Followers

Friday, January 13, 2012

Nadirah♥Rodzi ~maafkan aku suamiku

Salam wbt.

Entri kalini pendek dan sedikit jiwang.

Terima kasih kepada mereka yang tidak putus-putus mengusya blog saya, banyak inbox fb yang diterima menyokong karya penulisan saya.

14 Januari 2012

Pertama, Selamat Hari Lahir diucapkan kepada adik yang dikasihi, Mawaddah Bt Ahmad Azam, kullu 'am wa enti bikhoir (jadi muslimah solehah yer ;)

Kedua, harini saya bahagia sangat. Entah kenapa.
(pesanan: dibawah ni ayatnya jiwang yang teramat karat, sediakan bekas untuk termuntah ;p)

Sarapan tadi kami makan bersuap, setiap suapan kemulutnya dari tanganku begitu juga suapan kemulutku dari tangannya.


Mungkin terlalu rindu dengan Encik R. Rindu. Rindu. Dan Rindu. Itu sahaja kalimah yang terzahir ketika ini (uweksszzz ;p). Rasa macam dah lama kami tak jumpa, walhal setiap hari Encik R berada disampingku. Kasihan ku lihatnya, setiap hari tanpa jemu, tanpa lelah, tanpa songeh, terus tetap keluar mencari rezeki demi untuk memberi kemewahan kepadaku. Kerjanya dari isnin-ahad, tiada kompromi!

Abang sayang, maafkan sayang andai pernah terguris dimana-mana sudut hati abang, maafkan sayang andai abang pernah kecewa dengan sikap sayang, maafkan sayang andai tidak sesempurna dimata abang, maafkan sayang andai tidak upaya menjadi penyejuk dimata penawar dihati abang, DAN maafkan sayang andai tidak mampu menjadi bidadari yang terbaik untuk abang walaupun sayang bercita-cita besar untuk menjadi ketua bidadari untuk abang disyurga, tetapi layakkah sayang?

Terima kasih suamiku kerana telah menerimaku sebagai pelengkap hidupmu, benar aku tempang tanpamu wahai lelaki berwajah tenang. Cinta dan sayangku untuk kaum adam sungguh hanya untukmu. Mana mungkin ku lupa ketika aku masih muda, kau melamarku dan membawaku ke daerah kita, di sana kau layan ku seperti permaisuri dan kau sebegitu sabar melayan kerenahku. Membetulkan ku penuh hikmah. Siangmu kau bekerja demi aku di rumah, pulang dari kerja kau bantuku di rumah, mana mungkin kasih sayangmu itu ku abaikan.

Maafkan aku wahai suamiku, andai pernah aku bermasam muka atau menyimpan rajuk yang lama, bukan niatku untuk merusuhkan jiwamu.

Ya Allah, Engkau menjadi saksi kebaikan suamiku, ampunkan segala dosa-dosanya pada setiap titik keringat yang jatuh dan pada setiap air mata yang mengalir. Tuhanku, saksikanlah kebaikan hambamu ini, jadikanlah aku isteri yang menyejukkan jiwa sepertimana dia menjadi suami yang mendinginkan atma. Wahai Tuhan yang dengan kuasa dan izinMu Engkau menyatukan kami, kuatkanlah ikatan amanah ini yang dibina atas dasar cinta kepadaMu, moga ikatan ini menjadi penyelamat kami daripada api nerakaMu - Fikrah islam.com

*Rindunya kat abang, tak dapat kita nak tengok tv sama2 separuh akhir badminton Malaysia Open petang ni..*






Bagi yang tertinggal tren, entri kalini sudah masuk episod yang ke-5
Drama 1: Nadirah♥Rodzi ~cinta selepas kahwin
Drama 2: Nadirah♥Rodzi ~kumbang bukan seekor
Drama 3: Nadirah♥Rodzi ~saling melengkapi
Drama 4: Nadirah♥Rodzi ~tanggungjawab suami isteri

5 comments:

  1. bile baca entri nih,terasa titisan hangat hinggap dipipi...begitu indah hidup bertemankan insan bernama suami...harap2 saya juga sebegitu xlama lagi...

    ReplyDelete
  2. ira x romantik, tapi jiwang yg karat sikit2.. ;D

    ReplyDelete
  3. suami anda org sedaerah kita n satu kelas ngn kita.. tahniah semoga Allah sentiasa memberkati kebahagian kalian..

    ReplyDelete
  4. kelas tahun bila yer? :) syukran atas doa

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails