Followers

Sunday, March 18, 2012

Nadirah♥Rodzi ~Al-Hafiz


Salam wbt.

Saat ini saya sedang berjauhan dengan encik suami. Hampir 48jam.

Sebulan yang lepas, bonda saya ditimpa kemalangan disekolah. Kedua tangannya patah. Alhamdulillah semakin hari semakin pulih cuma darah tingginya sahaja turun naik. Keluar masuk hospital sudah tiga kali. Mohon jasa baik kalian untuk mendoakan kesihatan bonda kesayangan saya. Allahumma amen~

Rancangan asal pada musim cuti sekolah bulan 3 ni, saya, Encik R dan bonda mahu pulang ke kampung. Namun, hanya Encik R sahaja berkesempatan pulang ke teratak bondanya di Baling. Saya dan adik-beradik saya yang lain menjaga bonda di rumah.

Rindu terhadap Encik R bagai ditahan-tahan setinggi gunung yang tak berapa nak tahan;p Bukan tidak pernah berpisah beberapa hari, tapi ni kes 'mengada' punya pasal.. Biasa la, pengantin baru katakan. Eeee, dah tiga bulan lebih kahwin pun pengantin baru ker? Yer, kami pengantin baru sepanjang masa, itulah rahsia kebahagiaan Nadirah♥Rodzi ;)

Berbalik pada tajuk asal pos kalini, ia berkisar tentang al-hafiz. Al-hafiz? Siapakah dia? Kekasih gelapkah? Kekasih cerahkah? Atau kekasih barukah? Yer, kekasih baru saya dan Encik R ♥

Sungguh tak sangka. Masa begitu pantas sekali meninggalkan kita. Ya, masa itu ibarat pedang! Rasa macam saya baru je dilahirkan bonda, alam kanak2, alam sekolah, alam universiti, masuk ke alam pekerjaan, kini sudah berkahwin dah bakal mempunyai zuriat sendiri :):):):):):):):):)

Ceritanya bermula begini. Saya ni agak degil sikit (rasanya degil banyak), punyalah pemalas nak pergi klinik. Akhirnya setelah demam seminggu ditambah dengan ajakan Encik R, saya mengalah dan terus ke klinik ditemani encik suami.

Disebabkan demam dah melarat sehingga angka 7, doktor menyuruh saya untuk mengambil ujian urin dan darah. Saya mula rasa tidak sedap hati. Kenapa nak kena amik semua ujian ni. Demam je kot. Mungkin doktor fikir darah saya dijangkiti kuman.

Usai ujian urin, saya belek-belek keputusannya. Berdebar-debar jantung. Perkataan Positif dibulatkan! Apakah ini? Saya menunjukkan kertas tersebut pada suami. Senyumannya membahagiakan saya. Sungguh tak sangka. Allahmdulillah.

Doktor lantas menemui Encik R dah mengucapkan "tahniah awak bakal jadi bapa". Terpinga-pinga kami dibuatnya. Dalam benak saya ketika itu, tujuan asal kami ke klinik untuk merawat demam saya. Bukan untuk buat ujian mengandung. Kendatipun begitu, ini adalah teristimewa, alhamdulillah, syukur ya Allah, rezeki yang tidak disangka-sangka. Usia al-hafiz ketika itu baru menginjak 3 minggu ;)

Sebenarnya beberapa hari sebelum pergi klinik, saya memang mengalami sakit-sakit perut. Rasa lain macam sokmo. Jadi, sajalah kami beli alat pregnancy test, manalah tahu mengandung kot. Encik R kata, nampaknya kita guna pregnancy test tu untuk anak kedua la, tak sempat nak guna sebab sayang dah sah mengandung ;)



Kami menggunakan gelaran 'al-hafiz' kerana saya dan Encik R bercita-cita untuk menjadikan anak kami seorang huffaz al-quran, insyaallah, amen.

Usia al-hafiz kini sudah mencecah 11 minggu. Doakan terbaik untuk kami bertiga! Saya, Encik R & AH (al-hafiz ;)

Read More :D
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails