Followers

Monday, November 22, 2010

Soalan GSTT 2010

SOALAN GSTT 2010
(sila jangan bosan untuk membaca sampai habis :p)

Wah, tajuk macam gempak tapi sedikit skema ^^,

Sebenarnya, ada niat tertentu kenapa letak tajuk macam tu, senang untuk mereka dimasa hadapan untuk mencari soalan-soalan lazim bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) bagi menghadapi soalan nanti :)

Alhamdulillah, ditakdirkan Allah, dapat surat dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), untuk menghadirkan diri untuk temuduga GSTT pagi tadi. Sebenarnya, saya baru balik dari Kursus Guru di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang anjuran Majlis Permuafakatan PIBG (MPPIBG) & Kerajaan Negeri Selangor. Jadi kelam kabut juga la.

Malam tu juga saya baru 'terhegeh-hegeh' nak hafal:


- Nama-nama Menteri
- Falsafah Pendidikan Negara
- Falsafah Guru
- Akta Pendidikan
- NKRA
- dan pelbagai akta yang lain

Alhamdulillah, dikurniakan ibu yang merupakan guru senior, banyak juga pesanan dari beliau, sokongan dan dorongan yang begitu padu sekali. Alhamdulillah.

Dengan keletihan baru balik kursus, pertama kali memandu lebih 200km dalam masa dua hari, tapi kuatkan diri juga nak hafal semuanya. Bila bosan, sambil-sambil tu buka tv.

Sangat terkejut! Lee Chong Wei VS Lin Dan untuk peringkat akhir badminton sukan Asia, kenapa diriku tak tahu!

Waduh-waduh, terus terpaku depan tv, tapi nota-nota tu masih ditangan la, setia menemani ;p apabila Chong Wei macam dapat mata, terus semangat hafal semua akta-akta pendidikan tu, bila Lin Dan dapat mata, terus lemah longlai.

Tahniah kepada Lin Dan :)

Ok, berbalik pada tajuk asal, pagi-pagi pada hari ini 22/11/10, ibuku menghantar ke Pusat Kegiatan Guru (PKG) di Sekolah Jalan Meru untuk sesi temuduga. Saya orang ke-22. Dalam 3 jam juga la berdiri duduk berdiri duduk, sambil-sambil tu belek-belek nota, berborak dengan orang lain, soalan-soalan yang bakal ditanya, punyalah semangat hafal NKRA, pendidikan, itu-ini, bla-bla....

Sangat berdebar, apabila saya 'godek-godek' mereka yang telah ditemuduga, antara soalan yang mereka tanya:

- Pertubuhan Malaysia (Oh ^^!)
- Labour Laws (Undang-undang buruh!)
- Rukun Negara (kalau tak hafal, tak tau nak kata)
- Rukun Iman (istimewa betul orang yang dapat soalan ni)
- Kaitan antara bidang yang diambil di Universiti dengan perguruan


dan banyak juga la yang mereka hanya suruh terangkan diri sendiri, yang menarik tu, kena cakap dalam bahasa inggeris :) tapi tiada paksaan, boleh pilih samada bahasa melayu atau sebaliknya.

ha, untuk saya pula, adoi....

soalan yang mereka tanya, sama juga dengan yang lain, 'explain yourself '

saya memang dah praktis awal-awal bab-bab perkenalkan diri sendiri ;)

bila saya cakap,

"my hobbies are reading, listening to music and surfing internet"

terus dia tanya,

" you like listening to music, so, what is your favourite artist? Maher Zain?"

"yes"

"can u sing it one of the Maher Zain's song?"

"......................"

saya terus tergelak, ya allah, kena nyanyi???

saya pun nyayi la for the rest of my life, oh sangat hampeh rasanya, saya nyanyi dalam satu rangkap sahaja.

Kemudian dia suruh sambung, dalam hati ni, 'mak ai, kena nyayi lagi..adoi la'

saya kata,

"lagu barakallah boleh?"

dia kata

"ok, teruskan"

sekali, tak terkeluar suara pun, sangatlah segan, allah yang tahu macam mana tebal sangat muka ni.

dia kata,

"nak jadi cikgu tak boleh segan, cikgu mesti yakin, awak kan guru nasyid, mesti boleh"

oh, sangat malu ketika itu..

jadi, apa pengajaran yang kita dapat dari kisah yang tak berapa nak menarik ni? ...ting tong..

cikgu nadirah, cikgu nadirah...

punyalah hafal AKTA-AKTA semua bagai nak rak, sekali suruh nyayi jer??? kalau tahu, dah praktis awal-awal lagu for the rest of my life, sekarang tengah hafal ni lagu-lagu Maher Zain, kot-kot nanti temuduga lain, kena tanya lagi..ha3
cuma apa yang boleh saya kata, rezeki masing-masing la, kalau dapat soalan susah-susah, redha la, kalau dapat rukun iman, alhamdulillah, tapi kalau suruh nyayi? oh....

Nak bagi kata-kata akhir ni, bagi mereka yang nak memohon GSTT, bolehlah muat turun borang di internet. Tapi, sekarang lagi canggih, terus sahaja isi di http://ekgsk.com/gstt/v2/index.php , tapi sekarang permohonan dah tutup, boleh cuba tahun depa insyaallah :)


10 comments:

  1. ckgu kena nyanyi bagus lah tu kan suara ckgu sedap tapi x leh mkn lah hahaha

    ReplyDelete
  2. ckgu kena nyanyi ek??x pe suara ckgu sedap tapi x lehdimakan lah,maksud saya merdu lagipon ckgu kan guru nasyid

    ReplyDelete
  3. to anak muridku najihah:

    ha, pandai pun kamu tulis komen..

    x sedap pun, pandai2 je kamu ni..

    tapi ni lah interview paling x tension :)

    ReplyDelete
  4. haha..xsangka de jg interview kena nyanyi lagu maher zain..pe pn gud luck cikgu nadirah :)

    ReplyDelete
  5. kawan saya kne berlakon melamar seorang wanita, lagi dasyat..

    tapi itu interview untuk masuk UPSI, perguruan juga la, dia kos muzik..

    ReplyDelete
  6. wah syoknye bile bcite pasal cikgu ni..akaknye cita2 pun nk jd cikgu tp smpai skg masih lagi berusaha keras untuk ke arah tu...huhuhu smoga nadirah dpt la GSTT tu ye...nti jgn lupe kongsi berita baik...:)

    ReplyDelete
  7. trimas kak atas kata2 semangat:)

    moga akk juga berjaya dunia akhirat :)

    ReplyDelete
  8. suh je wafa gn miqdad nyanyi Barakallah..kompom penemuduga tu ternganga, huhu...

    ReplyDelete
  9. suruh je wafa gn miqdad nyanyi lagu Barakallah, confirm penemuduga tu ternganga, huhu...

    ReplyDelete
  10. wafa' n miqdad mmg manthop p0oonggg, kalah makcik dia ni..

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails