Followers

Saturday, January 29, 2011

A Teacher's Story


Salam semua =)
Haritu saya terjumpa sebuah kisah yang sangat menarik untuk dikongsi bersama, hayatilah...

A Teacher's Story

There is a story many years ago of an elementary teacher. Her name was Mrs. Thompson. And as she stood in front of her 5th grade class on the very first day of school, she told the children a lie. Like most teachers, she looked at her students and said that she loved them all the same. But that was impossible, because there in the front row, slumped in his seat, was a little boy named Teddy.
Mrs. Thompson had watched Teddy the year before and noticed that he didn't play well with the other children, that his clothes were messy and that he constantly needed a bath. And Teddy could be unpleasant. It got to the point where Mrs. Thompson would actually take delight in marking his papers with a broad red pen, making bold X's and then putting a big "F" at the top of his papers.

At the school where Mrs. Thompson taught, she was required to review each child's past records and she put Teddy's off until last. However, when she reviewed his file, she was in for a surprise.

Teddy's first grade teacher wrote,
"Teddy is a bright child with a ready laugh.
He does his work neatly and has good
manners...he is a joy to be around."




His second grade teacher wrote,
"Teddy is an excellent student,
well-liked by his classmates, but he is troubled
because his mother has a terminal illness and life
at home must be a struggle."


His third grade teacher wrote,
"His mother's death has been hard on him.
He tries to do his best but his father doesn't
show much interest and his home life will soon affect
him if some steps aren't taken."


Teddy's fourth grade teacher wrote,
"Teddy is withdrawn and doesn't show much interest in school.
He doesn't have many friends and sometimes sleeps in class."


By now, Mrs. Thompson realized the problem and she was ashamed of herself. She felt even worse when her students brought her Christmas presents, wrapped in beautiful ribbons and bright paper, except for Teddy's. His present was clumsily wrapped in the heavy, brown paper that he got from a grocery bag.

Mrs. Thompson took pains to open it in the middle of the other presents. Some of the children started to laugh when she found a rhinestone bracelet with some of the stones missing and a bottle that was one quarter full of perfume. She stifled the children's laughter when she exclaimed how pretty the bracelet was, putting it on, and dabbing some of the perfume on her wrist.

Teddy stayed after school that day just long enough to say,
"Mrs. Thompson, today you smelled just like my Mom used to."
After the children left she cried for at least an hour.


On that very day, she quit teaching reading, and writing, and arithmetic. Instead, she began to teach children.

Mrs. Thompson paid particular attention to Teddy. As she worked with him, his mind seemed to come alive. The more she encouraged him, the faster he responded. By the end of the year, Teddy had become one of the smartest children in the the class and, despite her lie that she would love all the children same, Teddy became one of her "teacher's pets."

A year later, she found a note under her door, from Teddy, telling her that she was still the best teacher he ever had in his whole life.

Six years went by before she got another note from Teddy. He then wrote that he had finished high school, second in his class, and she was still the best teacher he ever had in his whole life.

Four years after that, she got another letter, saying that while things had been tough at times, he'd stayed in school, had stuck with it, and would soon graduate from college with the highest of honors. He assured Mrs. Thompson that she was still the best and favorite teacher he ever had in his whole life.

Then four more years passed and yet another letter came. This time he explained that after he got his bachelor's degree, he decided to go a little further. The letter explained that she was still the best and favorite teacher he ever had. But now his name was a little longer. The letter was signed, Theodore F. Stollard, M.D.

The story doesn't end there. You see, there was yet another letter that spring. Teddy said he'd met this girl and was going to be married. He explained that his father had died a couple of years ago and he was wondering if Mrs. Thompson might agree to sit in the place at the wedding that was usually reserved for the mother of the groom.

Of course, Mrs. Thompson, did. And guess what? She wore that bracelet, the one with several rhinestones missing. And she made sure she was wearing the perfume that Teddy remembered his mother wearing on their last Christmas together.

They hugged each other, and Teddy whispered in Mrs. Thompson's ear,
"Thank you, Mrs. Thompson, for believing in me. Thank you so much for making me feel important and showing me that I could make a difference."


Mrs. Thompson, with tears in her eyes, whispered back. She said,
"Teddy, you have it all wrong.
You were the one who taught me that I could make a difference.
I didn't know how to teach until I met you."


Sumber: http://llerrah.com/teacherstory.htm

.

.

.


oh, mampukah aku menjadi sehebat Mrs. Thompson.. mampukah?

Read More :D

Wednesday, January 19, 2011

= SMK SKI: episod dua =

Salam semua =)

Sila jangan bosan untuk membaca kisah guru & anak muridnya, sebab penulis blog merupakan seorang cikgu, ehehe =)



Kita bersambung di episod dua yer (padahal idea sifar -_-').
Bagi yang tertinggal episod satu, sila jenguk di = SMK SKI: episod satu =

Dalam melayari kehidupan sehari-hari sebagai pendidik, memang penuh onak. Nama pun 'didik', memang amanahnya tersangatlah berat. Walaupun bagi saya untuk mengawal pelajar sekolah menengah mungkin lebih mudah, tetapi untuk mendidik mereka ia mungkin lebih sukar. Kenapa begitu?

Semalam, tercatat satu lagi sejarah dalam hidupku. Air Mata. Wah, malunya depan anak murid! Tak terdaya rasanya badan ini untuk menanggung sorang-sorang, akhirnya air mata datang menemani. Mula-mula, boleh selindung lagi, terus cepat melangkah ke tandas. Pelajar kehairanan . Kali kedua, air mata datang lagi, kali ini tidak sempat ke tandas, terus tertumpah dihadapan pelajar-pelajarku. Kelas ini memang terlalu istimewa. Mungkin mereka tidak memahami isi hati ini. Atau mungkin saya sendiri yang tidak mengerti isi hati mereka?

Sains, matapelajaran yang agak sukar ditambah lagi apabila kerajaan menetapkannya untuk dipelajari dalam bahasa inggeris. Kasihan kepada pelajarku terutama yang duduk di kelas hujung, mereka memang tidak faham. Tapi saya senang untuk menjawab persoalan mereka, ya, saya suka sebenarnya apabila mereka bertanya. Yang saya geram, sudah la tak berapa nak pandai, buat kerja sendiri, tak bawak buku pulak tu, apabila saya cakap buat tak tahu. Takkan nak jadi bodoh sombong? Kita sudah sehabis baik mahu menolong mereka, tapi inikah balasannya? Sedih memikirkan masa depan mereka. Lagi sedih bila pelajar perempuan yang kurang adab berbanding lelaki. Kalau berperang mulut lelaki perempuan, boleh pulak tolak meja, nasib baik tak jatuh. Memalukan kaum hawa!

Sungguh tak sangka, saya kalah juga di minggu ke-3. Dulu saya pernah terasa hati dengan murid tahun 1, tapi itu tak kesah sangat sebab mereka berumur 7 tahun. Tapi kali ini, 14 tahun!

Ku meluahkan pada bonda, seorang guru senior yang telah mengajar 25 tahun!

"Mak dan mengajar berpuluh-puluh ribu pelajar. Macam-macam perangai. Yang laki jadi perempuan, yang perempuan macam lelaki, yang penagih, yang gila bayang, yang terlibat dengan seks dan 1001 ragam lain yang 'pelik-pelik'. Biasalah tu, kita kena didik mereka dengan sabar, berjumpa denga mereka diluar kelas, face to face.

Hari-hari diri ini memikirkan, bagaimanakah daku dapat menjadi pendidik yang terbaik? InsyaAllah pasti terungkai suatu hari nanti. InsyaAllah!

Read More :D

Sunday, January 16, 2011

= SMK SKI: episod satu =


Niat dihati untuk menukilkan pengalaman disini dipendam sahaja. Akhirnya termakbul jua. Sibuk. Saya yang mencemburui masa bukan masa mencemburui saya, ehehe..

Jam 12.30 tengahari-6.40 petang, itulah waktu keramat diriku wajib disekolah. Alhamdulillah, kini telah genap 2 minggu saya bergelar pendidik di Sekolah Menengah Kebanggsaan Sungai Kapar Indah (SMK SKI), bukan kebetulan tetapi inilah fakta, saya satu bumbung dengan bonda terchenta.

Entah bagaimana, berita saya yang merupakan anak Puan Ros telah tersebar satu sekolah, tak pasal-pasal ‘fofular’ sebentar, anak PK HEM katakan, tapi macam-macam perasaan ada, takkan la saya nak bergantung kepada kepopularitian bonda sendiri, perlu ada jati diri yang sebenar!

Syukur pada Yang Esa, antara beribu yang memohon, saya salah seorang yang terpilih sebagai Guru Sandaran Tidah Terlatih (GSTT). Kasihan pada kawan berbangsa india saya, Amanda, beliau tidak berjaya dalam temuduga tersebut. Kendatipun begitu, saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua sahabat saya diseantero dunia. 3/1/2011 - itulah tarikh yang saya tidak boleh lupa. Hari isnin.

“Kakcik pergi SMK SKI ke harini?” bonda bertanya.
“Harini kakcik pergi Sekolah Al-Farabi” balas diriku.

Bondaku kehairanan. Kenapa diriku masih ke Al-Farabi sedangkan SMK SKI bakal menanti. Sebenarnya begini, selagi tidak terima panggilan mahupun surat dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ataupun SMK SKI, saya tidak mahu terlalu yakin akan mendapat tawaran tersebut, lagipun saya terlalu sayang untuk melepaskan gelaran saya sebagai murabbi di Al-Farabi.

Sedang saya sibuk bersuai kenal di hari pertama persekolahan, tiba-tiba..

“Cik diterima sebagai guru di SMK SKI, sila lapor diri pada 12.30 tengahari” kata suara seorang perempuan dicorong telefon.

Alhamdulillah, akhirnya dapat jadi GSTT! Saya melihat jam. Sekarang jam sudah melepasi 12.30 tengahari!

‘Mak aiii, takkan nak lapor diri harini juga, dah la ada kelas lagi ni..’ diriku bermonolog sepi. Pantas diriku menelefon bonda terchenta, bonda menasihatkan untuk melapor diri segera. Dengan diri yang masih kepenatan, diriku terus berkejar ke SMK SKI. Air mata menemani sepanjang perjalanan ke ‘sekolah baruku’. Menangis kerana sangat sayangkan Al-Farabi, tetapi diriku perlu kuat! Tekad dihati untuk menambahkan lagi pengalaman yang ada dan menjadi pendidik yang versatile, cemerlang dunia akhirat, allahumma amen =)

Kakiku melangkah ke kelas waktu pertama, 2L, fuhhh memang mencabar! Diriku berlagak tenang walau dihati berkalang gundah. Cuba bayangkan, baru sahaja sampai disekolah, tidak lama selepas itu saya terus kena mengajar. Dengan baru nak kenal persekitaran sekolah, guru-guru dan anak murid, perasaan dihati bercampur baur. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya mengharungi hari pertama yang sedikit mencabar. Mungkin pengalaman selama 6 bulan di Al-Farabi, menjadi kekuatan saya disini. Saya dapat mengawal pelajar walaupun tidak kesemuanya, kerana bagi saya jika nak kawal sekolah rendah dua kali ganda susahnya. Cuma disiplin sekolah rendah tidaklah seteruk menengah. Hurm, baru perasan, untuk hari pertama saya berkerja dari 7 pagi – 7 malam di 2 buah sekolah! =)

Saya telah diberi kepercayaan untuk mengajar subjek sains tingkatan 2KRK 2, 2D, 2F, 2J dan 2L. 2KRK 2 merupakan kelas kedua yang terpandai manakala 2L merupakan kelas kedua tercorot untuk keseluruhan tingkatan 2. Jadi, cara penyampaian saya berbeza untuk setiap kelas bergantung kepada kebolehan mereka. Saya akan menggunakan kedua-dua bahasa, iaitu bahasa inggeris dan bahasa melayu bagi memudahkan teknik mengajar. Ha, selain dapat subjek sains, saya juga dipertanggungjawabkan untuk mengajar sejarah tingkatan 1! Rasa macam kelakar, sejarah pun sejarah la.. heeee =)

Pada asalnya, saya sepatutnya menjadi guru Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Tetapi saya lebih berminat untuk menjadi guru Kelab Bola Jaring. Kecintaan saya pada bola jarring memang tak boleh disangkal lagi, mungkin kerana keturunan famili saya yang aktif dengan sukan ini. Bonda saya pula pernah menjadi pemain Selangor pada zaman dolu-dolu kala =)


Oklah, sampai disini sahaja celoteh saya, nak seterika baju, esok dah sekolah, minggu ke-3 bakal bermula, sampai ketemu episod yang seterusnya (padahal dah takde idea nak tulis) -_-'

Read More :D

Wednesday, January 12, 2011

Maher Zain Live In Concert

Salam. Kepada sahabat2 yang tidak berkesempatan untuk sertai Konsert Save The Soul tahun lepas, tahun ini menjanjikan yang lebih luar biasa =)



Penyanyi dan komposer antarabangsa; Maher Zain berketurunan Lubnan warganegara Sweden mula menjadi sebutan peminat industri hiburan dunia pertengahan tahun 2009. Kemunculan beliau dengan album pertamanya “Thank You Allah” mula meledakkan satu fenomena baru di dalam dunia hiburan khususnya di Malaysia sendiri.

Fenomena ini jelas ketara apabila kepulangan Maher Zain dari Malaysia ke Sweden turut diraikan dengan kejayaan beliau beroleh jumlah peminat di facebook seramai SEJUTA orang dalam tempoh hanya setahun dan hampir separuh dari jumlah tersebut diraih sepanjang kedatangan beliau di Malaysia.

Berikutan sambutan yang sangat menggalakkan ini, Maher Zain akan kembali lagi ke Malaysia untuk menjayakan konsert ‘live’ mega nya yang julung-julung kalinya akan diadakan di Malaysia bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam pada 25 dan 26 Februari 2011 yang akan datang. Konsert yang akan diadakan selama dua malam ini, akan membariskan pemuzik-pemuzik professional dari Malaysia dan Mesir.

Selain Maher Zain sebagai artis utama, konsert ini akan turut menampilkan artis dari Macedonia; Mesut Kurtis dan dari Kanada; Irfan Makki serta tidak ketinggalan artis tempatan; Kumpulan Inteam.

Konsert anjuran bersama Inteam Records Sdn Bhd dan Fiero Sdn Bhd dengan kerjasama Awakening Entertainment ini dijangka bermula jam 7.45 malam dan berakhir pada 11.30 malam.

Untuk mendapatkan tiket: :: Maher Zain Live In Concert::

Read More :D
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails