Salam wbt..
Lamanya la nak tunggu Anis Al-Insyirah (Part 3) ni kan.. Nak kata sibuk sangat, anak baru sorang, tak gitu Insyirah <3? Bagi mereka yang baru disini, sila lah jeling-menjeling link ni:
Anis Al-Insyirah (Part 1)
Anis Al-Insyirah (Part 2)
Bersambung kisah seterusnya...
Sesampainya di wad 5A, saya ditempatkan dikatil 22. Dalam benak fikiran, takutnya la kalau takde katil kan. Sebab di Hospital Klang, dengar cerita kelahiran setiap hari boleh mencecah angka
Alhamdulillah, di Hospital Selayang, masih banyak katil yang kosong. Katilnya pun besar, selesa dan kemas. Bilik air pun bersih dan terdapat pelbagai kemudahan :) Disebelah katilku, ada seorang wanita yang bersalin untuk anak yang ke-6. Rezeki dia..
Kalau diikutkan saya duduk di sini 2 hari 1 malam je. Asbab Insyirah dilahirkan bersaiz kecil dan gula sangat kurang dalam badan dia, kami ditahan. Misi suruh bagi susu banyak supaya gula naik. Jadi malam tu ummi tak tidur, bersungguh-sungguh supaya Insyirah sihat dan dapat keluar dari hospital cepat. Tak tahu la kenapa saya ni tak suka dok hospital lama2, rasanya bukan saya sorang kot camtu? eheh! Tapi dok hospital ni bagus gak, ada misi jaga, makanan on time, bayi dimandikan, cara penjagaan bayi diajar dan lain2. Negatifnya, agak bosan tak tahu nak buat apa! huhu <--- alasan tak kukuh langsung..
Alhamdulillah, akhirnya gula Insyirah naik! Jadi, duduk 3 hari 2 malam je. Setibanya dirumah, kami terus ke klinik Meru untuk beritahu yang saya dah bersalin. Keesokan harinya, misi datang rumah. Insyirah disahkan kuning pula! Misi suruh bagi susu banyak-banyak lagi. Alhamdulillah, anak ummi kuning tak lama. Abang ipaq pula bagi saranan supaya cari sengkuang cina dan amik air dia. Setelah 2 kali berturut diperiksa, kuning Insyirah dah normal. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
Sekarang Insyirah dah masuk 25 hari <3 Makin aktif dan cergas dia. Nak2 waktu malam kan. Memamng ummi tak dapat tidur. Nak kata penat, memang la kita sebagai ibu penat. Semua ibu memang tak dapat lari dari penat apabila mendapat cahaya mata baru. Sebab tu kita sebagai anak, kena hargai ibu kita. Bila dah jadi ibu ni, baru la kita rasa bagaimana susahnya ibu kita dulu. Dan sebab itu jugalah keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa. Peringatan untuk saya dan anda semua :).
'Terima kasih mak!, I Love U! <3 <3 <3 '.
SALAM ZAH SAYANG!!!
ReplyDeleteINSYIRAH SALING X TUMPAH MUKA AWAK!!!
(~_^)v
TAHNIAH ZAH!! ADA REZKI NNT SY DTG MELAWAT BILE2 YE!!! (^__^)
INSYIRAH!! AUNTY KIUT COMING!!! (^______^)
salam cik dayah sayang..
ReplyDeletetapi ramai org kata insyirah muka macam abi dia ;)
datang la bila2 masa awk free.. <3