Followers

Showing posts with label Capsule Rohani. Show all posts
Showing posts with label Capsule Rohani. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

AKU didalam

Salam wbt. Ramadhan Kareem.



Alhamdulillah, memasuki 17 Ramadhan 1432H :D

Tadi pergi surau Taman Meru 3. Perghhh, sejuknya mencengkam kalbu! dasat..dasat..

Saya sangat tertarik penceramah kalini. Penyampaiannya bersahaja tetapi penuh ilmu didada. "AKU yang berada didalam", itu adalah ungkapan yang sering bermain dibibirnya. AKU itu merujuk kepada roh kita.

5 ramuan yang diperlukan AKU:

1- Berdamping dengan orang yang baik

2- Membaca Al-Quran

3- Qiamullail

4- Khusyuk dalam solat

5- Perut yang kosong

Alhamdulillah, harini cuti nuzul quran. Dan, ustaz itu menyambung...

"kalau harini cuti sempena menyambut turunnya al-quran, apa yang kita dah buat dengan quran? dah baca al-quran ke belum harini?"

Saya terfikir juga. Adakah mereka yang menyambut 'cuti satu hari ini' dengan bersenang lenang dirumah, gorang kaki depan tv, membeli belah sakan mahupun hanya buat taik mata dikamar? Tepuk dada, tanyalah iman kita semua yer mak encik...

Bandingan kalau kita menyambut harijadi seseorang, punyalah dirai bagai, tetapi turunnya Al-Quran yang merupakan mukjizat paling agung, bagaimana cara raikannya? Allah akbar!...

Selamat bertadabbur dengan Al-Quran :D



Read More :D

Sunday, November 07, 2010

Lelaki Sejati

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang-orang disekelilingnya...

Lelaki sejati bukanlah dilihat sari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya menyatakan kebenaran...

Lelaki sejati bukanlah dari jumlah sahabat disekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya kepada generasi muda dan agama...



Lelaki sejati bukanlah dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada disebalik itu...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci,tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang dibaca...

ADAKAH ADA LAGI LELAKI SEJATI ITU? renung-renungkan~




Read More :D

Monday, September 06, 2010

Saling sayang-menyayangi




Perbezaannya Antara Lelaki Dan Perempuan


1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.


7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, pampers anak dan macam-macam lagi.

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.
Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.
Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

Read More :D

Saturday, August 21, 2010

SUBHANALLAH

Cuba lihat pada titik pada kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan pandangan pada
dinding kosong. Lihatlah keajaibannya. Cubalah berkali-kali! Subhanallah, rasa
sangat KAGUM dengan ilusi mata kurniaanNya ini :)




Read More :D

Tuesday, August 10, 2010

Sahaja Aku Berpuasa..

Dah niat puasa?
Salam Ramadhan Kareem dari saya untuk pengunjung setia bingkisaNurani.blogspot.com :)





Alhamdulillah, 'musuh ketat' kita telah dirantai. Awas, NAFSU pula yang perlu dikawal!


Read More :D

Saturday, July 31, 2010

VC NUR MUHAMMAD - INTEAM & UNIQUE

Sekitar bulan lepas, saya telah menjadikan lagu Binnabil Huda sebagai halwa telinga pengunjung blog ini. Ramai betanya, apa tajuk lagu ini dan siapa munsyeed nya. Jadi untuk meleraikan kebuntuan, saya sertakan disini bersama video untuk tatapan pengunjung setia blog bingkisaNurani. Selamat menghayati dan mengambil 'ibrah :)

p/s: sebelum dengar lagu dibawah, tekan 'pause' dulu dekat mixpod atas ni ;p

Binnabil Huda




Selawat Kasih




Rabiul Awwal




Qasidah & Nur Muhammad

Jangan lupa dapatkan album NUR MUHAMMAD di pasaran! :)

Terbitan Inteam Records Snd Bhd


Read More :D

Sunday, July 25, 2010

Ramadhanul Kareem :)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


14 Sya'aban 1431 Hijrah

Semakin hampir umat islam diseantero dunia untuk mengecapi nikmat Ramadhanul Kareem. Tidak sabar rasanya untuk bertemu dengan bulan yang penuh barakah ini. Bagaimana yer rasanya menyambut bulan itu tika diri ini bergelar seorang pendidik? Tentu ada sedikit berbeza dengan tahun sudah :)

Ok, disini saya ingin berkongsi sedikit tips bagaimana untuk menyambut Ramadhan hasil dari pembacaan saya yang lepas.

1- Berdoa kepada Allah swt agar kita didalam keadaan sihat. Dengan keadaan sihat, kita boleh melaksanakan ibadah secara maksimal: puasa, shalat, tilawah & lain-lain.

2- Pujilah Allah swt.

3- Bergembira dengan datangannya bulan Ramadhan.

4- Rancangkan agenda kegiatan harian untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat, oleh itu isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga.

5- Kuatkan azam, bulatkan tekad untuk mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan.

6- Fahami fiqh Ramadhan. Setiap mukmin wajib hukumnya beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar amaliyah Ramadhan kita benar dan diterima oleh Allah swt. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahu.” Al-Anbiyaa’ ayat 7.

7- Buatlah persediaan untuk qalbu dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs (pembersihan jiwa). Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa.

8- Tinggalkan dosa dan maksiat. Isi Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih.

Akhir kalam, saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhanul Kareem kepada pengunjung setia bingkisaNurani.blogspot (perasan sungguh ^^!)

Semoga Allah swt memanjangkan umur kita sehingga berjumpa dengan Ramadhan. Dan selamat meraih kebaikan-kebaikannya. Amin ya Rabbana. Wallahu a’lam.

***اللهم بارك لنافى شعبان وبلغنا رمضان***

Read More :D

Friday, February 12, 2010

cinta HAKIKI

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“JIKA TEPAT MASA, KETIKA, KEADAAN DAN SIAPA, CINTA ADALAH KUASA LUAR BIASA YANG TIADA BANDINGNYA” - Pahrol Mohd Juoi-

Minggu lepas, banyak pula ceramah mengenai C.I.N.T.A. Baru ana perasan, sekarang bulan februari, orang kata bulan cinta. Alkisahnya, Ustaz Pahrol Md Joui dan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil datang UPM.

Apa yang mereka sampaikan membawa kepada satu kesimpulan, cintailah kepada pencipta CINTA. Itulah sejati lagi hakiki ^^,

Sedang ana berborak dengan seorang adik ni, dia tanya ana,

"akak ada pakwe tak"

ana jawab senang je..

"mana ada istilah pakwe makwe dalam islam ni.."

Cinta adalah sebahagian dari fitrah manusia, bahkan orang yang sudah kehilangan rasa cintanya, bererti dia tidak lagi normal. Tetapi bagaimana kita membentuk cinta tersebut, itu yang perlu dipersoalkan.

Kalau kita sudah jatuh cinta maka kita harus lebih berhati-hati, kerana laksana kita minum air laut semakin diminum, malah semakin bertambah haus. Cinta yang sejati hanyalah cinta kepada Allah Ta’ala. Demikian juga, cinta kepada pasangan adalah cinta setelah akad nikah, adapun SELAINNYA adalah cubaan dan fitnah buat kita saja. Maka berhati-hatilah kita dan berusahalah untuk mengendalikan rasa cinta dalam diri kita.

Oleh kerana itu,
> Tundukkanlah pandangan
> Berhati-hatilah dalam pergaulan
> Jagal batasan antara lelaki dan perempuan
> Jangan dekati zina dalam bentuk apa jua sekalipun.

Dan yang lebih utama lagi, alihkan cinta kita kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala dan Rasul-Nya. Jangan kita memperturuti hawa nafsu, kerana nafsu boleh menjerumuskan kita kepada jurang kenistaan. Sepertinya cinta, tapi ternyata hanya nafsu belaka.
Wallahu a’lam.
Read More :D

Wednesday, August 19, 2009

Debar Kian Terasa.. ( ^^ ')

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah, kita masih diberikan ruang dan peluang untuk terus bernafas dibumi pinjaman Allah swt. Sedar tak sedar, harini sudah 29 Sya'aban 1430 Hijrah. Sebentar lagi kita akan melangkah ke fasa baru, yakni fasa PENTARBIYAHAN DIRI. Hati ini sangat tidak sabar untuk memasuki bulan itu. Bulan yang penuh barakah dengan rahmat yang melimpah ruah dari Yang Maha Esa.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. (Bukhari dan Muslim)

Jadi, sempena kedatangan bulan Ramadhan kareem ini, ana menyeru kepada sahabat-sahabat untuk memaksimumkan atau lebih hebat meng'infiniti'kan ibadah yang dilakukan. Sebelum mata terlena dan ditarik nyawa, selagi mampu, kejarlah pahala. Tetapi haruslah diingat, yang utama adalah KEREDHAANNYA, bukan pahala semata-mata.

Semalam kawan ana bertanya,

A: Berapa target ira untuk khatam Al-Quran kalini.
I: 30 juz insyaallah
A: Paling kurang sepatutnya 3 kali khatam :)
I: Tak mampu rasanya..
A: Ira mampu insyaallah. Target ana dalam 10 kali khatam.

Mendengar jawapannya, rasa diri ini kerdil sangat. Terlalu sikit amalan yang dilakukan. Moga dengan kedatangan bulan yang mempunyai malam yang lebih baik dari sebulan bulan ini menjadi "stepping stone" untuk menggadakan ibadah. Insyaallah :)


Jadikan Ramadhan kali ini adalah yang terbaik.
Kullu 'amun wa antum bikhoir.
Marhaban Ya Ramadhan.

Nadirah Ahmad Azam
http://bingkisanurani.blogspot.com/

*************************************************************************************************************

Ku mengharapkan Ramadhan

Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Read More :D

Friday, July 03, 2009

UKhuW@H :)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bertemu kembali :) Salam rejab utk smua. Selamat berpuasa :)

Actually xde idea nak tulis, tapi sahabat ana kata, awk ni suka menulis kan. Utk long term, rasa cam nak wat buku lak..angan2 dlm sedar..he8..hasrat itu dipendam kerna ana x la pandai menulis sgt. Sket2 blh la. Sebab tu asah penulisan dlm blog jerk..

K, back 2 topic..

Ukhuwah. Ya! Satu perkataan yang membawa 1001 maksud. Dalam bahasa arab, ada kalimat "ukhuwah" (Persaudaraan), ada kalimat "ikhwah" (saudara seketurunan) dan "ikhwan" (saudara bukan seketurunan). Pendek kata, ukhuwwah ni 'persaudaraan' :)

Bagaimana ukhuwah berlangsung, tidak lepas dari faktor penunjang. Faktor penunjang signifikan membentuk persaudaraan adalah persamaan. Semakin banyak persamaan, baik persamaan rasa mahupun persamaan cita-cita maka semakin kukuh ukhuwahnya. Ukhuwah itu cukup indah bila smuanya kerana Allah.

Untuk posting kali ni, ana sentuh bab ukhuwah ana n sahabat2. Sahabat2 seakrab. Alhamdulillah, stakat ni ana dkurniakan dgn sahabat2 yg cukup memahami diri ini yg dhoif. Syukran jiddan! Sedikit picisan kembara..

Bermulalah cerita, recently, ana dok kat Kolej Canselor, UPM iaitu my fren's college. Cadang singgap jap je tp die ajak tdoq sana. Ia berlarutan until 3 days! Saat ukhuwah bersemi bila smua barang dia jadi barang ana. Bagai tiada jurang antara kami. Ketawa, susah senang dihadapi bersama walaupun seketika. Bila berpisah kejap, rasa rindu memuncak. Bila berjumpa, syahdunya. Paling gembira, bila mereka mengajak kearah keredhaan tuhan.

Solat subuh disurau. Walaupun terpaksa lalu blog muslimin, itu bukan alasan utk tidak menunaikan solat jemaah! nak seribu daya, x nak seribu dalih yer. Ajak qiam, puasa sunat, solat sunat, mathurat, tazkirah, dhuha, wat keje gerakan islam n mores. Nampak cam remeh kan? tapi kita buat hari2 ker?? Tepuk dada, tanya iman T_T teringat zaman skola, smua benda tu wajib dibuat. Tapi bile dah masuk Matrix, Univ..x istiQamah. Begitulah insan kini. Sedeh bila x apply kat diri sendiri..

“Janganlah engkau meremehkan kebaikan (apa saja yang datang dari saudaramu), dan jika kamu berjumpa dengan saudaramu maka berikan dia senyum kegembiraan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Actually dah knal depa lama dah. Cuma x bersama. Bila dah bersua, persaudaraannya terlalu indah. Moga ukhuwwah yg dibina although 3 DAYS!, kekal buat selamnya n sebagai mauidzoh dalam diri..insyaallah :) Ya allah, diriku terlalu sayangkan mereka T_T

Oleh kerana itu sebagaimana dikatakan oleh rasul SAW, agar seluruh manusia itu menjadi saudara antara satu dengan yang lainnya, "Wakunu 'ibadallahi ikhwana." (Hadis Riwayat Bukhari)

Akhir kalam, semaikan lah ukhuwwah dengan sahabat2 anda. Pandai2 lah cari sahabat yer kawan2. Org kata (tp x taw la sape yg kata), kalo nak nilai peribadi seseorang itu, lihat pada teman nya. Jika soleh, maka baik lah peribadi tu dan begitu juga sebaliknya. Kullu 'amun wa antum bikhoir insyaallah..

Ikhwanul Muslim,
Langkah kalian penggerak jihad
Seruan kalian penggema syari'at
Sikap kalian ciri pemimpin sejati
Yang meninggikan Islam
Di atas Qur'an dan Sunnah

Akhwatush Sholihah
Doa kalian penyangga hati
Izzah kalian penyemangat jiwa
Sikap kalian ciri bidadari
Pendamping para mujahid
Di bawah cinta sang Robbi

Allahu Akbar...Allahu Akbar
Bangunlah wahai aktivis dakwah
Bulatkan tekad, satukan ukhuwah
Pembela umat, eratkan persaudaraan

Allahu Akbar...Allahu Akbar
Bangkitlah wahai aktivis dakwah
Nyalakan semangat, jangan pernah gentar
Hadapi segala rintangan, enyahkan kebathilan

Allahu Akbar...Allahu Akbar
Berjuanglah wahai aktivis dakwah
Jauhi maksiat, tumpas kedzaliman
Penerus perjuangan para tentara Alloh

Allahu Akbar...Allahu Akbar
Bergeraklah wahai aktivis dakwah
Penegak syiar Islam, penggerak sunnah
Bukti cinta para perindu Jannah


“Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabatan tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah.” (H.R Abu Daud dari Barra’)


bingkisaNurani:
unhuwah abadan abada lilla hita'ala! amen..



Read More :D

Thursday, June 25, 2009

= AMAL JAMAIE =

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Agama Islam, tenteranya adalah pemuda.

Nabi kita, pembantu kanannya adalah pemuda.

Ashabul Kahfi, contoh sepanjang zaman itu adalah pemuda.

Pemuda adalah kekuatan.

Pemuda adalah peluang.

Pemuda adalah harapan.


Alhamdulillah. Thummalhamdulillah. Thummalhamdulillah.
Kabare sahabat2 ku? :) Ana plak kurang sihat arini, hampir seminggu. Apepun ni sume ujianNya :) Allah tidak uji hamba2Nya jika DIA tahu mereka itu sebenarnya mampu. Begitulah kasih sayang Allah pada kita :) Syukur ya Allah.

Actually baru lek program tazkiyatun nafsi. Bila muhasabah balik, sebenarnya diri ini haruslah senantiasa dididik dalam erti kata len, di "TARBIYAH" untuk terus istiQamah n thabat di jalanNya. Janganlah kita pada harini duduk bersenang lenang tanpa melakukan amal jamaie yang sangatlah dituntut dalam islam.

Oleh itu,

Apakah yg kita telah lakukan untuk ISLAM tika n saat ini? Soalan ni ana tanya pada diri ana n juga sahabat2 sekalian. Amatlah sedih skali, pabila diri sntiasa leka n alpa mengharungi duniawi yg penuh kemaksiatan ni. Kembalilah padaNya. Marilah kita teruskan perjuangan Rasulullah SAW dalam menyampaikan dakwah. Baginda begitu bersusah payah dalam menyebarkan dakwah islamiyah. Dan kita harini dapat menikmati hasilnya yang tiada tandingannya iaitu IMAN DAN ISLAM.

Adakah kita tidak mahu menyambung rantai perjuangan nabi?? Bagaimana dengan anak cucu kita jika menganggap dakwah adalah fardhu kifayah? Dakwah adalah tanggungjawab semua. Tanggungjawab kita! Kita adalah Daie lillah hita'ala insyallah.

Dan juga, janganlah kita lupa saudara2 kita di seantero dunia yg begitu bersemangat memperjuangkan agama Allah. Rasailah bersama kesakitan n kepayahan mereka. Isu di Selatan Thai. Mereka iaitu saudara seislam kita dibunuh dengan kejamya! Berputih mata sajakah? Bagaimana pula di Gaza, Afghanistan dan yang lain-lain? Doakan mereka, bantulah semampu yang mungkin.

“Barang siapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka”.
(Hadith riwayat al-Baihaqi)


Akhir kalam, bantulah ad-deen. Sebarkan dakwah islamiyah. Islam pasti kan tertegak suatu hari nanti insyaallah. MOga kegemilangan Islam kan gemilang seperti zaman Khalifah Ar-rasyidin n Sultan Muhammad Al-Fateh insyaallah. Siapakah pengganti mereka
? " Tepuk dada, tanya iman "

Wa akhiran, mari sama2 menghayati lirik 'Hanya Takdir'.


Munsyeed: Inteam
Title: Hanya Takdir

Tiada lagi yang bertanya
Tiada lagi yang peduli
Malam dan siang serupa
Tiada bulan tiada mentari

Gelap gelita di sini
Sama gelitanya hati
Hidup hari ke sehari
Esok yang indah umpama mimpi

Bebunga yang baru berputik
Berguguran di setiap detik
Di mana tanda setia saudara
Di himpit derita tiada siapa
Sedia membela
ohh ohhhh.

Biar terbatas langkah
Tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah
Semangat membara berapi

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa
Penentu segala hanyalah takdir

Bebunga yang baru berputik
Berguguran di setiap detik
Di mana tanda setia saudara
Di himpit derita tiada siapa
Sedia membela
ohhooooo..

Biar terbatas langkah
Tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah
Semangat membara berapi

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa
Penentu segala hanyalah takdir


bingkisaNurani:

sesuatu yang menakutkan..

umat ISLAM akan disoal oleh Allah di atas kelalaian mereka..

apa yang tersembunyi itu adalah lebih besar daripada yang dijangka..

persoalannya. .apakah yang telah AKU lakukan untuk ISLAM???



Read More :D

Friday, April 03, 2009

DAKWAH KITA :)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Terkaku sebentar apabila ana melihat gamba diatas.


Sudah lama diri ini tidak menjejak kaki ke perkampungan orang asli. Rindu nya pada mereka. Rindunya pada kerja dakwah disana. Baru-baru ni, diberitakan bahawa 'Yala' iaitu Land Rover Ustz Wahab semakin kritikal! Jundullah n Ustz Wahab mengalami kecederaan serius dibahagian kaki dan kepala. Perjuangan mereka sangat luar biasa. Untuk menegakkan kalimah 'La Ilaha Illallah'.." D.A.K.W.A.H " .. Ya, kalimah itulah yg sering bermain difikiran dan meniti dibibir kita. Apakah itu dakwah?

Medan dakwah merupakan satu lapangan yang luas selari dengan objek dakwah yang dibawa oleh para rasul iaitu agama Islam. Justeru itu para duat selaku juru dakwah mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar dalam rangka menyalur dan menyampaikan risalah dakwah dengan lebih terarah dan terencana.

.:KEWAJIPAN MENYAMPAIKAN DAKWAH:.

Sesungguhnya kewajipan menyampaikan dakwah Islamiah merupakan satu tuntutan secara syar’ie. Kewajipan ini tertanggung di atas bahu umat Islam tidak mengira tua atau muda, lelaku mahupun perempuan, kecil atau besar, samada pemerintah atau rakyat jelata secara khususiah atau umum. Tuntutan ini mesti direalisasikan mengikut kadar keupayaan diri, berdasarkan kemampuan tenaga dan darjah kemantapan iman serta rasa sensitiviti terhadap realiti umat Islam di samping iklim persekitaran masyarakat yang dilingkunginya. Ini jelas berdasarkan firman Allah di dalam Surah At Taubah ayat 71.

.:MATLAMAT DAKWAH:.

1- Menunjuk manusia kepada pengabdian yang total kepada Allah bertepatanVdengan apa yang disyariatkan kepada mereka. Ini merupakan tugas asas dan asal kebangkitan para rasul di muka bumi ini. Namun begitu tugas tersebut berpindah kepada para duat selaku galang ganti kepada tugas yang ditinggalkan oleh para rasul seraya para du’at merupakan pewaris para nabi dan rasul. Justeru itu, para du’at berperanan sebagai penerang, penafsir dan petunjuk jalan kepada manusia kepada persoalan dasar dan asas iaitu konsep tauhid dan menjelaskan konsep Islam sebagai satu cara hidup.

2- Menunjuk manusia agar berta’aruf (kenal mengenal) di antara satu sama lain. Ia merupakan satu perintah dari Allah Ta’ala untuk dilaksanakan oleh manusia seluruhnya. Para du’at diwajibkan menjelaskan perkara tersebut kepada manusia tidak boleh hidup berseorangan. Interaksi dan komukasi di antara manusia merupakan naluri yang ada di dalam jiwa manusia.

3- Mengubah suasana yang buruk dan iklam yang bejad di dalam realiti kehidupan manusia kepada iklam Islamiah bagi menjamin kemaslahatan kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat. Para du’at diperlukan untuk mencernakan misi tersebut. Menjelaskan konsep Jahiliyyah kepada manusia agar mereka berupaya menanggapi perkara tersebut sehingga mereka dapat menyusun kehidupan dengan teratur.

4- Mendidik individu muslim dengan tarbiyyah Islamiah Syumuliah yang merangkumi tarbiah rohiah, jasadiah, fikriah dan ‘aqliah.

5- Membentuk Bait Muslimah dengan mendidik individu-individu tersebut bertepatan dengan Manhaj Islam dan system kekeluargaan yang berteraskan kepada roh Islami. Justeru itu institusi ini dapat melahirkan jil muslim yang bersifat taqwa, menjadi tunas baru demi terbentuknya masyarakat Islam yang diimpikan.

6- Membentuk Mujtamak Muslim yang merealisasikan norma-norma Islam dari segi dasar dan akhlak. Dengan erti kata lain, masyarakat yang mengimplimentasikan system dan peraturan mengikut neraca timbangan Islam yang mampu mengaplikasikan konsep amar ma’ruf dan nahi mungkar, al ‘adl wal ihsan di dalam kehidupan masyarakat.

7- Usaha untuk mewujudkan Negara Islam yang melaksanakan syariat Allah terhadap manusia. Negara Islam yang mengamalkan keadilan individu, menjaga maslahat umum, mengekang fasad dan melaksanakan amanah, menyebar agama Islam kepada seluruh manusia dan menyebarluaskan pendidikan Islam.

8- Usaha untuk membebaskan negara Islam keseluruhannya daripada cengkaman mana-mana musuh dalam realiti yang ada atau keadaan yang melingkunginya. Membebaskannya daripada mengikut arus atau perancangan oleh pemuka-pemuka arkitek barat.
Negara yang awal yang mesti dibebaskan ialah Palestin di mana ramai di kalangan manusia tertipu dalam tempoh yang panjang.

9- Usaha untuk mewujudkan kesatuan yang jitu di antara negara-negara Islam dalam konteks kesatuan fikrah dan ilmu, kesatuan matlamat dan hadaf, kesatuan ekonomi dan siasah di antara negara Islam. Satu impian untuk meletakkan negara-negara Islam di bawah “Payungan Khilafah Islamiah” iaitu daulah Islamiah yang menjalankan syariat dan perundangan Islam.

10- Usaha untuk melebarluaskan Dakwah Islamiah seluruh alam maya, timur dan barat, di negara Islam dan bukan Islam sejajar dengan “Agama Basyariah”.

.:PERSEDIAAN SEORANG PENDAKWAH:.


1. Bersedia menerima ujian Allah Taala.


Ia merupakan peraturan dan syarat untuk berjaya.
Firman Allah Taala ;

" ولنبلونكم بشيء من الخوف والجوع ونقص من الأموال والأنفس والثمرات وبشر الصابرين "

Bentuk-bentuk ujian seperti dituduh, difitnah, diugut, dibuang pekerjaan dan sebagainya. Inilah persediaan Rasul dan nabi-nabi sebelum ia diberikan tugas kerasulan. Sebagaimana yang kita lihat di dalam sirah Rasulullah saw umpamanya. Baginda terlebih dahulu diberikan latihan-latihan jasmani dan rohani sebelum kerasulannya.

Faktor yang menjadikan kita bersedia.

Iman yang kuat.

Iman adalah senjata yang terkuat dalam diri seseorang da’ie untuk membolehkannya berasa yakin dan berani berjuang dan menempuh segala ujian di jalan dakwah ini.

a) Dengan iman yang kuat kita meyakini Qada’ dan Qadar di tangan Allah.
b) Rezeki hamba itu ditangan Allah.
c) Yakin bahawa Allah sentiasa bersamanya dan sentiasa memerhati gerak gerinya.Firman Allah :

" ما يكون من نجوى ثلاثة إلا هو رابعهم ولا خمسة إلا هو سادسهم ولا أدنى من ذلك ولا أكثر إلا هو معهم أينما كانوا "

2. Bersedia untuk bekerja.

Firman Allah Taala :

" وقل اعملوا فسيرى الله عملكم ورسوله "

Kerja-kerja yang dilakukan ini adalah semata-mata untuk Islam yang bertujuan untuk hanya mencari keredhaan Allah Taala.

3. Persediaan Ilmu Pengetahuan

Tanpanya seseorang da’ie akan menghadapi kesulitan di jalan dakwah. Bagaimana mungkin ia menyatakan kebenaran Islam / kesyumulan Islam kepada masyarakat sedangkan ia sendiri tidak tahu apa itu Islam apa itu kesyumulannya.

Ilmu pengetahuan Islam itu :

a) Al-Quran dan tafsirnya.
b) Sunnah Nabawiyah.
c) Sejarah Nabawi.
d) Ilmu tauhid.
e) Fiqh dan Usul.
f) Ilmu tarbiah.
g) Sistem perundangan.

4. Persediaan menjadikan diri sebagai Qudwah Hasanah.

Kita sebagai Ad-Da’ie adalah perlu menjadikan diri kita sebagai contoh yang baik kepada masyarakat. Bagaimanakah masyarakat boleh menerima seruan kita ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran sedangkan kita sendiri melakukan kemungkaran dan meninggalkan kebaikan.

Sifat yang perlu ada pada da’ie :
a) Sentiasa benar dalam semua perkara.
b) Amanah.
c) Lemah lembut.
d) Rendah diri.
e) Kasih sayang.

Firman Allah taala:

" أتأمرون الناس بالبر وتنسون أنفسكم وأنتم تتلون الكتاب أفلا تعقلون "

5. Persediaan membawa kebenaran.

Hadis :

"قل الحق ولو كان مرا"

Firman Allah Taala :

" يا أيها الذين أمنوا اتقوا الله وكونوا مع الصادقين"

Sumber ilmu dan perundangan mestilah dari Al-Quran dan Sunnah Rasul.setiap perselisihan perlu dirujuk kepada kedua sumber terbesar ini.

6. Persediaan dari segi rohani.

Kebersihan rohani akan menjadikan seorang insan itu bertaqwa, mukmin, soleh dan kuat. Ia juga memberikan kesan yang besar kepada dakwah. Doa dari rohani yang suci akan mudah dimakbulkan oleh Allah. Firman Allah Taala :

" يا أيها الذين آمنوا إن تتقوا الله جعل لكم فرقانا ويكفر عنكم سيئاتكم ويغفر لكم والله ذو الفضل العظيم "

7. Persediaan kesungguhan dalam bekerja.


Firman Allah Taala :

" والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا "

Faktor menjadikan kesungguhan bekerja :

1. Akidah yang sahih.
2. Ikhlas.
3. Menyedari bahawa pekerjaan kita akan dihisab di hadapan Allah.

8. Persediaan dari segi harta,jiwa dan waktu.

Firman Allah :

"انفروا خفافا وثقالا وجاهدوا فى سبيل الله بأموالكم و؟أنفسكم ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون"

.:CARA BERDAKWAH:.

1. Berdakwah secara berhikmah dan bijaksana dengan tutur bahasa yang lembut serta menarik berserta bukti yang jelas,kukuh dan boleh menghilangkan sebarang kesamaran dan keraguan.

2. Serulah manusia dengan kata-kata yang mengandungi pengajaran seperti kisah umat terdahulu kerana dengan mengingati peristiwa yang menimpa umat terdahulu akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada jiwa mereka dari ingkar terhadap Allah.

3. Berdakwah melalui perbincangan,muzakarah dan dialog dalam suasana yang penuh kemesraan dan harmoni bukan menggunakan kata2 kesat dan keji kerana tujuan perbincangan adalah untuk menyampaikan kebenaran bukan mencari kemenangan.

Para pendakwah tidak harus tergesa-gesa dalam menyampaikan dakwah mereka.Mereka harus mengkaji terlebih dahulu golongan sasar mereka kerana setiap golongan masyarakat yang berbeza memerlukan cara yang berlainan.

Imam Ibnu Taimiyah pernah membahagikan manusia kepada tiga golongan.
Pertama,orang yang mudah menerima kebenaran dan terus mengikutinya.Inilah orang yang bijaksana. Kedua,orang yang mahu menerima kebenaran tetapi tidak mahu mengamalkan.Mereka perlulah sentiasa dinasihati sehingga mengamalkan.
Ketiga,orang yang tidak mahu menerima kebenaran.Mereka perlu diajak berbincang dan berdialog secara yang paling baik.

Asas metod dakwah:

1) Penjelasan yang nyata dan jelas
2) Berperingkat-peringkat
3) Mudah
4) Menjinakkan
5) Adanya sebab disebalik sesuatu suruhan dan larangan
6) Bersesuaian dengan keadaan sasaran

Title: Jalan Dakwah
Munsyeed: Alarme


Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa

Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama

Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita

bingkisaNurani:
Dakwah itu hidupku :)



Read More :D

Wednesday, February 18, 2009

Pemergian Datuk Sedaraku -Dato' Ibrahim Hussein-

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Berita yang memeranjatkan diriku. Datuk sedaraku (Tok Ndak) iaitu Dato' Ibrahim Hussein yg juga merupakan seniman negara(pelukis) tlh kembali kerahmatullah pagi tadi kerana sakit jantung. Bondaku baru saja menelefon n beliau baru pulang dari rumah arwah di Bangsar. Moga roh nya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama para solihin. Ameen ya rabbal 'alamin. Alfatihah.


Sebut mengenai kematian, ia menginsafkan dan mengingatkan diri ini. Acapkali kita terlupa, bahawa dunia ini sementara n akhirat adalah selamanya. Perkataan itu hanya bermain dibibir kita tanpa kita memahami makna tersirat n tersurat nya.

"CINTA DUNIA & TAKUT MATI"

Itulah penyakit paling bahaya yang telah melanda umat Nabi Muhammad S.AW kini.

Moga diriku tidak tersenarai dalam golongan tersebut.

Ya ALLAH, maaf kan diriku.

Astagfirullah (T_T)

Tiltle: Detik Kematian

Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

Munsyeed: Inteam
Lagu/Lirik: Fridzan

Title: Menanti Di Barzakh


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

Munsyeed: Fareast
Lagu/Lirik: Ito Lara

bingkisaNurani:
Detiknya pasti tiba..Adakah kita bersedia?



Read More :D

Saturday, October 04, 2008

Kalimah ALLAH dilangit 20 Ramadhan


Firman Allah swt. bermaksud
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda & keterangan Kami di ufuk sana, dan dalam diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa sesungguhnya Dia adalah benar. Adakah tidak cukup sesungguhnya Tuhanmu amat menyaksikan tiap sesuatu. Sesungguhnya mereka dalam keraguan terhadap pertemuan dengan Tuhan mereka (di Hari Pembalasan). Sesungguhnya Dia Maha Menggarap tiap sesuatu” (Fussilat:52-54).]


::Kalimat “Allah” dilangit seperti yang dirakamkan oleh Feeda, Brunei. ::

Sumber: http://inijalanku.wordpress.com/


Read More :D

Thursday, August 28, 2008

:: RAMADHAN & MERDEKA ::



Assalamualaikum wbt buat smua pengunjung blog..
Salam Ramadhan Kareem wa Kemerdekaan...

?? Merdekakah kita ??


Read More :D

Thursday, August 21, 2008

Ramadhan yang ku rindui (T_T)


Tentunya ada diantara sahabat yang merasa kebingungan, mengenai perkara yang harus dan perlu dipersiapkan menjelang bulan Ramadhan.
Untuk itu, bolehlah diterapkan persiapan berikut:-


1- I'dad Ruhi Imani,
yakni persiapan ruh keimanan.
Orang-orang yang soleh biasa melakukan persiapan ini seawal mungkin
sebelum datang Ramadhan. Bahkan mereka sudah merindukan kedatangannya sejak bulan Rejab dan Sya'ban. Biasanya mereka berdoa : "Ya Allah, berikanlah kepada kami keberkatan pada bulan Rajab dan Sya'ban, serta sampaikanlah kami kepada Ramadhan."

Dalam rangka persiapan ruh keimanan itu, dalam surah At-Taubah Allah
melarang kita melakukan berbagai maksiat dan kezaliman sejak bulan Rejab. Tetapi bukan beerti di bulan lain dibolehkan. Hal ini dimaksudkan agar sejak bulan Rejab kadar keimanan kita sudah meningkat. Boleh dikiaskan,bulan Rejab dan Sya'ban adalah masa pemanasan *(warming up),*sehingga ketika memasuki Ramadhan kita sudah bisa bisa menjalani ibadah shaum dan sebagainya itu bak sudah terbiasa.
2- I'dad Jasadi,
yakni persiapan fizikal.

Untuk memasuki Ramadhan kita sebaiknya menyediakan fizikal yang lebih kuat dan bersedia daripada biasanya. Sebab, jika fizikal lemah, boleh menjadikan kemuliaan yang dilimpahkan oleh Allah swt pada bulan Ramadhan tidak dapat kita raih secara optimal.
Maka, sejak bulan Rejab Rasulullah dan para sahabat membiasakan diri melatih fizikal dan mental dengan melakukan puasa sunnah, banyak berinteraksi dengan al- Qur'an, biasa bangun malam (qiyamul-lail), dan meningkatkan aktiviti seketika berkecimpung dalam masyarakat.

3- I'dad Maaliyah,
yakni persiapan harta.

Jangan salah faham, persiapan harta bukan untuk membeli keperluan
berbuka puasa atau hidangan di hari raya sebagaimana tradisi kita selama ini. Mempersiapkan harta adalah untuk melipatgandakan sedekah, kerana Ramadhan padanya disediakan peluang yang banyak untuk bersedekah.

4- I'dad Fikri wa Ilmi,
yakni persiapan intelektual dan keilmuan

Agar ibadah Ramadhan dapat direbut seoptima mungkin, diperlukan bekal wawasan dan tashawur (persepsi) yang benar tentang Ramadhan. Antaranya dengan membaca berbagai bahan rujukan dan menghadiri majlis ilmu tentang Ramadhan.

Kegiatan ini berguna untuk mengarahkan kita agar beribadah sesuai tuntunan Rasulullah saw seketika Ramadhan. Menghafal ayat-ayat dan doa-doa yang berkait dengan pelbagai jenis ibadah, atau menguasai berbagai masalah dalam fiqh puasa, juga penting untuk dipersiapkan.

Semoga persiapan yang dilakukan mampu menjadikan ibadah puasa kita kali ini adalah yang terbaik dalam sejarah puasa yang kita lakukan. Dan semoga ianya diterima oleh Allah swt dan diberikan ganjaran yang sewajarnya bila amal dihitungkan untuk diberikan pembalasan.

Aaamiin..

salam ramadhan kareem :)



Read More :D

Friday, August 01, 2008

:: 10 Muwasafat Tarbiyah ::


AQIDAH YANG SEJAHTERA
IBADAH YANG SHAHIH
AKHLAK YANG MANTAP
LUAS PENGETAHUAN
SIHAT TUBUH BADAN
MAMPU BERDIKARI
MELAWAN NAFSU
SANGAT MENJAGA MASA
TERSUSUN URUSANNYA
BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN













Read More :D

Saturday, June 21, 2008

:: Jihad di hujung jari kematu ::


sumber artikel: raudhah.com

Sebuah drama dalam 3 babak

Babak 1

Lepas solat saya duduk di tangga masjid sambil memasang telinga. Ada seorang pakcik - kain pelikat, baju Melayu, ketayap di kepala - tengah seronok berbicara. Laknat Amerika. Laknat Yahudi. Kesian orang Islam kita. Sokong Saddam. Saddam dah taubat lima tahun dulu. Saya dengar saja.
Pakcik cerita pasal boikot barangan Amerika. Jangan minum Coke, kata dia. Saya dengar saja. Di celah jari pakcik, ada asap berkepul. Apa dia? Rokok Marlboro.

*****
Babak 2

Lewat malam member datang ambik dengan kereta, pergi minum teh tarik. Dia baru balik surau di sebelah sana. Sambil tarik talipinggang keledar, saya perasan celah jarinya. Apa dia? Rokok menyala.

Oi, kata nak boikot, kata saya. Member tergelak besar. Ini rokok Jepun lah.
Oo, kata saya. Talipinggang saya lekatkan. Bila pulak Jepun jadi negara Islam? Member gelak besar lagi.

Bukan ke Jepun masuk senarai negara 42 yang menyokong Amerika ceroboh Iraq?

Member cuma tersengih lebar. Apa lagi yang dia boleh buat? Mulut dah kena kail kafir. Terkonteng-konteng aje lah kamu di hujung tali tu.

*****
Babak 3

8 daripada 10 lelaki Muslim di Malaysia hisap rokok. Ia ke? Purata setiap perokok menghabiskan 2 kotak rokok sehari. Betul ke? 9 daripada 10 jenama rokok terlaris di Malaysia datang dari syarikat Amerika atau Britain, atau gabungan keduanya. Youre kidding?

Menung. Apa akan jadi pada ekonomi Amerika, British dan yahudi kalau semua lelaki Muslim dalam dunia pakat berhenti merokok? Menung lagi. Boleh ke?

Tersenyum simpul dibuatnya sekejap, macam orang gila melihat anak anjing kering mati kena gelek kereta di tepi longkang.

Ada orang pernah bicara dgn saya ttg jihad. JIHAD?? Jihad dihujung jari kematu pun X PASS !! APE KES??

" TEPUK DADA, TANYA IMAN "




"Halal itu jelas, HARAM ITU PUN JELAS, dan antara keduanya ada beberapa perkara yang syubhat (samar) yang banyak dari manusia tidak mengetahuinya. Maka barangsiapa memelihara dirinya dari segala kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran jatuhlah ia ke dalam haram,"(H.R. Muslim)



Read More :D

:: mencari PASANGAN ?? ::


"Susah betul nak cari isteri solehah," luah seorang pemuda selepas Seminar Keluarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan
"Macam cari gagak putih," tambahnya.
"Memang dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak dapat," katanya lagi.Tunggu respon sayalah tu. Saya cuma tersenyum.
"Dah kahwin?" Akhirnya saya bertanya.
"Belum lagi…."
"Kenapa?" dia pula tersenyum.
"Belum dapat yng solehah?" saya terus mengusik.
"Saya dah 28 tahun. Sepatutnya umur 25 dah kahwin … Dah terlajak le ni."
"Oh gitu ..... biar terlajak usia, jangan tersalah pilih!" usik saya lagi.
"Nak cari yang betul-betul solehah bukan senang".
"Kalau tak jumpa, macam mana?"
"Tulah yang saya pening ni. Syarat-syarat saya ni susah sangat ke?"
"Apa syaratnya?"
"Syarat-syarat wanita solehah … mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat…."
"Macam tu tak susahlah… ramai yang ada syarat-syarat macam tu," balas saya.


UKUR TAKWA

"Tu yang lahiriah. Yang paling penting bertakwa," katanya lagi.
"Macam mana pula nak ukur takwa tu?"tanya saya.
"Tu yang pening.Takwa tu dlm hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, saya nak jugak isteri solehah, isteri yg bertakwa!"
"Nak tak kalau saya bagi tips mudah, dapat isteri solehah?" pelawa saya.


ADA
CARA LAIN

"Saya tak paham.Macam mana kita boleh nilai calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itukan panduan daripada hadis?"
"Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami soleh …
Cuba cari ciri-ciri suami soleh ….bina semua ciri tu dalam diri kita. Bina sahsiah, lahiriah seorang lelaki soleh kemudian muhasabah pula soal hati ….
Ukur iman dan takwa kita".
"Nak ukur iman & takwa kita …susah tu. Itu soal maknawi"
"Tapi,jauh lebih mudah dari nak ukur iman dan takwa orang lain."


LEBIH TEPAT

"Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita bina sifat-sifat lelaki soleh, tingkatkan iman dan takwa … lebih cerahlah peluang untuk dapat isteri solehah. Semuanya atas usaha kita sendiri. Sblm ni, kita bincang pasal menilai diri orang laindulu.Tu yg kita silap. Bukankah Allah dah jamin, lelaki mukmin untuk wanita mukminat? Lelaki soleh jodohnya wanita solehah? Insya-Allah."


TERLALU IDEAL

"Habis tu … saya kenalah berhenti cari wanita solehah sbb nak jadi lelaki soleh?"
"Tak gitu. Lebihkan nak jadi lelaki soleh sambil tu teruslah cari isteri solehah."
"Ok gak tu!Serampang dua mata,"katanya.
"Satu lagi, berpada-padalah dengan piawai solehah awak tu. Jangan terlalu tinggi. Nanti tak tercapai. Cukuplah dgn tahap sederhana."
"Maksudnya?"
"Jangan terlalu ideal menilai calon isteri sbb sifat-sifat solehah itu 'on going process'(dibina secara berterusan) Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sket, tapi dengan pimpinan suaminya nanti tahap solehahnya boleh diupgradekan lagi."


MUDAH BUKAN UNTUK DIPERMUDAHKAN

"Boleh lebih kurang lah ni ye?"
"Salah tu …. Panduan dan ajaran islam mudah. Tapi bukan alasan untuk dipermudahkan. "
"Apa kaitannya dengan yg kita bincang skang ni?"
"Gini, awak mesti lebih ketat dlm menilai diri sdr. Jgn amik mudah soal iman & takwa diri sdr. Letakkan piawai tinggi utk diri sdr. Bukankah lelaki akan jadi pemimpin r/tangga? Penilaian calon isteri sepatutnya rendah sket … nanti senanglah nak bentuk bila dah jadi isteri kita…."
"Oh saya faham"
" Bagus tu. Sayangnya kebanyakan lelaki menilai sebalikya … untuk dirinya dinilai dengan piawai soleh yg rendah. Tetapi utk calon isterinya dinilai dgn solehah yg tinggi. Itu silap!"
"Alhamdulillah… saya harap jodoh saya akan tiba nanti."
"Amin.."
' tamatlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan SOLEH DIRI '




















Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti". Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang :

1-Kuat agamanya. Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros. Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya. Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan. Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya. Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab. Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah. Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya...


"Dialah Allah dilangit dan dibumi.Dia mengetahui yang kamu rahsiakan dan yang kamu lahirkan dan mengetahui apa2 yang kamu usahakan" (Al- An'am: 3)


...selaraskan niat dgn syara'…wallahua'lam..




Read More :D
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails