Followers

Tuesday, April 26, 2011

2 Cekap 2011 ;)


Buat pertama kalinya saya berceloteh tentang kelas sendiri :)

Kelas ini sungguh unik, susah untuk dimetaforakan. Mungkin kerana saya cikgu baru. Pabila saya ditugaskan menjadi guru kelas, hati bagai beretak-retak. Fuh! Sangat mencabar kelas ni berbanding 4 Pandai (sekolah lama).

Berdasarkan pengalaman cikgu lain, jadi guru kelas memang banyak kerja, dari sekecil-kecil fungi (cikgu sains la konon) sampailah sebesar-besar gajah. Dengan karenah 40 orang pelajar yang diluar jangkaan, ditambah pula dengan masalah akademik dan pengurusan yang pelbagai, meningkatkan lagi ke'stress'an saya. Pernah dan selalu juga saya makan hati dengan mereka. Alkisahnya sekumpulan pelajar yang agak nakal ini telah membuat onar dengan seorang kawan india. Antaranya, mereka pernah membaling beg budak tu ke dalam kolam ikan. Kolam ikan? Bila disoal siasat, sukar untuk saya mengesyaki pelajar mana yang terlibat. Yang paling saya terasa hati sekali, mereka menconteng meja kawan india ni menggunakan liquid paper dan benda yang ditulis tersebut *saya tak boleh terima*.

Nampak macam remeh kan, tapi *saya memang tak boleh terima*. Bukan apa, sehari sebelum berlaku kejadiaan, saya nasihatkan mereka supaya jangan beza-bezakan kaum, hidup kena saling hormat-menghormati, bla bla bla.... pot pet pot pet (habis masa kat bebel je), punyalah bagai nak rak, keesokan harinya, inikah hasilnya? Gugur air mata saya ketika itu. Langsung terus ke tandas. Nak tengok muka mereka pun dah tak sanggup.

"Aku gagal mendidik mereka"

keluh hatiku. Argghhhh...

Tapi bukan itu yang saya nak kongsikan. Untuk coretan kalini, saya percaya segala kepahitan itu pasti ada madunya. Alhamdulillah, kelas saya sudah 2 kali berturut-turut menjadi johan kebersihan & keceriaan kelas. Anak-anak saya dalam kelas ini juga semakin mesra dengan saya. Bila terserempak dengan saya, senyum akan mendahului sapaan kami. Kadang-kadang mereka belanja makan dan sebagainya (yang paling syok budak india belanja putu mayam ;). Baru-baru ini juga, mereka telah mewujudkan akaun kelas dalam facebook, jadi senang segala perkara berbangkit boleh kami berbincang disitu (yoyo ooo je :p). Sekarang ini dalam proses mewujudkan blogspot 2 Cekap pula. Mereka juga sedikit demi sedikit mula memahami saya. Hati sedikit berbunga riang.

Tuhan itu Maha Adil. Tuhan mahu uji terlebih dahulu, adakah saya cepat melatah atau bertindak rasional dengan sebarang kemungkinan? Saya percaya, segala kesulitan dan kesengsaraan itu ada hikmahnya. Mematangkan kan kan kan :)

Buat anak muridku, jika kamu sedang membaca blog cikgu ini, percayalah bahawa cikgu sayangkan kamu semua, terimalah pesanan dari cikgu dengan menghayati dendangan lagu dibawah ni yer:



Wahai anak muridku sayang
Dengarkanlah lagu ini
Yang sedang cikgu dendangkan
Moga menjadi nasihat untukmu

Di dalam kau meniti
Kehidupan ini
Yang penuh
Dengan pancaroba

Wahai anak muridku sayang
Patuhlah pada ibu ayahmu
Hormatilah gurumu
Janganlah melukai hati mereka

Kerana restu mereka
Penentu kejayaanmu
Di waktu kau mengejar
Cita-citamu

Bersopan-santunlah berbudi bahasalah
Kepada semua
Jujur dan amanah jangan berdusta
Apa saja dilakukan
Berhati-hatilah jika memilih
Siapa sahabatmu

Jagalah pergaulanmu
Jagalah maruah dirimu
Agar kau selamat
Dari godaan dunia

Belajar bersungguh sepenuh hati
Agar kejayaan milikmu
Tabahkan hatimu menghadapi
Semua cabaran

Bersifat pemurah tolong-menolong
Pada yang memerlukan
Jangan sesekali melupakan perintah-Nya
Agar kau selamat dunia akhirat

Proses mengecat kelas

Masing-masing bertungkus lumus termasuk pakcik jaga :)

cikgunya yang konon-konon sebok ;)


sampai jumpa! :)

4 comments:

  1. sayang cikgu jugak :))
    maaf klu abid ade buat sala atau buat cikgu tersinggung ...

    ReplyDelete
  2. semoga kamu menjadi insan yang bertaQwa, anak yang soleh & pelajar yang berjaya dunia akhirat. amen :)

    cikgu dah maafkan semua~

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails