Followers

Tuesday, December 27, 2011

Nadirah♥Rodzi ~kumbang bukan seekor

Salam wbt. Alhamdulillah, ramai benar yang respon tentang topik Nadirah♥Rodzi ~cinta selepas kahwin di facebook dan tidak kurang juga di blog ni. Terima kasih diatas madah berhikmah dan doa manis dari kalian, saya juga mendoakan yang terbaik buat anda ♥

Jangan pernah berputus asa dalam mencari makna hidup yang sebenar. Jika anda pernah berputus cinta mahupun putus tunang ataupun yang lebih dasyat darinya bercerai, itu bukanlah pengakhiran segalanya. Saya bukanlah seorang yang layak untuk berbicara soal ini, cuma mahu berkongsi rasa hati.

Pencarian seekor kumbang dan sekuntum bunga bukanlah perkara yang mudah. Jika dimudahkan, alhamdulillah tetapi jika sebaliknya? Jangan risau, Allah nak uji kita sebenarnya, tak masyuk la semua senang je kan :) Tuhan itu Maha Adil, jadilah seorang yang postif, positif dan positif.

Kumbang bukan seekor, bunga juga bukan sekuntum. Jika kita hampir berkahwin dengan seseorang, tetapi pada saat akhir segala yang dirancang punah, janganlah kecewa sekecewa-cewanya. Memang ada hikmah yang tersembunyi. Allah itu Maha Adil, Maha Mengasihani, Maha Kuasa, kita merancang tetapi perancanganNya Maha Hebat. Pandanglah segalanya dari sudut mata hati.

Mungkin kita rasa Ronaldo la yang calon suami kita, alih2, kita kahwin dengan Suparjo. Ingatkan Tipah bakal isteri kita, rupanya jiran sebelah rumah adalah yang terbaik untuk kita. Aturan Allah adalah yang terbaik, Dia tahu siapa calon yang selayaknya dan sekufu untuk kita. Allah jualah yang mengetahui siapa calon yang boleh melayan karenah kita dan kita boleh melayan karenah dia. Karenah? yer la, sebelum kahwin segalanya indah, tetapi selepas kahwin?? Kerana itulah apabila anda kecewa dan patah hati dengan mana2 insan, pandanglah dari sudut positif iaitu Allah mahu menyelamatkan anda, percayalah :)

Juga, jika anda wahai kaum adam pernah ditolak lamaran, ini bukanlah bererti sang hawa tersebut bukan milik anda. Mungkin masanya belum tiba? Kisah benar yang ingin dikongsi bersama, seorang muslimin mengkhitbah muslimah perawan tetapi lamarannya ditolak. Hampir setahun selepas lamarannya ditolak, tidak disangka muslimah tersebut memberikan jawapan positif dan bersedia menjadi penyejuk dimata penawar dihati pemuda bertuah itu. So sweet kan, walaupun penantian itu satu penyeksaan sebenarnya.. ;)

Berlainan pula kes untuk kaum hawa. Jika sang adam yang dinanti-nanti tidak kunjung tiba, maka janganlah disalahkan takdir dan bermuram durja. Telah termaktub sejak azali, jodoh, ajal maut ditangan tuhan. Yakinlah wahai sahabat-sahabatku, jodohmu pasti ada, jika tidak didunia, berbahagialah kamu disyurga :)

Sedikit kisah hati yang ingin dikongsi bersama anda sebelum bertemu dengan cinta sejati saya, Encik R ♥♥♥ wink-wink abang sayang ;)


Saya diuji dengan kehadiran lelaki selepas SPM. Untuk menerima pinangan diusia muda, sangat sukar untuk membuat keputusan. Disepanjang bermusafir sehingga tamat degree di UPM, muslimin yang menghulurkan cinta sebelum kahwin, semuanya ditolak. Teringat lagi, minggu pertama saya bergelar mahasiswa, seorang siswa cuba untuk bermain rasa.

'awak dah tunang yer?' Melihatkan jari manis saya sudah tersarung cincin batu permata, dia membuat andaian awal.

Sebenarnya, saya memang saja pakai cincin, sebagai protection diri. Supaya orang ingat saya ni dah bertunang/kahwin, supaya juga diri ini terjaga dari sebarang cinta palsu yang tidak menjanjikan sebarang kebahagiaan. Seperti yang saya cakap dalam pos lepas, saya bukanlah sombong atau rasa diri hot sangat, cuma mencegah lebih baik dari mengubati, jangan terhantuk baru terngadah, sediakan payung sebelum hujan dan beringat sebelum kena!

Sedikit tambahan untuk dikongsikan bersama. Kebanyakan kes-kes mereka yang berchenta, selalunya berakhir dengan kecundang. Lelaki yang talam 2 muka hanya inginkan keseronokan tetapi tidak mahu bertanggungjawab. Bila si hawa inginkan ikatan yang sah, si adam pandai bermain kata dan menjanjikan pelbagai. Jarang kita dapati kalau dah berchenta bagai nak rak pecah terburai sebelum kahwin, kekal bahagia selepas kahwin. Tetapi kalau ada, saya pasti nikmatnya tidak seharum, sewangi, semekar dan semerbak sebelum kahwin.

Cuba bayangkan, bila semua benda dah rasa sebelum kahwin, lepas kahwin nak rasa apa lagi? kita dah biasa berfacebook dengan si dia, dah biasa berym dengan si dia, dah biasa mesej2, dah biasa calling2, dah biasa jumpa2, dah biasa suap2, dah biasa pegang2, dah biasa peluk2, dah biasa teet2... ish, lepas kahwin segalanya pasti hambar dan suram, betuiii idok? :(

ada iklan, sangat menarik lirik dia, tonton sampai habis ;)



Ok lah, berjumpa lagi di pos yang akan datang, insyaallah ;)

6 comments:

  1. Salam, terlebih dahulu ingin mengucapkan selamat pengantin baru, maaf lambat memberikan ucapan bermakna ini. Kepada Sahabat yang bernama Rodzi, selamat menjadi ketua keluarga, dan buat nadhirah, selamat menjadi permaisuri... Semoga kalian berdua bahagia hingga ke akhir hayat.. serius, amat terkejut mendapat tahu perkahwinan kalian, amat2 terkejut, gempak gitu! Apa2 pun... tahniah sahabat! Terbaik!!!

    ReplyDelete
  2. bile la nak hr jumaat ni, rasa dah mcm 1000 tahun berpisah. bace blog syg utk melepaskan rindu... tibe2, teringat kisah nabi ibrahim yg meninggalkan isterinya Siti Hajar di Mekah kerana kepatuhannya kepada perintah Allah. Ibrah Cinta Agung Nabi Ibrahim & Siti Hajar. Terasa kerdilnya diri ini untuk menjadi sehebat Nabi Ibrahim. Syg, semoga kite dapat menjadikan cinta agung ini sebagai panduan dalam baitul muslim kite.. >from your sweetheart< ^__^ ♥♥♥..

    ReplyDelete
  3. to lukman:
    tq diatas doa enta, ana pun tekejut juga..hu3.. ana n suami doakan yg terbaik untuk enta, semoga berbahagia selalu. amen

    to abang sayang♥ :
    syg pun x sabar nak tunggu hari jumaat, kita berpisah 4 hari mcm lama je rasa.. semoga allah mengurniakan kasih sayang kepada baitul muslim kita, cinta sampai syurga ♥♥♥

    ReplyDelete
  4. to sahabatku, lukman:
    tqvm diatas doa enta.. ana doakan yg terbaik untuk enta, semoga berbahagia selalu.. semoga terus istiqamah dengan perjuangan Islam.. Jemaah memerlukan org yg berani n hebat seperti nta...

    ReplyDelete
  5. tahniah tau.... huhu baru terbaca bingkisan nurani. alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. syukran kepada semua yg mendoakan kebahagiaan kami, alhamdulillah

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails