengingatkan

'Ala syeikh, tenang saja...akhawat kan banyak..mereka tentu tak tolak punya! Haha...'



Bibir Wafa' mencebik. Geram rasanya namun dia simpankan dalam hati. Wafa' segera mengajak suaminya pulang.

Dalam perjalanan pulang, Wafa' mendiamkan diri. Dia agak tertekan dengan perbualan zaujnya bersama ikhwah.


Entah bagaimana dia teringat akh Marwan...subhanallah..ikhwahnya bagus sekali; nasyat, kerja bagus, dan tentunya 'good looking'. Merupakan 'Head Boy' Sekolah dan strait H1 hampir keseluruhan semester sekaligus pelajar terbaik Melbourne Univervisity semasa tempoh pengajiannya. Akh Marwan juga merupakan mas'ul tarbiyyah di kalangan mereka yang mengikuti tarbiyyah di Down Under, belum dikira jawatan-jawatannya di Malaysia sekarang. Pendek kata..akh Marwan memang hebat orangnya dan Wafa' cukup mengaguminya


Ketika akh marwan menikah, Wafa' terdengar banyak akhawat yg patah hati. Wafa' tertanya-tanya seperti apakah zaujah pilihan akh Marwan sampaikan kereta yang dipandu Wafa' hampir terbabas ketika menuju majlis walimah akh Marwan. Semuanya kerana Wafa' terlalu ingin mengetahui, siapakah yang menjadi pilihan akh Marwan.


Sungguh memeranjatkan! Ukht aisyah, zaujah akh marwan tidaklah seperti yang Wafa' bayangkan. Ukht Aisyah tidaklah secantik dan semuda syifa., usianya bahkan 5 tahun lebih tua dari akh marwan. Ukht Aisyah bekerja sebagai guru tadika di depan rumahnya, serta menjadi mas'ulah dalam kalangan belia di kawasan kejiranan mereka.

Aduh..itu yg membuatkan dia menjadi lebih kagum dengan Akh Marwan. Dia memilih ukht Aisyah lebih kerana urusan agama dan dakwah.



'Senyap je isteri abang ni'. teguran zaujnya mematikan sebentar lamunannya

'Fikir apa,' sambung zaujnya lagi..

'Takda apalah. Cuma Wafa' nak tanya..dulu abang pilih Wafa' sebab apa ya?' Wafa' menduga suaminya

'Aik..apasal pulak nak tanya. Kalau jawab, bukan boleh berundur balik pun...' canda zaujnya. Ketawanya memenuhi ruang kereta.

'Ish...Kita tanya elok-elok, dia jawab main-main. Selalu macam ni!', Wafa' mencebik. Mukanya masam mencuka

'Gurau je...kan bagus bergurau..boleh merapatkan kasih sayang', zaujnya mencuit sedikit hidung Wafa'. Wafa' tersenyum.

'Mestilah kerana kesolehan Wafa', kualiti dalaman Wafa'....'

'Bukan ke kerana cantik, atau 'strait 4 flat' atau kerana jawatan-jawatan yang Wafa' sandang?' pintas Wafa'

'Ada la juga..hehe..tapi yang utama tentulah akhlaknya' jawab suaminya tersenyum.

'Kenapa ikhwah memilih sgt?? Wafa' mula meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
zaujnya melempar senyuman...

'akhawat pun sama...apa kurangnya..ternyata masih ramai yg menilai kerana hitungan manusiawi..gaji tetap misalnya...bukan begitu?' zaujnya pula bermain kata.

'logik la kan...mestilah..nak mencetak generasi bakal pewaris ummah yg lebih baik butuh dana sekian sekian..urusan sekolah lagi..makanan berzat..keperluan di rumah,permainan anak-anak, tadika yang soleh, apa lagi kalau anaknya banyak.' Wafa'' cuba pertahankan kaumnya..

'ok..iye..faham. Janganlah emo sangat. Dengar dulu ye, Wafa'. Memanglah...cuma sekarang ni kan ramai akhawat qana'ahnya kurang. Cuba Wafa' bezakan antara keinginan dan keperluan? Soal makan contohnya...yang berzat tak semestinya mahal kan?' suaminya menerangkan penuh sabar.
Tekun Wafa' mendengar.

'Dengar-dengar sekarang ramai akhawat dah tak pandai masak ye...jadi bagaimana? Tambah biaya lagila jawabnya...hehe, 'zaujnya terus mengusik, menambahkan masam di wajah Wafa'.

Malam itu. Wafa' termenung lagi. Matanya tak mampu ditutup. Yang pasti, jiwa masih boleh dibentuk, persepsi masih boleh diubah. Wafa' mengharapkan ikhwah yang masih memegang neraca bumi akan menyedari betapa nilai sementara dunia tidak bermakna. Ini semua merupakan persoalan tarbiyah, mungkin jawatannya sahaja 'ikhwah', tetapi mungkin dia belum mengunyah dan menghadam prinsip-prinsip dakwah.

Wafa' terlalu khuatir jika terlalu banyak 'muhajjir Ummu Qais' dalam pasukan daie. Wafa'' mengenangkan jalan dakwah....orang seperti apakah yang akan membentuknya?

Kepada akhawat pula, Wafa' terlalu berharap agar mereka tidak alpa apabila apabila datangnya pinangan ikhwah, kerana pinangan itu merupakan tanggungjawab, bukannya kayu ukur laku atau tidak dirinya.

Dan kepada akhawat yang masih menunggu, dan saban hari kebutuhannya semakin bertambah, dan masih tetap terus thabat dalam iman dan taqwa, pasti Allah sediakan hikmah yang besar untuk mereka!

Wafa' pasti, tarbiyah Allah itu berterusan. Barangsiapa yang senget dalam keputusan awalnya, pasti tidak dapat berjalan dengan lurus selepas itu. Pasti ada sahaja cara yang lembut atau keras teguran Allah.

Entah lah..Wafa' sudah tidak punya jawapan pada persoalannya. Makin difikirkan, makin berat kepalanya..yang pasti dia amat meyakini..sukarnya dizaman ini mencari ikhwah seperti akh marwan!!

+++++++++++++++ GLOSARI (glosari la sangat.. ^^ ) +++++++++++++++

Mas'ul: Ketua

Qana'ah: Merasa cukup

Qiraat: Pembacaan

Lujnah: Kumpulan

Nasyat: Aktif (dalam bergerak kerja)

Ma'isyah: Keperluan Hidup

Muhajjir Ummu Qais: Lelaki yang berhijrah untuk melamar Ummu Qais. Ada dalam Hadis pertama. Niat. Boleh rujuk seerah :)

***********************************************************************************

Ni pula sedikit video yang saya dapat dari kawan saya, anis (http://anishayati.blogspot.com/). Moga bermanfaat ^^

.: PERKAHWINAN TANPA CINTA :.
1- Sangat tersekat-sekat, lebih elok download terus
2- Ataupun, biar video ni habis, kemudian replay






Ana yakin, kita semua mengimpikan kebahagiaan seperti pasangan yang baru berkahwin tu. Semoga terpelihara. Insyaallah deh ^^

bingkisaNurani:
bila pula 'saya' nak buat cerpen? *thinking*

Read More :D

Tuesday, December 08, 2009

TAG [8] & PRU KTI 09'


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Baru perasan, di TAG oleh roomate beberapa bulan yang lepas. Bulan?

1) Nama timangan anda?
-Kakcik (Keluarga)
-Ira (Sahabat)
-Nad (ada la beberapa)
-Dhira (Hanya sorang je yang panggil ana mcm ni. Siapakah?)
-Kak bingkisan (ngeh3.. ni budak KTI la ni..)
-Ustazah (oppss!)
-Zah (yang ni pun sorang je yang panggil. Singkatan dari perkataan 'ustazah'. Bertuah punya kawan ^^!)

2) Anda seorang yang...
siapalah 'saya' ^^!

3) Insan teristimewa
Usrati Jannati

4) Lagu kesukaan
Hiburan yang mendidik jiwa

5) Makanan kesukaan
Masakan sendiri ;p (perli la tu..)

6) Sikap yang membuatkan anda stress
Kurang keyakinan?

7) Warna kegemaran
Ungu

8) Benda yang ada dalam beg?
Kalkulator ;p

9) Bila kali terakhir menangis
Biarlah rahsia

10 ) Tag untuk rakan anda.
Ukhti Nana (http://ruhulsyaheedah.blogspot.com/)

*****************************************************************************

Sekarang di Komuniti kesayangan ana, sedang berlangsungnya Pilihanraya Umum KTI (Komuniti Teman Inteam) untuk pemilihan sof kepimpinan KTI untuk tahun 2010.

Untuk perkembangan lanjut, jom layari www.inteam.com.my sekarang ^^
Antum juga boleh mencadangkan calon dan mengundi!

Read More :D

Saturday, December 05, 2009

1-100

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, saat ini genap blog bingkisaNurani menyambut ulangtahun yang PERTAMA! Pertama? la, 'muda lagi blog saya ni'. 6/12/2008 tarikh keramat mula berjinak-jinak dalam bidang penulisan. Masih dikurniakan ruang dan peluang untuk berkarya, insyaallah blog ini akan sentiasa bernafas dan memberikan sedikit info. Moga diri terus diberi kekuatan olehNya. Allahumma amen.

Tak sangka juga, ini entri yang ke-100 pada umurnya 1 tahun (1-100). Macam dirancang pula :p (Tak rancang taw!) Segala cadangan dan kritikan membina, amat dialu-alukan. Syukran buat semua followers dan mereka yang senantiasa mengunjugi blog ini.
(Blog tak menarik pun '*_*')

***********************************************************************

Sebenarnya, jasad ana sekarang patutnya berada di Kampung Orang Asli seperti biasa. Tapi, tiada "rejeki". 'Kepingin bangat mahu pergi Kuala Mu ^^!'. Gambar dibawah terbang dari Butterworth. Syukran dik Mustaqim. Lama sangat tak jumpa dengan Ustaz Wahab. Kesungguhan beliau dalam menyampaikan dakwah menjadi inspirasi kami untuk terus berjuang. Moga kita semua istiqamah. Allahumma amen.

Land Rover Ustaz Wahab


UjianNya..


ESA. SATU.
Tiada tuhan selain Allah. Kalimah yang sering bermain dibibirnya dalam menyampaikan seruan.



Ini tidak mematahkan semangat kami untuk terus berjuang =]


Apa yang penting? K.E.R.J.A.S.A.M.A ^^


Sempat lagi iklan Radix kat situ. Ngeh3


Sedang update blog lagi, datang Munief & Fiefah pula ;p

bingkisaNurani:
Petang nanti training netball
(boleh kurus sikit, 'sikit' je la tapi, sebab asyik makan je ^^'!)


Read More :D

Monday, November 30, 2009

Sekitar Raya Haji 2009 [^_^]


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Dengan kelajuan antara 100-150km/jam, kami sekeluarga selamat sampai ke rumah dalam masa 4 jam, +- 400km. Alhamdulillah 'ala salamah (siapa ntah yang bawak, 'saya' kot ;p)

Raya haji tahun ni mencoretkan kenangan indah sekali lagi. Ditambah dengan 'melancong'kan diri sekejap ke Penang + pelbagai jemputan. Tak jadi nak 'diet'!

Dalam berborak dengan saudara, rupanya mereka selalu juga menziarahi blog ini dan blog itu (http://musafirdunia.blogspot.com/). Tapi blog ni biasa saja, tak sehebat blog mereka. Mereka?

Ok, biarlah gambar yang 'menceritakan' segala. Picture means thousand ^^
[ Gambar ditujukan khas buat A.Hanief's family & K.Dayah's family. Juga buat adik bongsu yang tak balik raya-vs SPM ]

Tahun ni, korbankan 1 ekor lembu. Lokasi: Rumah Tok


Gantung, jangan tak gantung ^^


Apa yang penting? K.E.R.J.A.S.A.M.A


Abang ana yang '........'


Tema kali ini, biru yer. Lokasi: Rumah Tok Bedah


Sanak saudaraku. Lokasi: Atas feri la ^^


Sampan yang sudah tenggelam? Lokasi: Masid Terapung, Penang


Opsss! Lokasi: Taman Permainan sekitar tempat diatas :p


Ini bukan Zoo. Lokasi: Monyet yang berkeliaran diatas kedai.


Teringin. Ana suka aktiviti luar. Yeah! Lokasi: Sekitar Balik Pulau.


Seronoknya. Kalaulah ana yang naik kedua-dua benda ni, Pisang + Payung. Lokasi: sila lihat sebelah. ngeh3. Sama diatas ;p


Salah satu pameran lebah. Lokasi: Tapak Pesta Penang


Sedang ana sibuk update apa yang patut, tiba2 datang '2 orang budak kecik'. Lokasi: Biarlah rahsia.

-Tamat sudah-

*****************************************************

Rasa tertarik dengan 2 lagu Destiny. Istana Kasih & Hati Kata Rindu. Hayati liriknya.





bingkisaNurani:
Salam 'Eidul Adha. Maaf Zahir Batin

Read More :D

Wednesday, November 25, 2009

Raya Istimewa (^_~)


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, kita makin menghampiri satu lagi perayaan besar bagi umat islam seantero dunia, 'eidul adha yang jatuh pada zulhijjah, 10.

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?” . Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”.
Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
Jadi ana menyeru pada diri sendiri dan sahabat diluar sana, jom kita perbanyakkan ibadah deh :) Ana dan keluarga insyaallah akan pulang ke halaman kampung esok ^^ Setelah 'menemuramah' bonda tercinta, ana nak kongsi la beberapa "resepi keluarga" yang akan 'dibawa' ke kampung ^^

1- SAMBAL GORENG PENGANTIN

Sambal goreng pengantin ^_^


'Gunting khas la konon' ngeh3

(A) Digoreng

- Tauhu, tempe, udang, paru dan hati dipotong kecil-kecil.
- Cili kering digunting nipis [sila guna 'gunting' yang betul, bukan 'gunting kain' yer :p]. Cili tersebut dibasuh dan ditoskan.
- Bahan-bahan diatas digoreng. [pesanan bonda, jangan guna minyak dengan banyak]

(B) Rebus

- Santan pekat, gula kabung yang telah dicairkan, air asam, lengkuas dan garam direbus.

(C) Memasak

- Masukkan bahan (B) ke dalam periuk. Bila bahan-bahan tersebut sudah menggelegak, masukkan bahan (A) [macam senang kan bunyinye, campak-campak je. Tapi kalau tersalah masak ^^?]
- Masak sehingga 'masakan' tersebut nampak kering. Dah siap ^^!

2- KARI DAGING

Daging yang tak nampak. ngeh3


Pastikan 'api' atau 'kuasa watt' atau 'suhu' anda tidak terlalu kuat untuk memastikan daging tersebut masak dengan sekata

(A) Dimesin

- Bawang merah segenggam
- Bawang putih empat ulas
- Halia

(B) Bahan lain

- Bawang putih
- Bawang merah
- Daging
- Serbuk kari daging
- Asam jawa satu genggam
- Daun kari
- Halba campur
- Kulit kayu manis

Cara memasak:

- Campurkan rempah kari dengan bahan (A) yang telah dimesin kedalam bekas. Masukkan sedikit air asam jawa.
- Tumis bawang putih dan bawang merah.
- Masukkan daun kari, halba campur dan sedikit kulit kayu manis.
- Masukkan kembali bahan yang telah dicampur tadi kedalam masakan.
- Biarkan ia mendidih. Masukkan daging.
- Biarkan ia lama sedikit diatas api. Kemudian masukkan santan.
- Biarkan ia masak. Dah siap ^^!!

3- RENDANG AYAM

Rendang yang masih berkuah (macam nak buat kenduri ^^!)


Rendang ayam yang sudah kering

(A) Dimesin

- Halia seinci
- Kunyit seinci
- Lengkuas seinci
- 4 batang serai dipotong kecil
- Cili kering yang dibuang bijinya/cili boh 4 sudu
- 2 biji bawang besar
- 7 ulas bawang putih

Cara-cara:

- Bahan (A) dimesin kemudian ditumis.
- Selepas itu, masukkan ayam.
- Masukkan daun kunyit (dipotong panjang) dan daun limau purut.
- Santan jangan dilupai ^^
- Masukkan kerisik 2 peket, gula dan garam.
- Tunggu sehingga kering. Siap dah ^^!!!


3 resepi 'mudah' telah siap. Sampai gas pun bertukar ganti. Gas habis! ngeh3

********************************************************************

Dan yang terakhir, sedikit bingkisan, alhamdulillah, komuniti kesayangan ana dan sahabat lain terus mengorak langkah lagi. Alhamdulillah, selepas 2 kali masuk Sinar Harian, kali ini KTI (Komuniti Teman Inteam) masuk pula dalam Harian Metro. KTI bukanlah peminat Inteam sahaja, TETAPI, kami adalah PENYOKONG nasyeed keseluruhannya ^^

Wallahu'alam :)



bingkisaNurani:
Salam 'eid adha. Maaf zahir batin ^^
Jom puasa esok! 9 Zulhijjah :)


Read More :D

Sunday, November 22, 2009

Mee Bandung 'saya' v(^_^!)v


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ha, rajin pula ana update blog, cuti kata kan :p. Jadi, entri kalini kita main masak-masak :p Ok, haritu ana masak Mee Bandung, saja nak cuba sebab ni first time. Masakan ni mudah sikit berbanding Mee Kuah. Bezanya, Mee Bandung kita tak letak segala ubi tu. Kuah untuk Mee Bandung semata udang kering :)

Jom masak! Ini resepi kat internet, tapi ana telah mengolah sendiri bahan & cara mengikut sendiri punya hati. Yeah ^^! Hasilnya:

Bahan-Bahan: (Untuk 4 orang ^^)

(A) Untuk blend

• 200g udang kering segar (ikut anggaran sendiri)
• 2 genggam cili kering
• 10 biji bawang merah
• 3 biji bawang putih

(B) Untuk Menumis

• 10 biji bawang merah
• 3 biji bawang putih

Bahan-Bahan lain :)

• 1 bungkus mee kuning
• Daging
• Sotong/udang
• 4 biji telur ayam
• 2 ikat sayur sawi
• 5 keping tauhu goreng
• Air rebusan daging
• Minyak
• Bawang goreng
• Garam & gula secukup rasa

Cara memasak ^^

1. Bahan (A) di blend

2. Potong kecil sotong/udang/daging

3. Hiris tauhu goreng nipis-nipis

4. Cuci mee kuning dan toskan

5. Potong sayur sawi dan tomato

6. Untuk memasak perencah mee bandung:
-Tumis bahan yang telah diblend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak)
-Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak
-Masukkan garam dan gula secukup rasa

7. Untuk memasak mee bandung:
-Panaskan kuali dan masukkan minyak
-Tumiskan bahan (B) sehingga garing
-Masukkan air rebusan daging tadi mengikut berapa ramai yang hendak makan
-Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah tadi (nak kuah pekat, masukkan perencah lebih)
-Kacau kuah supaya tidak berkerak
-Masukkan sotong/udang/daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian, angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur.
-Kemudian masukkan sawi. Tutup api bila semua bahan sudah masak.
-Tauhu goreng, bawang goreng, tomato dan telur boleh hidangkan bersama mee yang telah dicelur.

Bahan-Bahan ^^


Mee Bandung 'budak baru belajar'

Ha, kan dah siap ^^ Selain mee kuning, kita juga menggunakan mee hoon. Tetapi kuahnya tak perlu terlalu pekat deh :) Tapi kalau perasan, mee yang ana masak ni, kuahnya nampak kurang sangat. Jadi, maksudnya, kita kena banyakkan air dan kurangkan perencah. 'Saya budak baru belajar'. Practise make perfect. Kesimpulannya, kena rajin memasak yer (pesanan untuk diri ^^!) Ngeh3 v(^_^)v

Selepas habis main masak-masak, ana terus bersiap untuk ke rumah kakak ana di Ampang. Sebab keesokannya, nak pergi program Kau Dihatiku 2, satu program amal KTI (Komuniti Teman Inteam) dengan anak yatim Baitu Saidati Khadijah.

Baby Irin yang tersangatlah comel, permata kakak ana ^^


bingkisaNurani:
Tadi adik bongsu baru balik exam spm subjek matematik. Dia bagi soalan spm nye, suruh ana jawab. Kira nye suh check kan la, dia dapat bape. Ngeh3 ^_^ (macam la 'saya' ingat sgt matematik spm ^^!)

Read More :D

Wednesday, November 18, 2009

Lambaian Haji

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Lambaian Haji 1430 Hijrah



“Labbaikallah Humma Labbaik. Labbaikala Syariikala kalabaik. Innal Hamda, Wan Ni'mata Lakawalmulk Laa Syariikalak”

Aku datang ya Allah, aku datang memenuhi panggilan-Mu; Aku datang, tiada sekutu bagi-Mu, aku datang; Sesungguhnya segala pujian, segala kenikmatan, dan seluruh kerajaan, adalah milik Engkau; tiada sekutu bagi-Mu.

Sedikit perkongsian :)

Ibadat Haji- Rukun Islam kelima,kemuncak pengibadatan kita kepada Allah SWT. Didalam Al-Quran, (Surah Al-Hajj) yang tiada pada ibadat-ibadat lainnya, perhimpunan tahunan terbesar ummat Islam & tanda pengorbanan kita.

Dikesempatan ini, ana ingin mengucapkan Salam 'Eidul Adha buat semua umat islam diseantero dunia. Bagi mereka yang menunaikan haji, moga mendapat haji yang mabrur. Allahumma amen. ~Sedikit selingan, ma'ataufiq wannajah buat semua yang mengambil Sijil Penilaian Malaysia(SPM) harini khususan kepada adinda bongsu yang dikasihi, Mawaddah Ahmad Azam :)



"Ya Allah, terimalah & segerakanlah kami menjadi tetamuMu dalam ibadah Haji & Umrah sebagai menyempurnakan perintahMu, menziarahi BaitullahMu juga Maqam Rasulullah KekasihMu. Allahumma amen"

bingkisaNurani:
Teringin nak ke Makkah tul mukarramah :)

Read More :D

Monday, November 16, 2009

Perancangan 'saya' masa cuti & Album HH :)


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Dalam al-Quran terdapat sebuah surah yang membicarakan tentang masa. Allah berfirman, Demi Masa. Manusia itu sentiasa dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan orang-orang yang sentiasa berpesan untuk kebenaran dan juga dengan kesabaran. (Al-Asr: 1-3)

Alhamdulillah, kini ana telah melewati penghujung semester 1 2009/2010. Tanpa sedar, ana hanya tinggal satu sem sebelum menamatkan pengajian di kampus hijau tercinta :)

Usai sudah presentation proposal tengahari tadi. Berdebar rasa hati, tuhan saja yang tahu. Bentang depan prof dan mereka yang pakar, siapa tak gugup? Insyaallah, selepas ini ana akan teruskan perjuangan untuk menyudahkan projek. Construction of Liapunov Functions for Non-autonomous Systems.
Itulah 'cinta' ana kini :p

Jadi, cuti 6 minggu yang baru bermula harini, sedayanya akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

1- Projek (berilah ku kekuatan~ adoiiii la ^^! )
2- Balik Kedah (salam 'eid adha)
3- Baby sitter ( telah 'ditempah' oleh 'mereka itu'. siapakah ^^?)
4- Masak (konon la tu nak mantapkan balik segalanya +_+)
5- Bawa kereta (lesen sampai dah mati, masih 'terkontang-kanting' lagi *_*)
6- Aktiviti (banyak betul aktiviti luar yang dijemput sepanjang cuti ni. Tapi yang ana teruja adalah perlawanan bola jaring. Lama dah 'saya' tak 'jaringkan bola'. Kangen bangat! Lama juga 'saya' tak menyihatkan badan. Inilah masanya ^_^)
7- Perancangan diluar jangkaan. Apakah?

Moga dipermudahkan Allah ta'ala terutama perancangan nombor SATU. Allahumma amen. Ha, haritu kawan ana bagi dengar semua lagu Hafiz yang baru. Iya, ana terpikat dengan album terbaru beliau (Hafiz Hamidun - Syukran), terutama lagu Arasy Dunia & For Allah :)





Jom hayati lirik ni :)

FOR ALLAH

by Hafiz Hamidun

We live in this world for Allah
We live in this world for Allah
Everyone must say
Everyone must say
Thank you Allah
We live in this world for Allah

Hayaati kulluha lillah
Hayaati kulluha lillah
Jami'an jami'an
Qul alhamdulillah
Alhamdulillah

Allah Allah O Allah
We live in this world
For Allah

Kulluha lillah
Hayaati kulluha lillah

Hidup di dunia kerana Nya
Hidup di dunia kerana Nya
Mari lafazkan
Mari lafazkan
Terima kasih Tuhan
Terima kasih Tuhan

Allah Allah Allah Allah
Allah Allah Ya Allah




bingkisaNurani:
Doakan ana istiqamah dalam perjuangan.
Juga, dapatkan album HH sekarang :)

Read More :D

Thursday, November 12, 2009

+ KD 2 & KONSERT OPICK FEAT INTEAM +


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KAU DI HATIKU 2


Presiden KTI, saudara Husaini (abuafham):

Komuniti Teman Inteam (KTI) dengan ini mempersembahkan
sebuah program amal anak yatim
yang membariskan
INTEAM, ahli-ahli KTI, teman-teman bukan KTI,
serta penampilan khas
Anak-anak Yatim Baitu Saidati Khadijah.

Program ini akan menemui anda pada:

21 November 2009
Hari Sabtu
Dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Bertempat di
Rumah Anak Yatim Baitu Saidati Khadijah
.
Yuran program RM25.00 seorang. Maklumat lanjut, layari forum KTI, www.inteam.com.my Pastikan anda tidak ketinggalan menyertai program yang sungguh menarik ini. Terhad kepada 30 peserta yang membuat pembayaran awal sahaja. Beraktiviti sambil beramal.

bingkisaNurani:
Asif ya pres, ana 'curi' ayat enta.
Ha!,jom semua sertainya:)Kita hiburkan anak-anak yatim.
Daftar kat ana secara langsung pun boleh :)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

KONSERT OPICK FEAT INTEAM


Butiran:

Ahad
22 November 2009
8.00 malam
Kompleks Serbaguna TNB, Bangsar.
Tiket:
Dewasa RM15.00, Pelajar RM10.00
Hubungi: 019-2679294 019-6241965

bingkisaNurani:
jom pakat-pakat tengok opick deh
(ajak orang macam la diri sendiri pergi..kui3..tapi memang nak pergi ^^!)


Read More :D

Wednesday, November 11, 2009

Pengalaman Mereka ^^

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ana sedikit teruja dengan nukilan sahabat-sahabat yang pertama kali melakukan ekspedisi bersama kami di Kampung Orang Asli ^^ Kedua-dua mereka ni merupakan sahabat ana di Kampus Hijau ^^ Jom kita baca 'cerita pendek' mereka ni ^^ Baca sampai habis taw! :)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

PENGALAMAN SAHABAT PERTAMA :

Kak Nur Ruqaiyah (http://ruqayya-xiaoyu.blogspot.com/)


Ekspedisi to the origin..Ootai

"Dan orang-orang kafir sebahagian mereka melindungi sebahagian yang lain, jika kamu ingkar dari laksanakan apa yang telah diperintah ALLAH (saling melindungi), nescaya akan terjadi kekacauan di bumi dan kerosakan yang besar" al-anfal :73

Habis je kelas speech com, aku tersermpak dengan seorang sahabat orang asli, teruja dengan pengalaman menjelajah penempatan orang asli di hutan Felda Lasah, Sungai Siput, Perak, hujung minggu lalu, ingin sekali aku berkongsi kejayaan anak orang asli perak ini sehingga berjaya sampai ke kampus hijau ini. Namun amat menyedihkan, apabila aku bercerita tentang kemiskinan dan kesusahan orang asli ini, perkara pertama yang ditanya ''ada Islam' tak? Kalau ada Islam kami tak sama suku. Dorang keturunan T----r, kami, suku s---i tak da islam lansung, kalau ikut zaman dulu, dorang tu keturunan hamba-hamba'' aku ukir senyuman dalam marah, hina sangatkah Islam sampai Islam dianggap agama untuk suku hamba? Jika 3 tahun lalu, mungkin awal2 aku dh buka gelanggang debat, namun, rasioanal mengingatkan aku, bukankah Bilal, Zinnirah, dan keluarga Yasir juga golongan hamba, namun cukup mulia disisi tuhan? Sungguh, betapa lembutnya hati si hamba menerima Islam.

Satu persatu kenangan di Ootai menjengah fikiran, aku tersenyum sendiri. Walau di awalnya aku serba salah juga terpaksa meninggalkan program rehlah PMI yang diarahkan oleh sahabat baikku, namun selepas membuat timbang tara, samaada ukhuwah perlu dibentuk untuk mantapkan dakwah atau kefahaman dakwah yang akan membawa kefahaman ukhuwah (isu ni akan aku bahasakan dalam slot khas nanti) , maka aku lebih cenderung menggunakan 'teori topi merah' Edward De Bono, ikut kata hati. Bukan niat mengawlakan program jemaah lain, namun sebagai ahli gerakan Islam, aku cuba keluar dari pemikiran jemaah centric, dan ternyata urusanku dipermudahkan. Dalam rajuk diperli sahabat2 yang belum mengerti, Allah hantarkan pujukanNya dari mulut seorang sahabat, 'pergi la, bawa dakwah sejauh mungkin, InsyaALLAH, I'll do well here..' ….=)

Seawal 6.30 pagi, kami bergerak dari UPM. Team dari UPM, Fuad Hilmi Zakaria, selaku presiden KBM, aku sebagai duta Pro Mahasiswa UPM, dan Nadirah Azam, sebagai wakil PMI, serta akhie Waan Amir Amirzal, sebagai pemantau kami. Seterusnya kami bergerak mengambil Nurul, sahabat medic dari UiTM, melengkapkan kami sebagai team KL.

Cabaran pertama bermula, apabila tayar salah sebuah landrover kami pecah dalam perjalanan, memyebabkan kami tersadai hampir 3 jam di Felda Lasah. beberapa jam kemudian, team dari kedah yang diketuai Cikgu Hasyim, seorang pesara pensyarah yang sangat sempoi, bersama anak2 didiknya, Anis, Fiqah, dan Atiq. Team Perlis, akhie Azmarul dan Firdaus, dan hard2 core Ummah Aid, akhie Syahrizan Sazali dan akhie Salman Al-Siddiqie dari Penang. Syura bersetuju melantik Fuad sebagai amir, Nadirah sebagai Chief cook dan akhie Salman sebagai imam tetap.

Perjalanan yang mengambil masa hampir 4 ke 5 jam meredah hutan dari Felda Lasah menuju ke Ootai padaku cukup bermakna. Jalan-jalan yang tak rata menyebabkan landrover yang kami naiki hampir terbalik 2 kali. Debu2 jalan dah jadi macam bedak asas dekat muka semua orang! Kata sahabat2, perjalanan kali ni lebih mudah jika dibandingkan dengan sebelum ini. Tapi sebagai new beginner seperti aku dan akhie Amirzal, kami lebih banyak mendengar dan belajar.

Semakin jauh ketengah hutan, perjalanan kami semakin meriah ditemani orang2 asli yang melambai2 dari luar tingkap, sesekali akhie Salman akan berhenti dan menghulurkan kismis kepada anak2 orang asli yang sedang bermain lumpur di tengah jalan sampai comot2 satu badan. Terhibur dengan telatah anak2 kecil yang tak berseluar baju melompat2 keseronokan dapat kismis. (err…muslimat pndang skali je tau..betol ne!!).

Sampai di Ootai kami disambut kak Jenon dan kakaknya,kak Kamalia. Hanya kak Jenon yang fasih berbahasa melayu. Dalam ekspedisi kali ni, kami dibahagikan kepada 2 team, team dakwah dan team 'Cak Raya'. Cak raya ni macam 'makan besar' la, biasanya orang2 luar yang datang perkampungan orang asli akan sediakan 'cak raya' dengan orang kampong.

Memandangkan aku tak de la tulen sangat nilai2 kewanitaan, so aku pilih untuk duk dalam team dakwah. Bimbang ada yang keracunan dengan masakan aku nanti (toilet tak ada tau, semua kene 'settle' dekat dalam semak atau terus pegi sungai..huhuhu) Selepas ta'aruf dan berehat beberapa minit, kami mula turun dan mula mendekati orang asli. Akhie Salman hulurkan beberapa buah buku cerita nabi. Aku tersenyum. Memang aku pakar bab ni, pengalaman praktikel di sekolah aku pergunakan sebaiknya. Namun ternyata bukan mudah, walaupun 3 tahun bergelar pelajar TESL, aku lansung tak mampu menarik perhatian mereka, aku macam alien kat sini, lansung tak dipedulikan!

Mungkin sedar dengan muka moyok ala2 chipmunk aku, akhie Salman suruh aku edarkan biskut yang dah pecah2 kat tangan die, mula2 cuak juga, takkan nak bagi habuk biskut kan? tapi ternyata, dalam sekelip mata, bukan budak2 aje,sampai mak budak pn dtg dekat. Rupa2 nya, orang2 asli ni sangat miskin, makanan ruji mereka cuma ubi kayu yang direbus dengan air tanpa garam, sebab nak beli garam pun tak mampu, so harga sekeping biskut yang dah pecah2 ni pn, sangat bermakna. Subhanallah, teringat sisa2 biskut tiger yang aku buang sebelum bertolak kesini. Rasa cam nak tampar je diri sendiri. Tuhan..membazirnya aku…

Sambil2 bdk2 tu makan, aku amik kesempatan buka crita Nabi Sulaiman, tatau la dorang paham ke tak, tapi aku takar Raja Sulaiman, jadi Tok Batin Sulaiman. Dorang gelak2 jer. Habis bercerita, Atiq ajak aku bwak budak2 pegi sungai. Dekat sini la aku mula mengenali anak2 kecil ni lebih dekat. Dengar pengalaman dorang jalan kaki 4 jam pegi skolah , tumpang tidur dekat tepi padang sekolah, dan cerita cikgu2 yang seolah tak peduli dorang betol2 blajar atau skadar pg skola supaya dapat baju percuma. Aku menilai bicara sebuah kemiskinan, penghinaan, ketidak adilan, dan bicara sebuah kesyukuran. Kesyukuran atas nikmat kesenangan yang tak pernah putus sejak aku kecil.

Sebelum nikmati cak raya, kami semua solat dulu sama2, rupa2 nya dorang ni tak pandai solat, jadi aku solat tanpa telekung supaya dorang boleh tengok kedudukan tangan, dan kaki aku ketika solat. Hari kedua, aku pakai kain batik dan tutup seluruh kaki sebab mejoriti asli perempuan berkain batik. Alhamdulillah, dah ada yang ikut. Nurul ajar mereka berwuduk, dan Atiq ajar dorang mengucap. Walaupun kami perlu upah mereka dengan makanan untuk solat dan mengucap, tapi rasanya berbaloi, bukankah islam taklid lebih baik dari kafir?

Malam kat cne, tersangat sejuk, dua helai stoking dan 2 pasang baju yang aku pakai masih tak dapat hilangkan kesejukan yang masuk sampai tulang. Dalam gelap malam, aku gagahkan juga untuk bangun qiam, tak sampai hati kejutkan sahabat2 yang lena dan kepenatan, aku kuar dan amik wuduk sorang2, takut juga, tapi rupanya dah ada mslimin yang bangun, lega sikit la (kalau bab ghaib2 ni, aku memang jadi perempuan sikit..hehehe). Kata akhie Syah, kawasan orang asli ni keras. Tapi, aku yakin, ayat ALLAH lebih 'keras'.

Tahajud aku malam tu akan jadi kenangan yang sangat2 indah, solat bawah atap langit yang dipenuhi bintang yang sangat2 terang. Beberapa kali air mata aku keluar masa sujud, Subhanallah, cantik sangat2 bumi ni rupanya. Dan masa ni juga aku sedar kepentingan hafalan Quran, dalam pekat malam mana boleh baca quran, tak nampak apa2 lansung, so aku cuba juga baca berdasarkan hafalan aku yang tak berapa lancar. Tapi kuasa Allah, waktu kat sana, macam senang je lidah aku nak sebut, tapi bila balik kolej, cuba baca semula, dah tak lancar balik. Subhanallah, walhamdulillah!

Hari2 terakhir kami terisi dengan misi bantuan, selesai sarapan dengan tok batin, kami keluar ke beberapa kampung lain untuk edarkan bekalan makanan dan baju. Sayu sangat bila tengok baju2 buruk pn mereka trima dengan gembira, senyum tak henti2. Berkali2 aku panjat syukur pada Allah, setiap kampung yang kami berhenti, aku akan buat sujud syukur, dan perbaharui wuduk aku dengan air2 bukit yang sejuk dan segar. Biar tanah dan air ni jadi saksi di hadapan tuhanku, yang aku dah bawa agamaNya sejauh ini. Maha suci ALLAH atas iman dan islam ini. Atas nyawa dan hela nafas ini.

Aku pandang jalan2 yang dah aku lalui sepanjang kat sini. Dalam hati, aku tertanya, bila lagi aku akan lalui jalan2 yang dah aku lepasi ni. Nekad aku untuk kembali lagi kesini. Jika disini, di tanah ni,akhie Amirzal menyimpan impian untuk menawan dunia, dan Fuad menyimpan impian untuk syahid, aku juga menyimpan 1 impian baru. Jika sebelum ni aku bercita2 untuk jadi sayap kiri perjuangan islam, hari ni aku bercita2 untuk tidak menjadi sayap, sebaliknya terus menjadi burung yang akan membawa benih islam ini terbang sejauh mungkin. Tiap kali bercerita pada sahabat2, soalan pertama pastilah..program jemaah apa? Dan aku pasti tersenyum..ya ukhti..di Ootai, aku tidak melihat mana2 jamaah, tapi aku melihat sebuah payung yang bernama dakwah islamiyah, ini yang akan aku pasakkan pada generasi2 baru ini,dan anak2 ku nanti akan aku ajarkan..erti ' rabithah dakwah'..My journey to an origin, brings me to my original destiny!

Komen bingkisaNurani :
Bukan Ootai yer sahabat-sahabat, nama kampung tu, Kampung Kotai a.k.a Kuntai :)
Tok Batin Sulaiman?? ha3, lawak la K.Nur ni.. ^^


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

PENGALAMAN SAHABAT KEDUA :
S
audara Wan Amir Zal (http://waamirzal.blogspot.com/)

Ekspedisi ke kampung Orang Asli

17 Oktober 2009. Saya telah menyertai ekspedisi ke kampung Orang Asli Kuntai di Perak. Tujuan ekspedisi ialah mengurangkan masalah buta huruf serta menyampaikan keperluan asas yang tidak dinikmati oleh Orang Asli pedalaman di negeri ini. Ini kali pertama saya berkesempatan memasuki kampung Orang Asli di kawasan pedalaman yang mana sebelum ini saya hanya memfokuskan pada Orang Asli kawasan bandar dan pinggir bandar.


Dalam kesempatan ini, saya berpeluang untuk mengenal pasti beberapa masalah yang sering melanda masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman. Di antaranya ialah keciciran pendidikan, ketidaksampaian kemudahan asas seperti elektrik dan air serta manipulasi golongan tertentu golongan Orang Asli dalam mencari sumber hasil hutan. Dalam kesempatan yang singkat ini juga, saya berkesempatan mendalami adat Orang Asli Temiar (sebutan dari lidah suku ini ialah Temeyr) serta mempelajari bahasa mereka.


Kami memulakan ekspedisi ini pada jam 1430, dalam perjalanan ini saya sempat mencatatkan secara teliti berkenaan kampung-kampung Orang Asli yang kami temui sepanjang perjalanan ini. Dicatatkan bahawa lapan belas (18) keseluruhan kampung Orang Asli yang ditemui. Kesemua kampung ini didiami oleh Orang Asli suku Temiar. Jam 1455, ekspedisi mula memasuki jalan kecil untuk ke kampung Orang Asli, bermula dengan jalan merah dan berbatu-batu kasar.


Perjalanan ini berakhir pada 1718 yang memakan masa selama hampir tiga (3) jam melalui jalan tanah merah, berbatu kasar, berselut, berlubang dan sebagainya. Jaraknya dianggarkan sejauh 40 km dari jalan utama. Jarak 40 km dan tempoh masa tiga jam perjalanan dengan keadaan seperti ini tidak semudah berbanding dengan jalan-jalan yang di tar sempurna. Lebih-lebih lagi saya ‘menumpang’ sebuah kenderaan pacuan empat roda yang tidak seselesa bas eksekutif. Dalam tentera kenderaan tersebut dikenali sebagai “trak anak ba*#” atau nama sebenarnya ialah Steyr Daimler Puch buatan Austria.


Akhirnya pada jam 1718 ekspedisi telah tiba di destinasi yang dituju iaitu kampung Orang Asli Kuntai Sungai Siput Perak. Ketibaan kami disambut baik oleh Orang Asli kampung tersebut, ketibaan ekspedisi seperti kami tidak asing bagi mereka malah kedatangan ekspedisi seperti ini sentiasa ditunggu-tunggu mereka.


Di antara aktiviti pertama yang kami jalankan ialah menyediakan makan malam untuk mereka. Menu kami pada malam tersebut ialah nasi, gulai ayam, ikan dan sayur. Pada mulanya, saya menjangkakan ia kurang dapat menarik minat dan penyertaan Orang Asli tempatan untuk menikmati makan malam bersama kami. Jangkaan tersebut saya buat berdasarkan pengalaman saya bersama dengan Orang Asli pinggir bandar dan bandar.


Namun ternyata jangkaan saya sama sekali silap. Semasa kami sedang menyediakan makan, kami dikerumuni oleh Orang Asli untuk melihat secara dekat apa yang kami lakukan. Sebaik sahaja makan sudah masak, kami mula memanggil mereka dan saya sempat mencatatkan ayat yang digunakan untuk memanggil mereka.... “Mado chak raya! (Mari makan besar!)” atau “Mado chak chanak! (Mari makan nasi)”.


Dalam masa tidak sampai lima minit, pondok yang dibina dalam ekspedisi sebelum ini telah dipenuhi oleh Orang Asli tempatan! Saya rasa agak terkejut dan teruja, ini kali pertama saya melihat sambutan yang memberangsangkan oleh Orang Asli. Dalam fikiran saya timbul beberapa persoalan, di antara persoalan tersebut ialah ‘kenapa mereka bersungguh-sungguh untuk mendapatkan makan malam mereka?’.


Saya cuba mendapatkan jawapan tersebut melalui bertanyakan individu yang telah tiga tahun terlibat dengan ekspedisi seperti itu. Tidak lain dan tidak bukan disebabkan masalah kemiskinan serta kesukaran mereka untuk mendapatkan makanan yang lain dari rutin mereka iaitu nasi. Saya dimaklumkan bahawa makanan rutin mereka hanyalah ubi kayu, tebu dan beberapa makanan lain yang setaraf dengannya.


Nasi merupakan makan mewah bagi Orang Asli tempatan, sehinggakan saya dinyatakan bahawa mereka sanggup makan kerak nasi yang sudah pasti tidak selera orang seperti kita memakannya. Saya juga tidak sangka kanak-kanak kecil dapat menghabiskan nasi yang saya kira ia adalah sukatan untuk orang dewasa. Banyak perkara yang bermain-main dalam fikiran. Sekali-skala kedengaran mereka bersuara, ‘tabel chanak, chanak tabel’ (tambah nasi) atau ‘tabel ayam, ayam tabel’ (tambah ayam).


Peristiwa seperti ini telah menginsafkan saya, masih ramai golongan yang tidak bertuah sebagaimana kita, masih ada golongan yang tidak sesenang kita. Bagi kita, tidak salah kita membuang makanan yang tidak habis dimakan. Sedangkan terdapat golongan yang sangat berkira untuk membuang makanan jika tidak habis, malah tiada masalah pembaziran berlaku dalam kalangan mereka.


Oleh itu, patut kita bersyukur serta mengelakkan masalah pembaziran dalam hidup kita terutamanya pembaziran makanan. Kita juga patut berusaha untuk memastikan golongan yang tidak bernasib baik ini memperoleh makanan sebagaimana mana kita. Oleh itu, ringankanlah tangan kita untuk bersedekah. Dari sinilah keyakinan saya kepada Islam bertambah, Islam sangat serius menyeimbangkan kehidupan di antara manusia melalui pelbagai cara termasuklah memperbanyakkan sedekah. Oleh itu, marilah kita perbanyakan sedekah.


Pada waktu malamnya, saya berkesempatan untuk berbual-bual dengan tok batin atau penghulu di rumah beliau (saya memperoleh pengetahuan yang baru, tidak semua Orang Asli menggelarkan pemimpin mereka sebagai Tok Batin, terdapat juga Orang Asli menggelarkan pemimpin mereka sebagai penghulu).


Banyak isu yang saya bincangkan terutamanya masalah keciciran pendidikan dalam kalangan Orang Asli tempatan. Hanya lima orang anak Orang Asli yang mengikut sistem pendidikan formal negara, itupun mereka terpaksa tinggal di asrama yang disediakan di sekolah yang terletak di Pos Legap (hampir 20 km dari kampung Kuntai). Jarak 20 km dengan mengambil kira jalan merah, berbatu, berlubang dan berbukit, tidak sama dengan jarak 20 km jalan bertar. Masalah pengangkutan menjadi masalah utama, ia menjadi masalah Orang Asli untuk terlibat dengan pendidikan.


Namun, dari sudut yang lain, saya sempat berbual-bual dengan kanak-kanak Orang Asli dan bertanyakan masalah pendidikan. Memang masalah jarak dan pengangkutan menjadikan masalah utama. Namun, tidak dinafikan juga faktor dalaman juga mempengaruhi yang mana kanak-kanak kurang berminat untuk ke sekolah.


Pengajaran yang boleh saya ambil ialah, sebagai masyarakat arus perdana, kemudahan yang kita peroleh sepatutnya digunakan semaksimum yang mungkin bagi meningkatkan kemampuan kita dalam pendidikan, bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan semestinya kembali berbakti untuk masyarakat.


Dalam kesempatan yang lain, saya telah diajak oleh penghulu untuk melawat sekitar kampung Kuntai. Tempat yang pertama saya pergi ialah ladang padi bukit Orang Asli tempatan. Mereka perlu tunggu satu tahun sekali untuk menikmati hasil padi mereka iaitu di antara bulan Februari atau Mac. Saya dimaklumkan bahawa padi bukit berbeza rasanya dengan padi biasa iaitu lebih wangi baunya.


Saya kagum dengan kekuatan fizikal Batin atau Penghulu, beliau dengan senangnya memanjat bukit-bukit yang tinggi. Sebaliknya saya, tercungap-cungap memanjatnya. Jelas sekali stamina saya telah menurun setelah sekian lama meninggalkan dunia PALAPES dan silat serta karate do. Saya berazam untuk memperbaiki keadaan ini pada masa hadapan.


Saya sempat berkongsi maklumat dengan batin atau penghulu dalam banyak perkara termasuklah berkenaan budaya, adat, nilai dan sebagainya. Saya dapat simpulkan bahawa, adat budaya mereka telah banyak mengalami perubahan. Adat budaya mereka juga sudah semakin dilupakan oleh Orang Asli sendiri.


Kesimpulan yang boleh saya buat dari ekspedisi ini ialah, setiap masyarakat mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memastikan masyarakat lain turut mempunyai kesenangan, sebagaimana yang dinikmati kita. Dalam masa yang sama, ia mengajar saya agar kita sentiasa bersyukur dan tidak mengkufuri nikmat yang dianugerahkan ALLAH melalui pembaziran yang sering lakukan terutamanya dalam aspek makanan.


Saya juga menekankan bahawa kita mempunyai tanggungjawab bagi memastikan golongan lain mendapat peluang untuk meningkatkan pendidikan yang sempurna. Bayangkan kehidupan Orang Asli sepuluh tahun yang akan datang sekiranya mereka masih lagi buta huruf dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang baik. Sebagai seorang Muslim, saya sedar tanggung jawab ini pasti akan dipersoalkan oleh ALLAH SWT kelak.

Komen bingkisaNurani :
Na'am, tanggungjawab pada individu lain akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala pada kita semua T_T ~Moga usaha kita yang sedikit ini akan dipermudahkan Allah. Moga kita berISTIQAMAH! Insyaallah Ta'ala :)


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ini pula 'cerita pendek', adik seperjuangan ana yang yang boleh dikategorikan sebagai 'otai' aktivis dakwah ke Kampung Orang Asli di Kuala Mu, Kotai, Beswok dan lain-lain kampung. Kami kira macam 'geng' la :) Cuma berlainan kampus, dia di IPTB :)

PENGALAMAN SAHABAT KETIGA :
Adik Anis Zakaria (http://bintzakaria.blogspot.com/)

.. cahaya di Kotai a.k.a Raudhah...

suatu ketika di Masjidilharam, Makkah Al-Mukarramah....bahuku terlanggar seseorang.. aduh,,sakit juga... aku memandang nya tanpa dendam,,biasalah 2..ketika ramai2 begini,,pelanggaran itu satu perkara yg biasa..bersama-samanya ada 2 lagi wanita..sanak saudaranya mungkin.....

" maaf nak,,mak cik x sengaja..maaf2.."

"eh xpe2..biasalah 2,,tengah ramai2 mcm ni..mak cik dari Malaysia..?dari mana ye?"

"dari Kuala Mu..ni saudara mak cik..dari kotai..yg ini, dari beaswok...kami datang dengan rombongan..ketuanya Pak Hadu dan anaknya.."

" subhanALLAH..Alhamdulillah.."


ini imaginasi saya sejak mendengar ucapan khitam oleh amir kami, sdra Fuad..impian abg nuar juga kata beliau..ia seakan2 hidup dalam imaginasi saya sehingga kini...saya membayangkan suasana itu..Indahnya.. :)

tersirat indah impian itu dalam hati ini,,bukan impian,,tapi cita2 dan matlamat..
bukan milik saya seorang,,saya yakin saya berkongsi impian ini dengan ramai orang.....

alhamdulillah,,punya kesempatan juga saya untuk mengupdate blog kesayangan saya ini..rindu sungguh.. jutaan terima kasih saya ucapkan pada yang sudi menziarahi saya di sini..komentar anda buat saya bersemangat..saya sudah semakin jelas dengan tujuan saya menubuhkan blog ini..terngiang2 kata2 semangat dari seorang sahabat : JOM JADI TEKNO-DA'EI!!!! :)

saya baru pulang dari Trip Ziarah dan Dakwah Orang2 Asli di Sungai Siput, Perak..rindu sungguh pada tempat ini memandangkan sudah 7 bulan saya tidak berkesempatan menziarahinya..rezeki tidak menyebelahi saya,,dan kali ini,,Alhamdulillah,,Allah mengizinkan saya...walau trip kali ini bukan ke destinasi kegemaran, Kuala Mu,,namun ke mana2 sahaja,,saya rasakan ianya tidaklah terlalu banyak beza..dek kerana kami tahu matlamatnya yg satu yakni menyebar luaskan lagi Islam di kalangan2 org Asli ini..mereka sangat terpinggir..Alhamdulillah,,wujudnya ramai golongan2 sedar yg ingin masuk menemui mereka,,mengajarkan Islam buat mereka..ada yg menerima,,namun x kurang yang menolak kerana ianya bertentangan dengan ajaran nenek moyang mereka..hidayah itu milikNya..yg penting,,kita sudah berusaha melunaskan satu tanggungjawab dan menjadi bekal kita untuk menjawab persoalan tanggungjawab di hadapan Allah Taala nanti..InsyaAllah...

" maka berilah peringatan. kerana sesungguhnya engkau ( Muhammad ) hanyalah pemberi peringatan. Engkau bukanlah orang yg berkuasa ke atas mereka. kecuali (jika ada) orang yg berpaling dan kafir. maka Allah mengazabnya dengan azab yg besar. sungguh,kepada Kami lah mereka kembali. kemudian sesungguhnya ( kewajipan ) Kami lah membuat perhitungan ke atas mereka."
~ Al-Ghasyiah: 21-26 ~

perjalanan kali ini ke kampung Kotai..saya senang menggelarkannya sebagai Raudhah,,kerana cantiknya sungai kecil yg mengalir antara 2 jalan di kampung itu..cantik..:)

dengan pimpinan sdra Fuad sebagai amir,,kami memulakan perjalanan dari felda Lasah lebih kurang jam 2.30 petang..jalannya tidaklah seteruk dahulu..jambatannya yang 7 bulan dulu masih dalam pembinaan sudah siap sepenuhnya..memudahkan perjalanan mereka untuk keluar mencari keperluan di pekan..namun,,jalan kami masih lagi mencabar seperti dulu..saya masih merasainya tatkala pajero cg hasyim yg saya naiki terpaksa menempuh lubang2 yg agak dalam di sepanjang perjalanan..indah saat itu,,biarpun kadang kala agak mengecutkan perut saya..huhu

sesampainya di Kampung Kotai,,saya sempat menikmat pemandangan indahnya sebelum mesyuarat diadakan..pembahagian tugas dijalankan dengan tujuan agar segalanya berjalankan dengan sistematik dan terancang...saya??memasak...eish,,xpernah pula mendapat tugasan ini sepanjang beberapa kali mengikuti trip ini..aduh,,biasanya muslimin yg kena masak..kali ni muslimat ye..?setakat masak kecik2 utk 4 org makan 2 boleh le...nasib baik ada k.nadirah..chef de mission kita..saya sekadar membantu sahaja... :)

makan malam kami atau dipanggik "cak raya" dalam bhasa org asli kami meriah malam itu..tatkala bacaan doa makan yg diketuai oleh cikgu hasyim diikuti dengan penuh semangat oleh mereka,,saya sebak..dulu,,suasananya bukan seperti ini..mereka hanya tahu syahadah..tapi sekarang,,sedikit demi sedikit nilai2 islam itu wujud dalam diri mereka..mereka sudah ingin mengikut kami solat,,sudah ingin bertudung..cantik... :) cahaya islam itu sudah mula memancar sedikit demi sedikit...SubhanaLLAH...saya kagum dengan semangat dan usaha mereka2 yg istiqamah dan komited menyebarkan dakwah di kalangan orang asli ini..sungguh,,saya sangat kagum!!

mereka menikmati jamuan malam itu dengan sangat gembira..sangat menikmatinya...maklum sahaja,makanan harian mereka hanyalah ubi rebus dan makanan2 yg mudah diperoleh di hutan..sekali lagi saya sebak..tatkala kerak nasi yg tidak sanggup saya telan itu menjadi rebutan mereka..tidak sanggup menyaksikan semua itu rasanya namun itulah realiti..mereka sangat menikmatinya..astaghfirullah,,di saat ini,,saya terkenangkan pembaziran2 yg telah saya lakukan di luar sana...ampunkan saya Ya Allah.. :(

trip kali ini,,saya kurang terlibat untuk menziarahi rumah2 mereka seperti sebelum ini...kebanyakan masa saya dihabiskan dengan memasak..namun saya tak kesah..saya senang.. :) andai Asma' Abu Bakar membantu perjuangan Rasulullah dengan makanan,,saya juga ingin begitu..membantu perjuangan mereka dengan makanan..biarpun dalam serba kekurangan..melihat mereka makan dengan penuh selera buat saya senang..saya gembira mengagihkan makanan buat mereka...sungguh,,pengalaman ini tak akan saya lupa....

esoknya,,18 Oktober 2009,,kami bertolak pulang..izinkan saya membetulkan statement ini,,kami bukan bersiap untuk pulang..tapi kami bersiap untuk datang lagi!!

terima kasih buat seluruh aktivis islam yg bersama2 sepanjang trip ini..semoga Allah mengganjarkan usaha yg sedikit ini..Aminn........

Komen bingkisaNurani:
Kami bersiap untuk datang lagi! tunggu yer adik-adik Kuala Mu, Kotai, Beswok & lain2! 'makcik ira' n makcik anis akan terjah lagi v(^_^)v

Ha! mana pula laporan dari ana?
Kali ini, ana hanya membaca nukilan sahabat-sahabat.
Susah untuk menggambarkan perasaan selama mengikuti ekspedisi dakwah ini
(cakap la memang malas nak tulis, alasan
final exam konon ^^!).
Konklusi ringkas, sepanjang dua tahun bersama para aktivis, jangan pernah berputus asa dan teruskan gerak kerja islam! ^_^ ^_^ ^_^



K.A.N.G.E.N-B.A.N.G.A.T-S.A.M.A-D.E.P.A ^^
K.E.T.E.M.U - L.A.G.I - Y.A !!!!

Read More :D
Related Posts with Thumbnails