IFTAR KTI KALI KE-3
Laporan kat bawah ni ana amik dari Marwah..
Laporan kat bawah ni ana amik dari Marwah..
Masa : 5.30 petang - 9.30 malam
Tempat : Restoran Puteri
Tarikh : 21 September 2008
Hari : Ahad يوم الأحد
Tempat : Restoran Puteri
Tarikh : 21 September 2008
Hari : Ahad يوم الأحد
الحمد الله kerana program berjaya dilaksanakan dengan grand bak kata Amin, super-meriah.. kehadiran terawal pastinya musaza & nazzabi.. kesemua peserta yang telah mendaftarkan diri kecuali 3 di atas menunjukkan sokongan padu terhadap program disamping berpeluang mengenali ahli-ahli KTI yang selama ini dikenali dalam alam maya sahaja.
Jurugambar-jurugambar KTI; yeopmi, silantra, musaza, nazzabi, zhafran, ikmal dll rancak mengambil gambar sepanjang program. Ini tidak termasuk jurugambar media massa yang hadir selaku jemputan tambahan oleh pemilik Restoran Puteri..
Aspek logistik yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan baik, sekalung tahniah buat el-hijrah & abuafham kerana membantu ana dalam bab ini.. mohon maaf atas kekurangan bagi sapa-sapa yang merasai pengalaman logistik versi ana & el-hijrah ni.. kita boleh cuba cara lain lak lepas ni.. mana tau, naik kapal terbang ke, bot, helikopter atau sebagainya..bila KTI dah jadi 1 organisasi besar satu hari kelak.. إن شاء الله
tentatif program berubah sedikit seusai ketibaan.. solat maghrib diadakan selepas berbuka puasa.. solat tarawih yang dirancang tidak dapat dijalankan atas perubahan saat akhir yang memang tak boleh nak elak.. penambahbaikan akan diadakan untuk program sebegini pada masa depan.. sokongan KTI amat dialu-alukan khasnya untuk penggerak-penggerak barunya tahun depan..
komen makanan? memang marvellous, الحمد الله terima kasih kepada Restoran Puteri atas hidangan enak lagi lazat.. kepada yang tidak berkesempatan merasai sebahagian menu utama, mohon maaf diajukan.. ini memandangkan, program ini bersatu tenaga dengan artis-artis luar seperti Deja Moss, Dafi, Adam, Erra dll dari kalangan wartawan & jurugambar media massa tanahair. tidak lupa, warga rumah anak yatim..
Program bersama anak yatim kali ini, lebih bersifat biasa tanpa ada aktiviti khusus memandangkan tunjang program berasaskan aturcara IRSB.. jika diizinkan, program follow up untuk anak-anak yatim akan diselia pada masa hadapan.. terima kasih atas kehadiran Ustaz Nordin Jaafar selaku penyampai tazkirah & penghibur dengan lagu Doa Makan..
Program sebegini benar-benar merapatkan jalinan ukhwah antara ahli-ahli KTI & teman-teman yang diajak bersama khasnya kawan-kawan suRita & faeyzall.. kehadiran kalian sememangnya memeriahkan program ini.. selain peluang beramah mesra dengan Inteam & staff IRSB..
Memori program Iftar kali ini, akan terpahat segar dalam benak fikiran & perasaan semua yang menjayakannya.. sekian dahulu pada masa ini.
oleh:
almarwah_madinah
No comments:
Post a Comment