Salam wbt.
Masih tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Kareem, Ramadhan Mubarak kepada mereka yang sudi singgah blog saya yang mutakhir ini sangat malas nak update. Penyakit betul ummi ‘AL-Hafizah (AH)’ ni kan.
Bercerita mengenai sekolah pula, secara rasminya tanggal 1 Ogos 2012 yang lepas, saya tidak lagi bergelar pendidik kepada anak-anak di SMK Sungai Kapar Indah. Selamat tinggal 2 Cekap! Kendatipun begitu saya masih mengajar di Pusat Tuisyen Eko Pintar, Meru. Darah pendidik memang tak boleh dipisahkan dengan saya. Mungkin kerana ibu dan ayah saya merupakan seorang guru. Encik R juga seorang guru, kebetulan atau suratan? Sudah jodoh, memang tidak boleh disangkal :)
Kenapa saya berhenti mengajar disekolah? Biarlah rahsia ;)
Disamping Encik R sibuk mengajar, kekasih hati saya juga berniaga. 9/10 pintu rezeki datangnya dari alam perniagaan. Betul idok? Sekarang saya agak sibuk membantu suami terchenta berniaga di Pusat membeli belah Aeon Bukit Raja. Berniaga apa tu? Berniaga sempena Karnival Riuh Rendah AIdilfitri. Pelbagai jenis beg tangan, beg kait, tali pinggang, purse dan wallet. Mari-mari beli sampai sehari sebelum raya sahaja!
Ramadhan Kareem, Ramadhan Mubarak! Minal Aidil Wal Fai’zin. Salam ‘Eid Fitri. Maaf Zahir Batin.
6:34PM
14/8/2012
26 Ramadhan 1433H
Pusat membeli belah AEON
No comments:
Post a Comment