Followers

Saturday, July 31, 2010

VC NUR MUHAMMAD - INTEAM & UNIQUE

Sekitar bulan lepas, saya telah menjadikan lagu Binnabil Huda sebagai halwa telinga pengunjung blog ini. Ramai betanya, apa tajuk lagu ini dan siapa munsyeed nya. Jadi untuk meleraikan kebuntuan, saya sertakan disini bersama video untuk tatapan pengunjung setia blog bingkisaNurani. Selamat menghayati dan mengambil 'ibrah :)

p/s: sebelum dengar lagu dibawah, tekan 'pause' dulu dekat mixpod atas ni ;p

Binnabil Huda




Selawat Kasih




Rabiul Awwal




Qasidah & Nur Muhammad

Jangan lupa dapatkan album NUR MUHAMMAD di pasaran! :)

Terbitan Inteam Records Snd Bhd


Read More :D

Friday, July 30, 2010

Muslimah 'berbeza'

Sedang saya membelek-belek facebook, saya terjumpa puisi ini..

Muslimah solehah itu berbeza,

Kerana….
Sebelum kaki melangkah keluar pintu,
Dia bercermin penuh rasa malu,
Membelek-belek tudung dan baju,
Bukan untuk cantik, bukan bimbang dipandang tidak menarik ,
Tapi demi memastikan syari’at Allah dilaksana dengan baik,
Kepuasan diri bukan utama, kepuasan Allah itu kerisauannya.

Muslimah solehah itu berbeza,

Kerana….
Khidmat bakti dan cintanya untuk suami,
bukan kerana takutkan poligami,
bukan bimbang cinta tak bersemi,
Tapi semata patuh pada suruhan ILAHI,
Demi kasih dan cintanya kepada Nabi.

Muslimah solehah itu berbeza,

Kerana….
Walau jauh dia berada, walau setinggi mana jawatan digalasnya,
Tapi jiwa dan hati tetap pada keluarga,
Suami dan anak-anak gelanggang pahalanya,
Menyemai sakinah dan mawaddah,
yakin hadirnya rahmah dan barakah,
Rumahtangga bahagia, syurganya di dunia.

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.
http://ummuhusna99.blogspot.com/

Cuba cari perbezaan gambar diatas ^^,

"Kamu sekalian tidaklah seperti wanita lain, jika kamu bertaqwa"

Semoga kita semualah yang 'berbeza' itu. Allahumma amen~


Read More :D

Thursday, July 29, 2010

INSHA ALLAH - Malay Subtitle


Jom hayati bait-bait lirik. (MALAY subtitle ;)


Read More :D

Sunday, July 25, 2010

Ramadhanul Kareem :)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


14 Sya'aban 1431 Hijrah

Semakin hampir umat islam diseantero dunia untuk mengecapi nikmat Ramadhanul Kareem. Tidak sabar rasanya untuk bertemu dengan bulan yang penuh barakah ini. Bagaimana yer rasanya menyambut bulan itu tika diri ini bergelar seorang pendidik? Tentu ada sedikit berbeza dengan tahun sudah :)

Ok, disini saya ingin berkongsi sedikit tips bagaimana untuk menyambut Ramadhan hasil dari pembacaan saya yang lepas.

1- Berdoa kepada Allah swt agar kita didalam keadaan sihat. Dengan keadaan sihat, kita boleh melaksanakan ibadah secara maksimal: puasa, shalat, tilawah & lain-lain.

2- Pujilah Allah swt.

3- Bergembira dengan datangannya bulan Ramadhan.

4- Rancangkan agenda kegiatan harian untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat, oleh itu isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga.

5- Kuatkan azam, bulatkan tekad untuk mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan.

6- Fahami fiqh Ramadhan. Setiap mukmin wajib hukumnya beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar amaliyah Ramadhan kita benar dan diterima oleh Allah swt. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahu.” Al-Anbiyaa’ ayat 7.

7- Buatlah persediaan untuk qalbu dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs (pembersihan jiwa). Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa.

8- Tinggalkan dosa dan maksiat. Isi Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih.

Akhir kalam, saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhanul Kareem kepada pengunjung setia bingkisaNurani.blogspot (perasan sungguh ^^!)

Semoga Allah swt memanjangkan umur kita sehingga berjumpa dengan Ramadhan. Dan selamat meraih kebaikan-kebaikannya. Amin ya Rabbana. Wallahu a’lam.

***اللهم بارك لنافى شعبان وبلغنا رمضان***

Read More :D

Thursday, July 01, 2010

= Guru Sebulan =


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sedikit bingkisan kisah suka dan duka saya bergelar seorang pendidik dalam tempoh sebulan ini.

Sekolah Islam Al-Farabi Meru

Walaupun sekolahnya tidaklah se'gah' dan ternama seperti sekolah dibawah pantaun Kementerian Pelajaran Malaysia, tetapi bi'ahnya, para guru dan murid-muridnya, cukup menenangkan saya :)

Kendatipun begitu, terkadang diri ini mengalirkan air mata juga. Tidak mudah untuk mendidik. Lagi-lagi anak-anak kecik tahap 1. Terkadang, saya terguris dengan kata-kata mereka. Pun begitu, adakalanya diri ini tersenyum melihat gelagat comel dan lincah si kecil. Sungguh menghiburkan hati :)

Saya memulakan tugasan seawal 0715 pagi dan habis pada jam 1430 petang. Setiap pagi kecuali hari isnin, saya akan menyemak bacaan anak-anak murid dan hafazdan mereka. Sungguh mengkagumkan, anak-anak kecil seawal umur 7 tahun mampu menghafal bait-bait ayat dalam surah al-baqaran dan ali-imran dengan baik. Inilah permata-permata yang kita nak lahirkan isyaallah :)

Di Al-Farabi ini, saya ditaklifkan untuk memikul amanah sebagai guru kelas darjah 4 pandai dan guru nasyid. Kita secara normalnya akan menjadi sayang kepada kelas dibawah jagaan kita walau senakal mana mereka itu. Dipendekkan cerita, terdapat seorang murid yang sangat kritikal prestasi akademiknya. Setelah banyak kali saya 'membebel', alhamdulillah, kini setiap kali saya mengajar, dia akan belajar disebelah saya di meja guru. Dia juga akan sedih bilamana saya tidak masuk mengajar..



"ala, esok tak mengajar, tak best la cikgu tak ada"



Sungguh terharu rasanya.

Semasa hari penyampaian buku rekod pula,



"Cikgu tolong lah saya, saya risau tengok tingkah laku dia.."


Begitulah luahan rasa yang terpancar pada hampir setiap ibu bapa yang datang. Saya sehabis mungkin akan berusaha untuk mendidik mereka, kerana tugas mendidik adalah tugas yang sangat mulia. Saya juga mulai sayang pada setiap anak murid yang saya ajar :)

Menjadi guru nasyid pula sememangnya menggembirakan saya. Sungguh terkejut apabila tugas ini digalaskan kepada saya. "Nadirah & Nasyeed" memang tak boleh dipisahkan bagaikan irama dan lagu ;p cukup terhibur melihat anak-anak kecil bernasyeed dan mengendalikan alat perkusi (cikgu nya pun tak reti nak main..he2 ;p)

Saya mengajar subjek matematik iaitu subjek kegemaran saya! (sebab tu ambil sarjana muda dalam sains matematik =) Tetapi ia menjadi teramat susah apabila murid-murid tidak faham dengan apa yang kita ajar. Kita terpaksa ulang, ulang dan ulang apa yang kita ajarin sampai berpuluh-puluh kali. Sobaaaaaar :) Selain itu, saya juga mengajar sains dan kajian tempatan~ Setiap kali habis mengajar, pasti suara saya akan menjadi 'serak-serak' (lepas ni kena minum banyak air asam jawa *_*)

Pengalaman mendidik cukup mengajar saya. Disamping kita mengajar, kita juga belajar sebenarnya. Ilmu duniawi dan ukhrawi~













Read More :D
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails