Followers

Thursday, October 20, 2011

Kuala Mu 2011 - Episod 2


Bersambung episod 2. Kesinambungan dari episod 1.

Sangat sedih bila mengenangkan saya dan sahabat hutan lain bakal meninggalkan Kuala Mu.

"Entah bila la aku nak datang sini lagi, jangan setahun lagi sudah..." diriku bermonolog sepi.

Kami meneruskan perjalanan pulang dari Kuala Mu singgah sebentar ke Kg Bersah. Seperti biasa, Pak Hadu dan isteri, Ummi menunggu kami dengan ubi kayu mereka yang sangat lazat.

Selepas bersarapan, saya mengambil kesempatan untuk menikmati saat-saat terakhir bersama bocah-bocah terchenta. Seperti tahun lepas, permainan favourite saya adalah zero point dan lompat-lompat tali - sebenarnya tak ingat nama permainan tu, hoho~ Tali getah yang digunakan cukup hebat! mereka menggunakan batang ubi yang dicantaskan daunnya, natural gitu.

Sementara tunggu muslimin berbincang dengan Pak Hadu, kami muslimat mengagihkan jajan a.k.a biskut, kerepek, kuih raya kepada penduduk Kg. Bersah, ada yang malu-malu dan juga sebaliknya. Tapi yang bocah-bocah ni, sokmo la ikut kami pergi mana pun, kerumun sungguh haih (^^')

Fuad memberi sedikit rezeki yang diterima dari Pusat Zakat kepada warga asli disitu, yang bocah-bocah dapat RM2 seorang, yang dewasa saya tak pasti berapa :)

Selepas bersalaman dan bergambar, kami meneruskan perjalanan pulang ke jalan tar. Alhamdulillah, kendatipun pengembaraan pulang berdetak-detuk, langgar sana sini, segalanya masih berjalan lancar. Yang menariknya, dihutan pun kami ada R&R. R&R macam mana tu? kalau nak tahu, jom ikut saya trip yang berikutnya. Ada berani? hehehe..

KURANG SEJAM kami bakal sampai ke jalan tar. Tiba-tiba Hilux membelok ke kiri.

"Eh, nak mandi sungai ker muslimin ni?" diriku bermonolog lagi..

Muslimin mengambil kesempatan untuk bersuka ria disungai, muslimat berborak sambil makanggg-makanggg. Pakcik Man cukup pembersih orangnya, sampai Hilux yang dibawanya diterjunkan masuk ke sungai, cuba bayangkan? haha

Drama kegetiran bermula apabila Hilux Pakcik Man tersangkut dalam sungai. Waduh2, ingatkan pengembaraan kalini mudah kerana pergi dan pulang kesemua 4wheel tidak tersangkut dalam mana-mana lubang.

Nak dipendekkan cerita, muslimin pun bertungkus-lumus menaikkan Hilux tersebut. Sangat kagum dengan kerjasama yang ditunjukkan muslimin. Baru saya kenal 'alat-alat' yang digunakan depa untuk menyelesaikan 'masalah' tersebut. Tak ingat dah apa nama alat tu.. Selepas Hilux tersebut diselamatkan, sekali lagi Hilux tersebut dimandikan. Bertuah betuiii Pakcik Man ni.

Meneruskan perjalanan, akhirnya, sampai juga ;)

Selepas sampai di Masjid Felda Lasah, kami mengadakan sedikit khulasah dakwah orang asli Kuala Mu - Oktober 2011. Dan Pakcik Man belanja kami makanggg diwarung berdekatan + satey + keropok lekoq, juga ditaja oleh A.Marol.

Saya bersama K.Adzi terus memandu pulang ke Meru, Klang.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.




Berjumpa lagi KUALA MU diakan datang :'(

Read More :D

Tuesday, October 18, 2011

Kuala Mu 2011

Salam wbt.

Terima kasih kepada mereka yang sudi menjadi pengikut blog saya.

Ingat lagikah anda dengan Kuala Mu? Bagi mereka yang selalu menyelongkar blog saya, pasti tahu~

Alhamdulillah, selepas setahun tidak menjejakkan kaki ke Kuala Mu tercinta, tanggal 15/10/2011 tercatatlah sejarah insan yang bernama Nadirah menunaikan janji pada bocah-bocah orang asli. Rasa macam nak menangis pun ada. Adakah aku pentingkan diri-sendiri? Dunia. Dunia. Dunia. Asyik dunia je, bila masa untuk ummat?

Sungguh saya merasa terpanggil untuk bersama rakan seperjuangan hutan.


14/10/2011 (Jumaat)

"Ira, Kak Adzi dah sampai sekolah Ira.." mesej dari Kak Radziah KTI mematikan lamunanku. Langkah diatur terus ke pagar sekolah untuk menyambutnya.

Jam tepat 6.30pm. Diriku terus memecut laju ke Dengkil.

"Ira boleh bawak Viva pergi Sg. Siput?". Macam nak tercabut jantungku saat Fuad bertanya. Sebenarnya, saya sayang sangat Viva ni. Usianya baru menginjak setahun. Bila fikirkan balik, ini merupakan satu jihad, sampai bila nak jimat minyak, tol waima maintenance? Pada jalan Allah segalanya pasti mudah insyaallah (:

15/10/2011 (Sabtu)

Kami tiba di Masjid Felda Lasah sekitar 12.15tengah malam. Dalam benakku ketika itu adalah untuk melelahkan badan di masjid. Sangkaanku meleset, mesyuarat mukadimmah memutuskan untuk meneruskan perjalanan terus ke Kg Bersah. Diriku tersenyum, 'berehat' dalam 4wheel nampaknya (:

Kekuatan ekspidisi kalini adalah 17orang. 13 musliminn & 4 muslimat. Sudah menjadi kebiasaan bilangan muslimat hanya 25% atau kurang. Mungkin muslimat kurang gemar aktiviti lasak?

4wheel milik Pakcik Man sangat manthop. Mengikut perkiraanku, Hilux milik beliau merupakan antara kenderaan terselesa pernah ku naiki sepanjang ke Kampung Orang Asli. Teringat 'waktu dolu-dolu', saya menaiki 4wheel yang pintunya hampir tercabut, tiada cermin depan mahupun pintu belakang. Debu perjalanan sudah menjadi bedak muka yang menemani pengembaraan saat itu. Pelbagai binataang invertebrat yang menghinggap kami. Kepala terhantuk-hantuk pada bumbung, cermin tingkap, orang sebalah kanan, orang sebelah kiri dek jalan tanah merah+berlubang+lecak+selut. Sampai barang terjatuh dari bumbung 4wheel kerana hentakan kuat. Haha.. Memang mencabar!

Pak Hadu disamping Hilux milik Pakcik Man :)

Jam menunjukkan 5.00pagi. Kami tiba di Bersah dan merehatkan diri di dewan buluh a.k.a Hotel 5 Star (K.Adzi bagi gelaran). Kami tidak perlukan kipas mahupun penghawa dingin kerana suhu disini sangatlah sejuk (;

Pagi itu, semasa muslimin masih melelapkan mata, saya mengambil kesempatan untuk segera membersihkan diri. Seusai segalanya, saya terus mendekati anak-anak orang asli yang saya kira masih mengingati diriku walaupun samar-samar, manakan tidak, KAK IRA dan setahun kot tak jumpa depa (sedeh. sedeh. sedeh.)

Pak Hadu yang merupakan Penghulu Kampung Bersah mengajak kami untuk bersarapan dirumahnya. Beralaskan ubi goreng dan teh O, makanan yang dihidangkan merupakan menu utama mereka setiap waktu dan ketika! Itulah makanan rutin mereka. Ubi Kayu, ubi kayu, ubi kayu. Seingat saya, saya pernah sekali mencari ubi kayu bersama orang asli. Ya Allah, sangatlah tinggi bukitnya dan sangatlah penat! Susahnya mencari rezeki. Ubi kayu itu pula sangatlah berat, cuba bayangkan mereka panjat bukit, turun bukit bukan untuk sesuap nasi, tapi sesuap ubi kayu. Tiada dua, tiada pilihan, hanya UBI KAYU.

Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Mu, tidak sampai 1 KM dari Bersah.

Aktiviti pertama yang dibuat adalah menyiapakan surau/dewan untuk berteduh. Apa yang saya faham, dewan buluh tersebut sebelum ini telah siap, tetapi mereka robohkan? Mungkin kerana apabila kita jarang masuk, mereka merasakan dewan tersebut tidak perlu lagi. Walhal setiap bulan kami masuk sana, mungkin ini peringatan dari Allah supaya kami sentiasa beraktivis! dan melupakan hal-hal dunia.

Ketika muslimin sedang menyiapkan surau, kami muslimat sibik melayan bocah-bocah asli. Rindunya dengan gelagat mereka, serius! saya mengambil kesempatan untuk mengajar sifir, tambah dan tolak. Sangat kagum, otak mereka ligat berfikir semasa saya menanyakan soalan. Dikesempatan yang ada, selain menghiburkan mereka, saya sulami dengan ilmu pengetahuan (:

Selepas itu, kami bersiap untuk menyediakan juadah makanan tengahari. Sup ayam dan sambal kicap menjadi menu pilihan. Best wooo, masak dan makangggg dalam hutan (;

Kami dikejutkan dengan kedatangan Nek Teh Ngah. Secara fizikalnya, dia seperti bocah orang asli, tetapi umurnya sudah mengjangkau 50-60 tahun. Nek menceritakan semasa kecil dia mengalamai kecederaan menyebabkan tulang badannya patah dan saiznya seperti pelajar sekolah rendah. Simpati menerjah diriku tetapi personalitinya sangat menghiburkan!

Nek Teh Ngah bersama kami ;)

Petang itu pengagihan beras dan pakaian dijalankan. Mereka sangat gembira apabila bantuan sebegitu diberikan. Manakan tidak, kebanyakkan mereka tiada duit apatah lagi untuk menjamu makanan yang enak-enak, jauh panggang dari api.

Malam itu, kaum muslimin mengambil kesempatan untuk mengajar orang asli tentang islam. Alhamdulillah.

16/10/2011 (Ahad)

Pagi itu selesai solat subuh dan sarapan, kami bersiap sedia untuk berangkat pulang. Sejam sebelum pulang, saya mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan penduduk disitu. Saya juga bermain ayam musang dan nenek si bongkok tiga, haha, memang enjoy!

Berat hati untuk meninggalkan mereka, serasa nak terburai ayaq mata cek! bila lagi nak datang sini, hatiku diruntun sayu!

"Kak ira, nanti kirim salam dekat kak muna, abang salman, abang amir, kak nana dan semua lah.." sangat teruja apabila mereka masih mengingati nama-nama kami walaupun bertahun lamanya kami meninggalkan mereka. Ya, kak ira pasti akan datang lagi, insyaallah! janjiku pada mereka.






bersambung pada episod 2..ngeh..ngeh..ngeh ;)

Read More :D

Wednesday, October 12, 2011

Makaroni Bakar Roos



Salam wbt. Lama benar tak update blog. Sibuk dengan sekolah ---> alasan ;)

Kalini nak menyentuh topik ::dari dapur::

Sejak kebelakangan ni, famili saya rajin pula masak makaroni bakar. Bahannya mudah, memasaknya lagi mudah tetapi ongkosnya mahal bah ;D Jadi, saya namakan resepi kalini Makaroni Bakar Roos (bonda - ROOSmawaty)

Bahan-bahan:

1) 400 gram makaroni
2) 1 labu bawang putih
3) 2 labu bawang besar
4) 10 ekor udang/sotong
5) 250 gram daging cincang
6) Cili benggala berwarna warni
7) Cendawan (lagi banyak lagi so0dap)
8) 4 biji telur (dipukul kembang)
9) Keju parut (mozarella)
10)Minyak, marjerin & garam

*bagi yang suka pedas, boleh lah menambah serbuk kari.
bagi yang suka rasa lemak-lemak sikit, boleh lah menambah susu cair ;)

Cara-cara:

1. Rebus makaroni dengan sedikit minyak sehingga empuk & toskan.

2. Tumis bawang putih dan bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.

3. Kemudian masukan daging cincang. Kacau rata sehingga daging setengah masak.

4. Masukkan udang, sotong, cili benggala dan cendawan.

5. Masukkan susu cair dan garam. (nak sedap lagi, tambah 'secukup rasa')

6. Masukan makaroni dan kacau sehingga mendidih.

7. Tutup api. Tuangkan telur keatas makaroni.

7. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu marjerin.

8. Taburkan keju. Bakar selama 180 C (30 minit}

9. Selepas siap dibakar, tuangkan sos cili dan mayonis, pasti soooodap ;)

selamat mencuba!!! ^_~


Read More :D
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails