Followers

Wednesday, December 28, 2011

Nadirah♥Rodzi ~saling melengkapi

Salam wbt.

Kenapa tiba2 rajin update blog ni -_-' Sebenarnya saya buat-buat tak reti nak menulis blog depan suami, segan kot, bila Encik R ada disebelah, memang tak boleh update blog (mengada betul..)

Encik R sekarang berada jauh dimata, hampir 48jam kelibat kacaknya tidak mendampingiku. Rindu kepadanya bagai ditahan-tahan. Tuntutan kerja di sekolah lama membuatkan kami berpisah selama 4 hari. Tak sampai hati nak membiarkan Encik R ulang alik setiap hari, biarlah telefon, blog ni dan facebook menjadi penghubung cinta kami. Begitulah bahagianya chenta halal selepas kahwin ♥ Insyaallah bulan 1 2012 nanti Encik R bekerja di Shah Alam, dekat dimata dan juga dihati, alhamdulillah (:

Wanginya bunga-bunga chenta selepas kahwin memang tiada tara. Aspek saling lengkap melengkapi memang secara automatik akan terpraktik dalam rumah tangga. Jangan pernah rasa kecewa apabila pasangan anda mempunyai sebarang kelemahan kerana setiap insan diciptakan tidak ada yang sempurna apatah lagi maksum kecuali baginda Nabi Muhammad saw. Bagaimana pula dengan kekurangan kita?

Sebab itulah cantiknya islam, pernikahan yang suci ini adalah untuk saling topup diantara satu sama lain. (fahamkan istilah topup? bukan topup celcom/maxis yer..) Terimalah pasangan anda seadanya kerana dialah yang terbaik buat kita. Bila kita menerima seadanya, pasangan kita pun akan menerima kita seadanya. Jadi, tiada istilah dengki mendengki, kutuk mengutuk, tidak puas hati, tarik rambut, lempar pinggan dan sebagainya.

Sebagai contoh, jika suami kita kurang pandai memasak, kita boleh masak bersama-sama suami, kan sweet tuuu ;) dan jika pula kurang pandai bab agama, suami boleh mengajar dan belajar bersama-sama isteri, wah, memang sweet!

Saya bukanlah orang yang pakar bab rumah tangga, usia perkahwinan kami pun tidak sampai sebulan. Cuma saya rasa seronok berkongsi dengan anda semua tentang kebaikan berchenta selepas kahwin dan keharuman berumah tangga yang mengikut syariat islam (:

Jom kita tengok hadis jap.

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jibril mengatakan kepadaku bahawa ketika orang mukmin masuk syurga, akan disambut oleh bidadari dengan pelukan hangat dan erat. Dengan jari dan telapak tangan manakah akan dibandingkan kelembutan dan keindahannya, kalau lambaiannya akan memadamkan sinar matahari dan bulan.” (H.R. Thabrani)

Sangat jeles bila baca hadis diatas. Tetapi di syurga kelak kaum wanita yang beriman akan dibangkitkan dengan wajah yang lebih jelita dan rupawan, kulit tubuh mereka jauh lebih halus dan pakaian mereka lebih indah serta berharga dari perhiasan para bidadari syurga sendiri. Ini kerana mereka telah melalui berbagai-bagai ujian semasa di dunia dulu sedangkan para bidadari tidak begitu. Di syurga kelak seorang wanita yang telah bersuami akan kembali kepada suaminya yang asal dan di sana dialah yang akan menjadi ketua pada sekalian para bidadari sedang sisuami akan menjadi ketua di mahligainya sendiri.


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥Aku ingin menjadi bidadari suamiku ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Terima kasih adikku Mawaddah yang edit gambar dibawah dan letak diblog dia. Boleh baca post dia tentang majlis perkahwinan saya: klik disini





Read More :D

Tuesday, December 27, 2011

Nadirah♥Rodzi ~kumbang bukan seekor

Salam wbt. Alhamdulillah, ramai benar yang respon tentang topik Nadirah♥Rodzi ~cinta selepas kahwin di facebook dan tidak kurang juga di blog ni. Terima kasih diatas madah berhikmah dan doa manis dari kalian, saya juga mendoakan yang terbaik buat anda ♥

Jangan pernah berputus asa dalam mencari makna hidup yang sebenar. Jika anda pernah berputus cinta mahupun putus tunang ataupun yang lebih dasyat darinya bercerai, itu bukanlah pengakhiran segalanya. Saya bukanlah seorang yang layak untuk berbicara soal ini, cuma mahu berkongsi rasa hati.

Pencarian seekor kumbang dan sekuntum bunga bukanlah perkara yang mudah. Jika dimudahkan, alhamdulillah tetapi jika sebaliknya? Jangan risau, Allah nak uji kita sebenarnya, tak masyuk la semua senang je kan :) Tuhan itu Maha Adil, jadilah seorang yang postif, positif dan positif.

Kumbang bukan seekor, bunga juga bukan sekuntum. Jika kita hampir berkahwin dengan seseorang, tetapi pada saat akhir segala yang dirancang punah, janganlah kecewa sekecewa-cewanya. Memang ada hikmah yang tersembunyi. Allah itu Maha Adil, Maha Mengasihani, Maha Kuasa, kita merancang tetapi perancanganNya Maha Hebat. Pandanglah segalanya dari sudut mata hati.

Mungkin kita rasa Ronaldo la yang calon suami kita, alih2, kita kahwin dengan Suparjo. Ingatkan Tipah bakal isteri kita, rupanya jiran sebelah rumah adalah yang terbaik untuk kita. Aturan Allah adalah yang terbaik, Dia tahu siapa calon yang selayaknya dan sekufu untuk kita. Allah jualah yang mengetahui siapa calon yang boleh melayan karenah kita dan kita boleh melayan karenah dia. Karenah? yer la, sebelum kahwin segalanya indah, tetapi selepas kahwin?? Kerana itulah apabila anda kecewa dan patah hati dengan mana2 insan, pandanglah dari sudut positif iaitu Allah mahu menyelamatkan anda, percayalah :)

Juga, jika anda wahai kaum adam pernah ditolak lamaran, ini bukanlah bererti sang hawa tersebut bukan milik anda. Mungkin masanya belum tiba? Kisah benar yang ingin dikongsi bersama, seorang muslimin mengkhitbah muslimah perawan tetapi lamarannya ditolak. Hampir setahun selepas lamarannya ditolak, tidak disangka muslimah tersebut memberikan jawapan positif dan bersedia menjadi penyejuk dimata penawar dihati pemuda bertuah itu. So sweet kan, walaupun penantian itu satu penyeksaan sebenarnya.. ;)

Berlainan pula kes untuk kaum hawa. Jika sang adam yang dinanti-nanti tidak kunjung tiba, maka janganlah disalahkan takdir dan bermuram durja. Telah termaktub sejak azali, jodoh, ajal maut ditangan tuhan. Yakinlah wahai sahabat-sahabatku, jodohmu pasti ada, jika tidak didunia, berbahagialah kamu disyurga :)

Sedikit kisah hati yang ingin dikongsi bersama anda sebelum bertemu dengan cinta sejati saya, Encik R ♥♥♥ wink-wink abang sayang ;)


Saya diuji dengan kehadiran lelaki selepas SPM. Untuk menerima pinangan diusia muda, sangat sukar untuk membuat keputusan. Disepanjang bermusafir sehingga tamat degree di UPM, muslimin yang menghulurkan cinta sebelum kahwin, semuanya ditolak. Teringat lagi, minggu pertama saya bergelar mahasiswa, seorang siswa cuba untuk bermain rasa.

'awak dah tunang yer?' Melihatkan jari manis saya sudah tersarung cincin batu permata, dia membuat andaian awal.

Sebenarnya, saya memang saja pakai cincin, sebagai protection diri. Supaya orang ingat saya ni dah bertunang/kahwin, supaya juga diri ini terjaga dari sebarang cinta palsu yang tidak menjanjikan sebarang kebahagiaan. Seperti yang saya cakap dalam pos lepas, saya bukanlah sombong atau rasa diri hot sangat, cuma mencegah lebih baik dari mengubati, jangan terhantuk baru terngadah, sediakan payung sebelum hujan dan beringat sebelum kena!

Sedikit tambahan untuk dikongsikan bersama. Kebanyakan kes-kes mereka yang berchenta, selalunya berakhir dengan kecundang. Lelaki yang talam 2 muka hanya inginkan keseronokan tetapi tidak mahu bertanggungjawab. Bila si hawa inginkan ikatan yang sah, si adam pandai bermain kata dan menjanjikan pelbagai. Jarang kita dapati kalau dah berchenta bagai nak rak pecah terburai sebelum kahwin, kekal bahagia selepas kahwin. Tetapi kalau ada, saya pasti nikmatnya tidak seharum, sewangi, semekar dan semerbak sebelum kahwin.

Cuba bayangkan, bila semua benda dah rasa sebelum kahwin, lepas kahwin nak rasa apa lagi? kita dah biasa berfacebook dengan si dia, dah biasa berym dengan si dia, dah biasa mesej2, dah biasa calling2, dah biasa jumpa2, dah biasa suap2, dah biasa pegang2, dah biasa peluk2, dah biasa teet2... ish, lepas kahwin segalanya pasti hambar dan suram, betuiii idok? :(

ada iklan, sangat menarik lirik dia, tonton sampai habis ;)



Ok lah, berjumpa lagi di pos yang akan datang, insyaallah ;)

Read More :D

Wednesday, December 21, 2011

Nadirah♥Rodzi ~cinta selepas kahwin

Inilah entri pertama selepas sah bergelar isteri ♥♥♥


kepada semua, sila jangan termuntah atau merasa geli gelaman kerana ini satu-satunya entri yang agak kejiwang-jiwangan karat-karatan [tapi untuk suami tak per la kan ;]

********************************

Bahagianya bercinta selepas kahwin hanya tuhan yang tahu. Teramatlah rugi bagi mereka yang mencemarkan erti cinta suci itu. Alhamdulillah, sepanjang 23 tahun berkelana dibumi ini, saya tidak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki ajnabi. Pernah juga diuji dengan kehadiran beberapa calon namun semuanya tidak menjadi <--- dugaan hidup T_T

Bertekad pada diri, lelaki yang menghulurkan cinta sebelum kahwin, pasti akan ditolak. Bukannya sombong ataupun rasa diri tu macam 'hot' sangat, tetapi itulah prinsip. Dan alhamdulillah, kini terbukti, cinta hatiku Mohd Rodzi Bin Ghazuli adalah keutamaanku kini selepas Allah dan Rasul. Huluran cinta yang diterima selepas akad nikah, cukup terasa nikmatnya (:

Ramai yang bertanya, macam mana Nadirah ni boleh tersangkut pada Encik Rodzi? huhu. Serius segan nak cerita kot, tapi takpe la, kami pun dah sah bergelar suami isteri, apa salahnya kongsi cerita kan cik bedah? (;

Ceritanya berkisar 2009. Sem 5 di UPM. Waktu itu saya mengambil bahasa arab sebagai subjek tambahan untuk mencukupkan jam kredit. Agak terkejut, Ahli MT PMIUPM satu kelas dengan saya. Segan kot^^!, orang kuat Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) ada dalam kelas tu. Mesti la kita kena kontol ayu kan, haha, kantoi cik jah ;p

Sebenarnya, saya sangat hormat pada barisan MT PMI, sikap siqoh & wara' mereka cukup membuatkan saya teruja. Perjuangan mereka dalam menegakkan syiar islam cukup menggetarkan hati saya. Teringin menjadi seperti mereka, tetapi serasa tidak layak. Tambahan, saya ni hanya ahli biasa PMI, tak aktif pulak tu~

Pernah saya bermonolog pada diri...

"kalau rodzi ni lamar aku, mesti terima punya lah.." entah kenapa ungkapan tu pernah terkeluar dari bibirku. Mungkin petunjuk dariNya?

Sungguh tak sangka, rupanya dalam diam, 'encik R' yang sangat ku hormat menyimpan perasaan yang suci terhadapku. Serius memang saya tidak ada sebarang perasaan suka apatah lagi cinta kepada encik tersebut. Akhirnya, encik R mengambil langkah dengan mengkhitbahku melalui cara yang sangat murni, baitul muslim, 2010 ♥♥♥ suka, suka, suka! kerana inilah jalan yang telah lama didambakan dari dulu iaitu melalui perantaraan orang tengah (:

Kendatipun saya tidak kenal secara mendalam dengan encik R, tetapi keyakinan terhadapnya tinggi. Saya hanya tahu nama, alamat, no telefon dan butir diri yang penting-penting sahaja. Gambar pun tak ada. Istikhorah dan doa menjadi penemanku untuk melalui hari-hari mendatang. Kebergantunganku pada Allah sudap cukup untuk diriku membuat keputusan yang cukup berharga ini.

Semasa dialam pertunangan, kami amat jarang sangat berhubung. Mesej, telefon, facebook mahupun sebarang bentuk perhubungan amatlah dijaga. Kesabaran encik R untuk meluahkan kata-kata cinta menguatkan lagi keyakinanku bahawa dialah calon suamiku.

DAN KINI, diriku menjadi milik encik R dan encik R menjadi milikku. Benarlah, cinta selepas kahwin itu memang penuh barokah dan nikmatnya tidak terluah dek kata.

Kenkadang tertanya juga pada diri sendiri, kepada diriku menjadi pilihannya? kini sudah ku ketahui jawapannya ;)

Abang sayang,,,

Jika saat ini abang terbaca entri ini, percayalah bahawa sayang sangat beruntung menjadi isteri abang. Semoga dengan tingginya ilmu agama yang dimiliki abang, menguatkan lagi cinta kita kepada Maha Pencinta, tegurlah sayang andai terdapat sebarang kekhilafan, semoga dengannya peroleh keberkatan mawaddah warahmah, cinta kita hingga ke jannah insyaallah ^_^


♥ Wo Ai ni ♥ I love you ♥ Aku cinta padamu ♥
♥ Naan unnai kathalikaraen ♥ Saranghaeyo ♥ Aishiteru ♥


Read More :D
Related Posts with Thumbnails