Followers

Friday, April 03, 2009

DAKWAH KITA :)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Terkaku sebentar apabila ana melihat gamba diatas.


Sudah lama diri ini tidak menjejak kaki ke perkampungan orang asli. Rindu nya pada mereka. Rindunya pada kerja dakwah disana. Baru-baru ni, diberitakan bahawa 'Yala' iaitu Land Rover Ustz Wahab semakin kritikal! Jundullah n Ustz Wahab mengalami kecederaan serius dibahagian kaki dan kepala. Perjuangan mereka sangat luar biasa. Untuk menegakkan kalimah 'La Ilaha Illallah'.." D.A.K.W.A.H " .. Ya, kalimah itulah yg sering bermain difikiran dan meniti dibibir kita. Apakah itu dakwah?

Medan dakwah merupakan satu lapangan yang luas selari dengan objek dakwah yang dibawa oleh para rasul iaitu agama Islam. Justeru itu para duat selaku juru dakwah mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar dalam rangka menyalur dan menyampaikan risalah dakwah dengan lebih terarah dan terencana.

.:KEWAJIPAN MENYAMPAIKAN DAKWAH:.

Sesungguhnya kewajipan menyampaikan dakwah Islamiah merupakan satu tuntutan secara syar’ie. Kewajipan ini tertanggung di atas bahu umat Islam tidak mengira tua atau muda, lelaku mahupun perempuan, kecil atau besar, samada pemerintah atau rakyat jelata secara khususiah atau umum. Tuntutan ini mesti direalisasikan mengikut kadar keupayaan diri, berdasarkan kemampuan tenaga dan darjah kemantapan iman serta rasa sensitiviti terhadap realiti umat Islam di samping iklim persekitaran masyarakat yang dilingkunginya. Ini jelas berdasarkan firman Allah di dalam Surah At Taubah ayat 71.

.:MATLAMAT DAKWAH:.

1- Menunjuk manusia kepada pengabdian yang total kepada Allah bertepatanVdengan apa yang disyariatkan kepada mereka. Ini merupakan tugas asas dan asal kebangkitan para rasul di muka bumi ini. Namun begitu tugas tersebut berpindah kepada para duat selaku galang ganti kepada tugas yang ditinggalkan oleh para rasul seraya para du’at merupakan pewaris para nabi dan rasul. Justeru itu, para du’at berperanan sebagai penerang, penafsir dan petunjuk jalan kepada manusia kepada persoalan dasar dan asas iaitu konsep tauhid dan menjelaskan konsep Islam sebagai satu cara hidup.

2- Menunjuk manusia agar berta’aruf (kenal mengenal) di antara satu sama lain. Ia merupakan satu perintah dari Allah Ta’ala untuk dilaksanakan oleh manusia seluruhnya. Para du’at diwajibkan menjelaskan perkara tersebut kepada manusia tidak boleh hidup berseorangan. Interaksi dan komukasi di antara manusia merupakan naluri yang ada di dalam jiwa manusia.

3- Mengubah suasana yang buruk dan iklam yang bejad di dalam realiti kehidupan manusia kepada iklam Islamiah bagi menjamin kemaslahatan kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat. Para du’at diperlukan untuk mencernakan misi tersebut. Menjelaskan konsep Jahiliyyah kepada manusia agar mereka berupaya menanggapi perkara tersebut sehingga mereka dapat menyusun kehidupan dengan teratur.

4- Mendidik individu muslim dengan tarbiyyah Islamiah Syumuliah yang merangkumi tarbiah rohiah, jasadiah, fikriah dan ‘aqliah.

5- Membentuk Bait Muslimah dengan mendidik individu-individu tersebut bertepatan dengan Manhaj Islam dan system kekeluargaan yang berteraskan kepada roh Islami. Justeru itu institusi ini dapat melahirkan jil muslim yang bersifat taqwa, menjadi tunas baru demi terbentuknya masyarakat Islam yang diimpikan.

6- Membentuk Mujtamak Muslim yang merealisasikan norma-norma Islam dari segi dasar dan akhlak. Dengan erti kata lain, masyarakat yang mengimplimentasikan system dan peraturan mengikut neraca timbangan Islam yang mampu mengaplikasikan konsep amar ma’ruf dan nahi mungkar, al ‘adl wal ihsan di dalam kehidupan masyarakat.

7- Usaha untuk mewujudkan Negara Islam yang melaksanakan syariat Allah terhadap manusia. Negara Islam yang mengamalkan keadilan individu, menjaga maslahat umum, mengekang fasad dan melaksanakan amanah, menyebar agama Islam kepada seluruh manusia dan menyebarluaskan pendidikan Islam.

8- Usaha untuk membebaskan negara Islam keseluruhannya daripada cengkaman mana-mana musuh dalam realiti yang ada atau keadaan yang melingkunginya. Membebaskannya daripada mengikut arus atau perancangan oleh pemuka-pemuka arkitek barat.
Negara yang awal yang mesti dibebaskan ialah Palestin di mana ramai di kalangan manusia tertipu dalam tempoh yang panjang.

9- Usaha untuk mewujudkan kesatuan yang jitu di antara negara-negara Islam dalam konteks kesatuan fikrah dan ilmu, kesatuan matlamat dan hadaf, kesatuan ekonomi dan siasah di antara negara Islam. Satu impian untuk meletakkan negara-negara Islam di bawah “Payungan Khilafah Islamiah” iaitu daulah Islamiah yang menjalankan syariat dan perundangan Islam.

10- Usaha untuk melebarluaskan Dakwah Islamiah seluruh alam maya, timur dan barat, di negara Islam dan bukan Islam sejajar dengan “Agama Basyariah”.

.:PERSEDIAAN SEORANG PENDAKWAH:.


1. Bersedia menerima ujian Allah Taala.


Ia merupakan peraturan dan syarat untuk berjaya.
Firman Allah Taala ;

" ولنبلونكم بشيء من الخوف والجوع ونقص من الأموال والأنفس والثمرات وبشر الصابرين "

Bentuk-bentuk ujian seperti dituduh, difitnah, diugut, dibuang pekerjaan dan sebagainya. Inilah persediaan Rasul dan nabi-nabi sebelum ia diberikan tugas kerasulan. Sebagaimana yang kita lihat di dalam sirah Rasulullah saw umpamanya. Baginda terlebih dahulu diberikan latihan-latihan jasmani dan rohani sebelum kerasulannya.

Faktor yang menjadikan kita bersedia.

Iman yang kuat.

Iman adalah senjata yang terkuat dalam diri seseorang da’ie untuk membolehkannya berasa yakin dan berani berjuang dan menempuh segala ujian di jalan dakwah ini.

a) Dengan iman yang kuat kita meyakini Qada’ dan Qadar di tangan Allah.
b) Rezeki hamba itu ditangan Allah.
c) Yakin bahawa Allah sentiasa bersamanya dan sentiasa memerhati gerak gerinya.Firman Allah :

" ما يكون من نجوى ثلاثة إلا هو رابعهم ولا خمسة إلا هو سادسهم ولا أدنى من ذلك ولا أكثر إلا هو معهم أينما كانوا "

2. Bersedia untuk bekerja.

Firman Allah Taala :

" وقل اعملوا فسيرى الله عملكم ورسوله "

Kerja-kerja yang dilakukan ini adalah semata-mata untuk Islam yang bertujuan untuk hanya mencari keredhaan Allah Taala.

3. Persediaan Ilmu Pengetahuan

Tanpanya seseorang da’ie akan menghadapi kesulitan di jalan dakwah. Bagaimana mungkin ia menyatakan kebenaran Islam / kesyumulan Islam kepada masyarakat sedangkan ia sendiri tidak tahu apa itu Islam apa itu kesyumulannya.

Ilmu pengetahuan Islam itu :

a) Al-Quran dan tafsirnya.
b) Sunnah Nabawiyah.
c) Sejarah Nabawi.
d) Ilmu tauhid.
e) Fiqh dan Usul.
f) Ilmu tarbiah.
g) Sistem perundangan.

4. Persediaan menjadikan diri sebagai Qudwah Hasanah.

Kita sebagai Ad-Da’ie adalah perlu menjadikan diri kita sebagai contoh yang baik kepada masyarakat. Bagaimanakah masyarakat boleh menerima seruan kita ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran sedangkan kita sendiri melakukan kemungkaran dan meninggalkan kebaikan.

Sifat yang perlu ada pada da’ie :
a) Sentiasa benar dalam semua perkara.
b) Amanah.
c) Lemah lembut.
d) Rendah diri.
e) Kasih sayang.

Firman Allah taala:

" أتأمرون الناس بالبر وتنسون أنفسكم وأنتم تتلون الكتاب أفلا تعقلون "

5. Persediaan membawa kebenaran.

Hadis :

"قل الحق ولو كان مرا"

Firman Allah Taala :

" يا أيها الذين أمنوا اتقوا الله وكونوا مع الصادقين"

Sumber ilmu dan perundangan mestilah dari Al-Quran dan Sunnah Rasul.setiap perselisihan perlu dirujuk kepada kedua sumber terbesar ini.

6. Persediaan dari segi rohani.

Kebersihan rohani akan menjadikan seorang insan itu bertaqwa, mukmin, soleh dan kuat. Ia juga memberikan kesan yang besar kepada dakwah. Doa dari rohani yang suci akan mudah dimakbulkan oleh Allah. Firman Allah Taala :

" يا أيها الذين آمنوا إن تتقوا الله جعل لكم فرقانا ويكفر عنكم سيئاتكم ويغفر لكم والله ذو الفضل العظيم "

7. Persediaan kesungguhan dalam bekerja.


Firman Allah Taala :

" والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا "

Faktor menjadikan kesungguhan bekerja :

1. Akidah yang sahih.
2. Ikhlas.
3. Menyedari bahawa pekerjaan kita akan dihisab di hadapan Allah.

8. Persediaan dari segi harta,jiwa dan waktu.

Firman Allah :

"انفروا خفافا وثقالا وجاهدوا فى سبيل الله بأموالكم و؟أنفسكم ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون"

.:CARA BERDAKWAH:.

1. Berdakwah secara berhikmah dan bijaksana dengan tutur bahasa yang lembut serta menarik berserta bukti yang jelas,kukuh dan boleh menghilangkan sebarang kesamaran dan keraguan.

2. Serulah manusia dengan kata-kata yang mengandungi pengajaran seperti kisah umat terdahulu kerana dengan mengingati peristiwa yang menimpa umat terdahulu akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada jiwa mereka dari ingkar terhadap Allah.

3. Berdakwah melalui perbincangan,muzakarah dan dialog dalam suasana yang penuh kemesraan dan harmoni bukan menggunakan kata2 kesat dan keji kerana tujuan perbincangan adalah untuk menyampaikan kebenaran bukan mencari kemenangan.

Para pendakwah tidak harus tergesa-gesa dalam menyampaikan dakwah mereka.Mereka harus mengkaji terlebih dahulu golongan sasar mereka kerana setiap golongan masyarakat yang berbeza memerlukan cara yang berlainan.

Imam Ibnu Taimiyah pernah membahagikan manusia kepada tiga golongan.
Pertama,orang yang mudah menerima kebenaran dan terus mengikutinya.Inilah orang yang bijaksana. Kedua,orang yang mahu menerima kebenaran tetapi tidak mahu mengamalkan.Mereka perlulah sentiasa dinasihati sehingga mengamalkan.
Ketiga,orang yang tidak mahu menerima kebenaran.Mereka perlu diajak berbincang dan berdialog secara yang paling baik.

Asas metod dakwah:

1) Penjelasan yang nyata dan jelas
2) Berperingkat-peringkat
3) Mudah
4) Menjinakkan
5) Adanya sebab disebalik sesuatu suruhan dan larangan
6) Bersesuaian dengan keadaan sasaran

Title: Jalan Dakwah
Munsyeed: Alarme


Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa

Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama

Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita

bingkisaNurani:
Dakwah itu hidupku :)


16 comments:

  1. thanks atas entry yg sangat berguna. dakwah adalah tanggungjawab setiap muslim. ms prog nadwah kat skolah anti dlu2 prnah dgr ceramah,setiap muslim adalah da'i

    ReplyDelete
  2. afwan..smoga artikel ni bermanfaat

    tanggungjawab dakwah ni terpikul atas setiap individu muslim mngikut kemampuan depa

    dakwah secara jemaah lebih berkesan :)

    ReplyDelete
  3. yes..bg mereka yg ade jemaah, gunakan kekuatan yg ada sebaiknya.
    kalu bergerak sorg2, tersangatlah susah sbb takde galakan n motivasi dpd kawan2.

    ReplyDelete
  4. na'am luqman..syukran atas perkongsian

    jom kita sume hayati lirik JALAN DAKWAH tersebut

    ReplyDelete
  5. semoga Allah memberi Kesembuan ke pada para mujahid ini.. Jundullah n Ustz Wahab... semoga kita dapat mencontoh keteladanan yang di contohkan mereka...

    ReplyDelete
  6. Syafakallah buat mereka berdua

    kata sahabat kami, jangan sedih dengan keadaan 'YALA' kerana 'YALA' bangga dengan khidmat yg telah berikan kpd smua :)

    YALA belum mati!

    YALA hanya koma buat smua waktu

    ALLAH AKBAR

    ReplyDelete
  7. Assalamualaykum..
    Nice article, and hopefully Allah bless all of our dakwah works,Ameen~

    Salam Bertandang, Salam Taaruf=)

    ReplyDelete
  8. YALA tu sape yang?
    hehe...

    x tau lak..

    lame dah x ngunjung sini...

    gud luck tuk 1st paper sazah esk...

    :D

    ReplyDelete
  9. to lydecker86: syukran kak :) salam perjuangan!

    ReplyDelete
  10. to cahaya: YALA tu LAND ROVER la yang :)

    kereta 4x4 yg masuk hutan tu daa..

    ReplyDelete
  11. loo...
    tu ke si YALA tu...
    igtkan mende la...
    adoiyai...
    :|

    ReplyDelete
  12. tu la..len kali baca posting kasi abes..

    ni bile dayah nak join g kuala mu? jom lerr

    ReplyDelete
  13. sukron ira sudah di perbolehkan tuk copy paste.. meski tidak semua saya copy paste..afwan..

    ReplyDelete
  14. sukron ira sudah di perbolehkan tuk copy paste.. meski tidak semua saya copy paste..afwan..

    ReplyDelete
  15. ok xpe..silakan amek yg bermanfaat :)

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails