Followers

Friday, March 20, 2009

::: Amal Wafa Enterprise :::

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

MENGUMUMKAN T-Shirt TERBARU AMAL WAFA!!
(afwan tak dapat upload gambar sebenar, siap by 10 April 2009)

~TEMPAHAN AWAL DIBUKA~







ciri2 baju adalah seperti berikut;

1) Cuff ada butang di tangan
2) Pesak di tepi baju dgn lining
3) Double line di bawah baju
4) Colar berbentuk V tidak tebal
5) Design disulam di bawah tepi baju sepenuhnya (gambar n perkataan)! bukan print lagi...tak yah takut tanggal ke ape..:)

Harga hanya RM38 sahaja - harga pasaran - cuff n bersulam - 40 ke atas!

Disampng 5 design sedia ada..RM 35 sahaja!

TERMA DAN SYARAT URUSNIAGA AMAL WAFA ENTERPRISE April 2009

A. Terma-terma:

• walk in
Pembelian tunai di premis kami (cash n carry)

• Tempahan (Order) :

1. tunai
- Membuat tempahan dengan mengisi Borang tempahan/sms/email.
- Tempahan boleh diambil/dihantar setelah pelanggan mendeposit jumlah keseluruhan tempahan.

* Diskaun Pembelian secara tunai untuk t- shirt kategori A (RM 35 sehelai):
10 hingga 29 helai : -RM3 (RM32sehelai)
30 hingga 49 helai: -RM5 (RM30 sehelai)
50 helai ke atas : -RM7 (RM28 sehelai)

Diskaun Pembelian secara tunai untuk t- shirt kategori B (RM 38 sehelai):
10 hingga 29 helai : -RM3 (RM35 sehelai)
30 hingga 49 helai: -RM5 (RM33 sehelai)
50 helai ke atas : -RM6 (RM32 sehelai)

• Consignment
- Ambilan baju untuk jualan dalam tempoh tertentu yang kurang dari 14 hari dari tarikh consignment dikeluarkan.
- Consignment terhad sebanyak 100 helai baju sahaja selagi stok masih ada
- Deposit sekuriti 30% dari nilai consignment.
* Diskaun Pembelian secara consignment sama seperti tunai.

B : Nota/perhatian :

• Caj kos penghantaran.
Kadar Sem. Malaysia:
-1-5 helai pertama RM5.00
Tambahan helai berikutnya mengikut kadar sebenar pos Malaysia.
Kadar Sabah/S’wak:
-1-5 helai pertama RM10.00
Tambahan helai berikutnya mengikut kadar seebnarnya pos Malaysia
Luar Negara:
Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
• Harga jualan kami adalah sebagaimana yang tertera di dalam katalog rasmi keluaran, Amal Wafa tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kenaikan atau pengurangan harga oleh mana-mana pihak yang menjual produk kami.

bingkisaNurani:
den pun nak gak..tapi free la..kui3 :)



Read More :D

Thursday, March 12, 2009

~ Karamah Mujahideen di Gaza ~

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Saudara,

Ghaza masih dalam kepungan
Hari ini hidup kita selesa
Kita lupa pada mereka
Kita lupa penderitaan mereka
Kita lupa anak-anak mereka
Kita lupa isteri-isteri mereka
Kita telah mengepung mereka
Sebelum musuh mengepung mereka
Mereka di jauhi oleh saudara yang dekat dan jauh
Seolah-olah mereka bukan sebahagian daripada kita
Seolah-olah mereka bukan saudara kita
Seolah-olah mereka bukan seagama dengan kita

Saudara,

Darah mereka adalah darah kita
Kehormatan mereka adalah kehormatan kita
Derita mereka adalah derita kita

Dimanakah ulama kita
Dimanakah aktivis kita
Dimanakah Dato’ menteri kita

Ayuh
Kita bangkit membantu mereka
Menghulurkan apa yang ada pada kita
Sama-sama kita munajat
Mendoakan kemenangan mereka
Sama ada menang atau syahid

Ya Allah
Bantulah kami mengalahkan golongan yang zalim dan munafik
Bantulah kami mengalahkan Yahudi yang celaka dan penyokong-penyokongnya
Ya Allah, Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Gagah
Ya Allah, Engkaulah pelindung orang-orang yang lemah

Amin.. Ya Rabba al-Alamin

غـــــــزة

في غزة إخوان لنا ما زالوا يعانون حصارا خانقا مرا،غفلنا عنهم وغفلتنا أكبر عن مرضاهم وأطفالهم ونسائهم . حاصرهم الصديق قبل العدو، خنقهم القريب والبعيد وكأنهم ليسوا منا أو من أبناء جلدتنا أو ينتمون لعقيدتنا وأعراضهم أعراضنا ومريضهم مريضنا. علماءنا شيوخنا الأفاضل نسألكم صحوة ودعوة لنصرة المستضعفين في غزة فحتى الحج منعوهم منه فرج الله عنهم الكربات وجعل فيها لهم تقربا لرب الأرض والسماوات...اللهم عليك بالمنافقين الظالمين واليهود الملاعين ومن عاونهم يا قاهر يا قوي يا متين يا ولي المستضعفين


Perang di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu ke arah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia.

Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya:

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan di bahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.


4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor di setiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Selepas suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa DIa adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu." (Fussilat:52).

Sumber:
http://ismaweb.net/v2/index.php
http://inijalanku.wordpress.com/

bingkisaNurani:
PALESTINE tetap dihati :)



Read More :D

Monday, March 09, 2009

Album Inteam Reunited + Peleket Kereta KTI

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Lama benar den x jenguk blog sendiri. Rupa2nyer wireless yg ana guna skrang (Uspot UPM), die susah sket nak bukak blogspot, tapi website lain sume blh..pening den camni, susah la nak update blog..aiyya! jadi, kalo lame ana x update blog, faham2 la yer..tq

Ok, kita tinggalkan cita blog yg x sudah..

Alhamdulillah, Inteam terus mengorak langkah mereka dengan menghasilkan album kelapan mereka berjudul ALLAHU RABBI. Atas permintaan ramai, album istimewa ini turut menampilkan Suhaimi dan Hisyam yang merupakan anggota asal kumpulan Inteam. Terdapat 10 buah lagu yang pasti hits iaitu:

+ 01 Allahu Rabbi

+ 02 Hamzah Asadullah

+ 03 Hanya Takdir (dedikasi untuk Palestin)

+ 04 Dia Muhammad

+ 05 Kepastian

+ 06 Kemuliaan Al Quran

+ 07 Asy Syafie (duet bersama Ustaz Tahassan)

+ 08 Redha

+ 09 Asma Allah

+ 10 Kasih Sayang (duet bersama Ustaz Asri Rabbani)


Alhamdulillah, ana telah mendapatkannya. Bagi sahabat2 yg nak beli, antum blh beli di kedai2 ataupun secara on9. Untuk on9, layari www.inteam.com.my, dan disitu diterangkan secara detail.

Untuk Pelekat Kereta, Komuniti Teman Inteam (KTI) dengan kerjasama Inteam Records Sdn Bhd (IRSB) telah mengeluarkan produk terbaru Pelekat Kereta FREE PALESTINE. Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan produk ini, boleh berhubung dengan saudara presiden KTI, Husaini (013-3005038). Harga bagi setiap pelekat kereta ini hanya RM10.00 sekeping.



bingkisaNurani:
Ana dah dapatkan album + pelekat
Nak tempah n beli kat ana pun blh :)



Read More :D

Wednesday, March 04, 2009

::. Dimensi Kesenian Islam II .::

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Satu program anjuran ISIUKM dgn kerjasama NasyidFM Entertainment dan Aman Palestin Berhad akan menganjurkan sebuah Konsert Amal Malam Inspirasi Seni Islam maklumat mengenai konsert adalah seperti berikut :

Lokasi : DECTAR UKM
Hari : Sabtu
Tarikh : 21 March 2009 / 24 Rabiul Awal 1430Hijrah
Masa : 8.00 Malam
Tiket : RM 6
Artis : Nice, Devotees, Far East, Inteam
Slogan : Keamanan Sejagat
Blog: http://dki2isiukm.blogspot.com/

Untuk pertanyaan lanjut dan untuk tempahan tiket anda boleh menghubungi :

Fikhry : ( 019 367 1003 )
Fauzana : ( 019 366 1089 )

Sebarang sumbangan untuk Tabung Gaza, Palestin boleh disumbangkan kepada :
Bank Islam

Nama Pemegang Akaun : Aman Palestin Berhad

No. Akaun : 1202 9010 0478 80

Maybank

Nama Pemegang Akaun : Aman Palestin Berhad

No. Akaun : 5622 6301 0787



bingkisaNurani:
nak beli tiket kat ana pun blh :)



Read More :D

Monday, March 02, 2009

I, Me & Myself :)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Syukran 'ala kulli buat smua pengunjung bingkisaNurani.blogspot yang sokmo singgah kat teratak ana yg dhoif ni..sebelum tu, ana nk mintak maaf lah kalo kurang posting kat blog ni dek keterbatasan masa (nadirah ni, ader jer alasan die..)


Syukran juga wat sume yg jadi followers n tidak jemu2 bagi comment kat setiap topic yg ade..terharu den..afwan atas segala kekurangan..rupa2nye, blog ana ni ade 2 version..1, version yg manthop (perasan la tu..). Version ni, background kanan, kiri, tengah sume kaler unggu n sume tulisan nampak dari kepala blog hingga kaki nyer (kui3) 2, Version yg kedua, (adoi, ni yg den lemah ni..) version ni buruk sekali rupe nyer..Disebelah kanan n kiri blog, background nyer kaler PUTIH tapi kat tengah2 blog kaler unggu..n ade certain tulisan x nampak..nape la jadi gini..confiuz btuii..jadi, kepada mereka2 yg tgk blog ni cam pelik jer, itu sume masalah tenet or template blog yg sedikit pening. 'Asif jiddan kalo antum rase blog ni kureng dek background yg sakit sket. Adoi, macam2 nadirah ni..

Ok, kite tinggalkan cerita BLOG yang sememangnyer pening kalo nak pk..kite cite bende lain naa..Erm, sejak 2 menjak ni, ana rase masa begitu cepat berlalu..nape yer? nak kata ana bz, x la bz pun..bukan nye MPP (aritu ade akak suh ana jd, tp dah terlewat cz dah tutup pencalonan, maaf la yer kak..), ataupun orang kuat kolej or Univ..bukan per, ana bz coz banyak program pagi petang siang malam..g sana sini..ade je aktiviti tanpa dirancang..pastu, terpaksa la den nek motor cz nak bergerak..skrang ni dah pandai nek motor tapi bonceng jerk la..aritu siap kne tegur lagi.."aik, ustazah pun nek motor ker" kui3...malu den org cakap camtu..ape2 jer la yer :)

Perjalanan di UPM..mmg banyak btul cabaran..tapi sume tu lumrah kehidupan..NADIRAH mesti kuat! itu lah suara hati ana..nak x nak, diriku mesti meneruskan kehidupan walau apepun terjadi..U can do it if u belive u can..insyaallah..Innallah ha ma'ana..dan alhamdulillah, ade juga yg menggembirakan..terlalu banyak sebenarnyer..alhamdulillah..syukur ya allah..

Alhamdulillah juga, aritu sempak gak balik umah..umah hampir 90% dah complete..syukur pada ALLAH, tidak putus2 memberi rezki pada usrati..windu gak pada anak sedara ku yg sgt2 la nakal..penat den nak jaga nyer..lagi2 wafa'..ha3..die la ketua kepada anak2 sedara ku yg len..dasyat benar..tapi, sabar jer la.."makcik, wafa' nak g taman mainan" tu jer la yg die pandai..then, ana pun bawak la depa g playground..ana pun main skali..kurus den..kwang2..kui3..adoi..

anak korea mane ni..kui3..wafa' mase umur setahun kot

Pasal konsert MANIS V, alhamdulillah, banyak gak sahabat2 yg nak tiket..den x tampal poster n edar flyers lagi..terharu den..tq2..tiket masih lagi dijual..sape cepat die dapat :)

Dalam bergembira juga, jangan lupe sahabat2 kite di luar sana. Ana menyeru sahabat2 sekelian untuk meneruskan boikot ISRAEL laknatullah n sekutunyer..SAVE GAZA! Khaibar2 ya yahud!!!


Tilte:Hayya Bil Jihad
Munsyeed: Brothers

هَيَّا بِا لْجِهَادِ

الى الأ مام يا أمة الإسلام
يارب انصردين الإسلام
على ألأ عا دىجملى يإكمال
ياإخوانى المسلمين هيا للقتال
اذكرالرحمن اذكرالرحيم
على الأ عا دى جملى بإكمال

هيايارجال هيّا بالجهاد
هيايارجال هيّا بالكفاح

عيش عزيزا أومت شهيدا
ولاتبالى للعدو... ولاتبالىللعدو
الله اكبر... الله اكبر... الله اكبر... هيّا بالجهاد

Ana permisi dulu...2 be continue.. :)

Tusbihu 'ala khair
Wa antum min ahlihi :)

Salamun salam :)

bingkisaNurani: Banyak btuii cita makcik ira ni..sabo jerk la



Read More :D
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails