Followers

Wednesday, December 29, 2010

Coretan Piala Suzuki AFF 2010 :)

Alhamdulillah, Harimau Malaya terus mencipta kecemerlangan di Piala Suzuki AFF 2010 selepas melakar kejayaan pada bola sepak Sukan Sea Laos 2009 :) Syabas!


Secara jujurnya, saya tidaklah fanatik bola sepak.

Piala Malaysia, Liga Inggeris hatta World Cup sekalipun saya tidak minat. Kendatipun begitu, saya akan sedikit teruja apabila MALAYSIA layak untuk bertanding dalam apa jua arena sukan terutama badminton. Kini, saya mula minat bola sepak Malaysia. Tetapi lagi manis, jikalau mereka memakai seluar panjang sekaligus menutup aurat :)

Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada barisan anak didik K.Rajagopal terutama penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat. Pada pengamatan saya, beliau sangat berdisiplin dalam menjaga benteng negara dari dibolosi pihak lawan. Keupayaan Safee Sali yang menjadi penjaring gol terbanyak juga wajar diberikan pujian.

Selain itu, kekuatan barisan pertahanan seperti Muslim Ahmad yang kerap menanduk bola untuk keluar dari kawasan bahaya juga memberi impak yang besar kepada kemenangan negara. Tapi sayang, beliau tertanduk pula bola ke dalam gawang sendiri pada minit-minit akhir pusingan kedua tadi. Mungkin beliau tertekan ketika itu, tetapi bagi saya beliau sudah berikan yang terbaik.

Kekuatan barisan lawan juga tidak boleh dipandang enteng. Pemain terbaik Piala Suzuki AFF kali ini, Firman membuktikan beliau mampu bermain secara profesional walaupun didalam keadaan tertekan untuk memburu gol. Kesungguhan Irfan dan kelincahan Nasuha juga mampu menggusarkan hati penyokong Malaysia setiap kali mereka berada didepan pintu gol Malaysia.

Waimma begitu, teruskanlah usaha kita semua kearah kecemerlangan bukan sahaja didunia bahkan diakhirat sana. Janganlah disebabkan 'nasionalisme bola', persaudaraan kita berpecah-belah. Majulah sukan untuk semua.

Akhir kalam, saya sertakan bingkisan sahabat-sahabat yang sempat saya baca di facebook dan coretkan kembali disini :)

Suraya Firdaus "hari ni tengok bola jgn gaduh2 ek... peace no war! (^_^)v"

Nur Fatinah Mohlis "YAHOOOO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
malaysia menag !!!!!!!"

Azwan Fareast "Yeaaayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy
yyyyyyy.... 4-2 .................. :)))))))))))))))
yahooooooooooooooooooo..."

Narissa Slumber "Malaysia Menang ! Hip2 ! Hooraaay ! Wahahaha"

Intan Martina M G "yeahhhh..MALAYSIA MENANG..4-2.."

Siti Aishah Mohd Fuad "go go go MALAYSIA!!!"

Ida Munif "tahniah3x................................tahniah fahmi !!!!!!!!"

Nik Barakah Nik Aznan "Alhamdulillah..tahniah Harimau Malaya Aumm =D"

Izhan Iz "Tahniah dan syukur pada Allah SWT atas kemenangan bersejarah buat negara kita Malaysia..Tahniah khas untuk wira-wira kita,coach dan seluruh rakyat Malaysia!! Ini lah yang kita mahukan.Ayuh bangkit pahlawan! Berpegang dgn kata2 " Tanah Tumpahnya Darahku"!!!!!"

Salman Siddiqiy "Hadi : betapa sygnya ukhuwah islamiyah antara kita m'sia & indonesia tercalar akibat 'nasionalisme bola'"

Nadiah Yusof "Usah dicalar jiwa-jiwa yang bersaudara hanya kerana sebuah benda bernama bola...peace!"

Izzul Shuhada' "Piala suzuki Aff:sejarahnya..thailand menang 3x,sgapore,3x jugak,vietnam 1 x..Indonesia 4 kali ke final..tp masih x dapat2 jugak piala...dan malam ini sejarah terukir..MALAYSIA...yg sekian lama menanti dgn pnuh kesabaran bertahun2 akhirnya bergelar juara utk pertama kalinya..tepat 9.53 minit mlm,29/12/2010^^.. MALAYSIA oh tanah air ku..!!!"

E-Day Siron "tahniah team Malaysia...atas kejayaan memenangi piala AFF suzuki...mmg terbaik la...keeper m'sia, lu mmg hebat...syabas safee sali, dpt anugerah penjaring terbanyak...pape pn, team malaysia mmg de best...:-)"


شهريل عبد قاسم "Latest tweet by Man Utd star Rio Ferdinand @ rioferdy5 Rio Ferdinand: Congratulations 2 Malaysia who beat Indonesia in the Suzuki cup final. I played against Malaysian u23 team 18months ago, quite a good team. *Dunia mula mengenali MALAYSIA, tidak banggakah kita? :)"

dan komen yang terbaik dari Mustaqim Mustafa:

"Khairul Fahmi ke Manchester United
Safee Sali ke Arsenal
K. Rajagopal ke Liverpool"


sekian melaporkan dari saya, sampai jumpa!



Read More :D

Tuesday, December 28, 2010

Hati ini..

saya sangat tertarik dengan kata-kata seorang adik ni:

"Hati ini,
Hanya akan kuserahkan,
Bila tiba saat & masanya..
Pada insan yang selayaknya,
Kerana hanya insan terpilih itu,
Yang berhak memiliki hati ini,
Khas buatmu;
Suamiku.."


"Cinta ini,
Belum lagi milik sesiapa,
Aku tak berhak menyintainya,
Dan dia tak berhak menyintai aku,
Kerana hanya insan terpilih itu
yang berhak memiliki cinta ini,
Khas buatmu;
Isteriku.."




sila pause kan lagu di mixpod diatas untuk mendengar lagu ni :)



Read More :D

Friday, December 24, 2010

kisah disember 10' ;)

Tiba-tiba mengada nak bercerita (tak menarik pungg..)

Untuk bulan 12 ni,

Kerja:
Bulan 12 ni anak-anak murid cuti macam biasa la, jadi kami tak mengajar. Kami dipertanggungjawabkan untuk mengemaskinikan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT). Sampai sekarang tak siap lagi -_-' Saya kurang berminat berkerja dengan mesin, saya suka bekerja dengan manusia walaupun kadang-kadang banyak songeh : p Kerja bermula jam 8.00pagi-12.00 tengahari~


Tuisyen:
Alhamdulillah, bulan ni saya mengajar 3 orang berbanding 2 orang dibulan 11. Jadi, pendapatannya lebih sikit. Pengajarannya bermula sekitar 7.45malam-9.45malam. Subjek sains dan matematik tahun 5 & 6 menjadi pilihan mereka (mujur kepakaran saya). Secara jujurnya, saya ni memang tak pandai mengajar. Baru bergelar pendidik setahun jagung. Buktinya, haritu saya 'tak berapa nak sabar' dalam mendidik seorang anak murid ni. Memang tak patut kalau saya marah sebab budak tu tak tahu/tak berapa nak pandai, tapi kalau saya marah sebab budak tu malas, itu lain cerita. Cikgu Ira, Cikgu Ira, apa daaaaa... Kalau budak tu tak pandai, kita tetap kena sobar, sobar, sobarrrrrrr :)

Jadi, selain bekerja isnin-jumaat, hari sabtu ahad pasti dipenuhi pelbagai aktiviti diluar jangkaan~

Perkampungan Ilmu Solehah (8-12/12)
Diberi kepercayaan untuk memegang AJK Disiplin dan fasilitator, program cuti sekolah kali ini adalah untuk mendidik jiwa anak bangsa khususan remaja muslimah. Program yang merupakan anjuran Nisa' Meru ini telah berlangsung di Kuang, Selangor selama 5 hari 4 malam.

Apa yang dapat saya simpulkan, remaja kita pada harini perlu kuatkan semangat dan jangan pernah bermimpi untuk bersenang lenang berada di zon selesa senantiasa! Sangat sedih memikirkan masalah ummat terutama kaum yang sejenis ku, hawa'. Moga adik-adikku seramai 40 orang itu walau tidak banyak yang dikutip, sedikit pun jadilah untuk mereka mendapat sesuatu yang berharga disana. Allahuma amen.


Alhamdulillah, saya juga diberikan kepercayaan untuk menjadi pencemarah bagi slot 'Who Am I?' :) Saya jarang jadi penceramah sebab selalunya hanya di belakang tabir sahaja, tapi apa salahnya mencuba, jadi saya menerima lamaran tersebut :) Yang kurang syoknya disana, muka saya habis terbakar, kerana selama 5 hari disana, saya berenang 2 jam untuk setiap hari! Jumlah keseluruhannya +- 10 jam jugaklah. Jadi, sesiapa yang berjumpa saya sekitar bulan 12 ni, buat-buat tak nampak muka saya yang 'cerah' ni. Hohoho..

- Berjalan santai bersama famili (17-18/12)
Alhamdulillah, minggu ini bersama famili kembangan sebelah ayah melawat ke Melaka Bandaraya Sejarah. Selama 2 hari 1 malam, kami menginap di rumah kakakku yang memang menetap di Melaka. Hari pertama kami makan petang di restoren tepi laut, fuhhh.. banyak makanan lebih. Semua jenis makanan laut ada, ikan, sotong, udang, siput, memang tak habis. Tidak termasuk lagi dengan air durian belanda dan air kelapa yang perggggghh ;)

Kemudian, kami singgah di Hotel berdekatan untuk merehatkan minda sambil menikmati hot chocolate. Selepas itu, kami menaiki bot untuk menenangkan jiwa sambil menghayati keindahan sungai (tapi bau macam air longkang sikit, kwang2).



Hari kedua, kami menikmati sarapan di sebuah gerai yang nampak agak terpencil. Nampak tersorok gitu. Sekali bila makan, fuhhh, memang sodap! Kari kepala ikan sahaja sudah mencecah RM 35. Roti canai cicah kari. Itu belum masuk roti canai telur, nasi lemak yang ada sayur-sayuran dan air horlick yang meleleh~

Destinasi terakhir, kami ke Pusat Bowling Melaka. Cadang nak main bowling, tapi ada pertandingan pula disitu. Tak pasal-pasal kami jadi penonton tak rasmi. Begitulah serba sedikit ceritanya.

Ziarah ke rumah K.Jannah (19/12)
Alhamdulillah, saya bersama sahabat seperjuangan dari Komuniti Teman Inteam (KTI) mengambil ruang dan peluang hujung minggu untuk menziarahi ke rumah isteri allahyarham Ustaz Asri Rabbani. Kedatangan kami yang merupakan kali ke-2 ini memberikan 1001 kegembiraan kepada K.Jannah, jelas terpancar sinar kebahagian dimuka beliau :) Kemudian, kami mengambil sedikit kesempatan yang ada untuk ke UPSI, bagi memenuhi hajat sahabat kami yang merupakan mahasiswa UPSI :)


banyak aktiviti sebenarnya bulan 12 ni, saya hanya memasukkan sebahagian sahaja :)

*******************************************

sedikit selingan,



(24/12) kami menyambut hari lahir bonda ku yang terchinta, juga adikku wajihah :)











ok, sampai jumpa!


Read More :D

Sunday, December 05, 2010

Permata Ayah Bonda

* asal tiba-tiba rajin update blog ni -_- *


saya suka lagu dan lirik lagu ni.

:: Hayati bersama, sangat bermakna :) ::





Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita

Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga

Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda....

Lagu : Adnan Abu Hassan
Lirik : Ito Lara
----------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, minggu ni (5/12/20) saya dapat meluangkan masa bersama keluarga tersayang, selalunya hujung minggu mesti ada program, bila nyayi lagu permata ayah bonda, ingatan terus ke famili tercheeeenta :)








Sayangilah keluarga, kerana ia adalah syurga anda :)

Read More :D

Friday, December 03, 2010

Pengembaraan ke Jerantut, Pahang

*sambil menulis sambil tu tersenyum sorang-sorang, bila nak pergi lagi ni...*

Alhamdulillah, dikesibukan pada bulan november yang lalu, tidak membataskan kaki ini sekali lagi mengikuti ziarah mahabbah ke kampung orang asli~~~


Bagi pembaca baru blog saya ni, anda boleh 'menyelongkar' topik-topik lepas (klik disini) berkaitan ceritera dakwah saya. Pembaca lama pun lagilah digalakkan ^^,

26/11/2010 (Jumaat):


Selepas saya berkemas-kemas dirumah, langsung saya mengemaskini pula persedian untuk ekspidisi pengembaraan (konon ayat macam power). Kalau 'dolu-dolu', saya selalu sangat ke Sg. Siput, Perak dan jarang-jarang ke Gua Musang, Kelantan, kini Jerantut, Pahang pula yang saya akan takluki dan akan jadikan ia selalu-selalu. Allahumma amen.

Muhammadiyah International, Yayasan Al-Khalifah dan penampilan istimewa, Kelab 4x4 Malaysia bergabung tenaga untuk ekspedisi kali ini. Melibatkan 8 buah kenderaan pacuan 4 roda, sumbangan utama kali ini ditaja oleh syarikat Nestle iaitu milo & maggi :)


Alhamdulillah, kami sampai ke bandar Jengka sekitar waktu isya'. Pertemuan dengan seorang muallaf di masjid memberikan impak besar kepada kami. Beliau menceritakan tentang sekitar pengalaman dakwah yang dialaminya. Apa yang sempat saya dengar, beliau pada asalnya beragama hindu, kemudian kristian, dan akhirnya islam. Alhamdulillah :)

Pada hemat saya, kami akan bermalam dimasjid dan meneruskan ekspedisi awal pagi esok, nampaknya jangkaan saya meleset. Begitu jitu sekali tenaga mereka (saya tak jitu?). Berbumbungkan bintang dan beratapkan awan, kami meneruskan perjalanan. Jam 12malam tepat! Sangat seronok, ohhhhhh nyamannya, embun pagi :)

27/11/2010 (Sabtu):
Kami memasuki hutan melalui Sungai Tekam untuk ke Perkampungan Orang Melayu & Orang Asli. Trip kali ini, saya menaiki 4WD milik salah seorang ahli Kelab 4x4. Banyak perkara yang saya dan sahabat-sahabat belajar sepanjang perjalanan menuju destinasi. Apa yang menariknya, mereka memiliki senapang khas untuk berburu. Haaaa, sebut pasal senapang, bukan calang-calang orang yang dibenar untuk memilikinya. Ada syarat-syaratnya.

Antara yang saya dengar, mereka mesti mempunyai tanah selauas 120 ekar dan duit dalam bank sekitar berpuluh ribu, tapi saya macam samar-samar, tak pasti betul ker tak apa saya dengar ni (sabar je la dengan tuan punya blog ni kan ^^!)

Jadi, sambil-sambil menuju ke destinasi pertama iaitu Kampung Mat Daling (bukan darling yer), malam itu mereka bercadang nak memburu kijang/pelandung/kancil. Fuh, seronok betul, mereka nak sangat tunjuk pada kami bagaimana cara berburu. Tapi sayangnya, kijang yang kami temui sempat melarikan diri ~belalang..belalang..haih~

Selain senapang, saya ada juga belajar cara menggunakan 'alat penghubung' dalam 4WD tu, antaranya:


1) 5-5 (terima kasih)
2) 7-3 (selamat jalan)
3) tenggo kilo (terima kasih)
4) copy (dapat)
5) roger2..
6) huruf 'a' - alpha, 'b' - beta

Kami menunaikan solat subuh bertikarkan tanah merah dan bergentingkan awan gelap-gelap cerah yang syahdu :) Lebih kuram jam 7.00++ pagi, kami selamat tiba di Kampung Mat Daling, sebuah kampung Melayu yang paling pedalaman di semenanjung Malaysia.

Sebelah tengaharinya, kami meneruskan pengembaraan ke Kampung Orang Asli yang pertama kami ziarahi iaitu Kampung Kuching (miaw..miaw..). Disebabkan offroad yang baru ditambak, kami tersangkut ditengah-tengah perjalanan. Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya juga ke sana menggunakan jalan air, tidak digalakkan berenang yer, hi3 :)


28/11/2010 (Ahad):
Kami meneruskan ekspedisi di hari ke-3 ini dengan melewati Kampung Sat, Kampung Pagi dan Kampung Esok. Unik bukan nama kampung mereka? Seunik penduduk-penduduknya :)

Lebih kurang waktu maghrib, kami telah selamat sampai tiba di jalan tar. Kami singgah makan dan berkira-kira untuk pulang ke KL. Terdapat sebilangan sahabat-sahabat yang meneruskan perjuangan mereka tanpa mengira penat lelah di bumi Pahang ini. Jika saya tiada kekangan, pasti saya akan turut serta, tapi apakan daya T_T ~Allah yang lebih mengetahui ;)


Semoga saya dan anda semua terus beristiqomah dengan dakwah.

Sampaikanlah walau sepotong ayat.

Sampai ketemu lagi~

Wallahu'alam

Read More :D
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails