Followers

Wednesday, June 16, 2010

REHLAH KTI ;)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Syukran kathira buat sahabat2 yang sudi singgah di blog ana walaupun seketika. Alhamdulillah, walaupun blog ana ni kurang informasinya, terharu seketika bilamana setiap hari ada saja pengunjungnya. Alhamdulillah

Disini, ana nak promosi satu program menarik! insyaallah :)

REHLAH KTI (Komuniti Teman Inteam) 2010

Tarikh: 3 & 4 julai 2010

Tempat: Cameron Highland

Bayaran: RM 50 (Makanan + Penginapan 2 Hari 1 Malam)

Boleh bank in pada akaun Maybank Mazri:

1627 3102 5613 (MUHAMMAD MAZRI BIN NOR HAZNAM)

Tarikh akhir: 28 JUN 2010 (Isnin)

Tentatif Program:

3 Julai 2010

7.30am: Berkumpul
8.00am: Bertolak ke CH
12.00pm: Check In, makan
1.15pm: Zohor, Rehat
3.00pm: Ke Ladang Strawbery & Pasar Malam Brinchang
7.30pm: Maghrib, Isya’
9.00pm: BBQ, Anugerah Khas KTI, Cabutan bertuah
10.30pm: Show KTI , Inteam
11.00pm: Tidur Dalam Iman...

4 Julai 2010

6.00am : Subuh, Khidmat Diri
8.00am: Sarapan pagi
9.00 am: Check out
9.30am: Ke Ladang Teh, Taman Rama-rama, sesi bergambar, bersurai n aktiviti bebas

Jadi, kepada yang berminat, boleh terus hubungi ana ataupun mendaftar di link ni yer.

Wallahu'alam


Read More :D

Sunday, June 06, 2010

SIF Meru :)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah, minggu ni genap lebih kurang 2 minggu ana bertugas secara rasmi sebagai pendidik di Sekolah Islam Al-Farabi (SIF) Meru, Klang. Rancangan asal nak mengajar di sekolah lama iaitu Hira', tapi kita merancang dan Allah jualah penentunya.

23 Mei - Dilamar oleh kawan untuk bekerja di SIF Meru.

24 Mei - Ana bersetuju.

25 Mei - Temuduga.

26 Mei - Hari pertama menjadi guru!

27 Mei - Hari Guru (baru sehari jadi guru ^^!)

28 Mei - Cuti Hari Wesak

29 & 30 Mei - Kursus Guru (sangat berguna untuk ana yang 'baru' ni)

Begitulah sedikit perjalanan sepanjang seminggu yang lepas menjadi pendidik.

Ana ditaklifkan menjadi guru matematik darjah 2, 4 & 5, sains darjah 1 & 3 dan kajian tempatan darjah 4. Juga ditaklifkan sebagai guru kelas 4 pandai dan guru nasyeed ^^,

Walaupun agak sibuk dan penat sedikit, ia sebenarnya sebagai pengalaman yang sangat berharga~ nak mengajar darjah 1 memang dugaan, tapi kita kena pandai 'berkawan' dengan mereka ^^, insyaallah, terbaik!

Nampaknya, diri ini makin menyintai dan selesa menjadi guru di SIF Meru ni. Alhamdulillah~


SIF Meru


Hadiah Hari Guru (baru sehari mengajar ^^,)

Tahap 1 yang comel belaka ^^,

Perkhemahan ^^,

Explorace ^^,

-------------------------------------------------------------------------


Read More :D

Related Posts with Thumbnails