Memang sifar idea nak update blog. Hati kosong. Terasa lapang.
Jalan2 dengan famili mertua di Melaka
Terima kasih kepada sahabat yang memberi galakan. Kata mereka suka membaca blog saya. Rasa seronok pula (mula perasan dah) walaupun hakikatnya ntah apa2 yang diomonginnya, haih~
Encik R awal-awal lagi sudah pergi kerja. Abehtu, Puan N goyang kaki? Terus terang saya katakan, saya masih menunggu pinangan dari KPM, untuk rayuan KPLI bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ambilan Januari/Februari 2012. Untuk makluman, GSTT sudah dimansuhkan bagi pengambilan tahun 2012.
Pengalaman GSTT baru setahun, jadi permohonan saya ditolak. Sayarat untuk KPLI ambilan Disember 2011 mestilah melebihi setahun. Setelah dikecewakan, serasa macam tidak ada perasaan untuk menunggu keputusan akhir bulan ini pula. Kalau dapat alhamdulillah, kalau tak dapat, saya akan cuba pula CFS (Contract For Servive) /Guru Ganti SMKSKI/Ustazah di Al-Farabi/Muallimah di HIRA'/termenung je la cik jah....
"Sayang jadi suri rumah sepenuh masa boleh abang?" Encik R menjawab persoalanku dengan seukir senyuman.
"Setelah berusaha, kita serah pada Allah sahaja", Encik R mententeramkanku.
Jadi, disepanjang seminggu lebih saya menganggur dirumah, saya isikan dengan segala ilmu rumah tangga yang diperoleh dari pelbagai sudut. Perbaiki yang kurang, kukuhkan yang telah manthop.
Saya gatal2 cuba resepi baru. Sebilangan hidangan saya masak untuk suami adakalanya pertama kali. Rendang ayam, maggi goreng, pengat pisang, bubur, sambal petai dan lain-lain dibedal sahaja dalam kuali. Janji sedap dan berkhasiat (khasiat ker ^^!). Elok juga sambil cik jah, cik bedah, cik senah masak, kita amalkan surah al-kauthar, insyaallah apa yang dimasak tu akan menjadi. Entri selepas ini saya akan kongsikan resepi terbaru yang saya dapat di timeline bingkisaNurani.
Doakan yang terbaik untuk saya yer kawan-kawan, moga ada rezeki KPLI untuk Puan Nadirah Ahmad Azam :) maciiih semua ♥♥♥ Read More :D
"Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya maka bertakwalah ia pada separuh yang lain". (Hadis riwayat oleh Al-Tabrani Fil-Ausath)
Dengan rasa hormat dan kesyukuran, saya menjemput semua sahabat yang mengenali serta seisi keluarga kalian ke majlis kesyukuran perkahwinan saya, Nadirah Binti Ahmad Azam dengan pasangan Mohd Rodzi Bin Ghazuli.
Tarikh: Sabtu, 3/12/2011 Masa: 11.00am - 6.00pm (ketibaan pengantin jam 2pm :) Alamat: No 2, Jalan Seri Kenangan 8, Taman Sri Meru, 41050, Klang :)
Serasa saya orang yang paling lambat mengucapkan Salam 'Eidulfitri 1432 Hijrah, tapi masih belum terlambat kan?? ;D
...Maaf Zahir Batin diucapkan kepada semua pembaca, khas kepada yang setia dan tidak jemu-jemu menyokong blog ini. Syukran kathira jiddan!
Disepanjang 27 hari yang lepas, setiap minggu ada sahaja tetamu yang datang ke teratak famili di Meru, Klang. Terima kasih kepada semua rakan sekerja SMKSKI & AL-FARABI, anak murid SMK SKI & AL-FARABI, sahabat Komuniti Teman Inteam dan sahabat-sahabat saya yang sudi mengunjungi. Jemput datang lagi tahun depan, juga jemput datang bila-bila, rumah sentiasa terbuka, boleh kita borak-boraksss ;D
Alhamdulillah, saya telah membuktikan topik baru saya bukanlah lagi seminggu! yeay, berjaya. Tahniah diri sendiri *_*
Topik kalini sedikit berbeda. Dapat idea dari sekolah.
Saya telah masuk topik baru, Force (Daya) - Chapter 7 Form 2. What is a force?
Bahasa mudahnya, ia berkaitan dengan tolakan atau tarikan sesuatu objek. Senang nak bagi budak faham. Jadi, "apa sahaja yang kamu tolak atau tarik, ia adalah daya". Itu gaya saya cakap dengan anak-anak saya dimakmal sains :D
Eksperimen harini juga agak 'kelakar'. Kelakar? Dengan menggunakan skate board, pelajar akan saling menolak dan menarik diantara satu sama lain. Jadi, anak-anak saya ni sangatlah teruja, dah tak nampak macam penat puasa, bagus2! (kalau hari pertama puasa, ya allah, depa ni....) Jadi, anak-anak saya ni naiklah atas papan roda tersebut, menarik menggunakan kain dan menolak pula menggunakan tangan, itulah serba sedikit konsep daya. Kalau mengajar 5 kelas, banyaklah gaya yang diluar jangkaan. Masa naik benda beroda tu, ada yang terjatuh masuk bawah meja. Anak orang ni, risau saya sangat-sangat, tapi dia ok dan masih mampu tersenyum kearah saya, alhamdulillah. Habis bab sekolah disini (kalau nak penerangan panjang lebar pasal daya, kita text je, kat fb pun boleh (macam la ada orang nak penerangan, tapi kalau anak-anak tanya, esok juga cikgu belanja buka puasa! ;)
Sebenarnya, saya tertarik dengan 2 perkataan ni, TOLAK & TARIK. Membawa perkataan tersebut ke dunia realiti kini (dah macam motivator pulak dia ni, ish3 ;), saya sangat sedih dengan mereka yang tak dapat menerima apabila pinangan mereka di'tolak' (cakap pasal kawen la pulak '_', ada kaitan dengan topik ker? boleh la, tu kan ada perkataan 'tolak'...hihi)
Saya ada seorang sahabat yang solehah. Mereka hampir dinikahkan, tetapi perhubungan tidak direstui. Apabila muslimat tersebut minta diputuskan, lelaki tersebut bagai hilang arah.
"rasa macam nak mati la..."
"dah tak de semangat nak hidup.."
Persoalannya disini, dimana keimanan muslimin tersebut. Adakah kerasionalnya dibawah kaki?
Ok, terus terang saya cakap disini, saya juga pernah mengalami situasi diatas. Ketika itu, saya baru beberapa hari bergelar mahasiswa.
Yang saya hairan sangat sangat dan sangat! Baru beberapa hari kenal, 'encik tersebut' dah nak mintak couple. Tak kan dia tak nampak saya pakai macam mana? Saya mempunyai kehormatan dan prinsip tersendiri. Prinsip ini saya jaga dari dulu sehingga saat saya menulis ni dan tidak akan pernah saya langgarinnya! Insyaallah.
Dan yang saya sangat kecewa + sedih, bagaimana boleh terdetik dalam jiwa 'encik tersebut' untuk bunuh diri? Hanya mereka yang tak beriman sahaja melafazkan begitu. Saya tahu 'encik tersebut' main-main dan mahu menarik perhatian saya. Hanya kerana saya menolak cintanya, dia nak bunuh diri? OMG...
Disitu saya tahu, dia bukan pilihan saya.Prinsip saya senang, cinta selepas kahwin. Mudah kan? :)
Mereka yang suka memaksa-maksa, 100% bukan pilihan saya, juga saya yakin muslimah diluar sana.
Belajarlah erti menerima dengan hati yang terbuka apabila menerima ujianNya. Bukan sahaja ujian dalam mencari jodoh, tetapi segala cabarannya samada ditimpa musibah, miskin, jatuh sakit, muflis dan sebagainya. Percayalah, Allah itu Maha Adil. Semoga Allah swt memberi hidayah pada kita semua, allahumma amen.
psst: esok cuti nuzul quran, bolehlah iron baju yang sebakul ni (-_-') senyumlah, ok ----> (^_^)
Rasa seronok pula dapat update blog setiap hari, tapi tak tahulah sampai bila boleh bertahan (perasan je lebih, ntah2, topik baru seminggu lagi -_-')
Harini saya MC. Sebenarnya saya sudah berazam, kalau boleh tahun ni saya tak nak MC/CRK langsung! Tapi apakan daya, saya hanya merancang.
MC pertama saya bulan 7. MC kedua bulan 8 iaitu "hari ini". Pagi tadi serasa mahu sahur, tapi serius tak larat. Badan rasa menggigil, tekak terasa mencucuk. Lemah longlai. Hanya mampu meneguk air masak bersama linangan air mata. Usai solat subuh, terus saya terbaring lemah sehingga tengahari. Nak pergi klinik tak larat.
Kiranya sepanjang harini saya hanya berada diatas katil. Langsung tak buat sebarang kerja rumah mahupun sekolah. Bila hari beransur petang, bonda menasihatkan untuk pergi ke klinik dan ambil MC. Malangnya, MC tak dapat diberi, kerana langit petang sudah lama menampakkan diri. Doktor kata MC hanya waktu pagi, dalam benak saya, 'kenapa waktu pagi sahaja...?'
Selepas berbuka puasa, saya pergi klinik swasta. Dengan not RM10, saya diberi MC. Kalau diikutkan, sehelai kertas harganya mencecah RM10? Relakan sahaja.
Doakan saya diberi kekuatan, esok terus bersemangat untuk mendidik anak bangsa.
Ok, jom lipat kain sambil dengar lagu Irfan Makki :D
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
9 Ramadhan 1432Hijrah, genap 8 hari berpuasa & 9 hari berterawikh.
Sebut pasal terawikh, Meru (tempatku) sekarang dah maju, surau pun ada air-cond. Dari luar terasa kedinginannya. Masjid pun baru nak pasang. Alhamdulillah semakin selesa. Tambahan, penampilan istimewa dimasjid As-Syariff Meru, pelbagai tokoh ilmuan antaranya Ustaz Riduan Mohd Nor, Imam Muda Asyraf, Imam Muda Hizbur, Ustaz Zahazan dan ramai lagi ilmuan hebat!
Alhamdulillah, saya berkesempatan mendengar tazkirah Ustaz Riduan, beliau diantara tokoh yang saya kagumi, bicaranya selalu berintikan seerah nabawiyah, memang terbaik. Seingat saya saya pernah mendengar ceramah beliau semasa di universiti dulu. Manthop :D
Berbicara mengenai tugasan harian sebagai warga pendidik dibulan ramadhan, kerjanya sedikit mencabar. Keletihan kalini sedikit berbeda. Jadual hari isnin paling mencabar, saya diberi tugasan mengajar 4 kelas dalam satu hari, setiap kelas satu jam mengajar. Kerja bermula 12.30tengahari-5.30petang.
Berbanding bulan lain, 3 jam satu hari (6 masa) mengajar pun adakalanya cukup penat. Inikan pula 8 masa (Jadual anjal). Tetapi itu bukan penghalang. Ini adalah satu jihad. Guru yang menyampaikan ilmunya adalah jihad dan murid yang menuntut ilmu juga jihad.
Seringkali anak murid saya mengeluh..
"cikgu, penat la.."
"cikgu..haus.."
"cikgu, kalau kita tak belajar harini boleh tak?"
Saya membawakan kisah seerah nabi. Bagaimana umat islam boleh menang dalam Perang Badar waima mereka berpuasa? Kita hanya membawa pensel dan buku untuk berjihad, mereka dengan panas terik mengangkat senjata yang sangat berat tetapi boleh menang?
Bercakap mengenai P & P, pendapat saya [yang kerdil lagi hina dina ni], kelas bukanlah sebagai menyampaikan silibus semata-mata. Cikgu masuk kelas, bunyi loceng keluar kelas, pastu tunggu tarikh keramat 25haribulan setiap bulan! OMG, tak berkembang anak2 murid kita nanti cik jah oii. Saya cuba sedaya upaya kadang2 tidak menyampaikan 100% apa yang terkandung dalam teks. Saya cuba bawa mereka berlayar memandang dunia luar, dunia yang semakin mencabar. Kaitkan dengan islam, aplikasikan apa yang dibelajar dan berfikir diluar dimensi.
Kendatipun begitu, se'semangat' manapun kita, berkobar-kobar nak ajar ni, tak sabar nak jumpa anak murid .........tiba2 anak murid?? kadang-kadang sikap mereka sangat menyedihkan+mengecewakan. Hilang segala semangat. Punah segala impian. Patutlah orang kata cikgu itu mulia, perlu banyak berkorban. Jangan berkorban sampai terkorban sudah.
Saya masih mentah dalam bidang pendidikan ni. Baru 1 tahun 2 bulan, kalau budak tu orang kata baru nak merangkak. Begitu jugalah saya. Saya cintai bidang ini, doakan saya agar terus tetap istiqomah.
Sempat juga saya mencoretkan sedikit warna disini. Hanya kelabu samar.
Rindu sewaktu aktif menulis dolu-dolu :D Ceritanya berkisar tentang sabtu. Sabtu? yer, sabtu, saturday, السبت.
Sejak akhir-akhir ni, hari sabtu seringkali dipenuhi pelbagai aktiviti sekolah.
18/06/2011: Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) 25/06/2011: Kejohanan Sukan & Balapan 02/07/2011: 1 Murid 1 Sukan 09/07/2011: Hari Bertemu Pelanggan (Report card)
Tapi saya gembira sangat, lega rasanya, kalini saya wajib & mesti pergi! 15/07/2011 (sabtu) yang saya sangat tertunggu-tunggu. Hampir setahun penantian. Selalu tertangguh, seringkali banyak dugaan menghalang. Kendatipun berkalang gundah disekolah, semangat membara untuk pergi kalini sedikit berbeza.
Sabtu yang dimaksudkan adalah bersama 'bocah-bocah' orang asli. Dakwah. Hampir masuk tahun ke-4. Untuk bulan julai ini, matlamat utama adalah untuk mengajar mereka bagaimana menguruskan jenazah yang diajarin Islam. Pasti berbeza. Fardhu Kifayah menjadi topik kalini. Selalunya kami hanya mengajar mereka bagaimana bersolat dan mengambil wudhu' :D
Kangennya pada anak-anak kecil asli di Sg. Siput hanya DIA yang tahu. Kasihan mereka. Mereka seringkali menelefon saya. Semoga Allah memelihara mereka, sesungguhnya kak ira sangat merindui kalian T_T
Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa terutama yang tersayang, Allahyarham Ahmad Azam Mohamed Salleh, ayanda terchenta, Alfatihah. Read More :D
Tiba-tiba mengada nak bercerita (tak menarik pungg..)
Untuk bulan 12 ni,
Kerja: Bulan 12 ni anak-anak murid cuti macam biasa la, jadi kami tak mengajar. Kami dipertanggungjawabkan untuk mengemaskinikan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT). Sampai sekarang tak siap lagi -_-' Saya kurang berminat berkerja dengan mesin, saya suka bekerja dengan manusia walaupun kadang-kadang banyak songeh : p Kerja bermula jam 8.00pagi-12.00 tengahari~
Tuisyen: Alhamdulillah, bulan ni saya mengajar 3 orang berbanding 2 orang dibulan 11. Jadi, pendapatannya lebih sikit. Pengajarannya bermula sekitar 7.45malam-9.45malam. Subjek sains dan matematik tahun 5 & 6 menjadi pilihan mereka (mujur kepakaran saya). Secara jujurnya, saya ni memang tak pandai mengajar. Baru bergelar pendidik setahun jagung. Buktinya, haritu saya 'tak berapa nak sabar' dalam mendidik seorang anak murid ni. Memang tak patut kalau saya marah sebab budak tu tak tahu/tak berapa nak pandai, tapi kalau saya marah sebab budak tu malas, itu lain cerita. Cikgu Ira, Cikgu Ira, apa daaaaa... Kalau budak tu tak pandai, kita tetap kena sobar, sobar, sobarrrrrrr :)
Jadi, selain bekerja isnin-jumaat, hari sabtu ahad pasti dipenuhi pelbagai aktiviti diluar jangkaan~
Perkampungan Ilmu Solehah (8-12/12) Diberi kepercayaan untuk memegang AJK Disiplin dan fasilitator, program cuti sekolah kali ini adalah untuk mendidik jiwa anak bangsa khususan remaja muslimah. Program yang merupakan anjuran Nisa' Meru ini telah berlangsung di Kuang, Selangor selama 5 hari 4 malam.
Apa yang dapat saya simpulkan, remaja kita pada harini perlu kuatkan semangat dan jangan pernah bermimpi untuk bersenang lenang berada di zon selesa senantiasa! Sangat sedih memikirkan masalah ummat terutama kaum yang sejenis ku, hawa'. Moga adik-adikku seramai 40 orang itu walau tidak banyak yang dikutip, sedikit pun jadilah untuk mereka mendapat sesuatu yang berharga disana. Allahuma amen.
Alhamdulillah, saya juga diberikan kepercayaan untuk menjadi pencemarah bagi slot 'Who Am I?' :) Saya jarang jadi penceramah sebab selalunya hanya di belakang tabir sahaja, tapi apa salahnya mencuba, jadi saya menerima lamaran tersebut :) Yang kurang syoknya disana, muka saya habis terbakar, kerana selama 5 hari disana, saya berenang 2 jam untuk setiap hari! Jumlah keseluruhannya +- 10 jam jugaklah. Jadi, sesiapa yang berjumpa saya sekitar bulan 12 ni, buat-buat tak nampak muka saya yang 'cerah' ni. Hohoho..
- Berjalan santai bersama famili (17-18/12) Alhamdulillah, minggu ini bersama famili kembangan sebelah ayah melawat ke Melaka Bandaraya Sejarah. Selama 2 hari 1 malam, kami menginap di rumah kakakku yang memang menetap di Melaka. Hari pertama kami makan petang di restoren tepi laut, fuhhh.. banyak makanan lebih. Semua jenis makanan laut ada, ikan, sotong, udang, siput, memang tak habis. Tidak termasuk lagi dengan air durian belanda dan air kelapa yang perggggghh ;)
Kemudian, kami singgah di Hotel berdekatan untuk merehatkan minda sambil menikmati hot chocolate. Selepas itu, kami menaiki bot untuk menenangkan jiwa sambil menghayati keindahan sungai (tapi bau macam air longkang sikit, kwang2).
Hari kedua, kami menikmati sarapan di sebuah gerai yang nampak agak terpencil. Nampak tersorok gitu. Sekali bila makan, fuhhh, memang sodap! Kari kepala ikan sahaja sudah mencecah RM 35. Roti canai cicah kari. Itu belum masuk roti canai telur, nasi lemak yang ada sayur-sayuran dan air horlick yang meleleh~
Destinasi terakhir, kami ke Pusat Bowling Melaka. Cadang nak main bowling, tapi ada pertandingan pula disitu. Tak pasal-pasal kami jadi penonton tak rasmi. Begitulah serba sedikit ceritanya.
Ziarah ke rumah K.Jannah (19/12) Alhamdulillah, saya bersama sahabat seperjuangan dari Komuniti Teman Inteam (KTI) mengambil ruang dan peluang hujung minggu untuk menziarahi ke rumah isteri allahyarham Ustaz Asri Rabbani. Kedatangan kami yang merupakan kali ke-2 ini memberikan 1001 kegembiraan kepada K.Jannah, jelas terpancar sinar kebahagian dimuka beliau :) Kemudian, kami mengambil sedikit kesempatan yang ada untuk ke UPSI, bagi memenuhi hajat sahabat kami yang merupakan mahasiswa UPSI :)
banyak aktiviti sebenarnya bulan 12 ni, saya hanya memasukkan sebahagian sahaja :)
*******************************************
sedikit selingan,
(24/12) kami menyambut hari lahir bonda ku yang terchinta, juga adikku wajihah :)
('perasaan' rajin menulis akan datang bila dah tak tahu nak buat apa depan komputer ;p)
Waduh-waduh, rajin pula menulis di blog kesayangan (sangat sayang ;p) akhir-akhir ni. Bukan apa, bila dah cuti sekolah, memang rumah menjadi hotel saya setiap hari. Tapi, nama sahaja cuti sekolah, tapi kaki ni bergerak juga ke seantero tempat. Memang tak sempat rehat.
14/11 - Ahad Hari Kecemerlangan Murid Sekolah Islam Al-Farabi (SIF) Meru :)
15/11 - Isnin Sebaik sahaja habis Hari Kecemerlangan murid, depa asyik tanya...
"cikgu, bila nak pergi Wetworld?"
Hampir setiap hari ketika saat-saat akhir persekolahan, mereka selalu tanya. Naik letih cikgu ira nak jawab. Tapi budak-budak memang semangat, cikgunya sahaja yang kurang semangat ~haih, bosannya pergi Wetworld (._.) Seingat saya, terakhir saya pergi sana 10 tahun lepas kot~
Dek kerana sayang, bawa la juga mereka-mereka yang 'terlebih aktif' ni, bukan apa, anak murid tahun 4 pandai juga, saya kan guru kelas yang baik (uwekkk, perasan..... :p)
Tapi saya tak bawa mereka hari isnin, sebab letih Hari Kecemerlangan masih terasa.
16/11 - Selasa Wetworld time! Bergembira bersama anak-anak muridku, yeeehaaaa :)
Balik dari Wetworld, malam tu terus main masak-masak. Bonda mengamanahkan ku untuk memasak Ayam Halia Cikgu (klik disini) (resepi sendiri ni, ha3). Apalagi, campak-campak sahaja apa yang patut dicampak dalam kuali tu.
17/11 - Rabu Hari Raya 'Eidul Adha.
Terlepas solat sunat raya, sampai-sampai kat masjid, orang semua dah keluar masjid, wah sedehnya, tengok lembu sahaja la (._.')
Hari ini sangat istimewa, bonda buat rumah terbuka, laukku menjadi hidangan untuk famili tercinta ;) Tambah menggembirakan, ramai anak muridku datang, antaranya, ada dua orang tu yang sangat bertuah, depa orang pertama yang sampai, dan juga orang terakhir yang balik.
Sangat memenuhi undangan betul depa ni, dari 11.00 pagi - 5.00 petang, setia duduk di teratakku, tak jemu-jemu, tak keluh kesah. Siap basuh pinggan lagi, terima kasih Irfan & Imrhan. Mereka ni sebenarnya, kumpulan nasyid sekolah, sangat pandai dan berbakat :) Video bawah ni, masa awal tahun, suara belum pecah lagi, sekarang suara lagi manthop :) Mereka berdua yang pegang mic, penyanyi solo la katakan :)
pasti saya akan rindukan nyayian depa, sangat berbakat :)
18/11 - Khamis Sambung kemas rumah, biasa la, kalau buat rumah terbuka.
Sekarang bibik sudah pulang indonesia, jadi saya sekarang telah bergelar 'suri rumah tangga' yang kurang berjaya..ehehe :)
19/11 - Jumaat Hari ini, mak lang ajak ke rumah, untuk persediaan sepupuku kahwin. Jadi kami tolong buat doorgift.
Alhamdulillah, diriku sempat sekali lagi untuk memasak Ayam Halia Cikgu, waduh, sangat terharu apabila diberikan kepercayaan untuk memasak. Mak lang sangat pandai masak, jadi macam terasa sangat segan, takut-takut tak 'kaw-kaw'. Alhamdulillah, semuanya ok. Ok yer cikgu! manthop :)
20/11 - Sabtu Ini adalah tarikh penting sepupu ku, tahniah diucapkan, kerana mereka telah selamat semuanya, selamat pengantin baru :)
Tapi, mintak maaf sangat-sangat, tak dapat pula merealisasikan impian untuk bersama keluarga, maaf yer pengantin.
Sebenarnya, hari ini ada Kursus Pergurunan yakni perkongsian ilmu anjuran Majlis Permuafakatan PIBG (MPPIBG) & Kerajaan Negeri Selangor.
Jadi, sebagai guru yang sangat mentah, saya mengambil peluang untuk ke sana selama 2 hari malam bertempat di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Sepang. Untuk menimba pengalaman, saya harus mengutip sebanyak mungkin mutiara yang jarang-jarang ada ni.
Cerita yang tak berapa nak menarik ni, kami terlepas sampai ke airport,waduh-waduh.. siap lalu dekat laluan nak masuk..ha3
akhirnya, sampai jua ke destinasi, alhamdulillah :)
21/11 - Ahad Kursus guru ni selama 2 hari dan hari ini hari terakhir.
Sangat manthop kursus ni, susah nak gambarkan, perfect! :)
Buat pertama kali diriku memandu sejauh 200km dalam masa 2 hari, biasa la, saya budak baru belajar bawa kereta ;p (padahal lepas SPM terus ambil lesen, dah 5 tahun kot ^^!)
Malam tu baru nak 'terhegeh-hegeh' hafal itu dan ini, sebab esok nak temuduga.
22/11 - Isnin Hari yang sangat penting bagi saya.
Temuduga bagi posisi Guru Sandaran Tidak Terlatih. Saya dah bercoleteh panjang, sila lihat topik Soalan GSTT 2010 (klik disini).
23/11 - Selasa Kembali menjadi suri rumah yang tak berapa nak berjaya ;p
-T.A.M.A.T-
Tadi, Ustaz Wahab ajak pergi Kg Sg Siput, Perak khamis dan jumaat ni untuk ziarah dan pengislaman orang asli, wah.. berjalan tanpa henti lagi saya nampaknya. Tak duduk diam sungguh cikgu ni..
SOALAN GSTT 2010 (sila jangan bosan untuk membaca sampai habis :p)
Wah, tajuk macam gempak tapi sedikit skema ^^,
Sebenarnya, ada niat tertentu kenapa letak tajuk macam tu, senang untuk mereka dimasa hadapan untuk mencari soalan-soalan lazim bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) bagi menghadapi soalan nanti :)
Alhamdulillah, ditakdirkan Allah, dapat surat dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), untuk menghadirkan diri untuk temuduga GSTT pagi tadi. Sebenarnya, saya baru balik dari Kursus Guru di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang anjuran Majlis Permuafakatan PIBG (MPPIBG) & Kerajaan Negeri Selangor. Jadi kelam kabut juga la.
Malam tu juga saya baru 'terhegeh-hegeh' nak hafal:
- Nama-nama Menteri - Falsafah Pendidikan Negara - Falsafah Guru - Akta Pendidikan - NKRA - dan pelbagai akta yang lain
Alhamdulillah, dikurniakan ibu yang merupakan guru senior, banyak juga pesanan dari beliau, sokongan dan dorongan yang begitu padu sekali. Alhamdulillah.
Dengan keletihan baru balik kursus, pertama kali memandu lebih 200km dalam masa dua hari, tapi kuatkan diri juga nak hafal semuanya. Bila bosan, sambil-sambil tu buka tv.
Sangat terkejut! Lee Chong Wei VS Lin Dan untuk peringkat akhir badminton sukan Asia, kenapa diriku tak tahu!
Waduh-waduh, terus terpaku depan tv, tapi nota-nota tu masih ditangan la, setia menemani ;p apabila Chong Wei macam dapat mata, terus semangat hafal semua akta-akta pendidikan tu, bila Lin Dan dapat mata, terus lemah longlai.
Tahniah kepada Lin Dan :)
Ok, berbalik pada tajuk asal, pagi-pagi pada hari ini 22/11/10, ibuku menghantar ke Pusat Kegiatan Guru (PKG) di Sekolah Jalan Meru untuk sesi temuduga. Saya orang ke-22. Dalam 3 jam juga la berdiri duduk berdiri duduk, sambil-sambil tu belek-belek nota, berborak dengan orang lain, soalan-soalan yang bakal ditanya, punyalah semangat hafal NKRA, pendidikan, itu-ini, bla-bla....
Sangat berdebar, apabila saya 'godek-godek' mereka yang telah ditemuduga, antara soalan yang mereka tanya:
- Pertubuhan Malaysia (Oh ^^!) - Labour Laws (Undang-undang buruh!) - Rukun Negara (kalau tak hafal, tak tau nak kata) - Rukun Iman (istimewa betul orang yang dapat soalan ni) - Kaitan antara bidang yang diambil di Universiti dengan perguruan
dan banyak juga la yang mereka hanya suruh terangkan diri sendiri, yang menarik tu, kena cakap dalam bahasa inggeris :) tapi tiada paksaan, boleh pilih samada bahasa melayu atau sebaliknya.
ha, untuk saya pula, adoi....
soalan yang mereka tanya, sama juga dengan yang lain, 'explain yourself '
saya memang dah praktis awal-awal bab-bab perkenalkan diri sendiri ;)
bila saya cakap,
"my hobbies are reading, listening to music and surfing internet"
terus dia tanya,
" you like listening to music, so, what is your favourite artist? Maher Zain?"
"yes"
"can u sing it one of the Maher Zain's song?"
"......................"
saya terus tergelak, ya allah, kena nyanyi???
saya pun nyayi la for the rest of my life, oh sangat hampeh rasanya, saya nyanyi dalam satu rangkap sahaja.
Kemudian dia suruh sambung, dalam hati ni, 'mak ai, kena nyayi lagi..adoi la'
saya kata,
"lagu barakallah boleh?"
dia kata
"ok, teruskan"
sekali, tak terkeluar suara pun, sangatlah segan, allah yang tahu macam mana tebal sangat muka ni.
dia kata,
"nak jadi cikgu tak boleh segan, cikgu mesti yakin, awak kan guru nasyid, mesti boleh"
oh, sangat malu ketika itu..
jadi, apa pengajaran yang kita dapat dari kisah yang tak berapa nak menarik ni? ...ting tong..
cikgu nadirah, cikgu nadirah...
punyalah hafal AKTA-AKTA semua bagai nak rak, sekali suruh nyayi jer??? kalau tahu, dah praktis awal-awal lagu for the rest of my life, sekarang tengah hafal ni lagu-lagu Maher Zain, kot-kot nanti temuduga lain, kena tanya lagi..ha3
cuma apa yang boleh saya kata, rezeki masing-masing la, kalau dapat soalan susah-susah, redha la, kalau dapat rukun iman, alhamdulillah, tapi kalau suruh nyayi? oh....
Nak bagi kata-kata akhir ni, bagi mereka yang nak memohon GSTT, bolehlah muat turun borang di internet. Tapi, sekarang lagi canggih, terus sahaja isi di http://ekgsk.com/gstt/v2/index.php , tapi sekarang permohonan dah tutup, boleh cuba tahun depa insyaallah :)
Alhamdulillah, tanggal 24 October 2010, genaplah umur saya yang ke-22 :) Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang mendoakan :)
Tahun ni yang paling istimewa. Dapat hadiah yang sangatlah banyak. Dari hari guru bulan 5 - hari lahir bulan 10, hampir setiap hari, ada sahaja buah tangah dari anak-anak Al-Farabi :)
Antara sebahagian hadiah, yang lain tak sempat nak masukkan :)
Ini pula kad yang paling besar pernah saya terima. Manilakad terus! Siap ucapan 'Selamat Hari Raya Aidil Adha'
Manilad ke-2
Manilakad ke-3
Dan ini yang paling istimewa, hadiah dari anak murid kesayanganku :)
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
14 Sya'aban 1431 Hijrah
Semakin hampir umat islam diseantero dunia untuk mengecapi nikmat Ramadhanul Kareem. Tidak sabar rasanya untuk bertemu dengan bulan yang penuh barakah ini. Bagaimana yer rasanya menyambut bulan itu tika diri ini bergelar seorang pendidik? Tentu ada sedikit berbeza dengan tahun sudah :)
Ok, disini saya ingin berkongsi sedikit tips bagaimana untuk menyambut Ramadhan hasil dari pembacaan saya yang lepas.
1- Berdoa kepada Allah swt agar kita didalam keadaan sihat. Dengan keadaan sihat, kita boleh melaksanakan ibadah secara maksimal: puasa, shalat, tilawah & lain-lain.
2- Pujilah Allah swt.
3- Bergembira dengan datangannya bulan Ramadhan.
4- Rancangkan agenda kegiatan harian untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat, oleh itu isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga.
5- Kuatkan azam, bulatkan tekad untuk mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan.
6- Fahami fiqh Ramadhan. Setiap mukmin wajib hukumnya beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar amaliyah Ramadhan kita benar dan diterima oleh Allah swt. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahu.” Al-Anbiyaa’ ayat 7.
7- Buatlah persediaan untuk qalbu dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs (pembersihan jiwa). Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa.
8- Tinggalkan dosa dan maksiat. Isi Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih.
Akhir kalam, saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhanul Kareem kepada pengunjung setia bingkisaNurani.blogspot (perasan sungguh ^^!)
Semoga Allah swt memanjangkan umur kita sehingga berjumpa dengan Ramadhan. Dan selamat meraih kebaikan-kebaikannya. Amin ya Rabbana. Wallahu a’lam.
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Apa yang terbengkalai?
Saat ini ana berada di rumah tercinta bersama bonda yang dikasihi ^^,
Kalau ikutkan hati, tak nak balik rumah selagi projek ilmiah tahun akhir belum siap. Tetapi memandangkan supervisor & second reader belum siap periksa, ana terpaksa batalkan niat itu. Minggu depan kena balik UPM balik. Memang menguji kesabaran -_-
Apepun, alhamdulillah, kini ana telah menamatkan program Bacelor Sains (Kepujian) - Matematik. Hampir 3 tahun berada di bumi hijau UPM. Sangat pantas masa berlalu ^^,
Kenangan yang tak boleh dilupakan semasa peperiksaan terakhir:-
MTH 4604: Tertinggal kalkulator! nasib baik tumpang motor kawan, boleh patah balik~
MTH 4800: Kurang 40 minit sebelum exam, baru bangun dari tidur!!! Kelam kabut bangat~
MTH 4102: Tangan terketar-ketar jawab exam sebab tak makan + tidur tak cukup
FEM 3301: Takda kenangan ;p
Ingat bulan Mei ni nak kerja. Tapi semua tu masih dalam perancangan bersama sahabat sepengajian di UPM, lin~
Moga Allah memepermudahkan urusan kita semua. Amen.
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tinggal beberapa hari lagi sebelum tahun baru. Salam 2010 ^^! Jom berhijrah kearah yang lebih baik. Ha, lusa dah naik UPM = sem akhir. Dengar cerita, bilik yang bakal ana menginap sem depan, wireless tak dapat (maksudnya nak suruh tumpu study). Fokus, fokus dan fokus. Doakan ana deh~
Entri kali ni 'sedikit' berbeza. Semenjak dua menjak (sebenarnya dop tahu 'dah berapa menjak' ;p), suka pula ana tengok video. Banyak sebenarnya yang menarik, tapi kita tengok apa yang ada yer.
Pilihan yang ada:
1- Download terus ATAU 2- Biar sampai habis, kemudian replay. (Biarkan dalam keadaan senyap, bila nak replay, baru 'buka balik suara'. Sambil-sambil tu, dengar lagu lain dulu deh ;p) .: Solatlah Walau Dimana Anda Berada :. (...prayed yet?)
.: Amazing Quran Recitation :. (Bagus sangat kalau hayati ayat quran tersebut)
.: Petua Mendapat Pasangan :. (Kat UPM tapi time tu den dop masuk UPM lagi ^^! Ada 14 siri)
.: Lawak Selamba UNIC & Pelajar SMIH :. (Adoiiiii3 la ^^!)
.: Hang Tuah Gagal SPM? :. (Video yang diolah. Sabar je la ^^!)
.: Maher Zain - Thank You Allah :. (Ana rasa semua orang suka lagu dia ^^)
.: Cinta Pertama - Far East :. (Ni antara video yang paling ana suka, manthop benar vokal Naim)
.: Takhta Bonda - Arebuddy :. (Kawan suka lagu ni, jadi letak je kat entri kali ni ;p)
Hijrah Album : Berjalan Melihat Mentafsir Munsyid : NowSeeHeart http://liriknasyid.com
Dingin malam Menusuk tulang insan Nan kesejukan dan ketakutan Resah yang dibalut kegelisahan Mengiringi suatu perjalanan Meninggalkan kota penuh kegelapan Menuju ke kota cahaya Kebenaran
Bermulalah hijrah yang agung Pengorbanan insan tak ternilai Harga kepayahan kesusahan Menempuh dugaan dan rintangan Dalam kehidupan
Mereka tak punya apa Harta sanak saudara Tetapi mereka percaya Hanya janji Rasulnya Suraqah mengejar Ingin merebut dinar yang dijanjikan Allah melindungi Perjalanan kekasihnya yang tercinta
Inilah sebuah hijrah yang agung
Debaran, debaran, debaran Hijrah ke Kota Cahaya...
Gua Thur menjadi saksi Hijrah kekasih Allah Merpati menjadi saksi Hijrah kekasih Allah Lelabah menjadi saksi Hijrah kekasih Allah
Lagu: Mujahid Abdul Wahab Lirik: Jeff Hazimin Jaafar Hakcipta Lagu & Lirik: Gurindam Cipta Album : Berjalan Melihat Mentafsir
bingkisaNurani: Alfatihah diucapkan kepada adik Muhammad Hazmirul Hasrul (AEMAN) diatas pemergiannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Allahumma amen.
Aku datang ya Allah, aku datang memenuhi panggilan-Mu; Aku datang, tiada sekutu bagi-Mu, aku datang; Sesungguhnya segala pujian, segala kenikmatan, dan seluruh kerajaan, adalah milik Engkau; tiada sekutu bagi-Mu.
Sedikit perkongsian :)
Ibadat Haji- Rukun Islam kelima,kemuncak pengibadatan kita kepada Allah SWT. Didalam Al-Quran, (Surah Al-Hajj) yang tiada pada ibadat-ibadat lainnya, perhimpunan tahunan terbesar ummat Islam & tanda pengorbanan kita.
Dikesempatan ini, ana ingin mengucapkan Salam 'Eidul Adha buat semua umat islam diseantero dunia. Bagi mereka yang menunaikan haji, moga mendapat haji yang mabrur. Allahumma amen. ~Sedikit selingan, ma'ataufiq wannajah buat semua yang mengambil Sijil Penilaian Malaysia(SPM) harini khususan kepada adinda bongsu yang dikasihi, Mawaddah Ahmad Azam :)
"Ya Allah, terimalah & segerakanlah kami menjadi tetamuMu dalam ibadah Haji & Umrah sebagai menyempurnakan perintahMu, menziarahi BaitullahMu juga Maqam Rasulullah KekasihMu. Allahumma amen"
bingkisaNurani: Teringin nak ke Makkah tul mukarramah :)