Followers

Wednesday, December 29, 2010

Coretan Piala Suzuki AFF 2010 :)

Alhamdulillah, Harimau Malaya terus mencipta kecemerlangan di Piala Suzuki AFF 2010 selepas melakar kejayaan pada bola sepak Sukan Sea Laos 2009 :) Syabas!


Secara jujurnya, saya tidaklah fanatik bola sepak.

Piala Malaysia, Liga Inggeris hatta World Cup sekalipun saya tidak minat. Kendatipun begitu, saya akan sedikit teruja apabila MALAYSIA layak untuk bertanding dalam apa jua arena sukan terutama badminton. Kini, saya mula minat bola sepak Malaysia. Tetapi lagi manis, jikalau mereka memakai seluar panjang sekaligus menutup aurat :)

Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada barisan anak didik K.Rajagopal terutama penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat. Pada pengamatan saya, beliau sangat berdisiplin dalam menjaga benteng negara dari dibolosi pihak lawan. Keupayaan Safee Sali yang menjadi penjaring gol terbanyak juga wajar diberikan pujian.

Selain itu, kekuatan barisan pertahanan seperti Muslim Ahmad yang kerap menanduk bola untuk keluar dari kawasan bahaya juga memberi impak yang besar kepada kemenangan negara. Tapi sayang, beliau tertanduk pula bola ke dalam gawang sendiri pada minit-minit akhir pusingan kedua tadi. Mungkin beliau tertekan ketika itu, tetapi bagi saya beliau sudah berikan yang terbaik.

Kekuatan barisan lawan juga tidak boleh dipandang enteng. Pemain terbaik Piala Suzuki AFF kali ini, Firman membuktikan beliau mampu bermain secara profesional walaupun didalam keadaan tertekan untuk memburu gol. Kesungguhan Irfan dan kelincahan Nasuha juga mampu menggusarkan hati penyokong Malaysia setiap kali mereka berada didepan pintu gol Malaysia.

Waimma begitu, teruskanlah usaha kita semua kearah kecemerlangan bukan sahaja didunia bahkan diakhirat sana. Janganlah disebabkan 'nasionalisme bola', persaudaraan kita berpecah-belah. Majulah sukan untuk semua.

Akhir kalam, saya sertakan bingkisan sahabat-sahabat yang sempat saya baca di facebook dan coretkan kembali disini :)

Suraya Firdaus "hari ni tengok bola jgn gaduh2 ek... peace no war! (^_^)v"

Nur Fatinah Mohlis "YAHOOOO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
malaysia menag !!!!!!!"

Azwan Fareast "Yeaaayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy
yyyyyyy.... 4-2 .................. :)))))))))))))))
yahooooooooooooooooooo..."

Narissa Slumber "Malaysia Menang ! Hip2 ! Hooraaay ! Wahahaha"

Intan Martina M G "yeahhhh..MALAYSIA MENANG..4-2.."

Siti Aishah Mohd Fuad "go go go MALAYSIA!!!"

Ida Munif "tahniah3x................................tahniah fahmi !!!!!!!!"

Nik Barakah Nik Aznan "Alhamdulillah..tahniah Harimau Malaya Aumm =D"

Izhan Iz "Tahniah dan syukur pada Allah SWT atas kemenangan bersejarah buat negara kita Malaysia..Tahniah khas untuk wira-wira kita,coach dan seluruh rakyat Malaysia!! Ini lah yang kita mahukan.Ayuh bangkit pahlawan! Berpegang dgn kata2 " Tanah Tumpahnya Darahku"!!!!!"

Salman Siddiqiy "Hadi : betapa sygnya ukhuwah islamiyah antara kita m'sia & indonesia tercalar akibat 'nasionalisme bola'"

Nadiah Yusof "Usah dicalar jiwa-jiwa yang bersaudara hanya kerana sebuah benda bernama bola...peace!"

Izzul Shuhada' "Piala suzuki Aff:sejarahnya..thailand menang 3x,sgapore,3x jugak,vietnam 1 x..Indonesia 4 kali ke final..tp masih x dapat2 jugak piala...dan malam ini sejarah terukir..MALAYSIA...yg sekian lama menanti dgn pnuh kesabaran bertahun2 akhirnya bergelar juara utk pertama kalinya..tepat 9.53 minit mlm,29/12/2010^^.. MALAYSIA oh tanah air ku..!!!"

E-Day Siron "tahniah team Malaysia...atas kejayaan memenangi piala AFF suzuki...mmg terbaik la...keeper m'sia, lu mmg hebat...syabas safee sali, dpt anugerah penjaring terbanyak...pape pn, team malaysia mmg de best...:-)"


شهريل عبد قاسم "Latest tweet by Man Utd star Rio Ferdinand @ rioferdy5 Rio Ferdinand: Congratulations 2 Malaysia who beat Indonesia in the Suzuki cup final. I played against Malaysian u23 team 18months ago, quite a good team. *Dunia mula mengenali MALAYSIA, tidak banggakah kita? :)"

dan komen yang terbaik dari Mustaqim Mustafa:

"Khairul Fahmi ke Manchester United
Safee Sali ke Arsenal
K. Rajagopal ke Liverpool"


sekian melaporkan dari saya, sampai jumpa!



Read More :D

Tuesday, December 28, 2010

Hati ini..

saya sangat tertarik dengan kata-kata seorang adik ni:

"Hati ini,
Hanya akan kuserahkan,
Bila tiba saat & masanya..
Pada insan yang selayaknya,
Kerana hanya insan terpilih itu,
Yang berhak memiliki hati ini,
Khas buatmu;
Suamiku.."


"Cinta ini,
Belum lagi milik sesiapa,
Aku tak berhak menyintainya,
Dan dia tak berhak menyintai aku,
Kerana hanya insan terpilih itu
yang berhak memiliki cinta ini,
Khas buatmu;
Isteriku.."




sila pause kan lagu di mixpod diatas untuk mendengar lagu ni :)



Read More :D

Friday, December 24, 2010

kisah disember 10' ;)

Tiba-tiba mengada nak bercerita (tak menarik pungg..)

Untuk bulan 12 ni,

Kerja:
Bulan 12 ni anak-anak murid cuti macam biasa la, jadi kami tak mengajar. Kami dipertanggungjawabkan untuk mengemaskinikan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT). Sampai sekarang tak siap lagi -_-' Saya kurang berminat berkerja dengan mesin, saya suka bekerja dengan manusia walaupun kadang-kadang banyak songeh : p Kerja bermula jam 8.00pagi-12.00 tengahari~


Tuisyen:
Alhamdulillah, bulan ni saya mengajar 3 orang berbanding 2 orang dibulan 11. Jadi, pendapatannya lebih sikit. Pengajarannya bermula sekitar 7.45malam-9.45malam. Subjek sains dan matematik tahun 5 & 6 menjadi pilihan mereka (mujur kepakaran saya). Secara jujurnya, saya ni memang tak pandai mengajar. Baru bergelar pendidik setahun jagung. Buktinya, haritu saya 'tak berapa nak sabar' dalam mendidik seorang anak murid ni. Memang tak patut kalau saya marah sebab budak tu tak tahu/tak berapa nak pandai, tapi kalau saya marah sebab budak tu malas, itu lain cerita. Cikgu Ira, Cikgu Ira, apa daaaaa... Kalau budak tu tak pandai, kita tetap kena sobar, sobar, sobarrrrrrr :)

Jadi, selain bekerja isnin-jumaat, hari sabtu ahad pasti dipenuhi pelbagai aktiviti diluar jangkaan~

Perkampungan Ilmu Solehah (8-12/12)
Diberi kepercayaan untuk memegang AJK Disiplin dan fasilitator, program cuti sekolah kali ini adalah untuk mendidik jiwa anak bangsa khususan remaja muslimah. Program yang merupakan anjuran Nisa' Meru ini telah berlangsung di Kuang, Selangor selama 5 hari 4 malam.

Apa yang dapat saya simpulkan, remaja kita pada harini perlu kuatkan semangat dan jangan pernah bermimpi untuk bersenang lenang berada di zon selesa senantiasa! Sangat sedih memikirkan masalah ummat terutama kaum yang sejenis ku, hawa'. Moga adik-adikku seramai 40 orang itu walau tidak banyak yang dikutip, sedikit pun jadilah untuk mereka mendapat sesuatu yang berharga disana. Allahuma amen.


Alhamdulillah, saya juga diberikan kepercayaan untuk menjadi pencemarah bagi slot 'Who Am I?' :) Saya jarang jadi penceramah sebab selalunya hanya di belakang tabir sahaja, tapi apa salahnya mencuba, jadi saya menerima lamaran tersebut :) Yang kurang syoknya disana, muka saya habis terbakar, kerana selama 5 hari disana, saya berenang 2 jam untuk setiap hari! Jumlah keseluruhannya +- 10 jam jugaklah. Jadi, sesiapa yang berjumpa saya sekitar bulan 12 ni, buat-buat tak nampak muka saya yang 'cerah' ni. Hohoho..

- Berjalan santai bersama famili (17-18/12)
Alhamdulillah, minggu ini bersama famili kembangan sebelah ayah melawat ke Melaka Bandaraya Sejarah. Selama 2 hari 1 malam, kami menginap di rumah kakakku yang memang menetap di Melaka. Hari pertama kami makan petang di restoren tepi laut, fuhhh.. banyak makanan lebih. Semua jenis makanan laut ada, ikan, sotong, udang, siput, memang tak habis. Tidak termasuk lagi dengan air durian belanda dan air kelapa yang perggggghh ;)

Kemudian, kami singgah di Hotel berdekatan untuk merehatkan minda sambil menikmati hot chocolate. Selepas itu, kami menaiki bot untuk menenangkan jiwa sambil menghayati keindahan sungai (tapi bau macam air longkang sikit, kwang2).



Hari kedua, kami menikmati sarapan di sebuah gerai yang nampak agak terpencil. Nampak tersorok gitu. Sekali bila makan, fuhhh, memang sodap! Kari kepala ikan sahaja sudah mencecah RM 35. Roti canai cicah kari. Itu belum masuk roti canai telur, nasi lemak yang ada sayur-sayuran dan air horlick yang meleleh~

Destinasi terakhir, kami ke Pusat Bowling Melaka. Cadang nak main bowling, tapi ada pertandingan pula disitu. Tak pasal-pasal kami jadi penonton tak rasmi. Begitulah serba sedikit ceritanya.

Ziarah ke rumah K.Jannah (19/12)
Alhamdulillah, saya bersama sahabat seperjuangan dari Komuniti Teman Inteam (KTI) mengambil ruang dan peluang hujung minggu untuk menziarahi ke rumah isteri allahyarham Ustaz Asri Rabbani. Kedatangan kami yang merupakan kali ke-2 ini memberikan 1001 kegembiraan kepada K.Jannah, jelas terpancar sinar kebahagian dimuka beliau :) Kemudian, kami mengambil sedikit kesempatan yang ada untuk ke UPSI, bagi memenuhi hajat sahabat kami yang merupakan mahasiswa UPSI :)


banyak aktiviti sebenarnya bulan 12 ni, saya hanya memasukkan sebahagian sahaja :)

*******************************************

sedikit selingan,



(24/12) kami menyambut hari lahir bonda ku yang terchinta, juga adikku wajihah :)











ok, sampai jumpa!


Read More :D

Sunday, December 05, 2010

Permata Ayah Bonda

* asal tiba-tiba rajin update blog ni -_- *


saya suka lagu dan lirik lagu ni.

:: Hayati bersama, sangat bermakna :) ::





Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita

Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga

Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda....

Lagu : Adnan Abu Hassan
Lirik : Ito Lara
----------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, minggu ni (5/12/20) saya dapat meluangkan masa bersama keluarga tersayang, selalunya hujung minggu mesti ada program, bila nyayi lagu permata ayah bonda, ingatan terus ke famili tercheeeenta :)








Sayangilah keluarga, kerana ia adalah syurga anda :)

Read More :D

Friday, December 03, 2010

Pengembaraan ke Jerantut, Pahang

*sambil menulis sambil tu tersenyum sorang-sorang, bila nak pergi lagi ni...*

Alhamdulillah, dikesibukan pada bulan november yang lalu, tidak membataskan kaki ini sekali lagi mengikuti ziarah mahabbah ke kampung orang asli~~~


Bagi pembaca baru blog saya ni, anda boleh 'menyelongkar' topik-topik lepas (klik disini) berkaitan ceritera dakwah saya. Pembaca lama pun lagilah digalakkan ^^,

26/11/2010 (Jumaat):


Selepas saya berkemas-kemas dirumah, langsung saya mengemaskini pula persedian untuk ekspidisi pengembaraan (konon ayat macam power). Kalau 'dolu-dolu', saya selalu sangat ke Sg. Siput, Perak dan jarang-jarang ke Gua Musang, Kelantan, kini Jerantut, Pahang pula yang saya akan takluki dan akan jadikan ia selalu-selalu. Allahumma amen.

Muhammadiyah International, Yayasan Al-Khalifah dan penampilan istimewa, Kelab 4x4 Malaysia bergabung tenaga untuk ekspedisi kali ini. Melibatkan 8 buah kenderaan pacuan 4 roda, sumbangan utama kali ini ditaja oleh syarikat Nestle iaitu milo & maggi :)


Alhamdulillah, kami sampai ke bandar Jengka sekitar waktu isya'. Pertemuan dengan seorang muallaf di masjid memberikan impak besar kepada kami. Beliau menceritakan tentang sekitar pengalaman dakwah yang dialaminya. Apa yang sempat saya dengar, beliau pada asalnya beragama hindu, kemudian kristian, dan akhirnya islam. Alhamdulillah :)

Pada hemat saya, kami akan bermalam dimasjid dan meneruskan ekspedisi awal pagi esok, nampaknya jangkaan saya meleset. Begitu jitu sekali tenaga mereka (saya tak jitu?). Berbumbungkan bintang dan beratapkan awan, kami meneruskan perjalanan. Jam 12malam tepat! Sangat seronok, ohhhhhh nyamannya, embun pagi :)

27/11/2010 (Sabtu):
Kami memasuki hutan melalui Sungai Tekam untuk ke Perkampungan Orang Melayu & Orang Asli. Trip kali ini, saya menaiki 4WD milik salah seorang ahli Kelab 4x4. Banyak perkara yang saya dan sahabat-sahabat belajar sepanjang perjalanan menuju destinasi. Apa yang menariknya, mereka memiliki senapang khas untuk berburu. Haaaa, sebut pasal senapang, bukan calang-calang orang yang dibenar untuk memilikinya. Ada syarat-syaratnya.

Antara yang saya dengar, mereka mesti mempunyai tanah selauas 120 ekar dan duit dalam bank sekitar berpuluh ribu, tapi saya macam samar-samar, tak pasti betul ker tak apa saya dengar ni (sabar je la dengan tuan punya blog ni kan ^^!)

Jadi, sambil-sambil menuju ke destinasi pertama iaitu Kampung Mat Daling (bukan darling yer), malam itu mereka bercadang nak memburu kijang/pelandung/kancil. Fuh, seronok betul, mereka nak sangat tunjuk pada kami bagaimana cara berburu. Tapi sayangnya, kijang yang kami temui sempat melarikan diri ~belalang..belalang..haih~

Selain senapang, saya ada juga belajar cara menggunakan 'alat penghubung' dalam 4WD tu, antaranya:


1) 5-5 (terima kasih)
2) 7-3 (selamat jalan)
3) tenggo kilo (terima kasih)
4) copy (dapat)
5) roger2..
6) huruf 'a' - alpha, 'b' - beta

Kami menunaikan solat subuh bertikarkan tanah merah dan bergentingkan awan gelap-gelap cerah yang syahdu :) Lebih kuram jam 7.00++ pagi, kami selamat tiba di Kampung Mat Daling, sebuah kampung Melayu yang paling pedalaman di semenanjung Malaysia.

Sebelah tengaharinya, kami meneruskan pengembaraan ke Kampung Orang Asli yang pertama kami ziarahi iaitu Kampung Kuching (miaw..miaw..). Disebabkan offroad yang baru ditambak, kami tersangkut ditengah-tengah perjalanan. Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya juga ke sana menggunakan jalan air, tidak digalakkan berenang yer, hi3 :)


28/11/2010 (Ahad):
Kami meneruskan ekspedisi di hari ke-3 ini dengan melewati Kampung Sat, Kampung Pagi dan Kampung Esok. Unik bukan nama kampung mereka? Seunik penduduk-penduduknya :)

Lebih kurang waktu maghrib, kami telah selamat sampai tiba di jalan tar. Kami singgah makan dan berkira-kira untuk pulang ke KL. Terdapat sebilangan sahabat-sahabat yang meneruskan perjuangan mereka tanpa mengira penat lelah di bumi Pahang ini. Jika saya tiada kekangan, pasti saya akan turut serta, tapi apakan daya T_T ~Allah yang lebih mengetahui ;)


Semoga saya dan anda semua terus beristiqomah dengan dakwah.

Sampaikanlah walau sepotong ayat.

Sampai ketemu lagi~

Wallahu'alam

Read More :D

Tuesday, November 23, 2010

Cerita 10 hari :)

('perasaan' rajin menulis akan datang bila dah tak tahu nak buat apa depan komputer ;p)

Waduh-waduh, rajin pula menulis di blog kesayangan (sangat sayang ;p) akhir-akhir ni. Bukan apa, bila dah cuti sekolah, memang rumah menjadi hotel saya setiap hari. Tapi, nama sahaja cuti sekolah, tapi kaki ni bergerak juga ke seantero tempat. Memang tak sempat rehat.

14/11 - Ahad
Hari Kecemerlangan Murid Sekolah Islam Al-Farabi (SIF) Meru :)




15/11 - Isnin
Sebaik sahaja habis Hari Kecemerlangan murid, depa asyik tanya...

"cikgu, bila nak pergi Wetworld?"


Hampir setiap hari ketika saat-saat akhir persekolahan, mereka selalu tanya. Naik letih cikgu ira nak jawab. Tapi budak-budak memang semangat, cikgunya sahaja yang kurang semangat ~haih, bosannya pergi Wetworld (._.) Seingat saya, terakhir saya pergi sana 10 tahun lepas kot~

Dek kerana sayang, bawa la juga mereka-mereka yang 'terlebih aktif' ni, bukan apa, anak murid tahun 4 pandai juga, saya kan guru kelas yang baik (uwekkk, perasan..... :p)

Tapi saya tak bawa mereka hari isnin, sebab letih Hari Kecemerlangan masih terasa.

16/11 - Selasa
Wetworld time! Bergembira bersama anak-anak muridku, yeeehaaaa :)

Balik dari Wetworld, malam tu terus main masak-masak. Bonda mengamanahkan ku untuk memasak Ayam Halia Cikgu (klik disini) (resepi sendiri ni, ha3). Apalagi, campak-campak sahaja apa yang patut dicampak dalam kuali tu.

17/11 - Rabu
Hari Raya 'Eidul Adha.

Terlepas solat sunat raya, sampai-sampai kat masjid, orang semua dah keluar masjid, wah sedehnya, tengok lembu sahaja la (._.')

Hari ini sangat istimewa, bonda buat rumah terbuka, laukku menjadi hidangan untuk famili tercinta ;) Tambah menggembirakan, ramai anak muridku datang, antaranya, ada dua orang tu yang sangat bertuah, depa orang pertama yang sampai, dan juga orang terakhir yang balik.

Sangat memenuhi undangan betul depa ni, dari 11.00 pagi - 5.00 petang, setia duduk di teratakku, tak jemu-jemu, tak keluh kesah. Siap basuh pinggan lagi, terima kasih Irfan & Imrhan. Mereka ni sebenarnya, kumpulan nasyid sekolah, sangat pandai dan berbakat :) Video bawah ni, masa awal tahun, suara belum pecah lagi, sekarang suara lagi manthop :) Mereka berdua yang pegang mic, penyanyi solo la katakan :)





pasti saya akan rindukan nyayian depa, sangat berbakat :)

18/11 - Khamis
Sambung kemas rumah, biasa la, kalau buat rumah terbuka.

Sekarang bibik sudah pulang indonesia, jadi saya sekarang telah bergelar 'suri rumah tangga' yang kurang berjaya..ehehe :)

19/11 - Jumaat
Hari ini, mak lang ajak ke rumah, untuk persediaan sepupuku kahwin. Jadi kami tolong buat doorgift.

Alhamdulillah, diriku sempat sekali lagi untuk memasak Ayam Halia Cikgu, waduh, sangat terharu apabila diberikan kepercayaan untuk memasak. Mak lang sangat pandai masak, jadi macam terasa sangat segan, takut-takut tak 'kaw-kaw'. Alhamdulillah, semuanya ok. Ok yer cikgu! manthop :)

20/11 - Sabtu
Ini adalah tarikh penting sepupu ku, tahniah diucapkan, kerana mereka telah selamat semuanya, selamat pengantin baru :)


Tapi, mintak maaf sangat-sangat, tak dapat pula merealisasikan impian untuk bersama keluarga, maaf yer pengantin.

Sebenarnya, hari ini ada Kursus Pergurunan yakni perkongsian ilmu anjuran Majlis Permuafakatan PIBG (MPPIBG) & Kerajaan Negeri Selangor.

Jadi, sebagai guru yang sangat mentah, saya mengambil peluang untuk ke sana selama 2 hari malam bertempat di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Sepang. Untuk menimba pengalaman, saya harus mengutip sebanyak mungkin mutiara yang jarang-jarang ada ni.

Cerita yang tak berapa nak menarik ni, kami terlepas sampai ke airport,waduh-waduh.. siap lalu dekat laluan nak masuk..ha3


akhirnya, sampai jua ke destinasi, alhamdulillah :)








21/11 - Ahad
Kursus guru ni selama 2 hari dan hari ini hari terakhir.

Sangat manthop kursus ni, susah nak gambarkan, perfect! :)

Buat pertama kali diriku memandu sejauh 200km dalam masa 2 hari, biasa la, saya budak baru belajar bawa kereta ;p (padahal lepas SPM terus ambil lesen, dah 5 tahun kot ^^!)

Malam tu baru nak 'terhegeh-hegeh' hafal itu dan ini, sebab esok nak temuduga.

22/11 - Isnin
Hari yang sangat penting bagi saya.

Temuduga bagi posisi Guru Sandaran Tidak Terlatih. Saya dah bercoleteh panjang, sila lihat topik Soalan GSTT 2010 (klik disini).

23/11 - Selasa
Kembali menjadi suri rumah yang tak berapa nak berjaya ;p

-T.A.M.A.T-

Tadi, Ustaz Wahab ajak pergi Kg Sg Siput, Perak khamis dan jumaat ni untuk ziarah dan pengislaman orang asli, wah.. berjalan tanpa henti lagi saya nampaknya. Tak duduk diam sungguh cikgu ni..




Read More :D

Monday, November 22, 2010

Soalan GSTT 2010

SOALAN GSTT 2010
(sila jangan bosan untuk membaca sampai habis :p)

Wah, tajuk macam gempak tapi sedikit skema ^^,

Sebenarnya, ada niat tertentu kenapa letak tajuk macam tu, senang untuk mereka dimasa hadapan untuk mencari soalan-soalan lazim bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) bagi menghadapi soalan nanti :)

Alhamdulillah, ditakdirkan Allah, dapat surat dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), untuk menghadirkan diri untuk temuduga GSTT pagi tadi. Sebenarnya, saya baru balik dari Kursus Guru di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang anjuran Majlis Permuafakatan PIBG (MPPIBG) & Kerajaan Negeri Selangor. Jadi kelam kabut juga la.

Malam tu juga saya baru 'terhegeh-hegeh' nak hafal:


- Nama-nama Menteri
- Falsafah Pendidikan Negara
- Falsafah Guru
- Akta Pendidikan
- NKRA
- dan pelbagai akta yang lain

Alhamdulillah, dikurniakan ibu yang merupakan guru senior, banyak juga pesanan dari beliau, sokongan dan dorongan yang begitu padu sekali. Alhamdulillah.

Dengan keletihan baru balik kursus, pertama kali memandu lebih 200km dalam masa dua hari, tapi kuatkan diri juga nak hafal semuanya. Bila bosan, sambil-sambil tu buka tv.

Sangat terkejut! Lee Chong Wei VS Lin Dan untuk peringkat akhir badminton sukan Asia, kenapa diriku tak tahu!

Waduh-waduh, terus terpaku depan tv, tapi nota-nota tu masih ditangan la, setia menemani ;p apabila Chong Wei macam dapat mata, terus semangat hafal semua akta-akta pendidikan tu, bila Lin Dan dapat mata, terus lemah longlai.

Tahniah kepada Lin Dan :)

Ok, berbalik pada tajuk asal, pagi-pagi pada hari ini 22/11/10, ibuku menghantar ke Pusat Kegiatan Guru (PKG) di Sekolah Jalan Meru untuk sesi temuduga. Saya orang ke-22. Dalam 3 jam juga la berdiri duduk berdiri duduk, sambil-sambil tu belek-belek nota, berborak dengan orang lain, soalan-soalan yang bakal ditanya, punyalah semangat hafal NKRA, pendidikan, itu-ini, bla-bla....

Sangat berdebar, apabila saya 'godek-godek' mereka yang telah ditemuduga, antara soalan yang mereka tanya:

- Pertubuhan Malaysia (Oh ^^!)
- Labour Laws (Undang-undang buruh!)
- Rukun Negara (kalau tak hafal, tak tau nak kata)
- Rukun Iman (istimewa betul orang yang dapat soalan ni)
- Kaitan antara bidang yang diambil di Universiti dengan perguruan


dan banyak juga la yang mereka hanya suruh terangkan diri sendiri, yang menarik tu, kena cakap dalam bahasa inggeris :) tapi tiada paksaan, boleh pilih samada bahasa melayu atau sebaliknya.

ha, untuk saya pula, adoi....

soalan yang mereka tanya, sama juga dengan yang lain, 'explain yourself '

saya memang dah praktis awal-awal bab-bab perkenalkan diri sendiri ;)

bila saya cakap,

"my hobbies are reading, listening to music and surfing internet"

terus dia tanya,

" you like listening to music, so, what is your favourite artist? Maher Zain?"

"yes"

"can u sing it one of the Maher Zain's song?"

"......................"

saya terus tergelak, ya allah, kena nyanyi???

saya pun nyayi la for the rest of my life, oh sangat hampeh rasanya, saya nyanyi dalam satu rangkap sahaja.

Kemudian dia suruh sambung, dalam hati ni, 'mak ai, kena nyayi lagi..adoi la'

saya kata,

"lagu barakallah boleh?"

dia kata

"ok, teruskan"

sekali, tak terkeluar suara pun, sangatlah segan, allah yang tahu macam mana tebal sangat muka ni.

dia kata,

"nak jadi cikgu tak boleh segan, cikgu mesti yakin, awak kan guru nasyid, mesti boleh"

oh, sangat malu ketika itu..

jadi, apa pengajaran yang kita dapat dari kisah yang tak berapa nak menarik ni? ...ting tong..

cikgu nadirah, cikgu nadirah...

punyalah hafal AKTA-AKTA semua bagai nak rak, sekali suruh nyayi jer??? kalau tahu, dah praktis awal-awal lagu for the rest of my life, sekarang tengah hafal ni lagu-lagu Maher Zain, kot-kot nanti temuduga lain, kena tanya lagi..ha3
cuma apa yang boleh saya kata, rezeki masing-masing la, kalau dapat soalan susah-susah, redha la, kalau dapat rukun iman, alhamdulillah, tapi kalau suruh nyayi? oh....

Nak bagi kata-kata akhir ni, bagi mereka yang nak memohon GSTT, bolehlah muat turun borang di internet. Tapi, sekarang lagi canggih, terus sahaja isi di http://ekgsk.com/gstt/v2/index.php , tapi sekarang permohonan dah tutup, boleh cuba tahun depa insyaallah :)



Read More :D

Thursday, November 18, 2010

4 Pandai

Alhamdulillah, telah genap lebih kurang 6 bulan diri ini bergelar pendidik di Sekolah Islam Al-Farabi.

14/11/10 - telah berlangsung Hari Kecemerlangan Murid bagi sesi 2010. Diamanahkan sebagai pengerusi majlis, memberi impak yang sangat besar kepada saya. Sedikit gugup, namun alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Saat ini, kangen bangat sama anak murid tahun 4 pandai. Kendatipun terlebih aktif, menjadi guru kelas mereka, kadang-kadang menggembirakan saya. Walaupun jumlahnya hanya 20 orang, ia memberi sedikit sebanyak memberi pengalaman yang cukup indah. Oh, 4 pandai :)


Hari-hari terakhir bersama anak-anak murid kesayangku :)


Read More :D

Tuesday, November 16, 2010

Salam 'Eidul Adha

Salam 'Eidul Adha

Maaf Zahir Batin

Terima kasih kerana terus menyokong bingkisaNurani.blogspot :)
Jemput datang rumah yer :)

video kat atas ni sangat istimewa, khas dari,
Persatuan Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)



Read More :D

Sunday, November 07, 2010

Lelaki Sejati

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang-orang disekelilingnya...

Lelaki sejati bukanlah dilihat sari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya menyatakan kebenaran...

Lelaki sejati bukanlah dari jumlah sahabat disekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya kepada generasi muda dan agama...



Lelaki sejati bukanlah dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada disebalik itu...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci,tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang dibaca...

ADAKAH ADA LAGI LELAKI SEJATI ITU? renung-renungkan~




Read More :D

Tuesday, October 26, 2010

22 :)

Alhamdulillah, tanggal 24 October 2010, genaplah umur saya yang ke-22 :)
Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang mendoakan :)

Tahun ni yang paling istimewa. Dapat hadiah yang sangatlah banyak. Dari hari guru bulan 5 - hari lahir bulan 10, hampir setiap hari, ada sahaja buah tangah dari anak-anak Al-Farabi :)




Antara sebahagian hadiah, yang lain tak sempat nak masukkan :)

Ini pula kad yang paling besar pernah saya terima. Manilakad terus! Siap ucapan 'Selamat Hari Raya Aidil Adha'

Manilad ke-2


Manilakad ke-3


Dan ini yang paling istimewa, hadiah dari anak murid kesayanganku :)

Terima kasih semua :)

Allahuyubarik fiikum daa'iman :)




Read More :D

Thursday, October 21, 2010

Islamic Voice (IV)


Kumpulan ini sangat berbakat.
Harmoni, itulah nama yang diberi semasa mereka bergiat aktif disekolah sekitar tahun 2005.


Kini,


Lagu: Ku Damba Cinta Illahi
Munsyeed: Islamic Voice (IV)
(Untuk mendengar lagu ni, tekan butang 'pause' dulu pada lagu Maher Zain dibawah sekali. Tq)




Kumpulan ini bertapak di Meru, Klang (sekampung dengan saya :)
Suara yang sangat mantap :)
Hayati Liriknya :)

Read More :D

Sunday, October 17, 2010

MZ in Media

Islam is lifestyle..


Insyaallah


saya baik..


sama-sama..

Read More :D

Saturday, October 16, 2010

Popular kerana Maher Zain?

Lama sungguh tak 'syok sendiri' dalam blog ni ;)

Kebelakangan ini hanya gambar yang menghiasi latar blog. Mungkin perasaan nak tulis zero, kosong!

Berbicara mengenai blog, alhamdulillah telah berjinak selama 1 tahun 10 bulan 1 minggu & 3 hari :)

Mengikut dari perspektif saya, gaya mereka yang memiliki blog adalah tersendiri~

Ada yang setiap detik update blog. Ada pula yang bersawang setahun lamanya.

Ada yang hanya suka letak gambar. Ada yang suka membebel 24 jam. Ada yang syok sendiri (macam saya!). Ada yang tak kesah. Ada yang memang menarik betul blog dia tapi tak sempat.

Kisah blog saya, akhir-akhir ni kepopularan blog meningkat secara mendadak! Disebalik kepopularan itu, terpalit sedikit (banyak sebenarnya) kekecewaan. Blog popular sebab Maher Zain!

19 Februari - masa tu saya masih bergelar pelajar UPM semester akhir. Niat meletak lirik lagu MZ dalam blog ni hanyalah untuk koleksi peribadi. Sejak itu, pengikut dan statistik pembaca makin bertambah. Yang sedihnya, mereka tak baca pun new posting blog saya, tapi hanya mampir dengan lirik lagu MZ yang saya letak dalam blog ini.

Kendatipun begitu, terima kasih yang teramat kepada mereka yang masih membaca celoteh saya ini. Lirik MZ tu harus dikongsi. Untuk manfaat bersama kan?

" Aiman tak kesah ;) "

Menyentuh tentang showcase MZ tempoh hari, alhamdulillah, sangat terkesan dihati. Walaupun dengan kepenatan beliau dengan jadual yang sangat padat di Malaysia, MZ terus berjuang menyampaikan lagu dakwahnya. Istimewa, 8 lagu kesemuanya ;)

************************************

Tahniah kepada mereka yang telah selamat berkonvo, khas dari saya :)


Read More :D

Monday, October 11, 2010

Konvokesyen Bacelor 2010 :)




Terima kasih atas doa kalian,

Alhamdulillah


Read More :D

Tuesday, October 05, 2010

Save The Soul's Schedule



*Alamanda ditukar kepada Maju Junction*

"Usai mendengar IKIM, MZ sangat merendah diri, selalu mengucap alhamdulillah :) "


Read More :D

Sunday, October 03, 2010

.: Tiket Maher Zain :.

MZ menemui anda dilokasi berikut:

1.Meet the fan di UIAM gombak 6 Oktober Hari Rabu
2.Meet the fan di The Curve Damansara, 9 Oktober hari Sabtu
3.Meet the Fan di Naju Junction, 10 Oktober hari Ahad
4.Showcase di MBSA Shah Alam 14 dan 15 Oktober


Alhamdulillah, saya telah mendapatkan tiket Konsert Maher Zain. Jumpa disana!

Read More :D

Saturday, October 02, 2010

Senyuman bahagia

Alhamdulillah, baru balik dari UPM, urusin jubah konvo dan sebagainya :)

Rabu ini raptai konvo & sabtu ini konvo! :)

Sekarang dalam proses nak cari kerja baru. Saya dah hantar resume pada SMK SKI dan Kolej PTPL.

Bonda kata, kalo nak jadi GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih), mungkin bermula bulan 1/2 tahun depan. Kerja yang sekarang ni di SIF (Sekolah Islam Al-Farabi) Meru, hanya sampai bulan 11. Jadi bulan 12 dan 1 nak bayar kereta guna apa? Sesiapa yang tahu mana-mana kerja kosong, bagitahu saya yer. Moga pencarian saya bertemu noktah secepat mungkin. Doakan yer :) ameeeen~

Suka tengok gambar famili dibawah. Senyuman yang membahagiakan :)


Read More :D

Thursday, September 16, 2010

Pak Lebai Pergi Ke Kedai


Pak Lebai oh............. Pak Lebai ;)

Kisah ini dah lama dah, 5/6/2010 - Perkhemahan Tahun 4 & 5 SIF Meru.

Nak dijadikan cerita, mereka kena hafal 5 rangkap ayat yang sedikit mengelirukan. Orang kata telefon berkarat :) Jadi, saya ni seperti biasa cikgu yang dipertanggungjawabkan sebagai camerawoman ;)


2 rangkap je ker?

sikat? hi3

Seronok beramai-ramai??

terjumpa kedai atau keldai? ikat apa pula ni? ha3
lepai? yang tak tahan tu, bermesyuarat beramai-ramai. haih~
Ok, kita tengok 5 rangkap yang sebenar nya.
Jeng...
Jeng...
Jeng...



Sangat berbeza dengan yang asal bukan?

Banyak pengajaran yang kita boleh ambil. Antaranya;

Satu, jangan mudah percaya dengan apa yang orang kata.
Dua, selidiki betul-betul dari sumber mana yang kamu dapat berita.
Tiga, jangan sebarkan berita yang anda tidak pasti kesahihannya.
Empat, renung-renungkanlah wahai sahabat2 ;)

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Jemput datang rumah di Meru, Klang :)

One two three,

Selamat hari raya aidilfitri,

Eight nine ten,

Maaf zahir & batin :)


Read More :D
Related Posts with Thumbnails