بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, minggu ni genap lebih kurang 2 minggu ana bertugas secara rasmi sebagai pendidik di Sekolah Islam Al-Farabi (SIF) Meru, Klang. Rancangan asal nak mengajar di sekolah lama iaitu Hira', tapi kita merancang dan Allah jualah penentunya.
23 Mei - Dilamar oleh kawan untuk bekerja di SIF Meru.
24 Mei - Ana bersetuju.
25 Mei - Temuduga.
26 Mei - Hari pertama menjadi guru!
27 Mei - Hari Guru (baru sehari jadi guru ^^!)
28 Mei - Cuti Hari Wesak
29 & 30 Mei - Kursus Guru (sangat berguna untuk ana yang 'baru' ni)
Begitulah sedikit perjalanan sepanjang seminggu yang lepas menjadi pendidik.
Ana ditaklifkan menjadi guru matematik darjah 2, 4 & 5, sains darjah 1 & 3 dan kajian tempatan darjah 4. Juga ditaklifkan sebagai guru kelas 4 pandai dan guru nasyeed ^^,
Walaupun agak sibuk dan penat sedikit, ia sebenarnya sebagai pengalaman yang sangat berharga~ nak mengajar darjah 1 memang dugaan, tapi kita kena pandai 'berkawan' dengan mereka ^^, insyaallah, terbaik!
Nampaknya, diri ini makin menyintai dan selesa menjadi guru di SIF Meru ni. Alhamdulillah~
Hadiah Hari Guru (baru sehari mengajar ^^,)
Tahap 1 yang comel belaka ^^,
-------------------------------------------------------------------------
Tahniah.. Anda mampu lakukanya.. rindu pada mereka semua. Mereka adalah anak2 yang baik..biarpun ada yang nakal sampai menguji kesabaran..tapi didiklah mereka seolah2 mereka adalah anak kita. one day kita akan ada anak sendiri kan..:)
ReplyDeletekak fairuz! pandai akk cari blog ira..terharu2 ^^,
ReplyDeletedoakan ira deh..akk skrang camne? ble start mengajar?
SIF ni salah satu dpd sekolah2 rangkaian musleh ke?
ReplyDeletena'am.
ReplyDeletearitu kami kursus guru bawah anjuran MAPPES, Dr Halimah Ali sebagai perasmi :)
alahai, seronok perkhemahan tahun 3 dan 4..
ReplyDeletemmg seronok ;)
ReplyDelete