Followers

Wednesday, December 21, 2011

Nadirah♥Rodzi ~cinta selepas kahwin

Inilah entri pertama selepas sah bergelar isteri ♥♥♥


kepada semua, sila jangan termuntah atau merasa geli gelaman kerana ini satu-satunya entri yang agak kejiwang-jiwangan karat-karatan [tapi untuk suami tak per la kan ;]

********************************

Bahagianya bercinta selepas kahwin hanya tuhan yang tahu. Teramatlah rugi bagi mereka yang mencemarkan erti cinta suci itu. Alhamdulillah, sepanjang 23 tahun berkelana dibumi ini, saya tidak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki ajnabi. Pernah juga diuji dengan kehadiran beberapa calon namun semuanya tidak menjadi <--- dugaan hidup T_T

Bertekad pada diri, lelaki yang menghulurkan cinta sebelum kahwin, pasti akan ditolak. Bukannya sombong ataupun rasa diri tu macam 'hot' sangat, tetapi itulah prinsip. Dan alhamdulillah, kini terbukti, cinta hatiku Mohd Rodzi Bin Ghazuli adalah keutamaanku kini selepas Allah dan Rasul. Huluran cinta yang diterima selepas akad nikah, cukup terasa nikmatnya (:

Ramai yang bertanya, macam mana Nadirah ni boleh tersangkut pada Encik Rodzi? huhu. Serius segan nak cerita kot, tapi takpe la, kami pun dah sah bergelar suami isteri, apa salahnya kongsi cerita kan cik bedah? (;

Ceritanya berkisar 2009. Sem 5 di UPM. Waktu itu saya mengambil bahasa arab sebagai subjek tambahan untuk mencukupkan jam kredit. Agak terkejut, Ahli MT PMIUPM satu kelas dengan saya. Segan kot^^!, orang kuat Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) ada dalam kelas tu. Mesti la kita kena kontol ayu kan, haha, kantoi cik jah ;p

Sebenarnya, saya sangat hormat pada barisan MT PMI, sikap siqoh & wara' mereka cukup membuatkan saya teruja. Perjuangan mereka dalam menegakkan syiar islam cukup menggetarkan hati saya. Teringin menjadi seperti mereka, tetapi serasa tidak layak. Tambahan, saya ni hanya ahli biasa PMI, tak aktif pulak tu~

Pernah saya bermonolog pada diri...

"kalau rodzi ni lamar aku, mesti terima punya lah.." entah kenapa ungkapan tu pernah terkeluar dari bibirku. Mungkin petunjuk dariNya?

Sungguh tak sangka, rupanya dalam diam, 'encik R' yang sangat ku hormat menyimpan perasaan yang suci terhadapku. Serius memang saya tidak ada sebarang perasaan suka apatah lagi cinta kepada encik tersebut. Akhirnya, encik R mengambil langkah dengan mengkhitbahku melalui cara yang sangat murni, baitul muslim, 2010 ♥♥♥ suka, suka, suka! kerana inilah jalan yang telah lama didambakan dari dulu iaitu melalui perantaraan orang tengah (:

Kendatipun saya tidak kenal secara mendalam dengan encik R, tetapi keyakinan terhadapnya tinggi. Saya hanya tahu nama, alamat, no telefon dan butir diri yang penting-penting sahaja. Gambar pun tak ada. Istikhorah dan doa menjadi penemanku untuk melalui hari-hari mendatang. Kebergantunganku pada Allah sudap cukup untuk diriku membuat keputusan yang cukup berharga ini.

Semasa dialam pertunangan, kami amat jarang sangat berhubung. Mesej, telefon, facebook mahupun sebarang bentuk perhubungan amatlah dijaga. Kesabaran encik R untuk meluahkan kata-kata cinta menguatkan lagi keyakinanku bahawa dialah calon suamiku.

DAN KINI, diriku menjadi milik encik R dan encik R menjadi milikku. Benarlah, cinta selepas kahwin itu memang penuh barokah dan nikmatnya tidak terluah dek kata.

Kenkadang tertanya juga pada diri sendiri, kepada diriku menjadi pilihannya? kini sudah ku ketahui jawapannya ;)

Abang sayang,,,

Jika saat ini abang terbaca entri ini, percayalah bahawa sayang sangat beruntung menjadi isteri abang. Semoga dengan tingginya ilmu agama yang dimiliki abang, menguatkan lagi cinta kita kepada Maha Pencinta, tegurlah sayang andai terdapat sebarang kekhilafan, semoga dengannya peroleh keberkatan mawaddah warahmah, cinta kita hingga ke jannah insyaallah ^_^


♥ Wo Ai ni ♥ I love you ♥ Aku cinta padamu ♥
♥ Naan unnai kathalikaraen ♥ Saranghaeyo ♥ Aishiteru ♥

14 comments:

  1. alhamdulillah..tahniah ira & suami :)

    ReplyDelete
  2. mak aih..terus keluar lagu KRU...hahaha..tahniah!

    ReplyDelete
  3. Tahniah Ira, semoga perjalanan yg baru bermula ini, mencorak kehidupan kita menjadi lebih matang dan sesungguhnya jadilah selalu.... 'besar hati' dalam apa jua situasi, sbb tak mau jadi 'kecil hati' dan sememangnya indah CINTA selepas perkahwinan itu penuh barakah dan bahagia..... ameeennnn...

    salam dari: Kak Nik SKI

    ReplyDelete
  4. wiwettt, tahniah ira, semoga ikatan suci ini kekal hingga ke syurga ^_^

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...tahniah ira...smoga hidup dipenuhi barokah2 bahgia

    ReplyDelete
  6. wah! congrats! bukan semua org dapat cinta sebelum ahwin ni! :)

    ReplyDelete
  7. to hyna: tq kak nana ♥♥♥ same goes to you~

    to funis: ♥♥♥ ;)

    to kak nik: tq kak nik! very appreciate it, doakan kebahagiaan sy n suami ♥♥♥

    to ifi: doakan sy ♥♥♥

    to perindu sikma: tq nida! ♥♥♥

    to murni: alhamdulillah ♥♥♥

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah dan abg pun sgt beruntung sayang menjadi isteri abg...

    ~Bersyukurlah atas nikmat yang dikurniakan
    kepada kita, nescaya kesyukuran itu akan
    membahagiakan kita.
    ~Bersabarlah atas apa yang menimpa kita,
    nescaya kesabaran itu akan membahagiakan
    kita.
    ~Dengan izin Allah, kebahagiaan dunia yang
    kita cari, kebahagiaan akhirat yang akan
    kita temui..

    ♥ Wo Ai ni ♥ I love you ♥ Aku cinta padamu ♥
    ♥ Naan unnai kathalikaraen ♥ Saranghaeyo ♥ Aishiteru ♥

    ReplyDelete
  9. tahniah....irah.....

    kak liz....SIF Meru

    ReplyDelete
  10. tq to abg sayang yg sangat sweet madah nya, luv u bcoz of allah ;)

    to kak liz: tq kak :)

    ReplyDelete
  11. selamat pengatntin baru...semoga berkekalan hingga akhir hayat..:)

    ReplyDelete
  12. Im going to follow ur step, Ira. Love after marriage :)

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails