Followers

Thursday, July 01, 2010

= Guru Sebulan =


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sedikit bingkisan kisah suka dan duka saya bergelar seorang pendidik dalam tempoh sebulan ini.

Sekolah Islam Al-Farabi Meru

Walaupun sekolahnya tidaklah se'gah' dan ternama seperti sekolah dibawah pantaun Kementerian Pelajaran Malaysia, tetapi bi'ahnya, para guru dan murid-muridnya, cukup menenangkan saya :)

Kendatipun begitu, terkadang diri ini mengalirkan air mata juga. Tidak mudah untuk mendidik. Lagi-lagi anak-anak kecik tahap 1. Terkadang, saya terguris dengan kata-kata mereka. Pun begitu, adakalanya diri ini tersenyum melihat gelagat comel dan lincah si kecil. Sungguh menghiburkan hati :)

Saya memulakan tugasan seawal 0715 pagi dan habis pada jam 1430 petang. Setiap pagi kecuali hari isnin, saya akan menyemak bacaan anak-anak murid dan hafazdan mereka. Sungguh mengkagumkan, anak-anak kecil seawal umur 7 tahun mampu menghafal bait-bait ayat dalam surah al-baqaran dan ali-imran dengan baik. Inilah permata-permata yang kita nak lahirkan isyaallah :)

Di Al-Farabi ini, saya ditaklifkan untuk memikul amanah sebagai guru kelas darjah 4 pandai dan guru nasyid. Kita secara normalnya akan menjadi sayang kepada kelas dibawah jagaan kita walau senakal mana mereka itu. Dipendekkan cerita, terdapat seorang murid yang sangat kritikal prestasi akademiknya. Setelah banyak kali saya 'membebel', alhamdulillah, kini setiap kali saya mengajar, dia akan belajar disebelah saya di meja guru. Dia juga akan sedih bilamana saya tidak masuk mengajar..



"ala, esok tak mengajar, tak best la cikgu tak ada"



Sungguh terharu rasanya.

Semasa hari penyampaian buku rekod pula,



"Cikgu tolong lah saya, saya risau tengok tingkah laku dia.."


Begitulah luahan rasa yang terpancar pada hampir setiap ibu bapa yang datang. Saya sehabis mungkin akan berusaha untuk mendidik mereka, kerana tugas mendidik adalah tugas yang sangat mulia. Saya juga mulai sayang pada setiap anak murid yang saya ajar :)

Menjadi guru nasyid pula sememangnya menggembirakan saya. Sungguh terkejut apabila tugas ini digalaskan kepada saya. "Nadirah & Nasyeed" memang tak boleh dipisahkan bagaikan irama dan lagu ;p cukup terhibur melihat anak-anak kecil bernasyeed dan mengendalikan alat perkusi (cikgu nya pun tak reti nak main..he2 ;p)

Saya mengajar subjek matematik iaitu subjek kegemaran saya! (sebab tu ambil sarjana muda dalam sains matematik =) Tetapi ia menjadi teramat susah apabila murid-murid tidak faham dengan apa yang kita ajar. Kita terpaksa ulang, ulang dan ulang apa yang kita ajarin sampai berpuluh-puluh kali. Sobaaaaaar :) Selain itu, saya juga mengajar sains dan kajian tempatan~ Setiap kali habis mengajar, pasti suara saya akan menjadi 'serak-serak' (lepas ni kena minum banyak air asam jawa *_*)

Pengalaman mendidik cukup mengajar saya. Disamping kita mengajar, kita juga belajar sebenarnya. Ilmu duniawi dan ukhrawi~












4 comments:

  1. Geramnya tengok budak-budak 3 cekal kat atas ni, haha

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...
    Syukur pada Allah, moga ramai anak Melayu akan berjaya. Teruskan mendidik. Semoga Allah memberkati serta memudahkan urusan mu, Dunia & Akhirat.

    ReplyDelete
  3. syukran kathira, doakan sy berjaya dunia akhirat

    ni sape yer? :)

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails